CINTAKU MR SECRET AGENT

Av PutraRize_

9.3K 1.2K 9.8K

Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan le... Mer

๐“’๐“ฒ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ป ๐“ข๐“ฎ๐“ฌ๐“ป๐“ฎ๐“ฝ ๐“๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ
๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด-๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด
EPISODE 1
EPISODE 2
EPISODE 3
EPISODE 4
EPISODE 5
EPISODE 6
EPISODE 7
EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13
EPISODE 14
EPISODE 15
EPISODE 16
EPISODE 17
EPISODE 18
EPISODE 19
EPISODE 21
EPISODE 22
EPISODE 23
EPISODE 24
EPISODE 25
EPISODE 26
EPISODE 27
EPISODE 28
EPISODE 29
EPISODE 30
EPISODE 31
EPISODE 32
EPISODE 33
EPISODE 34
EPISODE 35
EPISODE AKHIR

EPISODE 20

176 26 329
Av PutraRize_

Sambungan.....

Pukul 2 petang.....

"Alif, kau ni betul ke nak balik ke rumah kau balik? Kau baru keluar dari hospital dah nak balik sana dah." Tanya Fattah kurang yakin dengan Alif.

"Betullah Uncle! Kalau rumah tu tak ada orang duduk, rugi je. Lagipun tu rumah saya....tempat saya tinggal." Jelas Alif.

"Huh....kalau kau dah cakap macamtu, aku izinkan. Tapi! Kalau ada apa-apa, call aku terus. Jangan mengada-ngada nak settle sendiri! Kau tu masih lagi lemah jangan nak berpura-pura kuat." Kata Fattah.

"Hehehe ok Uncle! Oh sebelum tu, tolong cakap dekat Lia tau yang saya balik. Takut nanti dia rindu pulak hehehe."

"Amboi! Bukan main kau ye! Ha ye lah....dah jaga diri tu baik-baik. Solat tu jangan tinggal. Ada masa nanti aku datang rumah kau." Pesan Fattah kepada Alif.

"Ok Uncle saya pergi dulu lah ye. Assalamualaikum!" Alif masuk ke dalam kereta dan bertolak keluar dari perkarangan rumah Fattah.

"Huh....risau aku." Fattah memerhati di pintu seketika sebelum dia pun masuk ke dalam rumah.

"Abah, kenapa duduk kat pintu tu? Abah tunggu siapa?" Tanya Aulia yang baru saja turun dari tingkat atas.

"Hah? Oh ni abah hantar Alif tadi. Katanya dia nak balik ke rumah dia balik."

"Dia nak balik sana? Haih mengejut betul....Lia pun tak tau apa-apa ni." Aulia tak habis fikir Alif yang cuma pergi tanpa memberitahu apa-apa.

"Alah tadi dia dah pesan kat abah suruh bagitau kamu.....lagi satu, sejak bila kamu ambil berat tentang dia ni? Dah jatuh cinta eh..." Tanya Fattah sinis.

"T-takde lah! Dah Lia nak masuk dulu!" Aulia melajukan langkah kakinya menuju ke biliknya semula.

"Heh....tengok muka pun dah tahu rindu. Memang nak kena kahwin dah dua orang ni." Fattah memutar bola matanya malas nak ambil tahu lagi.

"Ni Lia! Abah lupa nak bagitau, kejap lagi abah nak pergi ke majlis pertunangan....jadi mungkin abah balik lewat sikit tau." Laung Fattah dari bawah.

"Hah? Majlis siapa? Amboi abah baru je pindah sini dah dapat jemputan ke majlis-majlis! Huish dahsyat." Aulia bersuara kagum dari atas.

"Ah tak ada lah Lia! Abah kan dulu pernah jadi pensyarah. Jadi majlis tu, majlis pertunangan bekas pelajar yang abah ajar." Jelas Fattah.

"Oh macamtu....siapa nama pasangan tu?" Tanya Aulia penasaran.

"Nama diorang....abah dah lupa nama penuh tapi abah selalu panggil diorang berdua Rayyan dengan Riana. Riana pelajar dalam bidang bakeri dan Rayyan pula bidang perubatan." Jelas Fattah lagi.

"Wow! Sejak bila pula abah pandai dalam bidang bakeri ni?" Tanya Aulia pelik. Dia yang tadi duduk di tingkat atas sekarang turun ke bawah.

"Abah tak ajar Riana. Tapi abah ajar Rayyan...abah kenal Riana sebab diorang berdua selalu berjumpa so....yeah."

"Oh gitu....ok abah!" Aulia berjalan naik semula ke bilik.

"Ok sekarang ni baik aku pergi bersiap-siap dulu. Biar aku yang jadi paling meriah dekat sana!" Fattah segera pergi ke bilik mandi.























































































































Di Rumah Alif.....

"Yes! Welcome back to my home Alif! Semua dah bersih dah kemas....tak sia-sia aku upah orang untuk kemaskan balik rumah ni." Alif duduk di sofa rumahnya dengan penuh kepuasan.

"Lepas ni aku nak mandi tukar baju lepastu tidur! Eh solat dulu....habis aku kena hempuk dengan Uncle kalau tak solat." Alif segera bangkit meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik.

Dia mengambil tualanya yang berada di dalam beg dan terus ke bilik mandi.

Setelah membersihkan dirinya, dia keluar dari bilik air dengan tuala menutup separuh badannya dengan rambut yang basah.

Setelah dia siap-siap memakai pakaian, dia pun berdiri di depan cermin.

"Huh....dah makin kurus pula aku sejak dua menjak ni....mungkin kurang makan kot." Alif membelek mukanya yang nampak sedikit kurus dan pucat itu.

"Tapi takpe, muka aku still lagi kacak...tak ada lah pucat sangat muka aku ni." Alif memuji diri sendiri di hadapan cermin.

Ting tong! Ting tong!

"Eh siapa pulak yang datang? Uncle ke? Aku baru je balik takkan dah datang kot.....Ish aku pergi check lah kejap." Alif pergi ke arah pintu rumahnya.

Dia membuka pintu rumahnya dan...

"Sayang! How are you!"

"T-tasya! Apa yang you buat kat sini!!" Tanya Alif terkejut. Sangat terkejut.

"You....I nak minta maaf! I yang salah. Maafkan I atas segala kesilapan yang I buat selama ni!" Tasya memegang tangan Alif.

Serta merta Alif menepis tangan Tasya.

"Ei dah lah Tasya! Apa lagi yang You nak dari I hah?!" Tanya Alif dengan penuh emosi.

"I nak You lah~ Please Alif, get back with me again....I tak boleh hidup tanpa You." Kata Tasya dengan nada menggoda.

"Sudah lah Tasya! I dah penat dengan You! You pergilah dengan lelaki yang You harapkan sangat tu! Kenapa masih lagi nak bergantung harap pada I?!" Tanya Alif dengan nada marah. Dia memang marah, sangat marah....

Senang-senang dulu dia ditinggalkan. Begitu lama masa yang dia ambil untuk move on semula. Sampaikan dia sakit!

Sekarang ni, dia nak get back balik? Oh tidak....tidak....takkan semudah tu dia nak berpatah balik. Mungkin takkan patah balik langsung!

"You tolonglah maafkan I! Sejak kita break, I selalu terfikirkan You! Dalam otak I cuma ada You sorang je Alif. Please Alif." Tasya cuba meraba-raba dada bidang Alif.

Amboi amboi suka hati mak pak dia je! Belum kahwin dah nak pegang-pegang bagai! Huish banyak cantek!

Begitulah antara suara hati Alif memaki habis-habisan si Tasya.

"Ish lepas lah Tasya!!" Alif menolak Tasya sehingga dia jatuh terduduk.

Padan muka nak sangat sentuh yang bukan-bukan kan dah kena!

"Auch! Aduh kenapa You buat macamni dekat I!" Rungut Tasya sambil meringis sakit akibat jatuh tadi.

"Kenapa You tanya?! You dikira beruntung lah I tolak You macamtu! Orang macam You ni, memang tak berguna langsung! Mata duitan!!"

"You, dengan mama You sama je! Dua-dua tamakkan harta!!" Luah Alif. Kemarahan dia sudah membuak-buak.

"Dah You balik sekarang. I tak nak tengok muka You kat sini..." Kata Alif cuba mengawal dirinya dari marah.

"Alif, please maafkan I. I masih lagi cintakan You Alif....please give me One more chance Alif!" Tasha masih lagi merayu sambil memegang tangan Alif.

Malangnya, hati Alif sudah pun tertutup rapat. Tidak mungkin dia akan menerima Tasya lagi....cukup lah apa yang dia hadapi dulu.

"Enough Tasya!! You jangan harapkan apa-apa lagi dekat I! Sekarang lebih baik You keluar dari rumah I..."

"Alif...I-"

"Pergi Tasya.....sementara I masih lagi boleh menahan kemarahan I! Pergi!!" Tengking Alif.

Tasya terkedu. "Baik....I pergi. Tapi nanti, I akan datang balik....tak semudah itu untuk I lepaskan You!" Tasya segera keluar dari kawasan rumah Alif dan terus bertolak keluar dari rumah Alif dengan keretanya sendiri.

Alif pun masuk ke dalam rumah dan menghempas pintu.

"AHH!!! Kenapa diaorang kena muncul balik kat dalam hidup aku!!" Alif menjerit sepuas hatinya kerana tidak kuat menahan geram.

"Tolong....tolonglah....kenapa mesti diorang....kenapa...." Suara Alif lirih.

"Argh...k-kenapa....rasa sesak...dekat dada...akh!" Alif merintih kesakitan kerana tiba-tiba nafas dia tersekat-sekat.

"K-kkenapa bayangan....Maksu datang! Akh....sakit!"

"T-telefon...hhh...aku....akh!" Alif merangkak perlahan-lahan ke arah telefonnya yang terletak di atas meja di ruang tamu.

Setelah beberapa kali merangkak, akhirnya dia berjaya mencapai telefonnya.

Dengan penuh kepayahan dia mendail nombor telefon Fattah.

"Hhh...tolong....angkat...akh! U-uncle...." Gumam Alif dengan nafasnya yang tersekat-sekat.






















































































Di Rumah Fattah....

Ring! Ring! Ring!

Aulia terdengar bunyi telefon berdering.

"Aih, telefon siapa pula yang berbunyi tu? Telefon aku ada dekat sini...." Aulia berjalan mencari arah bunyi deringan telefon tersebut.

Cari punya cari, akhirnya Aulia terjumpa telefon itu.

"Lah telefon abah ke. Haish abah ni selalu sangat macamni. Kalau pergi mana-mana selalu terlupa bawa telefon! Ni siapa yang call?" Aulia melihat nama pemanggil.

"Eh Alif? Dah kenapa pula dia telefon abah?" Aulia teragak-agak sama ada mahu mengangkat ataupun tidak.

"Ah angkat je lah! Mana tau penting ke apa." Aulia langsung mengangkat panggilan itu.

"Hello Assalamualaikum Alif?" Aulia terlebih dahulu bersuara.

"U-uncle...." Suara Alif lirih.

'Kenapa pula nada suara dia semacam je ni?' getus hati Aulia.

"Alif, abah tak ada lah. Dia pergi majlis pertunangan bekas pelajar dia. Ada apa-apa yang kau nak aku sampaikan dekat dia ke?"

"L-lia....hhh....t-tolong...hhh...s-saya...akh! Sakit...." Terdengar bunyi Alif sedang merintih kesakitan di dalam talian.

Raut wajah Aulia serta merta berubah risau.

"Alif! Kau kenapa?! Kejap aku siap, beberapa minit lagi aku sampai! Tunggu aku Alif!!" Aulia serta merta berlari dengan cemas memakai tudung dan bersiap-siap apa yang patut.

Setelah bersiap, dia terus menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak. Kereta Ohn bergerak dengan sangat laju.

Setelah beberapa minit dia pun sampai di hadapan rumah Alif. Mujurlah rumah Alif dekat saja dengan rumah Fattah..

Sesampai saja di sana, Aulia dengan tergesa-gesa mengetuk pintu rumahnya.

Setelah dipastikan tiada balasan, Aulia pun....

Bam!!

Pintu rumah ditendang kuat oleh Aulia. Mujurlah dia ada black belt taekwando.

Pintu pun terbuka dengan luas....menampakkan Alif yang sedang terbaring di lantai dengan raut wajah yang pucat dan sedang menahan kesakitan.

"Alif!! Ya Allah macammana boleh jadi macamni?!" Aulia dengan cemas berjalan ke arah Alif.

Pintu rumah dibiarkan terbuka luas takut nanti kalau tertutup akan mengundang salah faham.

"L-lia....a-awak datang.....hhh....tolong...hhh...saya..." suara Alif perlahan.

"Tolong apa ni Alif?!" Tanya Aulia cemas.

"T-tolong....d-dada saya....hhh...sakit sangat...." Kata Alif lemah sambil memegang dadanya yang sakit.

"B-bayangan....t-tu...datang...argh!!" Dada Alif semakin sakit. Seolah-olah dia tidak dapat bernafas langsung.

Dalam tengah cemas tu, tiba-tiba Aulia teringatkan pesanan abahnya...

'Alif tu ada trauma...setiap kali trauma tu datang, ada 3 kesan ni yang Alif akan tunjukkan."

'Pertama, kepala dia akan sakit dan terus dia jatuh pengsan. Kedua, dia akan meracau dan akan bertindak agresif. Dan yang ketiga....dada dia akan mendadak sakit. Dia tak dapat bernafas dengan elok dan bayangan tu akan sentiasa berlegar-legar di fikirannya."

"Semakin banyak kenangan buruk yang datang, dada dia akan semakin sakit. Jadi cara dia adalah Lia kena tenangkan dia. Cuba legakan dia dengan apa-apa perkara."

🌟🌟🌟🌟🌟

"Ok sekarang aku dah faham apa yang tak kena dengan Alif..." Gumam Aulia sambil melihat Alif yang masih lagi menahan kesakitan.

"T-olong...A-alif....hhh...."

"Ye! Aku ada kat sini Alif. Tolong apa?" Tanya Aulia cemas melihat keadaan Alif.

"B-bayangan....tu...asyik...datang...ergh....tolong..." Rintih Alif.

"Macammana aku nak buat ni.....dapat dah!" Aulia sepertinya nak melakukan sesuatu.

'Bismillahirrahmanirrahim....maafkan aku Ya Allah kerana aku terpaksa melakukan ini.' Aulia berdoa di dalam hati sebelum...

Grep!

Tubuh Alif dipeluk oleh Aulia.

Kemudian kepala Alif diusap-usap perlahan.

"Shhh...dah tak ada apa Alif. Alif selamat sekarang ni. Jangan lah risau ye." Pujuk Aulia dengan sedikit nada kedewasaan di situ.

"A-alif takut....Alif...t-takut Maksu datang pukul Alif!" Kata Alif dengan nafasnya yang mulai baik semula.

"Shhh....Alif jangan risau....semuanya akan ok! Jangan risau ye...dah tidur ye Alif. Maksu takkan kacau Alif!"

"A-alif takut....takut dengan Maksu...." Akhirnya Alif pun tertidur. Mungkin sebab penat sangat. Nafasnya pun sudah jadi biasa semula.

"Huh alhamdulillah...." Aulia menghela nafas lega. Dia mengangkat Alif ala bridal style dan meletakkan Alif di atas sofa.

Aulia mengambil selimut dan menyelimutkan Alif yang sedang nyenyak itu.

"Kesian kau Alif...sampai macamni sekali trauma kau pada masa kecil....aku rasa bersalah sangat sebab tak suka kan kau dulu." Aulia merasa bersalah di atas perbuatannya terhadap Alif dulu.

Bermacam-macam benda yang dia buat dekat Alif. Tapi Alif sabarkan je dengan perbuatan Aulia.

Tak tau lah dia nak gambarkan macammana lagi dia punya rasa bersalah.

"Macammana ni? Takkan lah aku nak tunggu dekat dalam rumah ni sampai abah datang?"

"Hmm cuba lah aku call dia. Kot lah dia dah sampai rumah ke. Telefon dia pun aku tinggal kat rumah tadi." Aulia lantas mendail nombor Fattah.

Dia menunggu Fattah mengangkat.

Setelah beberapa kali deringan, Fattah pun mengangkat.

"Hello abah."

"Ha hello Lia. Kamu ada dekat mana sekarang ni? Abah baru je sampai rumah ni. Tadi telefon abah tertinggal. Tu yang abah patah balik nak ambil phone ni."

"Ah Lia ada dekat rumah Alif sekarang ni."

"Hah? Apa yang kamu buat kat sana?" Tanya Fattah pelik.

"Tadi masa abah tak ada kat rumah, telefon abah berbunyi. Saya angkat lah, rupanya Alif yang telefon. Trauma dia datang balik abah...."

"Hah?! Ok kejap lagi abah sampai sana!"

Tuut!

Panggilan diputuskan serta merta.

Beberapa minit menunggu di luar rumah, akhirnya Fattah sampai di rumah Alif. Dia dengan cemasnya datang ke arah Aulia.

"Ha macammana dengan Alif? Dia ok ke tak?" Tanya Fattah turut cemas.

"Alhamdulillah dia dah ok. Tadi dia cakap dada dia sakit. Nafas dia tersekat-sekat. Saya cuba pujuk dia dan akhirnya dia dah tenang balik." Jelas Aulia. Dia terpaksa berbohong masa part peluk tu.

Gila ke nak cerita kat abah dia?! Mau kena gelak dan bahan lah sepanjang masa nanti!

"Haih abah dah cakap dah dekat dia! Jangan balik rumah lagi! Kan sekarang ni dah sakit balik." Rungut Fattah. Puas dah dia nasihat degil.

"Macamnilah, Lia pergi masuk dalam kereta Lia lepastu bertolak balik. Biar abah je yang tolong bawa Alif balik rumah." Arah Fattah.

Aulia menganggukkan kepala dan dia terus dia membawa beg dan barang dia yang lain masuk ke dalam kereta.

Terus dia bertolak balik ke rumah.

"Haih Alif....degil betul kau ni." Fattah tanpa membuang masa terus mengangkat Alif yang masih nyenyak tidur masuk ke dalam kereta.

Barang-barang Alif sudah selesai dikemaskan dan Fattah membawa Alif pulang ke rumahnya. Buat masa sekarang Alif tak boleh tinggal di rumah secara bersedirian.



Fortsett รฅ les

You'll Also Like

209K 8.1K 62
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka b...
261K 11.9K 51
[1st Stand Alone Series] Nur Zenia Haura ft. Rayden Hidayat Lee Lelaki yang di sangka kan baik. Ternyata syaitan yang bertopengkan manusia. Kehidupan...
74.7K 6.8K 61
Mystery | Romance ๐€๐ฒ๐ซ๐š ๐— ๐…๐š๐ซ๐ก๐š๐ง "I Accepted Her" โ€ขโ€ขโ€ข AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
166K 6.5K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...