3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]

By Yasmyns_Dahlia

301K 26K 10.9K

Dua bulan hidup di bumi Ireland, cukup membuatkan Marissa merasai bahagia yang pernah hilang dahulu. Demi ana... More

BAB 1 | DENDAM CINTA 2
BAB 2 | DENDAM CINTA 2
BAB 3 | DENDAM CINTA 2
BAB 4 | DENDAM CINTA 2
BAB 5 | DENDAM CINTA 2
BAB 6 | DENDAM CINTA 2
BAB 7 | DENDAM CINTA 2
BAB 8 | DENDAM CINTA 2
BAB 9 | DENDAM CINTA 2
BAB 10 | DENDAM CINTA 2
BAB 11 | DENDAM CINTA 2
BAB 12 | DENDAM CINTA 2
BAB 13 | DENDAM CINTA 2
BAB 14 | DENDAM CINTA 2
BAB 15 | DENDAM CINTA 2
BAB 16 | DENDAM CINTA 2
BAB 17 | DENDAM CINTA 2
BAB 18 | DENDAM CINTA 2
BAB 19 | DENDAM CINTA 2
BAB 20 | DENDAM CINTA 2
BAB 21 | DENDAM CINTA 2
BAB 22 | DENDAM CINTA 2
BAB 23 | DENDAM CINTA 2
BAB 24 | DENDAM CINTA 2
BAB 25 | DENDAM CINTA 2
BAB 26 | DENDAM CINTA 2
BAB 27 | DENDAM CINTA 2
BAB 28 | DENDAM CINTA 2
BAB 29 | DENDAM CINTA 2
BAB 30 | DENDAM CINTA 2
BAB 31 | DENDAM CINTA 2
BAB 32 | DENDAM CINTA 2
BAB 33 | DENDAM CINTA 2
BAB 34 | DENDAM CINTA 2
BAB 35 | DENDAM CINTA 2
BAB 36 | DENDAM CINTA 2
BAB 37 | DENDAM CINTA 2
BAB 38 | DENDAM CINTA 2
BAB 39 | DENDAM CINTA 2
BAB 40 | DENDAM CINTA 2
-
BAB 41 | DENDAM CINTA 2
BAB 42 | DENDAM CINTA 2
BAB 43 | DENDAM CINTA 2

PROLOGUE | DENDAM CINTA 2

22.7K 754 591
By Yasmyns_Dahlia

Start : 18/12/21

NASI goreng di dalam mangkuk itu dipandang kosong. Harraz meneguk liur. Nasi goreng cina, iaitu makanan kegemarannya. Entah kenapa, fikirannya tiba-tiba teringat pada sesuatu.

"Ni ke nasi goreng kau yang sedap tu?" Sarkastik sindiran Harraz.

"Awak... Awak nak buat apa ni?" Berdegup kencang jantung Marissa tatkala nasi itu dibuat main.

Prang!

Harraz menghempaskan mangkuk tersebut. Bertaburan nasi di atas marmar putih itu. Marissa terkedu. Natalia tercengang. Tak sangka Harraz sekejam itu.

"Aku tak hinginlah makan masakan daripada kau, perempuan! Apa-apa yang kau buat, aku takkan sentuh apatah lagi nak makan! Kau tahu sebab apa? Sebab aku geli dan jijik!" hina Harraz sepuas hati.

Selajur, Harraz memejamkan mata mengingatkan kejadian tersebut. Tak disangka, Harraz Daniel yang lembut bersama sang isteri boleh bertindak sekejam itu terhadap isterinya, Marissa. Sungguh, dia tak tahu syaitan apa yang merasuknya tika itu.

Masih terbayang riak wajah isterinya yang kelihatan sugul. Ya, Marissa sedih. Bukan itu saja, barangkali wanita itu berasa kecewa dan marah terhadapnya. Seketika, Harraz mengeluh lemah. Dahinya dipicit. Sedikit sebanyak, rasa kesal mula hadir dalam diri.

'Kau dah terlambat nak menyesal, Harraz. Marissa dah pergi jauh dari hidup kau!' Hatinya berdetik marah.

"Kenapa ditenung aje nasi tu? Makanlah," sampuk Datin Kalsom seraya menggeleng kecil. Kemudian, dia menuangkan air kopi di dalam cawan.

Harraz menggeleng kecil. Dia menyuapkan sesudu nasi goreng cina ke dalam mulut. Masa nak telan tu, rasa berpasir tekaknya. Dia rindukan masakan Marissa. Sungguh teramat rindu.

"Sedap? Sama macam Ris masak?" soal Datin Kalsom segali gus menyentakkan anak lelakinya. Sengaja dia mengenakan Harraz.

"Mama punya lagi sedap," puji Harraz lalu tersenyum tawar. Berbeza. Masakan seorang ibu dengan seorang isteri begitu banyak ketaranya.

"Macamlah mama tak kenal kamu, Harraz. Kamu sebenarnya rindukan Marissa kan?" tebak Datin Kalsom sambil memincilkan biji matanya.

Terdiam Harraz. Nasi di dalam pinggan ditenung dalam. Tak cukup lagi, dikuis-kuis pula nasi itu. Seleranya mati tatkala teringat akan sang isteri yang entah di mana berada sekarang ini.

"Tak, mama silap. Harraz tak pernah pun rindukan perempuan tu. Huh, perempuan murah macam tu tak layak untuk Harraz. Jijik Harraz dengan dia!" Separa keras intonasi Harraz. Wah, bukan main tinggi lagi ego kau ya?

"Astagfirullahalazim..." Menggeleng Datin Kalsom mendengar bicara anaknya. Terus terbantut kerjanya mengemas meja makan itu. Harraz dipandang dengan renungan tajam.

"Kamu ni sedar ke tak sedar apa yang keluar dari mulut kamu ni, Harraz?" soalnya.

"Sedar, ma." Ringkas jawapan Harraz. Air kopi dicicipnya. Bila teringat balik yang Marissa pernah curang terhadapnya, automatik hati Harraz menggelegak panas.

"Perempuan yang kamu kata jijik tu masih isteri kamu. Kalau betul kamu dah taknak pada Marissa tu, ceraikan. Jangan buat dia gantung tak bertali. Itu kejam namanya. Mama tak ajar anak mama jadi manusia macam tu." Tegas Datin Kalsom bersuara. Kalau suaminya ada sekali tika ini, memang dibasuh habis-habisan anak lelakinya itu.

Terjongket bibir Harraz. Sakit pula hati bila mamanya asyik menyebelahi isterinya itu.

"Kejam? Apa yang dia buat dekat Harraz tu lagi kejam, ma. Harraz separuh mati sayangkan dia. Tapi Marissa? Dia curang belakang Harraz!" Harraz mula membentak. Mukanya berubah tegang. Halkumnya bergerak-gerak menandakan dia sedang marah.

"Orang kalau sayang bini, sepatutnya percayakan bini tu. Bukan tuduh melulu tanpa siasat apa-apa. Konon sayang separuh mati. Tapi hati isteri langsung tak jaga. Apa yang Kak Ris cakap, abang taknak percaya. Propa sangat," sampuk Farah selamba. Laser betul mulut dia. Abangnya dijeling tajam.

Makin berasap Harraz bila disembur oleh Farah. Rahangnya diketap geram. Kenapa semua orang dalam rumah ni suka sangat membela isterinya? Sudah terang lagi bersuluh yang Marissa berlaku curang. Tu pun masih tak nampak lagi ke?

Datin Kalsom mengulum senyuman. Setuju dengan kata-kata anak daranya.

"Farah diam. Jangan masuk campur hal rumah tangga abang."

Gadis itu mencebik. Sejak abangnya dan kakak iparnya berpisah ni, dia makin meluat melihat wajah Harraz. Jaki je dia tengok abangnya bersama si perampas tu. Siapa? Natalia aka Nutella tu la!

"Hek eleh. Farah kalau boleh taknak masuk campur pun la! Tapi disebabkan Farah sayang Kak Ris, Farah terpaksa masuk campur juga. Abang ni kenapa eh? Kenapa buat kakak Farah macam tu? Kenapa abang seksa dia? Kenapa tak lepaskan aje Kak Ris dah kalau abang benci sangat dekat dia? Lagi satu, abang kata abang sayang Kak Ris. Tapi kenapa abang tak percayakan dia? Lepastu, abang siap maki dan hina dia lagi. Ingat Kak Ris tu takde maruah? Ini ke cara orang sayang isteri?"

Ambik kau. Bertalu-talu Farah menghentam Harraz. Sampai terkedu lelaki itu dibuatnya. Datin Kalsom malas nak masuk campur. Dia mendengar saja apa yang anak-anaknya bualkan.

"Nak percaya apa lagi? Bukti dah ada. Memang Kak Ris tu curang. Yang Farah nak bela dia sangat tu kenapa?" Mula dah. Berperang mulut nampaknya Harraz dan Farah ni.

"Bukti apanya? Abang nak kata apa yang abang nampak malam tu sebagai bukti yang Kak Ris curang?" Farah bercekak pinggang. Eii, sakit hati betul tengok muka bersahaja abangnya.

"Yalah!" Intonasi Harraz kian meninggi.

"Huh, tak sangka abang Farah ni bengap dan bodoh orangnya! Belajar sampai ke luar negara, tapi otak letak kat lutut!" Sedas Farah mengutuk abangnya. Langsung tidak dipedulikan mata Harraz yang membulat marah.

Tepuk dahi Datin Kalsom. Farah kalau dah marah, dia tak peduli apa dah. Memang disembur orang itu secukupnya.

"Farah Dalila..." panggil Datin Kalsom, perlahan. Belakang badan anak daranya diusap lembut.

"Betul kan apa yang Farah cakap tu, ma? Abang ni, tak boleh fikir ke yang Kak Ris tu kena perangkap? Abang tak fikir apa yang jadi malam tu dirancang oleh seseorang sebab nak tengok abang dan Kak Ris bercerai-berai? Benda simple macam tu pun tak boleh fikir?"

Sekali lagi Harraz terkelu. Jantungnya berdebar-debar. Laju rentakan organnya itu.

"Farah merepek apa ni? Siapa pula yang nak tengok abang dengan Kak Ris bercerai?" tanya Harraz, bingung.

Farah mendengus. Sebab tu dia cakap, abangnya ni memang lembab! Tengok tu, terbukti yang Harraz tidak berfikiran jauh sepertinya.

"Siapa lagi dalangnya kalau bukan bini muda abang tu. Nutella la," kutuk Farah lalu memutarkan bebola matanya. Geli nak sebut nama betul si perampas tak tahu malu tu.

"Farah!" tengking Harraz. Dia terus bangun dari kerusi makan tersebut. Adiknya yang kelihatan selamba itu dipandang tajam. Bengang tatkala Farah menuduh Natalia yang bukan-bukan.

"What? Betullah apa yang Farah cakap. Abang tu je yang lembab nak fikir." Gadis itu tidak gerun melihat muka bengis Harraz. Malah, dengan selamba dia mencapai sosej dan digigitnya. Farah buat bodoh je dengan renungan maut abangnya. Apa? Ingat dia takut ke?

"Farah, Harraz. Sudah-sudahlah tu. Tak baik bergaduh depan rezeki." Tak boleh jadi ni, kalau dibiarkan dua beradik tu nanti, mereka akan bertekak tidak bersudah.

"Kenapa Farah tuduh Kak Talia macam tu? Farah sedar yang Farah kutuk tu isteri abang? Kakak ipar Farah juga."

"Hahaha!" Mengekek Farah ketawa. Dia menekan abdomen bagi menahan tawa yang berhamburan tanpa henti. Memang sengaja dia ketawa kuat. Biar abangnya makin sakit hati. Lagi senang dia nak api-apikan abangnya.

"Siapa kakak ipar Farah? Si Natalia gedik tu? Hello, for your information, kakak ipar Farah cuma Kak Marissa. Farah tak ada kakak ipar lain selain Kak Ris. By the way..." Farah mematikan ayatnya. Air mukanya berubah serius.

"Abang tak rasa ke si Natalia tu yang perangkap Kak Ris? Yalah, masa kat Johor dulu dia boleh perangkap abang, tak mustahil apa yang jadi kat Kak Ris tu pun kerja dia juga. Manalah tahu dia tu cemburu dengan Kak Ris. Sebab tu dia plan nak kenakan kakak ipar Farah!" sambung Farah, geram.

Dada Harraz turun naik menahan marah. Merah padam mukanya. Namun begitu, hatinya berasa tidak enak. Bait-bait ayat adiknya diproses.

"Watch your words, Farah. Jangan kurang ajar sangat! Natalia tu kakak ipar Farah. Farah tak ada hak untuk tuduh dia macam tu. Untuk pengetahuan Farah, Talia tu lagi baik daripada kakak ipar kesayangan Farah. Abang tak rasa yang Talia sanggup buat Marissa macam tu." Marah Harraz. Dia tak suka kalau ada sesiapa yang mengata Natalia.

"Dan abang pun tak ada hak tuduh Kak Ris curang dengan abang! Abang tu yang buta! Tak tahu menilai! Eh, kalau macam nilah perangai abang, lebih baik Kak Ris tu cari lelaki lain! Abang hipokrit! Ayat-ayat sayang dan cinta abang tu cuma terlafaz dari mulut bukan dari hati! You know what, abang memang tak layak untuk perempuan sebaik Kak Ris!" Hambur Farah. Memang naik hantu betul dia tika ini.

Pang!

Terteleng kepala Farah. Dia memejamkan mata menahan perit di pipinya. Kurang ajar betul! Berani Harraz tampar dia?

"Harraz! Apa yang kamu dah buat ni?!" Naik seoktaf nada Datin Kalsom. Geram dia tengok anak lelakinya. Suka hati je nak tampar Farah.

"Farah... Abang tak sengaja..." keluh Harraz.

"Diamlah! Alasan yang sama! Sikit-sikit tak sengaja. Huh, betul keputusan Kak Ris pergi dari hidup abang. Ada suami macam ni pun tak berguna juga. Asyik nak naik tangan aje. Ingat kitaorang ni apa? Tempat abang lepaskan marah?"

"Abang ingat eh, kalau satu hari nanti kebenaran tu terbongkar, abang tak payah cari Kak Ris lagi. Jangan merayu atau minta dia maafkan abang. Sebab apa? Sebab abang ni tak layak diberi peluang sekali lagi. Masa tu, abang melutut dekat kaki dia pun Kak Ris takkan maafkan perbuatan abang! Abang jahat! Abang lelaki dayus!" Turun naik nafas Farah. Sebak bertandang tatkala mindanya teringat pada Marissa.

Tidak menunggu lama, Farah berlalu dari situ. Tangan Datin Kalsom ditarik sekali. Namun, langkahnya terhenti dan kepalanya dipusingkan memandang Harraz. Ada satu perkara lagi yang dia ingin cakapkan.

"Oh ya, lagi bagus kalau abang ceraikan Kak Ris. Biar dia bahagia dengan lelaki yang betul-betul sayang dan percayakan dia. Ramai lelaki dekat luar sana tu akan terima Kak Ris. Yalah, kakak ipar Farah tu baik dan cantik orangnya. Bukan macam yang sorang tu. Muka tak lawa mana, perangai pun sama macam iblis. Memang sesuai abang dengan dia. Sama-sama jahat!"

"Ni, entah mana dia pergi. Dia cakap dengan abang balik kampung kan? Abang percaya ke? Entah-entah dia melencong ke tempat lain. Ala, Farah lupa pula. Abang kan bodoh. Memanglah membuta tuli je abang percaya apa yang si gedik tu cakap. Kesian, laki bini sama-sama bengap! Eloklah kauorang bersama."

Panas! Panas! Berdesing telinga Harraz mendengarnya. Matanya menghantar langkah Farah dan Datin Kalsom yang menuju ke luar rumah. Bibirnya diketap.

Meja makan itu dihentak. Marah sungguh Harraz bila dihentam begitu. Rosak mod paginya hendak ke tempat kerja. Lantas, blazer dicapai dan kakinya laju berjalan menuju ke kereta miliknya. Lebih baik dia ke tempat kerja sebelum Farah menyemburnya seperti tadi. Kalau Harraz duduk lebih lama di sini, memang dia tak boleh tahan amarahnya yang kian meluap-luap.

•••

"MY Sweetie Jasmine!"

"My sweetie Jasmine!"

"My sweetie Jasmine!"

Marissa menutup buku yang dibacanya. Dia menjeling lelaki yang sedang menyengih di sebelahnya.

"Awak ni kenapa, Adam? Awak nak apa? Boleh tak jangan kacau saya?" Geram Marissa dibuatnya. Orang tengah syok membaca, ada pula yang mengacau.

"Saya nak perhatian awak," jawab Adam selamba. Dia menopang dagu sambil memerhati wajah cantik Marissa.

"Isy, saya tengah baca buku ni. Takde masa saya nak layan awak. Nampak penumbuk ni?" Marissa menunjukkan buku limanya pada Adam. Tergelak lelaki itu. Macho.

"Awak nak tahu satu benda tak?" soal Adam tiba-tiba. Dia tersenyum-senyum. Entahlah, bila dengan Marissa ni, senang aje ulas bibirnya hendak mengukir senyuman. Kalau dengan perempuan lain, ketat dan beku mukanya.

"Hmm, apa?" Malas-malas Marissa menyoal kembali. Dia meneruskan pembacaan. Adam dikerling dari ekor mata.

"Marissa Jasmine..." Meleret suara Adam. Macho betul bila menyapa halwa telinga Marissa. Cair pula dia mendengarnya.

"Makin awak marah kan, makin cantik muka awak. Boleh tak awak marah saya setiap hari?" Ah, sudah! Gila kau, Adam!

Membuntang mata Marissa. Perhatiannya terus dialihkan kepada lelaki kacak itu.

"Awak ni gila eh, Adam?"

"Yalah, saya gilakan awak. Awak je yang tak tahu. Jual mahal pula tu," balas Adam, perlahan. Dia mencicip air hot chocolate.

Marissa mengeluh kecil. Sudah diberitahu Adam yang dia isteri orang. Tapi lelaki itu masih tidak faham. Kalau boleh, hari-hari Adam ingin menempel dengannya. Marissa bukan tak suka, tapi dia berasa janggal dek statusnya sebagai isteri orang.

"Adam, saya ni isteri orang. Tak manislah awak cakap macam tu. Saya tak selesa," ujar Marissa berterus-terang.

Berubah air muka Adam. Selajur, dia mendiamkan diri. Wajahnya menekur ke bawah. Tapi tidak lama, wajahnya kembali diangkat. Senyuman nipis diberikan buat Marissa.

"Saya faham." Ringkas balasan Adam.

Marissa pula tak senang duduk. Ulas bibirnya digigit. Adam terasa hati ke?

"Sorry kalau awak terasa dengan saya. Saya bukan apa, saya..."

"It's okay, sweetie Jasmine. Sepatutnya saya kena faham yang awak masih isteri dia. Tapi tak salahkan kalau saya simpan perasaan sayang ni?" pintas Adam, laju.

Marissa pula serba salah. Dia tak boleh halang perasaan Adam terhadapnya. Dia tahu, Adam sayangkannya.

"Tak... Tak salah. Err mana tahu ada jodoh kita pula lepas ni? Ops! Astagfirullahalazim, Marissa!" Cepat-cepat Marissa menampar mulutnya. Pipi mula terasa bahang. Macam mana boleh terlepas cakap ni!

Maka, makin melebar senyuman Adam.

"Apa dia? Boleh ulang lagi sekali tak?" usik Adam, nakal.

Rasa nak disorokkan aje mukanya ini. Marissa memalingkan wajahnya ke tempat lain. Jantung berdegup laju.

"My sweetie Jasmine..." panggil Adam. Seksinya lahai suara! Marissa cair!

"Aw... Awak jangan panggil saya ma...macam tu boleh tak?" Ha, tergagap-gagap Marissa dibuatnya. Sweetie Jasmine. Adam suka betul panggil namanya dengan panggillan itu. Mulalah perutnya dipenuhi dengan rama-rama. Lirikan mata Adam yang nakal itu membuatkan dia makin tak keruan.

"Kenapa? Awak tergoda ke?" Makin galak Adam mengusik.

Bibirnya dikemam. Marissa tidak menjawab. Bukunya dibuka dan pembacaan diteruskan. Tak sedar yang bukunya terbalik.

"Sejak bila awak baca buku terbalik ni, hmm?" Adam menarik perlahan buku yang menutupi wajah Marissa. Muka Marissa yang memerah itu jelas di penglihatannya. Comel!

Mata mereka bertembung. Adam menarik senyuman manis.

"Dah makan ubat?" soal Adam, prihatin. Keningnya dijongketkan.

Marissa menggeleng. Dia tersengih kekok. Adam pasti berleter sekejap lagi.

"Kenapa tak makan? Please, makan ubat pada waktunya. Jangan buat saya risau, Jasmine." Lembut bicara Adam. Dia terus menyelongkar beg tangan Marissa dan membawa keluar plastik yang berisi ubat-ubatan wanita itu.

Marissa tidak membantah apabila tablet itu dihulurkan kepadanya. Adam memang begitu. Lelaki itu sangat mengambil berat terhadapnya. Ssketika, Marissa berkerut dahi apabila ubat itu melepasi anak tekak. Pahit.

Adam lekas menghulurkan air kepada Marissa. Dia tersenyum kecil melihat wajah Marissa yang berkerut. Gaya macam budak kecil yang tak suka makan ubat.

"Esok datang check up. Saya tunggu awak, okey?" tutur Adam.

Marissa angguk. Enggan membantah.

"Baik, Doktor Adam Benjamin." Gelaknya apabila Adam cuma menggelengkan kepala.

____________________

Macam mana first chapter? Adakah korang maki Harraz? Atau tersengih-sengih dengan character Doktor Adam? 🤣

Sejujurnya, author suka dengan watak Adam tu. 😝

Tapi jgn suka sgt, nanti author buat dia jadi antagonist baru tahu hahaha 🙊

Yasmyns_Dahlia

ALL RIGHT RESERVED © Yasmyns Dahlia

Continue Reading

You'll Also Like

3M 273K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
109K 3.8K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1M 46.2K 70
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...
1M 86.5K 61
Tengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula...