CINTAKU MR SECRET AGENT

By PutraRize_

9.3K 1.2K 9.8K

Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan le... More

๐“’๐“ฒ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ป ๐“ข๐“ฎ๐“ฌ๐“ป๐“ฎ๐“ฝ ๐“๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ
๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด-๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด
EPISODE 1
EPISODE 2
EPISODE 3
EPISODE 4
EPISODE 5
EPISODE 6
EPISODE 7
EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13
EPISODE 14
EPISODE 15
EPISODE 16
EPISODE 17
EPISODE 18
EPISODE 20
EPISODE 21
EPISODE 22
EPISODE 23
EPISODE 24
EPISODE 25
EPISODE 26
EPISODE 27
EPISODE 28
EPISODE 29
EPISODE 30
EPISODE 31
EPISODE 32
EPISODE 33
EPISODE 34
EPISODE 35
EPISODE AKHIR

EPISODE 19

166 24 295
By PutraRize_

Sambungan....

Pang! Pang! Pang! Pang!

"Bangun! Bangunlah seluruh umat manusia yang ada di dalam rumah ini!! Bangun!!"

Pada awal pagi itu, Fattah terpaksa menjadi 'jam loceng' untuk mengejutkan Alif dan Aulia yang masih nyenyak bergulung di dalam selimut dalam bilik masing-masing.

Bunyi yang korang dengar tu adalah bunyi kuali yang digunakan. Lebih kurang macam alarm tapi versi manual.

"Bangun!!" Teriak Fattah dengan nada suara yang paling kuat.

"Hmm! Apa ni abah! Dah bangun lah!" Aulia membuka pintu biliknya menampilkan wajah 'cantik' nya itu.

"Huarghh! Uncle dah subuh eh? Kenapa saya tidur tadi rasa macam 5 minit je eh?" Alif pun turut membuka pintu sambil menggosok-gosok matanya.

"Banyak lah kau punya 5 minit! Dah nak pukul 7 ni. Pi mandi ambil wudhuk cepat!" Fattah sekali lagi mengetuk-ngetuk kuali yang digunakan sebagai 'loceng'.

Segera mereka berdua menutup bilik dan bersiap untuk solat subuh.

Fattah? Dia macam biasa lah, dah lama solat. Bangun kan orang dah jadi rutin harian dah bagi dia.

"Huh...dulu aku pun jadi macam diorang. Sekarang ni, aku pulak kena ganti tugas kau Haikal. Hahaha!" Fattah ketawa sebelum dia turun semula ke tingkat bawah untuk menyiapkan makanan.

Aik? Dia tak beli apa-apa barang pun....macammana nak masak?? Fattah awal-awal lagi dah pergi market cari barang-barang dapur.

Selepas mereka siap solat, mereka berdua pun turun ke bawah untuk makan.

Masa tengah makan tu sempat juga mereka berbual.

"Macammana keadaan kau Alif? Dah ok ke idok?" Tanya Fattah.

"Alhamdulillah tak ada lah teruk sangat macam mula-mula haritu. Dah boleh buat lawak dan bergurau dah!" Kata Alif.

"Bagus lah....Lia, kamu tu jaga perangai sikit. Jangan nak terjerit-jerit depan Alif ni. Dia ni tetamu dan sepupu kamu jugak. Tak dapat apa pun kalau tinggikan suara macamtu. Dapat dosa lagi ada." Nasihat Fattah lembut kepada Aulia.

"Ye lah abah....Lia faham. Lia takkan buat macamtu lagi." Automatik Aulia setuju. Dah jatuh suka lah tu....

"Bagus! Tak perlulah abah nak marah kamu dah." Fattah bangkit dan pergi ke singki untuk mencuci pinggan.

"Abah nak ke mana pulak tu?" Tanya Aulia sebaik saja melihat Fattah nak keluar.

"Alah abah nak pergi laman depan tu ha. Bunga kat luar tu dah lama tak bersiram. Korang kalau dah siap makan, jangan lupa basuh pinggan sendiri. Jangan harap nak ada orang gaji tolong basuhkan." Setelah berkata seperti itu, terus dia keluar dari rumah menuju ke arah laman rumah yang terletak di sisi rumah.

"Haih....kau dengar sini Alif, aku baik dengan kau sebab abah je. Kalau bukan disebabkan dia, aku tak nak lah!" Kata Aulia. Haih masih lagi dengan ego dia.

"Hehehe tak apa....saya tak kisah. Sebab saya tau..."

"Awak....."

"Akan.....

"Jadi....."

"Milik saya suatu hari nanti...." Alif berbisik dengan senyuman manis.

Kemudian dia pun turut sama mencuci pinggan dan meninggalkan meja makan.

'Kenapa....kenapa aku masih tak boleh lupakan dia! Kenapa! Aku cuba untuk buang dia. Tapi tetap tak boleh!' Keluh Aulia di dalam hati...

Di luar rumah, Alif ternampak Unclenya masih gigih menanam dan menyiram pokok.

"Uncle tengah buat apa tu?" Ya Allah soalan tu jugak dia tanya.

"Aku tengah pam tayar keretapi ni ha. Tak nampak ke aku tengah siram pokok ni! Lain kali tanya soalan yang bernas sikit!" Kan dah terkena sindiran Fattah.

"Sorry....saya saja je tanya. Tak ada benda nak buat lah." Kata Alif sambil meregang kan tangannya.

"Hmph kau ni...dah meh sini tolong aku tanam kan pokok bunga ni." Arah Fattah. Dia menghulurkan sebuah bekas yang ada pokok bunga di dalamnya.

"Ye lah Uncle. Dah alang-alang tak ada kerja ni."

Mereka berdua pun melakukan kerja-kerja itu dengan lancar. Sesekali mereka berbual tentang hal sendiri.

Tanpa disedari, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka berdua dari atas balkoni rumah.

'Bila aku tengok muka dia, hati aku rasa sejuk sangat....perasaan jadi tenang. Kenapa.....adakah aku dah mula sukakan dia?' Aulia tersenyum lebar melihat tingkah laku Alif yang nampak kekok ketika melakukan kerja.

Fattah yang sedang fokus menyiram pokok, ternampak pulak Aulia sedang tersenyum ke arah Alif.

Terus dia tegur dengan sindiran. "Yang tengah tersenyum-senyum tu tak payahlah menyorok! Mari lah sini bersama dengan kekasih hati!" Kata Fattah dengan nada yang dikuatkan.

Apa lagi, malu alah lah kawan tu. Dengan tersipu-sipu terus dia turun ke bawah macam perempuan melayu terakhir.

"Ha kan bagus! Ni paip air, tolong siram kejap. Abah nak masuk dalam." Arah Fattah sambil menghulurkan paip getah itu kepada Aulia.

Fattah pun masuk ke dalam rumah.

"Haih malang betul nasib aku nak kena buat kerja dengan kau sekali!" Aulia dengan penuh keterpaksaan menyiram pokok-pokok bunga itu.

Sementara Alif, puas dia ketawa menyaksikan semua itu.

"HAHAHAH! Penat saya gelak. Kenapalah awak bersusah payah nak kena buat macamni. Benda senang, kita nikah je terus. Lepastu, nak peluk ke, nak apa ke semuanya saya rela!"

"Kau ni! Haish!" Aulia menghentakkan kakinya tanda tak puas hati. Dari semalam banyak kali dah kena sweet dengan Alif.

"Sudah lah tu Lia. Janganlah awak nak melawan lagi. Lambat-laun awak akan tetap menjadi milik saya." Sweet betul ayat Alif ni.

Aulia terus terdiam.

'Haish geram pulak aku dengan dia ni! Tak apa....kalau aku tak boleh marah, aku boleh guna cara lain....hehehe.'

"Alif! Tengok sini!" Panggil Aulia.

"Hah? Ada apa-"

Splash!

Belum pun dia sempat menyambung ayatnya itu, tiba-tiba tubuh dia disiram dengan air yang ada di dalam baldi.

"Eh apa ni Lia!" Alif terpinga-pinga dengan perbuatan Aulia itu.

Sementara itu, puas Aulia ketawa melihat Alif menggelabah disebabkan bajunya yang basah kuyup.

"HAHAHAH! Ha itulah kau, nak sangat sweet talker dengan aku! Mendapatlah kau! HAHAHAH!" Aulia gelak besar. Tidak dapat dia menahan ketawa melihat Alif basah seperti itu.

"Amboi berlagak eh. Nah!!"

Splash!

"ARGHH!! Apa ni Alif! Habis basah baju aku niii!" Aulia menjerit dengan nyaring. Baju dia pun turut sama basah sama seperti Alif.

"Alah lek lah! Saya basah, awak pun basah. Jadi kita sama-sama basah lah!" Alif tersenyum nakal melihat Aulia.

Maka mereka pun enjoy bermain air. Sekejap Aulia kena air, sekejap Alif kena. Dah macam taman tema air dah diorang buat.

Fattah yang kebetulan baru saja berehat di dalam rumah datang ke laman untuk melihat kerja yang dah disiapkan.

"Ya Allah! Apa diorang dah buat ni! Eh.... sebelum nak marah rakam dulu!" Dalam sekelip mata Fattah mengeluarkan telefon dari poketnya dan merakam kejadian itu.

Setelah siap merakam....

"Yeah dapat lagi bukti! Senang lah aku nak ugut lepas ni! Dah ada dua bukti....hehehe."

Ok sekarang Fattah back to the mood serious.

"YA ALLAH! Apa yang korang buat ni! Habis basah baju ni! Korang ingat ni taman permainan ke!" Fattah berkata. Tak tahu lah dia tengah marah ke ataupun nak tergelak.

"Abah! Hehehe t-tadi...."

"Uncle!! Eh err....saya tengah siram pokok. Tiba-tiba je Aulia jirus saya dengan air. Saya pun tak bagi can siram lah dia sekali. Biar mandi bersama!" Kata Alif mempertahankan dirinya.

"Hei!! Abah mana ada lah! Lia baik je. Alif ni ha dia tiba-tiba datang siram Lia!" Aulia cuba nak mengelak.

"Sudah! Haish Ya Allah budak-budak ni! Aku suruh siram pokok, bukannya siram diri sendiri! Aduhai lah korang ni!" Fattah menepuk dahinya. Kenapalah dia ada anak dan anak buah yang berperangai macamni.

"Hehehe..." Tersengih-sengih malu kedua-dua mereka.

"Dah! Korang pergi masuk, mandi lepastu tukar baju. Nanti demam aku tak nak jaga eh! Aku bukannya jururawat korang pun." Arah Fattah tegas.

"Baiklah...." Dengan muka yang pasrah kedua-dua mereka pun masuk ke dalam rumah.

Lepas je kelibat Alif dan Aulia hilang.....

"HAHAHAHA! PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK HAHAHA!" Fattah tergelak berguling-guling. Kelakar betullah perangai diorang anak beranak ni.




















Di waktu petang....Fattah sedang berehat sambil menonton tv.

"Uncle!" Panggil Alif yang ketika itu baru turun dari tangga.

"Ha Alif, ada apanya? Pakai baju smart-smart ni?" Tanya Fattah pelik dengan pakaian Alif yang nampak smart itu..

"Hehehe tak ada apa...cuma saya nak keluar sekejap. Duduk rumah ni kalau tak buat apa-apa pun boring jugak." Alif segera menyalam tangan Fattah.

"Ha ye lah. Keluar tu kalau boleh jangan balik lewat sangat."

"Ye Uncle! Saya pergi dulu Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam....haih budak muda zaman macamni lah. Nasib baik lah anak-anak aku semuanya dah besar panjang. Tak perlu aku nak jaga diorang lagi." Fattah sambung semula menonton tv.

Baru je beberapa minit Alif meninggalkan rumah....

"Abah!"

"Kamu ni dah kenapa pulak?"

"Abah, Lia nak keluar kejap boleh?"

"Hmm nak kemana ni?"

"Alah pergi shopping lah!" Jawab Aulia teruja. Kadangkala dia kena keluar jugak untuk tenangkan fikiran.

"Ye lah. Pergi tu baik-baik! Jangan nak merayap kemana-mana. Balik sebelum maghrib faham?"

"Ye abah! Lia faham! Lia pergi dulu Assalamualaikum!" Aulia menyalam tangan abahnya dan terus keluar dari rumah.

"Hmm nak kemana lah budak-budak ni? Dua orang keluar hampir serentak.....kalau lah diorang bertembung masa keluar tu kan bagus! Hahaha!" Fattah menutup tv dan terus masuk ke biliknya.













































































Di Shopping Mall....

"Wah! Dah lama tak datang shopping kat sini! Hari ini akan jadi hari paling seronok bagi aku!" Aulia menjerit keriangan melihat dalaman pusat membeli-belah itu.

Dalam masa yang sama, Alif juga berada di dalam pusat membeli-belah itu cuma berada di tingkat yang berbeza.

"Haah Jo! Lia sekarang dah macam makin suka dengan aku." Kata Alif pada Johan di dalam telefon.

"Wah hebat kau Alif! Tak sangka aku eh kau ni pandai jugak tackle hati orang!" Ujar Johan gembira dengan Alif.

"Alah biasa je tu Jo. Aku belajar dengan Uncle jugak. Bukannya aku reti sendiri." Jelas Alif.

"Hahaha tapi sama je. Kau jugak yang berjaya curi hati dia."

"Aip! Belum curi lagi. Ada kena usaha sikit lagi dah aku akan dapat curi hati dia!"

"Alhamdulillah! Semoga kau berjaya Aamiin. Ok bro aku nak kena sambung kerja ni. Kau jaga diri baik-baik."

"Ok bro apa-apa nanti jumpa. Assalamualaikum."

Alif menamatkan panggilan.

"Ok sekarang ni mana aku nak jelajah ni eh? Alang-alang dah sampai sini, carilah hadiah untuk Lia nanti." Alif berjalan di setiap kedai-kedai yang ada.

Pak!

Secara tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.

"Eh! S-sorry Cik! Saya tak nampak pula ada orang jalan kat depan saya. Sorry." Alif segera meminta maaf.

"Hish bodoh lah kau ni! Mata mana mata?! Takkan lah tak nampak aku sebesar-besar alam ni! Lain kali jalan pakai mata lah bukannya pakai kepala lutut!" Marah gadis tersebut.

"Eh macam kenal suara ni.....Lia!!" Alif terkejut kerana gadis yang dia terlanggar itu adalah Aulia!

"Alif?! Apa kau buat kat sini? Aish! Malang betul nasib aku terserempak kau kat sini!" Aulia pun turut sama terkejut melihat Alif.

"Hehehe....malang ke, ataupun malu ke?" Tanya Alif dengan senyum sinis.

"Erk! M-marah lah! Mana ada malu..." Kata Aulia dengan nada perlahan.

"Hahaha! Tak mengaku! Ceh sembang je lebih." Kata Alif dengan senyum nakal. Ada je benda si Alif ni nak kenakan Aulia.

Aulia berdiam diri. Nampaknya semua yang dicakapkan tu betul belaka.

"Dah! Tak payah nak buat muka macam penyu sangat. Jom ikut saya, kita pergi makan aiskrim!" Ajak Alif.

"Hah?! Aiskrim, jom!!" Aulia dengan terujanya menarik tangan Alif.

Buat seketika Alif tergamam sebelum dia mengeratkan lagi pegangan tangannya.

Dan mereka pun berjalan menelusuri seluruh kawasan di setiap pusat membeli-belah.

"Hmm! Sedapnya! Dah lama aku tak makan aiskrim wei!" Aulia tersenyum lebar sambil memakan aiskrim perisa vanila itu.

Alif tersenyum melihat telatah Aulia yang macam budak-budak itu.

"Amboi kenapa pulak lama tak makan aiskrim?"

"Ye lah abah aku mana kasi! Dia cakap aiskrim tak elok untuk kesihatan. Manis sangat nanti kena kencing manis." Kata Aulia.

"Alah tak apa makan sekali sekala tak ada apa kesan pun. Kalau makan satu tong tu lain lah ceritanya!" Ujar Alif cuba nak legakan hati Aulia.

"Anyway thanks ah Alif! Harini aku betul-betul happy lah."

"Sama-sama! Demi awak, apa pun saya sanggup lakukan."

"Eleh ye lah tu!" Aulia tersenyum mengejek.

"Eh betul lah! Saya ni jenis lelaki setia pada yang satu tau. Tak ada dua dan tiga. Just one.....kecuali arwah mama saya. Itu lain kira!" Tutur Alif.

"Baiklah kalau macamtu.....kau belanja aku shopping!!" Aulia berkata dengan terujanya.

"Haih....den dah agak. Mesti ada muslihat....kenapalah saya cakap macamtu eh." Alif sengaja menepuk dahinya.

"Hahaha! No! No! Kau dah cakap macamtu, kau kena jugak belanja aku. Kalau tak, aku tak nak cakap dengan kau!" Aulia berjalan laju menjauhi Alif. Sengaja je nak tengok reaction Alif macammana.

"Lia!! Jangan risau saya belikan satu shopping mall untuk awak! Janganlah macamni!" Alif segera berlari mengejar langkah Aulia.

Dan mereka pun mula pusing ke seluruh pelusuk shopping mall.

Mereka berdua kemudian singgah di kedai menjual beg tangan, baju dan juga barangan wanita yang lain.

"Alif! Aku nak yang ni boleh?" Tanya Aulia sedikit teragak-agak. Ye lah barang mahal kot.

"Hmm mestilah boleh Lia! Apa salahnya untuk bakal isteri sendiri kan."

"Uhuk! Hah?! Apa? Bakal isteri?" Tanya Aulia kurang dengar dengan apa yang Alif cakap.

"Lah tak dengar eh? Saya cakap....."

"Apa saja untuk bakal isteri saya, semua pun boleh....."

Serta merta Aulia tergamam. Perasaan dia rasa lain macam. Bukan rasa benci tapi.....rasa sayang makin bertambah.....

"Lah apa pulak termenung tu! Cepat ambil apa-apa barang yang awak nak. Nanti saya bayar kasi settle je semua!" Alif menyedarkan Aulia yang sedang termenung itu.

"E-eh! Ok kejap!" Aulia yang segera sedar terus mengambil apa-apa barang yang dia nak beli.

'Hehehe mesti dia tengah malu-malu....bertuah awak Lia sebab berjaya menambat hati seorang lelaki seperti saya!' Suara Alif di dalam hati.

Sejak dia kenal dengan Aulia, hidup dia semakin bertambah ceria. Dia dapat merasakan hidup dia, sudah tidak seteruk dulu.

Seolah-olah ada cahaya yang telah menyinari hidupnya yang sudah malap.

Setelah puas Aulia berbelanja di situ, mereka pun keluar dari kedai itu.

"Ha! Dah puas berbelanja?" Tanya Alif setelah melihat wajah penuh kepuasan Aulia.

"Puas sangat! Tapi sekarang ni....lapar."

"Hahaha! Alahai awak ni. Dah jom kita singgah makan kat kedai depan tu. Nak?"

"Nak! Jom lah!" Aulia menarik tangan Alif pergi ke kedai makan yang terletak juga di dalam shopping mall itu.

Selesai meletakkan barang-barang, mereka pun duduk di kerusi dan meja yang disediakan.

Alif memesan air milo ais dan sepinggan nasi ayam manakala Aulia memesan jus oren dan mee sizzling.

Mereka berdua pun makan dengan penuh berselera.

Alif tak makan sangat tapi dia cuma tengok je Aulia makan.

"Alif! Thank you! Aku seronok sangat harini wei. Lama dah tak rasa bebas dan seronok macamni!" Kata Aulia riang.

"Aik kenapa awak cakap macamtu? Selama awak belajar dekat luar negara tak bebas ke?"

"Bukanlah tak bebas....tapi aku tak ramai kawan. Cuma seorang dua je yang sudi kawan dengan aku. Aku jenis yang pendiam....tak ada siapa nak berkawan dengan aku. Kalau ada pun semuanya tak setia." Aulia langsung merasa down bila teringat balik.

"Aku sunyi sangat dekat sana....aku rasa macam nak berhenti belajar je! Tapi demi abah, aku kuatkan diri dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebab dalam hati aku ada satu je....nak banggakan abah."

"Dan alhamdulillah akhirnya aku berjaya tamatkan pengajian. Aku balik dengan membawa pulang kejayaan."

"Mungkin kau selalu nampak aku dan abah aku asyik bergaduh je. Tapi percayalah, aku sayangkan dia sangat-sangat. Aku sayang dia lebih dari segalanya."

"Dia lah ayah, dia lah ibu, dia lah kawan yang menemani aku dan abang-abang aku sejak mama aku dah tak ada...."

Alif yang mendengar merasa tersentuh. Begitu rupanya kehidupan dia di usia remaja. Seorang gadis yang pendiam....dan tidak ada kawan.

"Lia....saya tak sangka sampai macamtu sekali kehidupan awak."

"Eh! Sudah lah! Tak payah nak diingat lagi! Aku pun memang dah lupakan pasal kisah lama tu. Sekarang pun aku dah balik ke tanah air.....aku bolehlah fokus cari kerja dan jaga abah!" Aulia berkata dengan nada gembira.

"Makanlah Alif! Janganlah tenung aku macamtu! Aku dah ok lah-"

"Lia....saya janji. Saya berjanji, saya akan jaga awak dengan baik! Dan saya akan pastikan kehidupan awak akan menjadi lebih baik berbanding masa awak belajar di luar negara dulu! Saya janji!" Ujar Alif dengan penuh semangat.

"Walaupun aku tak minta semua tu....tapi aku terima je!" Aulia membalas dengan senang hati.







Setelah mereka habis makan, mereka pun jalan menuju ke arah parking kereta masing-masing.

"Lia! Sebelum awak balik, awak tunggu sekejap!" Alif berlari perlahan-lahan menghilang dari Aulia.

"Eh kau nak pergi mana tu?"

"Kejap je Lia! Kejap je!!" Jerit Alif dari jauh.

Setelah 15 minit menunggu, akhirnya Alif kembali.

"Nah Lia! Saya...tak tahu lah benda kegemaran awak apa. Tapi, saya harap dengan gelang tangan ni.....mampu untuk mengubati hati awak yang terluka." Alif berkata sambil membuka sebuah bekas yang ada gelang tangan emas di dalamnya.

"Eh apa ni Alif! Buat susah-susah je lah kau ni." Aulia menolak pemberian Alif tu.

"Alah terima lah Lia! Anggap je ni hadiah perkahwinan kita nanti!" Alif tersenyum nakal. Terkena lagi Aulia.

"Hish! Kau ni Alif!" Aulia sudah termalu-malu.

"Alah terima lah! Saya takkan berganjak dari tempat parking ni kalau awak tak terima. Nak ke saya block kereta awak, dan lepastu awak dan saya terperangkap-"

"Ye lah! Aku ambik gelang ni! Kau ikhlas eh! Jangan nak claim balik pulak."

"Lia, saya kalau dah bagi macamni bermakna saya ikhlas tau! Saya bukan macam lelaki lain. Saya dah cakap tadi...saya seorang yang setia!" Kata Alif yakin.

"Baiklah aku pakai gelang ni." Aulia tersenyum lalu memakai gelang itu.

'Semoga awak berbahagia Lia. Saya janji saya takkan sesekali menyakiti awak! Saya takkan benarkan sesiapa pun sentuh awak....saya janji.....'



Continue Reading

You'll Also Like

301K 9.5K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
1.5M 48.9K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
159K 6.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
112K 6.5K 53
[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +