CINTAKU MR SECRET AGENT

By PutraRize_

9.4K 1.2K 9.8K

Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan le... More

๐“’๐“ฒ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ป ๐“ข๐“ฎ๐“ฌ๐“ป๐“ฎ๐“ฝ ๐“๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ
๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด-๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด
EPISODE 1
EPISODE 2
EPISODE 3
EPISODE 4
EPISODE 5
EPISODE 6
EPISODE 7
EPISODE 8
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13
EPISODE 15
EPISODE 16
EPISODE 17
EPISODE 18
EPISODE 19
EPISODE 20
EPISODE 21
EPISODE 22
EPISODE 23
EPISODE 24
EPISODE 25
EPISODE 26
EPISODE 27
EPISODE 28
EPISODE 29
EPISODE 30
EPISODE 31
EPISODE 32
EPISODE 33
EPISODE 34
EPISODE 35
EPISODE AKHIR

EPISODE 14

171 34 203
By PutraRize_

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~

Sambungan....

Pada malam itu, Fattah tidak dapat melelapkan matanya.

Dia duduk di hadapan meja makan seorang diri.

Semua orang kecuali dia seorang sudah lama berlayar ke kerajaan mimpi bernama Fairytale- Eh?? Lupakan....

Di dalam kepalanya sekarang penuh dengan teka teki.

"Siapa lah orang tu, kenapa dia nak buat semua ni?"

"Kenapa dia nakkan Alif? Apa tujuan dia yang sebenar...."

"Dan kenapa dia cakap.....ada bala yang akan datang?"

"Kalau betullah ada sesuatu yang nak datang harapnya Alif selamat....."

Itulah antara persoalan yang cuba diungkapkan oleh Fattah.

"Abah? Kenapa duduk dekat meja makan tengah malam buta ni?" Tanya Aulia.

Terkejut kawan tu dibuatnya. Tiba-tiba je muncul mau tak terkejut.

"Ish Lia! Boleh tak lain kali nak datang dapur bagi isyarat dulu. Mujur abah takde sakit jantung." Ujar Fattah mengelap mukanya yang berpeluh kerana tiada kipas di ruang dapur.

Actually malam tu sejuk je tapi teka teki yang memenuhi ruang fikiran Fattah membuatkan suasana menjadi sedikit panas.

"Hehehe sorry abah. Buat apa kat dapur tengah malam buta ni?"

Aulia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Fattah. Sama macam seorang polis sedang menyoal siasat suspek.

"Tak ada apa lah Lia. Abah tadi tengah buat kira-kira berapa tandan pisang yang orang kampung nak." Jawab Fattah cuba menutup kerunsingan yang dialaminya sekarang.

Aulia memandang curiga ke arah ayahnya.

"Abah....kenapa ni? Lia tak rasa sebab pisang abah sampai berpeluh-peluh macamni. Nak kata panas tak pulak. Baru je hujan tadi...." Aulia cuba nak mengetahui apa isi hati ayahnya.

Aulia memang dah biasa sangat dengan perangai Fattah. Selalu bangun tengah-tengah malam.

Tapi malam ni memang nampak agak berlainan dari biasa.

"Ish tak ada apa-apa lah! Janganlah kamu sibuk. Pergilah naik atas tidur." Kata masih lagi tetap dengan pendiriannya.

"Ada orang ugut nak bunuh abah ke?" Aulia cuba meneka pulak.

Aulia dan dua abangnya memang dah tau tentang pekerjaan Fattah sebagai ejen rahsia.

Dah banyak kali dah mereka sekeluarga pernah diugut. Ugut bunuh, ugut nak culik, ugut hantar pisau lah apa semua tu.

"Haish kamu ni. Kalau setakat ugutan semua tu biasa lah. Abah dari korang 3 beradik kecik lagi dan banyak kali kena ugut benda-benda macam ni bahkan lagi teruk abah pernah kena!" Jelas Fattah.

"Habis, apa yang merunsingkan abah sampai macamni sekali?" Tanya Aulia lagi.

"Huh....ye lah abah cerita! Abah sebenarnya fikirkan pasal Alif."

"Lah pasal dia ke. Dah kenapa pulak dengan dia?" Tanya Aulia sekadar nak tahu.

"Huh tak ada apa lah cuma haritu, ada orang ugut nak culik dia." Fattah memberitahu hal yang cuba disembunyikan itu.

"Alahai! Abah ni....benda kecik je tu. Alif tu kan besar panjang, dah matang takkan lah dia tak boleh nak lindungi diri dia sendiri. Macam budak-budak lah dia tu!"

"Amboi! Senang je kamu cakap. Kamu langsung tak tau apa yang dia dah alami sepanjang 26 tahun dia hidup...." Geram Fattah melihat sikap acuh tak acuh anak perempuannya ini.

"Kamu tahu ke apa yang dia hadap? Kamu tahu ke apa yang jadi dekat mak dan bapak dia? Kami tahu ke hidup dia masa kecil macammana?" Tambah Fattah lagi.

Aulia terdiam cuba menghadam kata-kata yang dilontarkan.

"Tak tau kan? Kalau kamu tak tahu....jangan cuba-cuba nak serkap jarang!" Fattah segera bangkit dan berlalu pergi.

Aulia pulak terdiam di meja makan.

"Apa sebenarnya yang terjadi dekat kau sampaikan abah emosi sampai macamtu sekali bila bercakap pasal kau Alif...."

Malam itu menjadi malam yang penuh dengan tanda tanya membuatkan Aulia semakin berminat untuk tahu tentang kisah silam Alif.



































































































Keesokan Harinya....

Pagi hari ini, masing-masing membuat hal mereka sendiri.

Amar dan Azrel sibuk menonton tv, Johan dan Faizul melepak di kawasan sekitar rumah, Aulia duduk menyendiri di dalam bilik dan Alif pula duduk di hadapan berada rumah.

'Kenapa dia datang balik! Dah lama aku menghilangkan diri dari dia tiba-tiba harini dia datang balik! Dua tiga hari straight ni aku selalu mimpikan dia.....' Keluh Alif di dalam hati.

Mungkin di luaran dia nampak tenang saja tapi di dalam hatinya, tuhan saja lah yang tau segala-galanya.

"Wei! Kau ok tak ni?"

"Oh mak kau terkejut! Lah Lia rupanya. Buat terkejut saya je lah." Terkejut Alif tiba-tiba je di sergah dari belakang.

"Heh tak sangka pulak lelaki macho macam kau ni melatah." Kata Aulia dengan nada dingin. Eleh poyo!

"Eh! Saya macho ke? Alah terima kasih lah puji saya." Alif tersenyum bangga.

"Alah kau ni! Baru puji sikit dah menggelupur. Ni aku nak cakap sikit....." Tiba-tiba pulak nada suara Aulia jadi serius.

Alif yang mendengar pun rasa gugup.

"Err a-apa dia?" Sampai gagap dah kawan tu.

"Aku....nak mintak maaf dengan kau."

Ping!

Tiba-tiba je Alif tercengang. Macam tak percaya manusia bernama Nurul Aulia Izzatunnisa yang terkenal dengan perangai keras hatinya.....meminta maaf.

"Eh k-kenapa? Awak demam ke apa ni? Sihat tak?" Alif cuba nak sentuh dahi Aulia tapi segera ditepis.

"Ish! Aku tak sakit lah! Aku tau....aku banyak buat salah dengan kau. Aku selalu hina kau, fitnah kau, kenakan kau. Sebab tu lah aku nak mintak maaf." Jelas Aulia dengan kepala yang ditundukkan.

Alif diam saja tapi di dalam hati. 'Yes! Aku dah agak saat ni akan tiba! Ada peluang lah aku lepas ni hahaha!'

"Alif.....Alif.....Alif!" Kepala Alif diketuk.

"Aduh! Sakitlah Lia! Saya tau lah awak tu ada seni mempertahankan diri tapi janganlah ambik kesempatan pulak." Kata Alif sambil mengusap-usap kepalanya yang sakit itu.

"Habis, dah kau yang mengelamun. Aku nak mintak maaf kau boleh buat tak tahu pulak."

"Hehehe sorry. Actually awak tak ada salah apa pun dengan saya. Dan ketahuilah....setiap kesalahan awak tu saya dah lama maafkan." Kata Alif.

Bila Aulia tenung mata Alif, dia dapat rasakan keikhlasan yang tak pernah dia nampak dekat lelaki lain kecuali ayahnya.

"Tapi!"

Alif mula gugup balik lepas Aulia berkata macamtu.

"Aku hanya mintak maaf dekat kau je. Tak lebih dari tu. Jadi jangan berharap yang kau nak kawan rapat ke apa ke." Sambung Aulia lagi.

'Fuh! Ingatkan apa lah tadi.' Alif bernafas lega.

"Hehehe tak apa. Hati yang keras boleh dilenturkan kalau kita usaha lebih sikit." Kata Alif dengan nada perlahan.

"Apa kau cakap?"

"Eh eh! Tak ada apa lah." Alif tersengih seperti kerang busuk.

"Hmph! Dah tu je aku nak cakap. Aku masuk dulu bye!" Terus Aulia masuk ke dalam.

Kebetulan perbualan mereka didengari oleh Fattah yang kebetulan masa tu berada di bawah rumah.

"Heh...tak sangka lakonan aku malam tadi berjaya lembutkan hati Lia. Haih Fattah....Fattah kau memang bijak! Hahaha." Fattah ketawa kecil sebelum dia sambung buat kerja dia semula.


















































































3 Hari Kemudian...

"Korang bertiga ni betul ke nak balik KL. Tak nak duduk lagi dua tiga minggu ke?" Tanya Fattah menghantar Faizul, Johan dan Alif ke hadapan rumah.

"Eh tak bolehlah Uncle. Kerja banyak nak kena selesaikan." Balas Johan ramah.

"Itulah Uncle. Klinik saya tu pun ramai pesakit. Sebab tu saya kena balik tu." Sahut Faizul.

"Hmm tak apalah kalau macamtu. Nanti kalau Uncle ada masa, Uncle pergi sana jenguk korang." Ujar Fattah.

Sebelum mereka masuk ke dalam kereta, Alif pergi ke arah Aulia yang sedang berdiri di tepi Fattah.

Fattah tersenyum kecil dan terus masuk ke dalam rumah.

"Awak, saya nak pergi dah ni. Awak jaga diri baik-baik tau. Nanti saya datang balik, saya cuba tackle awak tau!" Pesan Alif dalam keadaan berbisik.

Merah terus muka Aulia. "Ish! Apa kau cakap ni! Dah lah pergi sana!" Aulia berlari masuk ke dalam rumah kerana malu yang amat.

Pin! Pin!

"Oi sedara! Nak berdrama nanti-nanti lah! Lewat dah ni! Masuk lah!" Jerit Faizul dari dalam. Diorang berdua perhati je Alif dan Aulia tadi.

"Ye ye kejap! Haish potong lah korang ni!" Kata Alif setelah menutup pintu kereta.

"Ye lah kita dah lewat ni. Kang sampai lewat malam dah payah pulak." Kata Johan dengan muka datar.

"Dah jom!" Terus Faizul tekan minyak dan kereta pun memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

"Ha dah pergi dah diorang tu Lia?" Tanya Fattah kepada Aulia.

"Dah abah." Jawab Aulia ringkas.

"Bagus....Along! Angah!"

Ammar dan Azrel segera datang setelah mendengar panggilan ayahnya itu.

"Ye abah. Ada apa panggil kitaorang ni?" Tanya Ammar.

"Oh ni abah nak bagitau. Tolong kemaskan rumah dan baju korang cepat."

"Nak buat apa kemas baju abah? Cuti kitaorang ada lagi beberapa hari." Tanya Azrel pelik.

"Abah suruh kemas sebab abah nak pindah rumah!"

"Hah!! Pindah rumah!" Jerit tiga beradik tu serentak.

"Woi! Apa ni janganlah jerit serentak. Kang pekak telinga abah ni korang nak ganti ke?"

"Tapi kenapa nak pindah pulak abah? Ada masalah ke dengan rumah ni?" Tanya Aulia. Pelik betul dengan sikap ayahnya.

"Alah tak payahlah korang tau! Cepat kemas! Rumah jangan risau abah dah belikan tak payah korang nak runsing abah nak tidur dekat mana." Pergh dah rancang siap beli rumah lagi. Hebat...

3 beradik ni pun tak ada pilihan lain terpaksalah kemas baju segalanya.



























































































Malam Kemudian.....

"Kan aku dah cakap! Jangan berborak dengan si Lia tu. Kan dah sampai lewat malam ni." Rungut Faizul.

"Alah rilek lah Zul. Esok kan cuti satu hari lagi." Kata Alif cuba nak tenang Faizul. Ini kalau silap hari bulan boleh meletup kereta.

"Hmm ye lah. Ni aku nak balik rumah aku untuk dua tiga hari lama aku tak tengok rumah aku tu. Nanti aku datang balik." Balas dia ringkas. Kunci kereta Alif dipulangkan semula kepada tuannya.

Faizul pun pulang menaiki kereta Johan.

Alif pun masuk ke dalam rumahnya yang sudah lama ditinggalkan.

"Huh! Akhirnya rumah ku syurga ku. I'm back!" Alif bersorak gembira kerana dapat pulang semula ke rumah.

"Rindu betul aku dengan katil empuk aku! Tak sabar nak mandi, nak baring kat katil, nak-"

Prang!

Terdengar bunyi pinggan pecah datangnya dari dapur. Alif tak terfikir pasal benda tu tapi....

'Eh siapa pulak tu? Pencuri ke?!' Alif cuba untuk tenangkan dirinya.

'Baik aku pergi check.' Alif berjalan perlahan-lahan mendekati ruang dapur.

Memang ada pinggan yang pecah. Alif sudah mula rasa tak sedap hati.

"Selamat kembali....Alif." terdengar suara seseorang dari belakang.

"Hah! Siapa?!" Alif segera toleh belakang.

"Aih tak kenal aku ke....bekas penjaga kau dulu..."

"M-mak Su?!"

Jangan lupa untuk vote dan komen tau ✨

Continue Reading

You'll Also Like

173K 11.3K 72
{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Ab...
221K 11.7K 56
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
802K 41.6K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...
1.2M 43.4K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...