The Triplet's Stupidity Β©

By asyaash_

33K 2.7K 269

Under TAD series [Completed] Short Story✨ "Don't judge us by our handsome face." Start : 23/5/2022 End : 29/7... More

THE TRIPLET'S STUPIDITY
π‘·π’“π’π’π’π’ˆπ’–π’†
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 1
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 2
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 3
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 4
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 6
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 7
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 8
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 9
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 10
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 11
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 12
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 13
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 14
π‚π‘πšπ©π­πžπ« 15
π‘¬π’‘π’Šπ’π’π’ˆπ’–π’†
Surat Aariq❀️
The Triplet's Stupidity Farewell
Ebook Tuan Anrique Danial

π‚π‘πšπ©π­πžπ« 5

1.1K 145 8
By asyaash_

"Baba!!!!"

Aariq segera menoleh ke arah anak-anaknya yang sedang berlari ke arahnya itu. Bertindan tindih dahinya memandang tiga kembar itu.

"Korang bertiga buat apa datang office? Princess mana?"

Afeeq memegang bahu Aariq. Sambil mencari nafas. Penat sangat ni bang.

"Jap, ba. Feeq penat." Tercungap-cungap anak sulung Aariq itu.

"Ba, princess kami tinggal dekat rumah Ar. Princess nak main dengan Naela. Itu yang kami bertiga bertandang ke pejabat Baba ni." Aqeef mewakili adik dan abangnya itu senyum memandang Aariq.

Aariq membuat muka bosan. Kaki diatur masuk ke dalam ruangan pejabatnya. Dia baru saja lepas berjumpa dengan client.

Anak-anaknya itu mengikut langkah kakinya daripada belakang.

"Banyaklah korang punya bertandang. Aku bertendang sekor-sekor kang." Bebelnya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Garanglah Baba ni. Piyed eh?" Aefeq mencucuk pipi Aariq menggunakan jari telunjuknya. Aariq memincing mata ke arahnya.

Segera dia berlari dan bersembunyi di sebalik Afeeq. Dasar pengecut.

"Baaaaaa~~" Aqeef mendekati Aariq. Lengan si bapa digoncang-goncang. Aariq membuat mimik muka menyampah. Tidak lain tidak bukan, anak-anaknya itu pasti ada hajat yang kuban-kuban.

"Baba~~~"

Aariq mendecit perlahan, "Cakap cepat korang nak apa? Sebelum aku tendang tiga-tiga keluar. Geli bulu telinga aku dengar korang panggil macam tu."

Tiga beradik itu sengih sambil menggaru telinga. Sama dan serupa gaya mereka.

Aariq memandang mereka bersama kerutan di dahi.

"Kitorang nak tanya baba." Afeeq menyatukan jari telunjuk kiri dan kanannya. Matanya dikerdipkan berkali-kali.

Makin bertambah kerutan di dahi Aariq. Jauh-jauh anaknya datang untuk tanya soalan apa? Sedangkan sekarang semua zaman canggih ada facetime, imessage dan seangkatan dengannya.

"Baba hisap dadah ke?"

Bagai tercekik halkum dibuatnya si Aariq itu. Mukanya tidak perlu dijelaskan. Terpancar riak terkedu. Terkesima.

Aariq memejamkan matanya lama. Pelipis dahi dipicit berkali-kali. Kenapalah aku dikurniakan anak-anak sebangang ini? Apa ke bangang sangat aku zaman muda sampai disumpah begini?

Tiga beradik itu memandang sesama mereka. Bahu diangkat serentak. Salah ke apa yang kita tanya?

"Korang dah makan?" Aariq mencelikkan matanya dan memandang anak-anaknya itu.

Perlahan-lahan dia berdiri dan memeluk tubuh.

Masing-masing geleng.

"Baba nak belan..."

"Baguslah belum makan. Aku nak bagi makan penumbuk aku. Sini korang bertiga!!!! Aku punyalah penat bekerja sesedap ketiak hangit korang tuduh aku ambik dadah. Siapa yang mula dulu cakap aku macam tu? Sini aku rembeskan air ketiak berpeluh aku dekat muka dia." Aariq melipat lengan baju dan mula mengejar tiga kembar itu. Lintang pukang mereka melarikan diri daripada Aariq.

"Bukan, Ba. Kitorang joking aja Ba!!!! Tak sengajalah Baba oiii."

"Baba, sumpah tak sengaja. Kitorang tanya aje. Janganlah marah."

"Baba!!!! Jangan kejar kitorang. Babab dah tua nanti mati kepenatan."

Belum sampai 15 minit, Aariq putus asa. Dia merebahkan punggung ke atas sofa biliknya. Semput bapaknya pun.

Mereka bertiga ikut duduk di sofa bertentangan. Sebaris ketiga-ketiga mereka duduk.

"Ba?"

Aariq mengangkat keningnya.

"Baba tak sihat ke?"

Aariq diam sejenak. Dia menggeleng kecil.

"Baba okaylah. Sihat aje. Cuma penat sikit kebelakangan ni. Banyak kerja. Zaman muda dulu aku malas. Bila dah tua baru bekerja, beginilah jadinya." Aariq ketawa kecil. Teringat zaman jahiliahnya. Main bakar-bakar pejabat orang. Pergi kacau pejabat member.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri.

"Baba." Afeeq mengusap pangkal lehernya.

"Kitorang ada bincang sebelum ni. Kitorang ingat nak masuk kerja balik tolong Baba." Aqeef menyambung bagi pihak abangnya. Terkebil-kebil mata Aariq memandang anak-anaknya.

"T-tolong apa?"

"Tolong Baba buat kerjalah. Kitorang kesiankan Baba. Baba kan dah tua. Umur macam Baba patut tinggal dekat rumah orang tua-tua aje." Aefeq mencelah. Ya ampun, mulut si Baby ni.

Aariq mencebik, "Korang nak tolong apa? Korang buat kerja pun tak pernah. Tak apalah, biar Baba kerja cari duit untuk korang."

Afeeq membangkang.

"7 keturunan pun tak habis duit Baba dalam bank tu. Tak payahlah kerja bagai nak rak sangat. Baba berehatlah dekat rumah. Main dengan Princess. Kesian budak hodoh tu, hari-hari tanya mana Baba. Bila Baba balik, dia pula dah tidur. Bila Baba dah pergi pejabat, dia baru bangun tidur."

Aariq terdiam. Ya, sejak kebelakangan ini dia semakin sibuk. Segala urusan tentang anak bongsunya itu diserahkan kepada tiga orang kembar itu. Dia juga rindu waktu bersama keluarga.

"Betul tu, Ba. Kalau kitorang kerja, Baba rehatlah dekat rumah. Kitorang tak adalah penat sangat macam Baba sebab kitorang bertiga. Walaupun tiga otak kena gabungkan baru menjadi separuh otak Baba, tak apalah kitorang boleh belajar dari sekarang. Senang untuk masa depan." Aqeef memujuk Aariq. Bersara ajalah Aariq. Duduk rumah goyang kaki lagi seronok.

Aefeq mengangguk setuju, "Kitorang ada Ar dengan Darren boleh tolong ajarkan. Baba janganlah risau. Kitorang nak yang terbaik untuk Baba. Kami tak ramai tapi kami ada untuk Baba. Lagipun Mama dah nak balik lagi tiga hari. Baba bolehlah prepare stamina nak honeymoon dekat rumah baru dengan Mama."

Terlepas tawa di bibir Aariq.

"Kau nak adik baru ke, Baby?"

"Kalau adik comel macam princess, boleh aje." Aefeq ikut Aariq ketawa.

Afeeq dan Aqeef pula menggeleng laju.

"Ah, takde. Kau ingat senang nak ada adik baru pula. Tu budak kecik dekat rumah tu pun susah nak bendung. Kau lagi. Memang taklah kitorang nak adik baru." Aqeef menjeling Aefeq tajam. Kepala otak dia adik baru.

Afeeq mengangguk setuju dengan kata-kata Aqeef. Mahu botak kepala Aariq kalau ada anak tolol seorang lagi.

Aariq mengeluh besar.

"Iyalah. Tapi ingat. Jangan susahkan Daddy Yan. Aku sorang aje boleh susahkan dia. Korang semua susahkan aku aje. Jangan susahkan orang lain. Aku tak suka anak-anak aku dianggap menyusahkan."

Ketiga orang kembar itu senyum puas. Akhirnya, Baba setuju.

"Kerja elok-elok. Aku balik dulu. Lamanya tak rehat macam ni. Apapun aku ucapkan selamat bekerja." Aariq bangun dari posisi duduk. Dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluar dan berjalan menuju ke pintu.

Anak-anaknya terpinga-pinga.

"Mula sekarang ke?"

"Haah. Sekaranglah. Pergilah bekerja. Aku nak balik video call dengan bini aku. Ciao!" Aariq meninggalkan anak-anaknya terumbang-ambing. Terkebil-kebil mata mereka memandang sesama sendiri.

"Macam gitu aje dia tinggalkan kita? Tak ada briefing kerja apa kena buat ke?" Afeeq menyoal.

"Apa pasal bapak kau macam tu punya teruk perangai?" Aqeef menolak bahu Aefeq.

"Bapak aku bapak kau jugak!!"

"Aku nak refund bapak kita. Nak exchange. Aku syak bapak kita ni rosak." Aqeef mengeluh. Ingatkan mula esok ke lusa ke. Sempatlah dia nak prepare pakai segak-segak ke pejabat. Ini dengan seluar tracksuit adidas. Baju tshirt lengan pendek. Selipar jamban.

Kalau client datang ni mahu lari balik sebab terkejut.

"Nak buat apa sekarang ni?" Afeeq menyoal mereka berdua. Dua adiknya itu hanya mengangkat bahu.

Lama mereka diam memikirkan jawapan.

"Kita minta Darren dengan Ar ajelah yang ajarkan kita." Aefeq memberi cadangan.

"Okay aku cari Darren." Afeeq terus bergegas keluar dari bilik itu.

"Aku nak Ar." Diikuti oleh Aqeef, "Baby Ar. Aku datang!!!"

Tinggallah seketul Aefeq yang terkelip-kelip matanya memandang dua abangnya itu. Masing-masing awal lagi sudah memilih pengajar masing-masing.

"Aku jumpa Daddy Yan ajelah." Lambat-lambat dia meninggalkan bilik itu menuju ke bilik Aayyan. Kalau dengan Aayyan, dia perlu sediakan mental yang kuat. Aryan awal-awal dulu belajar tentang bisnes daripada Aayyan pun balik menangis bawah ketiak Ayeena. Daddy Yan garang, rawr!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 3.2K 11
"Mama, adik nak tidur rumah tok boleh?" tanyaku kepada mama. "Boleh. Jaga diri elok2. Esok mama amik" balas mama kepadaku. "Okay mama" jawabku gembir...
11K 1.4K 15
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
3.1K 223 53
Kehidupan damai milik Jibril hancur dek kerana hutang pakciknya. Lintah darat muncul dirumahnya sehingga dia memutuskan untuk mencari pakciknya. "Muk...
558K 1.4K 29
As in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh...