The Triplet's Stupidity ยฉ

By asyaash_

32.9K 2.7K 269

Under TAD series [Completed] Short Storyโœจ "Don't judge us by our handsome face." Start : 23/5/2022 End : 29/7... More

THE TRIPLET'S STUPIDITY
๐‘ท๐’“๐’๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 1
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 2
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 3
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 4
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 5
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 7
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 8
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 9
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 10
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 11
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 12
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 13
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 14
๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 15
๐‘ฌ๐’‘๐’Š๐’๐’๐’ˆ๐’–๐’†
Surat Aariqโค๏ธ
The Triplet's Stupidity Farewell
Ebook Tuan Anrique Danial

๐‚๐ก๐š๐ฉ๐ญ๐ž๐ซ 6

1.4K 151 15
By asyaash_

Aryan membisikkan sesuatu ke telinga Aqeef yang tekun membuat kerjanya itu.

Membulat mata Aqeef.

"Kau biar betik?"

Aryan menjongketkan keningnya, "Betiklah. Masa ngak betik."

Aqeef meletakkan pen dari tangannya ke atas meja. Kehadiran Aryan ke bilik pejabatnya bersama berita itu mengejutkannya.

"Bila? Dan bagaimana?" Aqeef menggaru keningnya. Berita yang dibawa Aryan itu bukan perkara kecil. Besar itu bah.

"Kamu nanyak?" Aryan menghempas punggungnya ke atas sofa bilik itu. Kaki panjangnya dilunjurkan ke atas meja kopi. Buat macam bilik sendiri nampaknya.

Aqeef bingkas berdiri lalu mendekati Aryan. Sofa bertentangan menjadi pilihan.

"Tapi dia kan--"

"Alah, santai ajelah. Daddy aku tak makan orang pun. Dulu aku pun belajar bisnes dengan dia. Tengok sekarang aku jadi manusia. Aef tu dah besarlah. Pandailah dia biasakan diri dengan Daddy."

Aqeef mengangguk.

"Aku bukan apa. Baby tu manja. Aku risau kang datang sini menangis-nangis. Kau tahulah dia lama jadi bongsu. Memang manja sikit budak tenuk tu." Walaupun Aqeef selalu mengusik adiknya, Aefeq. Namun sebagai abang, dia tetap khuwatir dengan keadaan adiknya itu. Dengar cerita, Aryan dulu sampai 7 hari 7 malam menangis sebab takut dengan Aayyan.

Klak!

"Qeef, tolong aku!!!"

Aqeef dan Aryan menoleh ke arah suara yang mencelah. Kelihatan sekujur tubuh sedang melutut sambil menunduk menekur lantai bilik Aqeef.

"Eh, mulut aku masin sangat ke Ar?"

Aryan memandang Aqeef, "Manalah aku tahu. Kau tak pernah kiss mulut aku."

Aqeef menampar bahu Aryan. Bodoh!

"Baby, kau okay tak?" Aqeef berdiri lalu mendekati sekujur tubuh itu. Dia mencangkung di hadapan adiknya itu.

Sebaik sahaja wajah yang menunduk itu diangkat dan memandang tepat ke arahnya, langsung dia jatuh terduduk.

"Oi, kau bukan baby! Kau bab*!!!!"

Afeeq menarik lengan Aqeef.

"Tolong aku, Qeef. Darren cakap kalau aku main-main dia nak tembak kepala aku. Tadi dia...."

Klak!

Mereka bertiga menoleh ke arah pintu bilik Aqeef. Terpancul wajah Darren di hadapan pintu. Langsung ketar ketir itu anak-anak. Kecuali Aryanlah.

"Qeef, tengok malaikat maut dah sampai. Aku takut. Kau ajelah belajar dengan dia." Si abang bersembunyi di sebalik tubuh si adik.

Aqeef menelan liur melihat wajah garang milik Darren. Dia pula yang takut. Siapa abang siapa adik pun dia tak tahu sekarang ni.

"Ren, sudahlah. Tak payahlah takutkan diorang. Meh, duduk sini dengan aku." Aryan menggamit Darren untuk duduk bersamanya di atas sofa.

Darren akur.

"Oi, dua ekor tenuk. Meh, duduk sekali. Tak payah nak takut sangat. Darren tak bunuhlah korang tu. Korang family dia juga. Dia belum cukup bangang macam kita lagi."

Dua beradik itu bergegas berdiri dan menuju ke sofa.

Aryan menepuk bahu Darren.

"Kau kenapa garang sangat ni? Bini tak kasi ke apa? Kesianlah sikit dekat diorang ni. Diorang nak belajar. Bukan nak bergasak."

Darren memutarkam bebola matanya ke atas.

"Tu ha. Afeeq tu mengada. Asyik nak main-main aje. Apa yang aku ajar semua dia tak ikut pun. Memang kenalah dengan aku." Darren menjeling tajam ke arah Afeeq yang masih menggigil sambil memeluk lengan Aqeef itu.

"Ala, kau macam tak kenal tiga orang kembar ni macam mana. Kau ajar elok-eloklah. Tengok aku bimbing si budak Aqeef ni okay je. Kau tu bagi mesra alam sikit. Muka jangan ketat sangat. Kasi senyum sikit."

Darren mengeluh besar. Balik-balik dia yang kena semula.

"Kau ajelah handle dia. Aku busy. Ciao!" Darren terus meninggalkan mereka. Aryan mengeluh kecil. Sudah dia duga, Darren tidak suka cakap banyak orangnya. Tambah-tambah kalau oranh main-main dengannya. Memang habis kau kena bantai.

"Kau pun, Feeq. Tahu kan Darren tu macam mana? Yang kau tak ikut apa yang dia ajar tu kenapa?" Kali ini Aryan mencerlung tajam ke arah Afeeq.

"Aku main-main aje. Selalu dekat rumah arwah Atuk dia okay bila aku bergurau." Afeeq mencebik. Nak Baba!!!!

Aryan menggeleng perlahan.

"Dekat rumah lain. Ada adik aku, Ween. Dia kalau nampak bayang-bayang adik aku pun auto bertukar jadi kucing. Ini dekat pejabat dia memang menyingalah. Kau kena pandai bezakan bila waktu boleh main, bila waktu kena serius. Jangan semua benda nak anggap gurauan. Bila kerja, kerja betul-betul. Bila time main, kau nak buat apa pun buatlah. Tak ada siapa nak halang kau." Itu dia cikgu Aryan berbicara. Hanya dia yang boleh menegur kembar tiga itu selain daripada Aariq, Shayla, Ayeena dan Aayyan. Cakap orang lain memang lambat lagi, diorang nak dengar. Mahunya masuk telinga kanan keluar ketiak kiri. Hampeh.

Klak!

"Guys, Baby balik dulu!" Wajah ceria Aefeq terpancul di muka pintu. Bukan main ceria budak Aefeq tu.

"Kenapa awal sangat kau balik? Kan kita kena belajar arini." Aqeef menyoalnya. Hairan juga. Baru pukul 3 petang. Waktu pejabat tamat pukul 5.30 petang.

Aefeq mengangkat bahu.

"Tadi aku belajar dengan Daddy Yan. Daddy Yan ajar aku check balik surat-surat klient yang lama dan buat surat baru untuk projek baru. Aku ikut ajelah. Lepastu dia cakap kerja aku bagus dan aku boleh balik awal harini. Aku dah call bagitau Baba. Baba cakap dia proud dekat aku. Kejap lagi Baba datang ambil aku. Bye abang-abangku." Bukan main panjang si Baby bercerita. Melopong luas mulut Afeeq dan Aqeef. Bukan main senang aje.

Aryan pula terkebil-kebil.

"K-kenapa dia t-tak garang dengan kau macam aku kena dulu?" Ketidak adilan apakah ini? Tolong sesiapa bagitahu aku.

"Oh ya, tadi Daddy cakap kerja aku lagi bagus daripada kau masa awal-awal dulu. Kau kerja nak betul aje. Dah tahu salah pun still nak cakap kau betul. Lepastu manja. Sikit-sikit nak Mummy." Aefeq mengusap dagunya. Dia menceritakan apa yang dikatakan oleh Aayyan sebentar tadi.

Aryan menyilang tangan ke dada.

"Aku nak merajuk dengan orang tua tu. Tak kira!!!"



Naela dan Nahlan yang duduk bersila di tengah ruang tamu itu memandang Atheefa yang sedang bermain dengan kucing milik Aariq, Hamimah.

"Mimah, kalau nak kencing pergi toilet tau. Jangan kencing merata. Ini rumah orang. Baba kan dah ajar kita jangan kencing merata." Bulu tebal Mimah dia usap perlahan.

Nahlan merapatkan bibirnya ke telinga adiknya, Naela.

"Kenapa dia cakap dengan kucing? Dia tak bet--"

Naela menampar lengan abangnya itu perlahan, "Tak baiklah, Alan. Itukan Aunty Su kita."

Nahlan mencebik. Kita tanya aje.

Atheefa memandang dua orang anak buahnya itu. Bibirnya mengukir satu senyuman lebar. Usia mereka hanya beza setahun. Dia setahun lebih tua daripada kembar itu.

"Alan, Onti Su datang sini bawa coklat untuk korang." Dia meraih beg sandangnya yang bercorak bunga daisy putih dari atas sofa. Dikeluarkan coklat Cadburry kegemaran Naela.

Naela menjerit suka melihat coklat kegemarannya dihulurkan oleh Atheefa.

Tiba di giliran Nahlan, dia menolak.

"Kenapa Alan tak suka ke? Alan nak coklat apa? Lain kali Onti Su belikan." Tidak padan dengan kecil. Gaya bercakap macam orang dewasa.

"Alan tak makan coklatlah, Aunty Su. Bagi dekat Nel ajelah. Hihi." Si adik yang menjawab.

Atheefa senyum kecil lalu memberikan coklat itu kepada Naela. Gadis kecil itu cukup suka dengan coklat Cadburry.

Nahlan memandang kucing parsi berbulu kelabu di atas riba Atheefa itu.

"Apa nama singa ni?"

Ternaik kening Atheefa sebelum matanya beralih ke arah Hamimah.

"Ni Mimah. Nama panjang dia Hamimah."

"Dia makan orang tak?" Soal Nahlan lagi. Dia tampak teruja untuk mengetahui tentang binatang berbulu itu.

Atheefa ketawa kecil.

"Mana ada kucing makan orang. Ini bukan singa. Apalah Alan ni." Naela juga ikut ketawa.

Nahlan mencebik. Tanya aje pun salah. Semua salah. Iyalah perempuan selalu betul.

"Tadi bukan Tok Riq ada dekat sini ke?" Naela menjenguk mencari kelibat atuk saudaranya itu. Tadi ada sekarang tak ada.

"Baba pergi ambil Abang Baby dekat pejabat." Jawab Atheefa. Naela mengangguk faham.

"Betul ke Tok Riq sakit?" Nahlan bertanya kepada Atheefa. Terkebil-kebil mata si kecil itu.

"Mana Alan tahu? Baba Onti sihatlah. Dia boleh lari 10km dalam masa setengah jam." Atheefa ketawa janggal. Baba sakit ke? Kenapa dia tak tahu?

Nahlan mengangkat bahunya.

"Alan tak tahu. Tapi Alan dengan Tok Daddy cakap dengan Tok Mummy. Ddy pun ada sekali masa tu."

Atheefa terdiam. Hujung matanya mula bertakung. Mana ada Baba sakit. Baba sihatlah!!

"Assalamualaikum Princess, Baba datang ni!!" Suara Aariq menjengah ke koklea telinganya. Laju dia meninggalkan Hamimah dan berlari ke arah Aariq di muka pintu rumah Aryan itu. Kaki Aariq dipeluknya.

Terkejut Aariq melihat wajah merah padam anaknya.

"Eh, Uncle Riq." Natalya yang baru muncul dari dapur itu mendekati anak-anaknya.

Satu kelibat merentasi mereka semua berlalu naik ke tingkat atas. Laju. Sepantas hussain bolt.

"Uncle ambil Aryan sekali ke?" soal Natalya. Tidak pula dia mendengar bunyi enjin kereta suaminya itu. Bukan main laju naik ke atas.

"Dia merajuk dengan Daddy dia. Nak balik awal. Biasalah. Aryan." Aariq ketawa. Rambut Atheefa diusap perlahan.

"Mmy, Alan usik Aunty Su. Alan cakap Tok Riq sakit." Naela menggocang tangan Natalya. Natalya meneguk liur.

"Alan! Apa cakap macam tu dekat Aunty?" Natalya menjegilkan mata ke arah anak sulungnya itu.

Aariq hanya diam memerhati.

"Alan tanya aje. Sebab Alan dengar Tok Daddy..."

"Tak apalah, Lya. Biasalah budak-budak. Uncle Riq memang tak sihat sikit ni." Aariq senyum kecil. Dia tahu anak kecil itu tidak sengaja. Biasalah budak-budak.

"Lya minta maaf kalau Uncle kecil hati. Sebab Alan."

"Tak ada apa pun. Hati Uncle masih besar. Alan tak salah pun."

Atheefa menarik tangan Aariq. Wajah redup itu mengamati wajah sang ayah.

"Baba sakit apa?"

Aariq usap rambut anaknya itu. Dia tunduk membalas pandangan Atheefa.

"Baba..."

Senyuman nipis dihadiahkan.

"...demam rindukan Mama."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue Reading

You'll Also Like

234K 15.2K 52
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 3 ) ๐Ÿ†BEST MYSTERY BOOK AWARD ๐Ÿ†TOP 2 BEST GOLD AWARD ๐Ÿ†TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang p...
557K 1.4K 29
As in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh...
396K 22.5K 65
Bomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara...
109K 5.4K 9
โ˜†.๏ฝก.:* Hello You Universe >> Old Version โ˜†.๏ฝก.:* โYang membaca aksara cintamu itu mataku, namun nyatanya hati ini yang bergetar kerananya,โž โ†ถ*เณƒ...