The Triplet's Stupidity ยฉ

By asyaash_

37K 2.8K 272

Under TAD series [Completed] Short Storyโœจ "Don't judge us by our handsome face." Start : 23/5/2022 End : 29/7... More

THE TRIPLET'S STUPIDITY
๐‘ท๐’“๐’๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 1
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 2
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 3
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 4
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 5
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 6
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 7
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 8
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 9
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 10
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 11
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 12
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 14
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 15
๐‘ฌ๐’‘๐’Š๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
Surat Aariqโค๏ธ
The Triplet's Stupidity Farewell
Ebook Tuan Anrique Danial
Pre-order Novel by Asya Ashโค๏ธ

๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 13

1K 97 2
By asyaash_

Usai semua permainan sukaneka rekaan Aariq, mereka berehat bersama di gazebo. Mereka dihidangkan makanan dan minuman oleh Shayla dan Tengku Dayang.

Keputusan permainan jatuh kepada kumpulan The Uncounter Barbie. Sudah semestinya, iphone 14 Pro Max dimenangi oleh Aqeef dan Atheefa.

"Baba, nanti kita main lagi game macam ni! Princess suka!!" Sorak Atheefa kegirangan.

Aariq senyum kecil sebelum menunduk. Main lagi? Bila? Aku ada masa lagi ke?

"Betul...betul...betul!" Aefeq menyokong pernyataan Atheefa itu. Dia setuju kalau Aariq mahu mengadakan aktiviti seperti hari ini. Bukan saja menyeronokkan malah mengeratkan hubungan mereka adik beradik.

Shayla yang melihat wajah Aariq kian mendung itu meletakkan tangannya ke atas bahu lelaki itu. Diusapnya perlahan. Dia percaya suaminya kuat.

Aariq meraih tangan Shayla sebelum mengusap tangan isterinya itu.

Atheefa memerhatikan Baba dan Mamanya itu. Wajahnya berkerut.

"Baba dengan Mama ada rahsiakan apa-apa daripada kami ke?" soalan itu secara sponta meniti di bibir kecil itu. Wajah Shayla dan Aariq dipandang silih berganti.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq juga mengalihkan pandangan ke arah Shayla dan Aariq.

"M-mana ada." Aariq senyum segaris. Berbintik peluh di dahinya itu dikesat oleh isterinya.

Atheefa mengecilkan matanya.

"Jangan cakap yang sebenarnya....."

Aariq memandang Shayla dan isterinya itu mengangkat bahu. Atheefa sudah tahu tentang penyakitnya ke?

"Mama mengandung eh?"

Hampir terjatuh rahang Shayla dan Aariq mendengarkan itu. Mana pula datang idea dia mahu lontarkan soalan itu. Apa punya budak ni?

"Mana ada." Aariq menghela nafas lega. Mengandung apanya, stamina dia pun lingkup. Dia sekarang pun serabut memikirkan soal penyakitnya.

Atheefa mencemik.

"Baguslah kalau tak pregnant. Susah pula kitorang nak bendung adik baru nanti." Afeeq mengurut dadanya. Selamat tiada princess kuasa dua. Satu princess pun boleh pecah kepala otaknya.

Aqeef mengangguk setuju.

Shayla menggamit Aefeq untuk membantunya mengangkat bekas makanan untuk masuk ke dalam rumah. Tinggallah Afeeq, Aqeef, Atheefa bersama Aariq.

"Ba, kenapa eh Baba tiba-tiba buat aktiviti macam ni? Macam arwah atuk? Baba nak tinggalkan kami macam atuk ke?" Dengan polos soalan itu dilemparkan oleh Aefeq yang sedari awal tadi hanya diam. Dia berasa tidak sedap hati.

Aariq menggeleng dengan tenang.

"Baba cuma nak eratkan hubungan sesama kita. Tujuan utama Baba ialah merapatkan lagi ataupun mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli keluarga, kerana pada masa zaman sekarang kebanyakan kita sendiri pun agak segan dengan adik beradik sendiri. Sebab itulah, Baba rancang buat aktiviti bersama di suatu tempat untuk sama-sama melakukan apa-apa saja permainan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim."

Afeeq mengangguk setuju dengan ayahnya itu. Aktiviti yang mereka bermain tadi dapat mengeratkan hubungan mereka adik beradik. Daripada masing-masing sibuk mengadap telefon, adalah lebih baik mereka bermain aktiviti bersama. Badan Cergas, Minda Cerdas.

"Qeef setuju dengan Baba. Nanti kita buat lagi macam ni. Tapi Qeef tak nak group dengan princess. Tukarlah pula."

Atheefa menjeling apabila namanya diutarakan.

"Macamlah princess nak sangat group dengan Abang Qeef. Taknaklah. Baik group dengan Abang Baby lagi best." Dia menjelirkan lidah ke arah Aqeef.

Aqeef mengetap bibirnya.

"Sudahlah. Princess tak baik jelir lidah dekat abang." Aariq menegur Atheefa. Jelas anak kecilnya itu tidak berpuas hati dengan tegurannya. Bibirnya memuncung.

"Abang Qeef yang mula dulu."

"Kaulah! Budak kecik biadab."

"Princess biadab dengan orang yang tak ada adab aje. Macam Abang Qeef."

"Sudahlah jangan gaduh." Aariq memicit pelipis dahinya. Pening kepalanya.

"Eh, kau ni naik lemaklah."

"Princess kurus mana ada lemak."

Afeeq yang melihat wajah Aariq semakin pucat itu mencelah perbalahan dua beradik itu.

"Sudahlah Qeef. Kau dah besar takkan dengan budak-budak pun nak gaduh. Princess pun sama. Cukup. Bagi Baba rehat." Afeeq mencerlung ke arah dua beradik itu.

Shayla yang baru saja datang bersama Aefeq dari dapur itu segera mendapatkan Aariq.

"Awak okay ke ni, Riq?"

Aariq senyum tipis sambil mengangguk. Jujur tekaknya rasa loya. Dia menggamit Shayla untuk membisikkan sesuatu.

"Kenapa dengan Baba?" Aefeq menyoal Afeeq.

"Baba stress kut dengar dua ekor ni bergaduh." Afeeq mengeluh. Dia risaukan keadaan Aariq.

Shayla membantu Aariq untuk berdiri, dia membawa Aariq masuk ke dalam rumah meninggalkan anak-anaknya.

"Ini semua salah abang Qeef!" Atheefa menghentak kaki sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

"Ha memang. Semua salah aku. Kau perempuan mana pernah salah." Bebel Aqeef tanpa henti.

Afeeq dan Aefeq menggeleng memandang Aqeef sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian.

"Semua salah aku." rungutnya. Tanpa sedar, Tengku Dayang mendekatinya.

"Qeef, tak baik tau bergaduh dengan adik beradik sendiri." tegur Tengku Dayang. Aqeef mencebik.

"Dia tu yang mula."

"Tak kisah siapa yang mula. Aqeef lagi besar, Aqeef kena mengalah. Kesian dekat Baba dengan Mama. Diorang pun sedih kalau tengok korang bergaduh macam ni." Tengku Dayang menggeleng lemah. Melihat Aqeef, dia nampak Aariq. Manakala Atheefa seperti Dalia. Dua beradik yang sentiasa bergaduh. Serupa tapi bukan dia.

Aqeef mengeluh. Dia sedar salah dia. Sepatutnya dia mengalah.

"Nenda, kalau boleh Qeef nak tanya. Kenapa Baba jadi macam tadi?"

Tengku Dayang hanya membalas dengan senyuman. Entah bagaimana dia mahu memberitahu kepada Aqeef. Sebut tentangnya saja membuatkan air matanya gugur. Biar masa saja tentukan kebenarannya.

"Princess." panggilnya lembut.

Atheefa menoleh ke arah suara yang menegurnya itu.

"Abang Qeef minta maaf."

Dia mengeluh sebelum mengangguk. Tangan abangnya diraih dan menarik abangnya untuk duduk di sampingnya.

"Abang Qeef rasa Baba okay? Princess risau."

Soalan Atheefa itu membuatkan Aqeef terdiam. Bagaimana untuk menjawab soalan itu? Sedangkan dirinya juga risau tentang keadaan Aariq.

Melihat abangnya yang kelihatan teragak-agak itu, Atheefa mengeluh sekali lagi. Jari jemari kecilnya diremas perlahan.

"What if anything happens to Baba? Princess tak nak hilang Baba. Semua salah princess. Sepatutnya princess tak gaduh dengan Abang Qeef tadi." Mata bundar itu mula merembeskan air mata. Dia tidak sanggup kehilangan Aariq. Mereka semua masih tertanya-tanya tentang keadaan Aariq. Sejak kejadian tengah hari tadi, Aariq masih belum keluar daripada bilik. Begitu juga Shayla.

Aqeef tersentak dengan luahan adiknya. Segera dia menarik Atheefa merapat ke arahnya lalu diusap perlahan belakang tubuh adiknya itu.

"Shh, jangan nangis. Abang Qeef ada. Semua ni bukan salah Princess. Bukan sebab princess perempuan tak pernah salah. Tapi semua ni kita tak minta jadi macam ni. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Sekarang ni kita doakan semoga Baba baik-baik aje. InshaAllah Aamiin." Bibirnya berlabuh di ubun-ubun kepala Atheefa.

Keningnya berkerut seketika.

"Princess, kenapa kepala kau bau macam syampu lelaki ni?" Dia menghidu semula bau rambut adiknya itu. Memang tidak dapat dinafikan memang bau syampu lelaki.

Atheefa mengangkat wajahnya memandang Aqeef. Air mata diseka lembut. Pelukan dileraikan.

"Jangan kasi tahu Baba, princess rembat syampu dia. Sebab Abang Rash reject princess, dia kata dia gay. Jadi, princess nak jadi lelaki untuk dia."

Hampir terjatuh rahang Aqeef. Kepala otak budak ni! Si Arash pun satu, bila masa kau gay?

Suara tawa garau menarik perhatian mereka. Kepala ditoleh perlahan melihat Afeeq dan Aefeq sedang berjalan ke arah mereka berdua.

"Kenapa kau gelak?" Aqeef mencemik.

Afeeq senyum kecil, "Saja. Aku suka tengok catdog depan kitorang ni berpelukan. Selalunya bertengkar manjang. Kan baby kan?"

Aefeq mengangguk setuju. Antara mereka bertiga, Aqeef paling kerap bergaduh dengan Atheefa. Anak nombor dua memang mulut tak ada insurans.

Afeeq pula jenis malas ambil kisah. Dia dalam dunia dia aje. Kalau Aefeq jangan dicakap, dia paling ngam dengan Atheefa. Abang kesayangan gitu.

Atheefa menjeling Afeeq.

"Baba dah keluar bilik ke? Dia turun makan dengan kita?" Aqeef menyoal. Tipulah dia mampu bertenang setelah melihat perubahan Aariq sebentar tadi.

Afeeq mengangkat bahunya.

"Aku panggil Baba dengan Mama tadi. Mama suruh kita makan dulu." Afeeq menarik kerusi berhadapan dengan Aqeef dan melabuhkan punggungnya. Aefeq ikut duduk di sampingnya.

Aqeef dan Atheefa mengeluh serentak.

"Pelik kan dengan Baba? Baba tak pernah macam tu. Sebelum ni kalau kita bertengkar, Baba selalu bersorak. Makin suka adalah dia tu. Tapi hari ni dia nampak stres, sedih, yang paling pelik tiba-tiba pucat." Aefeq mengusap dagunya. Bukan dia seorang yang hairan dengan Aariq, mereka yang lain turut bingung.

Afeeq mengangguk setuju.

"Aku risau Baba tu...."

Belum sempat ayatnya dihabiskan, Tengku Dayang muncul bersama semangkuk nasi. Dia berdehem kecil.

"Doakan yang baik-baik untuk Baba. Tak baik tau cakap bukan-bukan. Kata-kata itu satu doa. Jadi katakan yang baik-baik saja. Baba cuma stres sikit tu. Bukan ada apa pun. Jangan fikir sangat, nanti dia okaylah tu." Bibir tua itu merekah senyum. Nasi dicedokkan ke dalam pinggan cucu-cucunya.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq menunduk menekur bawah. Rasa bersalah berfikir buruk tentang Aariq.

"Nenda, kenapa princess rasa Baba ada sorokkan sesuatu daripada kitorang?"

Soalan itu membuatkan tangan Tengku Dayang terhenti. Dia menoleh ke arah Atheefa yang masih menanti jawapan itu.

"Sorok apa? Kan Baba okay ni."

Mereka semua menoleh ke arah Aariq yang berjalan ke meja makan bersama Shayla di sampingnya. Mereka berdua tersenyum melihat anak-anak mereka sudah berbaik di meja makan itu.

Wajah Aariq semakin berkurang pucatnya. Tidak seperti tadi.

"Baba!!!" Atheefa segera mendapatkan Aariq. Kaki Aariq dipeluk erat. Rasa bersalah menghurung dirinya.

"Baba, princess is sorry. Princess janji lepas ni tak gaduh dah dengan Abang Qeef. Princess gaduh dengan Mimah aje."

Terletus tawa di celahan bibir Aariq. Terhibur dengan omongan anak bongsunya itu.

"Ya, sayang. Jom kita makan. Baba lapar." Dia memimpin tangan Atheefa ke meja makan. Sambil diikuti Shayla. Matanya beralih memandang Aqeef yang masih menunduk itu.

Senyuman kecil diukirkan.

"Qeef, kau tak payah tunduk tengok kaki bercagu kau tu. Baba lagi hensem dari kaki kau. Tengok sini. Baba okay. Tak payah risau ya?"

Perlahan-lahan Aqeef membalas pandangan Aariq. Berkaca-kaca matanya memandang Aariq.

"Ba..."

"Shh, diam. Aku nak makan ni. Nanti esok-esok kau nangis. Sekarang kita makan dulu."

Aqeef mencebik. Baru nak feeling. Kacau daun betul Baba ni.

Mereka pun menjamu selera dengan meriah sekali. Sesekali Aefeq merenung wajah Aariq senyap-senyap.

Hati kecilnya bertanya, "Apa sebenarnya yang Baba sorokkan?"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue Reading

You'll Also Like

39.4K 3.8K 59
๐“๐‡๐„ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ.๐ŸŽ "๐˜๐จ๐ฎ ๐๐ž๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ๐ฒ๐ž๐ ๐ฆ๐ฒ ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ญ" ~๐ญ๐ก๐ž ๐ข๐ง๐ญ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐œ๐ž~ Awalnya pergi ke Sabah demi tugas. Sekali terjumpa...
12.7K 2.7K 19
Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula dan kali ini dengan cerita yang berbeza. Palette (n.) a thin board or slab on which an artist lays...
2M 72.1K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...
10.8K 263 55
๐‘บ๐’๐’‡๐’Š๐’‚ ๐‘ต๐’‚๐’…๐’Š๐’“๐’‚ || ๐‘ฏ๐’†๐’๐’Ž๐’Š ๐‘ฏ๐’‚๐’‡๐’Š๐’› "Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." -Helmi Hafiz "Tak pe, aku buat jugak kau...