NADINE SOFEA

De sayamelur

236K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... Mais

1 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

2 - NADINE SOFEA

4.2K 292 12
De sayamelur

Tali pinggang keledar ditanggalkan sebaik saja kereta milik Encik Adlee tiba di hadapan pagar E-Royals Highschool. Beg sandang di belakang di ambil lalu di sarung pada belakang tubuh.

"Balik nanti nak ayah ambil?" soal Encik Adlee memerhati anak gadis kesayangan sedang membetulkan rambut ikal yang digayakan ekor kuda.

"Tak kut, ayah. Nadine dah janji nak balik dengan Harlem. Dia nak Nadine teman dia ikut latihan basketball petang ni." beritahu Nadine.

Encik Adlee angguk kecil.

"Elok juga tu. Ayah pun balik lambat hari ni. Rasanya tak sempat nak ambil Nadine nanti."

"Balik lambat lagi?" wajah Nadine sedikit kecewa.

Masuk hari ini sudah seminggu Encik Adlee sering pulang lewat ke rumah. Nadine anak manja Encik Adlee jadi mestilah setiap masa mahu berkepit dengan ayahnya.

"Maaf Nadine. Ayah tahu ayah selalu tinggalkan Nadine sorang-sorang di rumah sampai lewat malam tapi mama dengan ayah Harlem perlukan bantuan ayah di office." rambut ikal anaknya di belai.

"Ayah janji lepas semua kerja ayah di office settle, hujung minggu ni kita jalan-jalan okay? Hari tu Nadine bagitahu nak pergi theme park dekat bandar sebelah yang baru buka tu kan?"

Nadine berubah teruja.

Senyuman nipis hadir di bibir Encik Adlee. Raut wajah Nadine saling tak tumpah seperti arwah isterinya dulu terutama sekali pada mata bundar Nadine. Bersinar setiap kali wajah mereka gembira.

"Okay ayah!" jawab Nadine bertepuk tangan.

Pandai ayahnya memujuk.

"Nadine masuk dulu. Ayah hati-hati tau." Encik Adlee dipeluk erat.

"Nadine pun sama."

Kaki terus melangkah keluar sebaik pintu kereta di buka. Sempat tangan melambai kereta ayahnya. Nadine masih berdiri di situ sehingga kelibat kereta Encik Adlee hilang dari pandangan.

Leher dipanjangkan mahu memastikan kereta ayahnya benar-benar sudah tiada.

Langkah kaki pantas dibuka ke arah jalan bertentangan pintu pagar utama E-Royals Highschool. Destinasinya pagi ini mahu menuju ke kedai serbaneka selang beberapa buah bangunan dari highschool tersebut.

"Ha, ni kes memonteng lagi lah ni?!"

Satu suara jelas kedengaran menghentikan pergerakan Nadine.

Wajahnya sengih setelah melihat Armani bersama Leanna di seberang jalan.

"Ponteng first period saja. Nanti awak berdua tolong cover ya kalau madam atau sir cari saya. Hehehe."

Serentak Armani dan Leanna buat simbol 'thumbs up'.

Hari ini mereka berdua tolong Nadine. Mana tahu esok lusa tiba-tiba Armani atau Leanna pula datang mood mahu ponteng kelas kan?

Bantu-membantu kan amalan mulia?

"Upah dia rehat nanti belanja aku dan Lea pudding caramel? On tak on?" sempat Armani buat tawar menawar di situ.

Suaranya yang nyaring itu menarik orang ramai yang lalu lalang. Bahkan suara Armani dapat menandingi bunyi-bunyi kenderaan di situ.

"Aku tak nak. Aku tengah diet sekarang. Lagipun pudding caramel kantin tak sedap. Rasa macam susu basi." Leanna buat muka jelik.

"Nak diet apa lagi? Badan kau ni dah serupa cicak tak cukup makan. Mengada betul." Armani meggulingkan bola mata ke atas.

"Mintak lah Nadine belanja benda lain." Leanna memberikan cadangan.

"Kata tadi diet. Ah, tak ada tak ada. Nadine, puding caramel okay?" teriak Armani dari seberang lagi tanpa mempedulikan Leanna dan bibirnya yang seperti itik tanda tidak puas hati.

Nadine mengangguk sambil tersenyum. Sebenarnya lebih kepada senyum menahan malu. Armani kalau dah bercakap bukan peduli pun suara dia nyaring macam Mariah Carey menyanyi nada tinggi.

"Aku tak nak puding caramel. Aku tak nak! Aku tak nak!" Leanna menghentak kaki tanda protes.

Armani pula berusaha menarik Leanna agar segera pergi dari situ kerana semua orang yang lalu lalang sedang galak memandang ke arah mereka.

"Maaf, kawan saya memang gila. Pagi tadi kakak dia lupa nak kasi ubat." sengih Armani ke arah orang ramai.

"Mana ada aku gila, gila!" marah Leanna.

Nadine di seberang hanya mampu tertawa. Kawan-kawan saya lucu ya teman-teman.

"Nadine, jom."

Terasa tangannya ditarik seseorang dari belakang.

"Kita gerak sekarang sebelum pengawas poyo tu tengok kita." Harlem mengheret Nadine pergi dari situ dengan segera.

"Darrell, park Vespa aku dekat tempat biasa." kunci Vespa kesayangan di baling ke arah Darrell.

Lelaki pendiam itu mengangguk akur.

"Kaki saya ada dua saja, Harlem. Jangan lah jalan cepat sangat. Lagipun hari ini bukan Tom poyo tu yang bertugas depan gate. Relax lah." bebel Nadine separuh kelelahan diheret Harlem dari tadi.

Bebelan Nadine sama sekali tidak dihiraukan. Sejurus tiba di depan kedai serbaneka, baru tangan Nadine di lepaskan.

Harlem terus melangkah masuk ke dalam kedai dan memilih makanan serta minuman di rak. Setelah selesai membayar, leher dipanjangkan mencari kelibat Nadine.

Seperti yang disangka, Nadine akan memilih tempat yang biasa mereka duduki.

Susu kotak Dutch Lady Full Cream serta roti bun inti coklat dan Strawberry diletakkan di hadapan Nadine.

Gadis itu tersenyum kecil tanda terharu.

Harlem sudah tahu benar snack kegemarannya.

Suasana di meja sepi seketika. Nadine perasan sikap Harlem lain pagi ini. Mungkin ada sesuatu yang bermain di dalam fikiran lelaki itu.

"Harlem, awak okay-"

"Semalam aku dengar mama dengan ayah gaduh lagi." beritahu Harlem bernada rendah sambil tangan bermain cawan kertas yang terisi coffee 3 in 1.

Nadine mengemam bibir. Wajah kosong Harlem di pandang sepi.

"Ayah keluar dari rumah lepas tu. And dia langsung tak balik rumah sampai sekarang. Mama pula tak keluar dari bilik dia. Pagi tadi aku breakfast sorang-sorang, Nadine." cerita Harlem dengan riak tenang.

Namun, Nadine tahu hati Harlem sedang hancur. Sejak beberapa bulan yang lepas, Harlem selalu meluah tentang perkara ini.

"Aku tak tahu nak buat apa. Kenapa mama dengan ayah jadi macam ni? I thought they're happy. Mana keluarga aku yang dulu? Aku rasa macam kegembiraan yang kami miliki dulu dah hilang. Kebelakangan ni hampir setiap hari aku dengar ayah menjerit, mama menangis sampaikan aku benci duduk dalam rumah aku sendiri." Harlem menunduk wajah.

Sekarang jelas kesedihan yang Harlem pendam.

Nadine bingkas bangun lalu mengambil tempat di sebelah Harlem.

Bahu lelaki itu diusap lembut sebelum memeluk Harlem dengan erat.

"Saya tak berhak untuk berkata apa-apa tentang keluarga awak tapi bila awak perlukan saya, I'm here. Saya akan selalu bersama awak, Harlem." Nadine memperkemaskan pelukannya.

Harlem membalas rangkulan Nadine. Kepalanya direbahkan pada bahu gadis itu. Ingin saja dia menangis di situ tapi sebagai seorang lelaki, air mata adalah jalan terakhir untuk menzahirkan rasa sedih.

"Thanks, Nadine." pelukan dileraikan.

Nadine senyum kecil.

"I know I will always can count you." hidung mancung Nadine dicuit.

"Kau kawan aku paling best, Nadine. Ada benda yang kawan lelaki macam Darrell tak boleh buat tapi bila dengan kau, aku rasa tenang lepas aku luahkan apa saja pada kau. Kau kawan aku sampai bila-bila. Jangan sesekali cuba lari dari aku tau. Ingat tu."  Harlem cubit pipi tembam Nadine.

"Kau kawan aku sampai bila-bila."

Senyuman ikhlas Nadine tadi berubah tawar. Hati kedengaran berkecai perlahan.

'Tapi saya tak mampu nak anggap awak kawan sampai bila-bila, Harlem. Perasaan saya pada awak lebih dari itu.'

"Petang ni lepas aku training, kita makan dekat kedai aiskrim macam biasa. Aku belanja."

Telapak tangan Harlem didekap pada pipi Nadine sehingga bibir gadis itu muncung sedepa. Dia suka memperlakukan wajah Nadine sebegitu rupa kerana Nadine akan kelihatan comel. Riak Nadine seperti itu juga pasti akan mengundang tawanya.

'He has the most adorable laugh.'

Tawa Harlem melodi paling indah yang Nadine pernah dengar. Dia mahu dengar tawa ini setiap hari.

Mata Nadine lekat memandang senyuman kegemarannya itu.

"Nadine, kau dengar tak apa aku cakap ini? Mula lah tu dengan perangai berangan tak senonoh dia." pipi Nadine menjadi mangsa cubitan Harlem lagi.

"Auw, Harlem! Sakit!" Nadine tepis kasar tangan jahat Harlem.

"Dalam satu hari tak sah kalau otak kau tu tak kuning kalau tengok muka aku. Aku tahu aku handsome, Nadine. Tapi apa yang kau dah buat ni adalah sexual harrasement."

Nadine pukul bahu Harlem kuat. Sukahati saja tuduh orang tau.

"Sexual harrasement otak kau! Jangan perasan sangat ya! Cucuk mata tu baru tahu." Nadine buat gaya seolah mahu benar-benar melakukannya.

Harlem tergelak besar.

"Amboi, bukan main sedap kamu berdua berasmaradana di sini ya!"

Sergahan Mr James serentak memeranjatkan Nadine dan Harlem. Dua pasang mata itu tidak mampu memandang tubuh gempal serta wajah singa milik Mr James.

Ini pasti kerja Tom si pengawas poyo itu!

Anak mata Harlem bergerak ke pintu memberi isyarat kepada Nadine agar mereka melarikan diri.

Nadine angguk faham. Dengan pantas Harlem bangun lalu menarik tangan Nadine. Namun, tindakan Mr James lebih tangkas. Tanpa melangkah setapak pun, dengan hanya menggunakan tangannya, dia berjaya merentap kolar baju sekolah Harlem dan Nadine.

"Ikut saya ke pejabat."

* * * * *

"Sedang apa dan di mana, dirimu yang dulu kucinta.
Aku tak tahu, tak lagi tahu. Seperti waktu dulu."

Nyanyian Nadine terhenti sebaik terlihat Harlem sedang berbaring santai di atas lantai. Padahal dari tadi dia bersusah payah mengelap lantai ini seakan tangannya hampir putus.

"Harlem!" kain basah di tangannya dibaling tepat ke arah wajah Harlem.

Lelaki itu pantas mencelik mata lalu bangun.

"What the heck, Nadine?!" marah Harlem membaling semula kain itu ke arah Nadine.

"Saya separuh mati nak settlekan kerja ni, awak boleh sedap-sedap tidur di situ ya? Buat kerja awak sebelum Mr James datang lagi. Lagipun awak ada latihan basketball di sini nanti kan? Wake up, you lazy cow." bebel Nadine geram.

Disebabkan mereka berdua telah kantoi ponteng kelas pagi tadi, jadi sebagai hukumannya Nadine dan Harlem harus mencuci lantai gelanggang basketball ini hanya dengan menggunakan kain.

Harlem buat muka poker face. Bebelan Nadine langsung tidak memberi apa-apa kesan.

"Sambung nyanyi lagu tadi boleh?" Harlem baring dan menutup mata semula.

Dia suka mendengar suara Nadine menyanyi. Angelic voice from heaven, maybe?

"Harlem, cepat lah tolong saya! Saya ada janji dengan Lea dan Armani lepas ni." marah Nadine.

"Harlem!" Nadine goncang tubuh Harlem setelah lelaki itu langsung tidak mengendahkannya.

Harlem masih diam tidak berkutik dan mata terpejam rapat. Sengaja mahu menyakitkan lagi hati Nadine dan mengusik gadis itu. Senyuman cuba di sembunyikan.

Nadine bertambah geram.

Mentol di atas kepala tiba-tiba bernyala terang. Senyuman jahat muncul pada bibir.

Kain basah di tangan di rendam semula ke dalam baldi berisi air yang semakin hitam.

"Suka usik orang ya? Rasakan." kain tadi terus diperah di atas muka Harlem.

"Nadine!" Harlem menjerit besar lalu bingkas bangun.

Wajahnya berkerut apabila merasakan air kotor tadi termasuk ke dalam mulut dan hidungnya.

Nadine ketawa terbahak-bahak di atas lantai.

"Berani kau, Nadine!" suara marah Harlem mengejutkan Nadine. Dan dengan pantas Nadine bingkas berdiri dan melarikan diri.

"Siap kau, Nardine Sardine!" sempat tangan merendam kain ke dalam baldi lalu mengejar Nadine dari belakang.

Nadine ketawa kelucuan sambil berusaha melarikan diri. Seronok juga dapat membalas usikan Harlem. Asyik dia saja yang kena buli.

Kepantasan kaki Harlem berlari membuatkan dia berjaya mengejar Nadine. Tubuh ramping gadis itu terus dipeluk dari belakang.

"Harlem, lepaskan saya! Mana aci macam ni." Nadine cuba memukul tangan Harlem tapi tidak berjaya.

"Apa aci-aci? Tadi kau perah air dekat muka aku, bukan main seronok kau ya? Sekarang rasakan!" kain basah tadi terus di lap pada muka Nadine.

Sekarang giliran tawa Harlem pula yang memenuhi ruang gelangan bola keranjang tersebut dan disahut dengan jeritan Nadine.

"Harlem! Jangan lah. Rosak muka saya." Nadine cuba meronta.

"Biar muka kita sama-sama rosak. Siapa suruh kau yang mulakan dulu." Harlem ketawa lagi.

"Okay, kalau macam tu.... Nah!" Nadine paling tubuh menghadap Harlem lalu membalas perlakuan lelaki itu.

Gelanggang bola keranjang itu meriah dengan gelak tawa Harlem dan Nadine juga aksi kejar mengejar mereka. Nampaknya hukuman Mr James tadi memang tidak memberi kesedaran tapi sebaliknya dijadikan hiburan buat mereka.

"Hi, Harlem."

Gelak tawa kedua sahabat itu kendur sebaik saja mendengar sapaan tadi.

"Lilia, h-hi." tubuh Nadine yang sempat ditangkap tadi Harlem tolak tanpa sedar.

Hampir saja Nadine jatuh tersembam di atas lantai.

Kurang asam punya Harlem!

"I dengar you kena hukum dengan Mr James ya?" Lilia senyum simpul.

"Oh..." Harlem menutup mata dan menunduk menahan malu.

"Ni, I ada belikan air untuk you. Rehat lah dulu." Lilia menyerahkan kotak air coklat kepada Harlem.

Dengan wajah merona merah, Harlem sambut air kotak itu dengan hati penuh berbunga dan debar.

"You're so sweet, Lilia. By the way, thanks."

Nadine di situ cuma jadi pemerhati di samping cuba menampal hati yang sedang berdarah.

Lilia.

Jadi, gadis ini lah yang berjaya mencuri hati Harlem.

"Nadine, saya ada belikan untuk awak juga."

Nadine sedikit tersentak. Tangannya teragak-agak menyambut huluran air kotak di tangan Lilia.

"Thanks." Nadine cuba memanis muka.

"I gerak dulu tau. Oh ya, nanti lap rambut you. Basah dah tu." kemudian Lilia menyerahkan sapu tangan ke arah Harlem.

Lelaki itu sambut lagi.

"Bye, see ya." Lilia tersenyum manis lalu bergerak keluar dari gym gelanggang bola keranjang.

Mata Harlem seakan magnet memerhati kelibat Lilia yang semakin mengecil.

"Nadine, Lilia tu cantik kan?" tanpa sedar bibir Harlem senyum. Mata masih tertancap ke arah sana.

Nadine tunduk menekur lantai. Soalan Harlem itu sudah cukup membunuh jiwanya.

"Iya, Harlem. Dia cantik." kepala tegak semula bersama senyuman.

'Mama, beginikah rasa patah hati? Sebab Nadine rasa sakit sangat.'







Continue lendo

Você também vai gostar

3.5K 194 9
Perempuan yang bernama Dinara Ausha dulu seorang yang angkuh dan selalu mendongak ke langit ketika berhadapan dengan orang-orang yang berada dibawah...
76.2K 4.4K 37
Takdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas...
2.2M 49.8K 80
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam h...
5.3M 108K 87
[C O M P L E T E D] My second babies 。 •́ ⚈ ( SILENT ) ⚈ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start ; 01 June 2016 End ; 4 April 2020