3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

De Yasmyns_Dahlia

301K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... Mais

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2
BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

BAB 4 | DENDAM CINTA 2

6.7K 630 302
De Yasmyns_Dahlia

     "NAIM, aku nak kau sediakan cek bernilai lima puluh ribu ringgit," ujar Harraz, serius. Dia memandang pembantu peribadinya yang berkerut dahi.

"Lima puluh ribu ringgit tu untuk siapa pula, bos?" soal Naim.

"Kos rawatan ayah mertua aku," jawabnya malas-malas.

Makin bertambah kerutan di dahi Naim. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Tadi bos suruh saya sediakan Rm 500k, sekarang ni, Rm 50k pula? Yang mana satu ni, bos?"

Harraz mendengus.

"Itu cerita tadi. Sekarang cerita lain pula. Lagipun, aku tak rasa kos pemedahan bapa mertua aku semahal itu. Aku rasa ada benda tak kena dengan Natalia ni. Masa dia call aku tadi pun, aku dah rasa pelik." Harraz mula sangsi.

Sengaja dia tidak menunjukkan rasa itu ketika berbual dengan Natalia tadi. Harraz tak mahu wanita itu perasan yang dia telah mengesyaki Natalia yang bukan-bukan.

"Pelik? Pelik kenapa bos?" Naim menyibuk. Dia menarik kerusi di hadapan majikannya itu. Perhatian diberikan meskipun Harraz tidak berkata apa-apa lagi. Si sepet ni memang kaki penyibuk orangnya!

"Amboi, laju je kau kalau hal rumah tangga aku eh?" perli Harraz seraya menjeling tajam ke arah Naim yang tersengih-sengih.

"Cerita la, bos. Saya ni boleh dipercayai tau. Semua rahsia bos saya simpan dalam poket," beritahu Naim selamba. Terbuntang mata Harraz. Nak aje dia luku kepala si sepet tu.

Buat beberapa detik, Harraz mendiamkan diri. Berkira-kira sama ada ingin meluahkan atau tidak kepada Naim.

"Aku rasa ada yang tak kena dengan Natalia ni," tutur Harraz diselangi helaan berat. Sejak akhir-akhir ini, dia sering berasa curiga terhadap isteri mudanya itu.

Natalia kelihatan semakin liar sejak Marissa pergi dari hidupnya. Tiap-tiap malam, pasti wanita itu akan curi-curi keluar. Bukan Harraz tak perasan, tapi dia malas nak tegur dan mahu melihat sejauh mana Natalia ingin meneruskan aktiviti tersoroknya itu.

Pula tu, Natalia sering pulang ke rumah lewat malam. Ada sekali tu, Harraz mengintai yang isterinya pulang bersama seorang lelaki. Tidak pasti siapa dan Harraz malas nak ambil tahu. Mungkin kenalan rapat Natalia. Teka Harraz.

"Maksud bos apa?"

Serentak itu, Harraz terus mengalihkan pandangannya. Lelaki muda di hadapannya ditenung dalam. Mungkin Naim lebih tahu dan kenal Natalia daripadanya? Dan bolehlah dia mengorek segala maklumat tentang isterinya daripada Naim?

"Aku nak tanya kau, sebelum Natalia kahwin dengan aku, dia ada boyfriend?" Tanpa menjawab pertanyaan Naim tadi, Harraz memulangkan semula soalan kepada pemuda itu.

Sedikit hairan dengan soalan majikannya, mulut Naim terbuka sedikit. Keningnya digaru-garu pelik. Lain macam soalan bosnya itu. Kenapa baru sekarang nak tanya? Kenapa sebelum kahwin tak tanya dulu?

"Rasanya tak ada. Saya tak pernah pun nampak dia keluar dengan mana-mana lelaki. Lagipun, dari zaman bekerja lagi Natalia memang suka kat bos je. Bos tak tahu ke?"

Terkunci rapat bibir Harraz. Kenyataan Naim sedikit sebanyak menyentakkan dirinya. Jadi, betullah desas-desus yang dia dengar dulu? Wanita itu sememangnya mempunyai perasaan terhadap dirinya?

"Kenapa bos tanya saya soalan tu? Err, bos dengan Natalia okey ke?" Bukan mahu menyibuk, Naim cuma mengambil berat saja. Dia bukan tak kenal Natalia tu macam mana.

"Entahlah, Naim. Sejak kebelakangan ni, dia selalu keluar rumah pada waktu malam. Aku tak kesah kalau dia nak keluar sekalipun, yang buat aku hairan bila dia keluar masa aku dah masuk tidur. Dalam pukul satu atau dua pagi macam tu. Dan yang lagi pelik, buat apa dia keluar time pagi buta tu? Bukan sekali, tapi kerap, Naim."

Terangguk-angguk Naim. Jari telunjuknya dibawa ke bibir seakan sedang berfikir. Seolah-olah dia pula yang kena mencari solusi bagi masalah yang dihadapi oleh Harraz.

"Bos tak cuba tanya Natalia?"

Harraz menggeleng. Belum masanya lagi untuk dia bertanya. Setakat ini, Harraz mahu perhatikan saja tindak-tanduk aneh isterinya.

Keadaan kembali sunyi. Hening memenuhi segenap ruang bilik itu. Hanya bunyi penghawa dingin yang memecahkan keheningan tersebut.

"Saya bukan apa bos. Tapi lebih baik bos siasat si Natalia tu. Dia ni lain macam sikit." Serba salah Naim berbicara.

Hati Harraz berasa tidak enak. Dia sendiri tidak pasti mengapa perasaan itu hadir.

"Bos tengoklah tadi, ada ke patut dia mintak Rm 500k semata-mata nak bayar duit operation ayah dia? Hisy, mustahil bos kos pemedahan jantung sebanyak itu. Dia nak buat apa dengan duit setengah juga tu? Mak saya dulu pun ada sakit jantung juga. Buat pemedahan lagi. Tapi kosnya taklah sebesar yang Natalia bagitahu bos tadi."

Jeda.

"Lagi satu, tak silap saya Natalia tu tak ramai kawan pun. Laila tu jelah kawan dia. Tapi yang saya tahu, mereka dah tak berhubung sejak Natalia bernikah dengan bos. Jadi, dengan siapa dia keluar tiap-tiap malam tu?"

Sekali lagi Harraz terkelu. Rentak jantungnya semakin rancak. Dia terasa lain selepas mendengar omongan Naim tadi. Rasa... Rasa semakin curiga terhadap Natalia. Dan perasaan ingin tahu tentang ke mana isterinya pergi tiap-tiap malam semakin membuak-buak.

"Kenapa bos tak call ibu mertua bos? Tanyalah, betul atau tak yang ayah mertua bos kena serangan jantung. Manalah tahu Natalia sengaja tipu bos." Selamba Naim berkata. Naim pasti, majikannya mula berasa sangsi terhadap Natalia.

Ah, bodoh! Kenapa Harraz tak terfikir untuk menelefon sendiri ibu mertuanya? Kenapa bulat-bulat dia mempercayai kata-kata isterinya?Bengap!

Tidak menunggu lama, telefon yang terletak elok di atas meja dicapai laju. Namun, belum sempat dia nak menelefon ibu mertuanya, satu panggilan masuk dan ia membuatkan kening Harraz bercantum.

"Harraz!" kalut Datin Kalsom.

"Ya, ma? Kenapa ni, ma? Mama okey tak?" Resah bertandang. Dari nada suara Datin Kalsom yang kendengaran berat, tahulah Harraz yang mamanya sedang gelisahan.

Naim mendekatkan dirinya. Telinganya dipasang untuk mencuri-curi dengar perbualan dua beranak itu. Busybody betul Naim ni!

"Mama dan papa mertua kamu accident!"

•••

     AKHIRNYA, setelah menempuh beberapa belas jam perjalanan dari Ireland ke Malaysia, Marissa dan Adam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mata Marissa tidak lepas daripada menghayati bumi kelahirannya setelah dua bulan dia berkelana di Ireland.

"Welcome home, Jasmine." Adam mengusik lantas menolak troli yang berisi bagasi mereka.

Marissa memaksa bibirnya untuk senyum. Entahlah, buat masa ni dia tiada mood untuk senyum apatah lagi ketawa. Di mindanya cuma teringat pada Datin Syarifah dan Dato Malik. Cuma ada satu perkara yang mengganggu fikirannya sekarang.

"Lupakan pasal dia. Ingat, awak kembali ni bukan kerana dia tapi demi mama dan papa awak, Jasmine."
Seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiran Marissa, Adam menuturkan ayat tersebut sekali gus menghentikan langkah wanita itu. Marissa berpaling lalu memandang Adam.

"Adam... Saya... saya takut..."

"Jangan takut, Jasmine. Saya ada. Selagi awak berada di sisi saya, awak akan selamat dan dia takkan berani untuk sakiti awak lagi. Itu janji saya, Jasmine." Tenang Adam berkata. Dia mencuit lembut pipi gebu Marissa.

Mata mereka bertentangan. Adam tersenyum manis. Tidak dipedulikan lagi mata-mata yang memandang ke arah mereka.

"Ehem!"

Serentak itu, Marissa dan Adam memalingkan wajah mereka ke arah deheman tersebut. Rona kulit Marissa berubah merah. Barangkali malu.

"Amboi Tuan, tenung Puan Jasmine macam nak tembus," usik Yazid. Troli di tangan Adam bertukar tangan. Dia tersengih kerang busuk.

"Kalau boleh tembus, dah lama aku tembus, Yazid." Usikan Yazid dibalas selamba. Malah, Adam kian galak berseloroh. Sengaja menyakat Marissa.

Satu cubitan dihadiahkan pada perut Adam. Mata dijegilkan.

"Sakitlah, Jasmine!" Adam mengaduh sakit. Bibirnya dimuncungkan. Yazid yang melihatnya terasa meluat. Lain betul perangai Adam Benjamin yang dikenalinya.

Yalah, Adam Benjamin yang dia kenal seorang yang bengis dan beku 24 jam. Mata hitam lelaki itu dipenuhi dengan aura gelap. Tapi Adam Benjamin di hadapannya tika ini seperti seekor burung yang jinak.

"By the way kenalkan, ini Yazid."

Yazid senyum dan Marissa juga melemparkan senyuman. Kepalanya dianggukkan.

"Rasanya kita dah lambat ni. Yazid, kau dah sediakan kereta?" soal Adam seraya menjeling jam tangan. Mereka berjalan keluar dari balai ketibaan.

"Sudah, Tuan." Angguk Yazid. Kunci kereta diserahkan kepada Adam. Marissa lebih selesa diam. Hanya telinganya saja yang mendengar perbualan dua lelaki itu.

"Bagus."

Sampai saja di hadapan kereta milik Adam, bagasi dibawa masuk ke dalam but kereta.

"Jasmine, awak masuk dulu ya? Saya ada perkara nak cakap dengan Yazid," senyumnya lantas membuka pintu hadapan kereta buat Marissa. Gentleman.

Tidak membantah lalu Marissa memboloskan dirinya ke dalam kereta tersebut. Sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Yazid.

Setelah memastikan Marissa masuk ke dalam kereta, Adam kini mengalihkan tumpuannya kepada Yazid.

"Macam mana parents Jasmine boleh accident?" Nadanya berubah tegas. Air muka seratus peratus bertukar tegang.

Yazid menelan liur.

"Sabotaj. Ada seseorang yang nak Datin Syarifah dan Dato Malik mati," beritahu Yazid. Sesekali dia mengerling ke arah tingkap kereta yang bertinted gelap itu.

"Siapa? Kau dah dapat tangkap orang tu atau belum?"

Yazid menggeleng kecil.

"Belum lagi. Tapi orang-orang kita tengah cari budak tu."

"Budak?" Terjongket kening Adam.

"Ya, budak tu diupah untuk rosakkan brake kereta dato menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan, Tuan."

Kendengaran Adam mendengus. Kuat dan kasar.

"Aku nak kau cari budak tu sampai dapat dan bawa dia berjumpa dengan aku. Aku nak budak tu hidup!" Perkataan hidup itu ditekankan. Sinar matanya kembali gelap. Buku lima dikepal kuat.

Semalam, bila dia dapat tahu yang parents Marissa terlibat dalam kemalangan, terus diarahkan Yazid untuk menyiasat perkara itu. Kerana pada firasat Adam, ada sesuatu yang tak kena. Kemalangan itu seolah-olah dirancang. Dan tekaannya tepat.

"Dia tak kenal lagi siapa Adam Benjamin." Sinis Adam melorekkan senyuman.

•••

     ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi tatkala berita yang mengatakan bahawa Dato Malik dan Datin Syarifah berada dalam keadaan stabil. Tak putus-putus Marissa melafazkan rasa syukurnya. Hati sedikit lega mendengar khabar yang baru disampaikan oleh doktor.

"Adam... Mama dan papa selamat..." Tubir mata Marissa bertakung dengan air mata. Bukan sedih, tapi dia terlalu sebak bila terfikir yang dia bakal kehilangan kedua-dua orang tuanya. Namun, umur mereka masih panjang. Dato Malik dan Datin Syarifah dapat diselamatkan meskipun kecederaan yang dialami agak teruk.

"Shhh... Kenapa menangis ni? Awak sepatutnya kena happy sebab diaorang selamat." Adam menggosok bahu Marissa. Kemudian, dia menarik tangan wanita itu untuk duduk. Kini, tinggal mereka berdua di hadapan wad VIP itu. Aini sudah pulang ke tempat kerja.

"Saya tak dapat bayangkan if mama dengan papa pergi..." Air matanya jatuh. Esakan mula berlagu sayu.

Adam membiarkan Marissa melepaskan rasa sedihnya. Kepala wanita itu diletakkan di atas bahunya.

Puas menangis di bahu Adam, Marissa akhirnya mengangkat kepala. Hujung mata dilap. Terasa segan pula kerana menangis. Haih, sensitive betul!

"Dah? Nak nangis lagi tak?" seloroh Adam sambil ketawa kecil. Cemberut wajah Marissa. Memang tak sah kalau Adam tak mengusiknya!

"Saya nak turun ke kafe sekejap. Nak beli air. Awak nak apa-apa tak? Roti?" tanya Adam dan bingkas berdiri.

"Saya nak air je." tutur Marissa.

Adam menggangguk faham.

"Saya nak pergi solat sekejap. Nanti kita jumpa dekat sini semula," sambungnya lagi. Beg tangan digalas.

"Jasmine," panggil Adam ketika Marissa mula melangkah ke surau wanita. Marissa menoleh.

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa pun. Saja nak tengok muka awak," sengih Adam. Dia ingin mengatakan sesuatu kepada Marissa. Namun, dibatalkan saja niatnya itu. Rasa macam tak sesuai lagi untuk dia lafazkan kalimah tersebut. Biarlah Adam menyimpannya dulu.

"Mengada-ngada!" Jeling Marissa lantas kaki dihayun menuju ke surau. Sepanjang jalan, dia tersenyum-senyum.

Usai menunaikan solat, Marissa kembali semula ke wad yang menempatkan Datin Syarifah. Sementara menunggu Adam, Marissa mengambil keputusan untuk ke tandas.

Entah kenapa, jantungnya tiba-tiba saja memalu kuat. Dadanya disentuh. Derapan kaki yang semakin hampir membuatkan Marissa memusingkan tubuhnya.

Tergamam.

Terkaku.

Dada terasa mahu pecah saat kornea mata disapa dengan wajah itu.

"Sayang..."

•••

     LANGKAH Harraz terhenti. Dia tercegat bersama lirikan matanya yang tak lepas memerhati tindak tanduk wanita itu. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh dada yang terasa sesak.

Marissa Jasmine.

Isterinya.

Wanita yang pernah bertakhta di hatinya. Bahkan, nama wanita itu tidak pernah terpadam. Hampir dua bulan mereka tidak bertemu. Dan pertemuan kali ini benar-benar menyesakkan sekeping jiwanya.

Dengan senang hati, Harraz mendekati Marissa yang sedang membelakanginya. Matanya jatuh melihat perut Marissa yang semakin memboyot. Automatik, senyuman diukir lebar. Lupa agaknya yang dia pernah menafikan kewujudan anak itu sebagai darah dagingnya sendiri.

"Sayang..."

Mata bertentangan mata. Seorang dengan sinar yang menanggung kerinduan, dan seorang lagi penuh dengan pandangan benci. Bibir mereka terkunci rapat. Yang berbicara tika ini hanyalah tatapan iris yang saling berinteraksi.

Tidak betah dipandang sebegitu lagi, Marissa melarikan anak matanya. Tubuhnya juga mengundur ke belakang sedikit. Entah mengapa, rasa marah, benci, kecewa dan sedih saling membuak-buak saat ini.

"Sayang..."

Tersentak dunianya saat panggilan keramat itu sekali lagi menyapa gegendang telinga.

"Sorry, encik salah orang ni." Dingin nada suara Marissa. Tidak menunggu lama, dia berlalu dari situ. Laharnya kian menggunung. Tunggu masa saja nak meletus keluar.

Rahang Harraz bergerak-gerak. Tercabar apabila Marissa berpura-pura tidak mengenalinya. Tanpa berfikir panjang, lengan wanita itu direntap sedikit kasar.

"Apa ni?! Sakitlah!" Mereka bergelut. Meronta-ronta Marissa dibuatnya. Sudahlah tidak ada seorang manusia pun di laluan ini.

"Baru dua bulan hilangkan diri, terus tak ingat aku ni siapa?" Pegangan dilepaskan. Mata Harraz mencerlung tajam ke arah Marissa.

"Saya memang tak kenal encik."

Terlepas tawa sinis Harraz. Marissa benar-benar mencabarnya.

"Aku ni suami kau, Marissa Jasmine! Dan kau masih isteri aku!" Intonasinya agak tinggi.

"Sorry, saya tak ada suami. Suami saya dah lama mati. Encik silap orang ni," ujarnya selamba lantas mengorak langkah pergi. Sedikit pun dia tidak takut dengan pandangan tajam Harraz.

Dek terlalu marah, Harraz mengejar isterinya yang kelihatan kelam-kabut melarikan diri.

"Marissa Jasmine!" Sekali rentap, terpusing terus tubuh wanita itu. Marissa mendesis sakit. Kenapa perangai baran Harraz semakin menjadi-jadi?

"Sakitlah... Lepaskan saya!" Marissa dapat rasakan lengannya merah dek rentapan kasar itu. Berkerut dahinya.

"Sakit? Sakit lagi hati aku bila kau pura-pura tak ingat siapa aku!" Tubuh Marissa ditolak ke dinding. Wajahnya dirapatkan pada muka Marissa. Galak matanya menilik seluruh wajah isterinya itu.

"Harraz Daniel!" jerkah seseorang, kuat. Sontak, Marissa dan Harraz memalingkan wajah. Kening Harraz bertaut. Sedikit pelik tatkala namanya dijerkah oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Marissa menarik nafas. Jantungnya berdegup laju. Takut. Namun, rasa itu semakin beransur pergi saat lelaki yang menjerkah tadi menghampirinya dan Harraz.

"Adam..."

___________________

Sorry, lambat update sebab busy sikit lately ni. Bertimbun kerja nk kena buat 😅

Teaser :

"Kau lupa apa status dia? Marissa Jasmine masih isteri aku! Aku ada hak nak buat apa saja pada dia!"

Nampaknya Harraz tu layak dibunuh ya😌

Yasmyns_Dahlia

Continue lendo

Você também vai gostar

270K 8.6K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
792K 47K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...
42.9K 4.7K 30
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1M 46.1K 70
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...