CINTAKU MR SECRET AGENT

By PutraRize_

9.3K 1.2K 9.8K

Alif merupakan seorang secret agent yang bertugas di Agensi I.S.S. Dia seorang pemuda yang boleh dikatakan le... More

๐“’๐“ฒ๐“ท๐“ฝ๐“ช๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ป ๐“ข๐“ฎ๐“ฌ๐“ป๐“ฎ๐“ฝ ๐“๐“ฐ๐“ฎ๐“ท๐“ฝ
๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด-๐“ฆ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“ด
EPISODE 1
EPISODE 2
EPISODE 3
EPISODE 4
EPISODE 5
EPISODE 6
EPISODE 7
EPISODE 9
EPISODE 10
EPISODE 11
EPISODE 12
EPISODE 13
EPISODE 14
EPISODE 15
EPISODE 16
EPISODE 17
EPISODE 18
EPISODE 19
EPISODE 20
EPISODE 21
EPISODE 22
EPISODE 23
EPISODE 24
EPISODE 25
EPISODE 26
EPISODE 27
EPISODE 28
EPISODE 29
EPISODE 30
EPISODE 31
EPISODE 32
EPISODE 33
EPISODE 34
EPISODE 35
EPISODE AKHIR

EPISODE 8

188 42 175
By PutraRize_

❤️ Cintaku Mr Secret Agent ❤️
~~~~~~~

Sambungan....

Di Rumah Fattah....

"Uncle, Uncle ke yang masak untuk tengah hari nanti?" Tanya Alif sambil dia mendudukkan dirinya ke atas kerusi meja makan.

"Haah. Aku yang masak nanti. Tak berani dah aku nak suruh si Lia tu masak. Aku takut nanti kau jadi macam semalam. Kau macammana? Dah ok ke?"

"Dah okay dah Uncle. Alhamdulillah kalini tak demam macam dulu dah." Balas Alif sambil tersenyum.

"Alhamdulillah....ni aku nak tanya kau ni."

"Apa yang Uncle nak tanya. Saya ikut kemampuan lah. Kalau soalan tu susah, ambil masa sikit nak fikir tu. Kalau senang sepantas kilat je saya jawab!"

"Wah bagus tu....ok selama dua tiga hari kau kat kampung ni aku dah perhatikan kau. Aku tengok kau.....pandang Aulia semacam je. Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Tanya Fattah sambil menyiku perlahan lengan Alif.

Alif terdiam.

"Alif?"

Terdiam lagi.

"Hei Alif!" Fattah menepuk kuat paha Alif.

"Y-ye Uncle?"

"Astaghfirullahal'azim kau ni dah mengigau sampai negeri mana tadi? Aku tanya ni, kau ada apa-apa ke dengan si Aulia?"

"Ish tak adalah Uncle! Saya tak ada apa-apa perasaan lah dekat dia. Uncle ni fikir yang bukan-bukan je." Kata Alif sambil menggaru kepala.

"Hek eleh kerek je kau eh! Tak nak mengaku pulak. Aku tengok muka kau yang dah berpeluh ni pun aku dah boleh agak tau! Lain kali cover lah sikit riak muka kau tu. Nak tipu aku, heh lambert lagi bro!" Sinis sungguh apa yang dikatakan Fattah.

"Hehehe." Alif tersengih-sengih lagi. Menyampah pulak.

"Apa 'hehehe'? Mengaku je lah yang kau ada perasaan dekat Aulia kan?" Tanya Fattah lagi kalini dengan senyuman.

"Err hehehe.....ye Uncle. Bila saya nampak je muka Lia tu untuk pertama kali, hati saya rasa tertarik sangat dengan dia. Dan yang saya pelik, perasaan tu tak pernah saya alami dengan bekas teman wanita saya. Dan saya rasakan....dia lah jodoh yang perfect untuk saya." Terang Alif dengan senyuman yang tak lekang dari mulutnya.

"Huish kau punya huraian tu memang penuh dengan logik. Baiklah kalau macamtu nanti aku cuba-cuba pujuk si Aulia tu ye. Kau jangan risau hati perempuan ni memang pada mulanya keras. Tapi kalau kita bentuk dia secara perlahan-lahan, In Syaa Allah dia akan lembut juga. Kau jangsn risau." Fattah meyakinkan Alif.

Dia risau kalau Alif tak ada keyakinan diri nak tackle Aulia. Jadi sebab tu lah dia bagi semangat sikit kat Alif.

"Terima kasih Uncle. Dari mula-mula saya kenal dengan Uncle, Uncle sikit pun tak pernah mengecewakan saya. Saya bangga lah Uncle jadi ayah saudara saya!" Kata Alif dengan senyum nipis.

"Hahaha Alif, Alif. Macam-macam lah kau ni. Dah aku nak masak ni. Kau pergi lah ke depan dulu."

Alif pun bangun dan pergi ke ruang tamu dengan hati yang riang.

"Zaman dah berubah. Macam-macam gaya budak sekarang ni kalau bercinta. Tapi asalkan diorang jaga batas pergaulan kira ok lah tu. Kadang-kadang aku pun tak faham kenapalah budak-budak zaman sekarang bercinta asyik nak pegang tangan bagai. Padahal-"

Bebelan Fattah dipotong bila Aulia tiba-tiba saja masuk tanpa memberi salam.

"Abah!! Abah!" Terjerit-jerit Aulia memanggil Fattah.

"Ye ye abah datang ni. Ada apa lah anak dara sorang ni? Dah tak ada kerja lain ke menjerit sampai dengar satu rumah ni?"

"Alah yang tu pedulikan dulu. Lia ada perkara penting nak beritahu abah ni!" Kata Aulia dengan nada teruja.

"Ha ha ye ye cakap sekarang. Apa yang kamu nak bagitau abah ni?" Ujar Fattah.

"Lia....Lia nak kahwin!!" Kata Aulia dengan aura yang teramat teruja. Mujur tak melompat je lagi.

"What? Kamu nak kahwin? Serius ah! K-kenapa tiba-tiba je ni?" Tanya Fattah dengan sedikit perasaan resah dan gelisah






























































(Flashback Beberapa Jam Yang Lepas)

Di Sebuah Restoran.....

Aulia masuk ke dalam restoran. Dia mencari kelibat seseorang yang sudah lama menanti dirinya.

"Hi Daniel! Sorry you sebab lambat datang. I kena menjawab dengan abah I dulu baru boleh keluar rumah." Aulia berkata kepada Daniel atau nama sebenar Ash Daniel, teman lelaki Aulia.

Mereka berdua sudah kenal lama sejak belajar di London lagi. Mereka menjalin hubungan sudah 3 tahun. Bahkan bila Aulia balik ke Malaysia, Daniel pun turut ikut sama. Siap berkongsi alamat rumah lagi. Fuh bukan main rapat lagi.

"Eh tak apalah You. Lagipun tak lama pun I tunggu....adalah dalam 2 jam." Balas Daniel dengan nada bergurau.

"Apakah You ni perli I pulak!"

"Alah alah You. I saja je nak bergurau dengan You. Ok sebagai hadiah untuk pujuk You, I ada surprise! Sebelum tu, tutup mata dulu." Daniel mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Wah apa benda tu! Tak sabarnya!" Aulia menutup mata dan menanti dengan penuh debaran.

"Ok buka mata You sekarang!"

Aulia pun membuka matanya dan alangkah terkejut dan gembiranya dia sekarang bila dia nampak ada sebuah kotak menyimpan sebentuk cincin emas beserta dengan seutas rantai leher.

"Nur Aulia Izzatunnisa.....sudikah You menjadi teman hidup I?"

Aulia menyeka air mata yang bakal mengalir. Bukan tangisan kesedihan tetapi tangisan kebahagiaan. Hanya tuhan sahaja lah yang tahu betapa gembiranya hati dia sekarang ini.

"I....I setuju." Balas Aulia mengangguk kan kepalanya tanda setuju

(End Flashback)






























































Setelah mendengar penjelasan dari Aulia, tiada reaksi yang ditunjukkan Fattah. Dia pun tak tahu sama ada dia patut gembira ke atau tak.

"Lia, kamu ni betul nak kahwin ni?" Tanya Fattah lagi meminta kepastian.

"Ye betul lah abah! Lia kalau dah cakap sesuatu benda memang Lia tak main-main." Jelas Aulia.

"Hmm abah rasa-"

"Abah! Please lah abah. Lia dah ada pilihan Lia sendiri. Please Abah!" Rayu Aulia. Dia nampak berharap sangat dengan Fattah.

"Nanti dulu lah biar abah fikirkan." Fattah pergi dari ruang tamu menuju ke dapur.

Sejujurnya dia tengah dalam dimensi lain. Adakah dia patut terima calon Aulia dan tolak Alif ataupun tolak calon Aulia dan suruh Alif kahwin dengan Aulia?

Dalam perjalanan nak sampai dapur tu. Dia baru perasan yang Alif dari tadi mendengar perbualan diorang berdua dan sekarang ni makin bertambah rasa bersalah Fattah dekat Alif.

"A-alif...kau-"

"Saya dah dengar semuanya Uncle. Lia nak kahwin kan?" Tanya Alif. Walaupun nampak biasa je muka dia tapi Fattah yakin, dalam hati Alif tak okay.

"Ye Alif....aku tak tahulah sama ada aku patut izinkan atau-"

"Uncle.....tak apa. Kalau itu boleh buatkan Aulia bahagia, izinkan lah." Balas Alif dengan nada sayu.

"Alif....aku minta maaf."

"Tak apa Uncle. Biarkan dia bahagia dengan pilihan dia." Kata Alif. Dengan langkah terpaksa dia masuk ke dalam bilik meninggalkan Fattah di luar bilik.

"Maafkan aku Alif..." Fattah berkata dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh Alif.




















































































































Malamnya....

Fattah sedang sibuk membaca buku agama didatangi Aulia.

"Abah, macammana? Dah habis fikir ke tentang benda tu?" Tanya Aulia dengan wajah berdebar menanti jawapan dari sang ayah.

"Pasal.....kahwin tu ke?" Tanya Fattah balik dengan perasaan resah dan gelisah.

Dia sekarang ni tersepit di antara kebahagiaan anak sendiri ataupun anak saudaranya yang tersayang.

Perasaan dia berbolak-balik.

'Ya Allah....tolong aku Ya Allah. Siapa yang patut aku pilih ni. Sesungguhnya segala keputusanmu adalah yang paling terbaik.....' doa Fattah di dalam hatinya.

"Abah! Orang suruh jawab bukannya diam je macamni!" Aulia menyedarkan Fattah yang sedang mengelamun itu.

"Huh....abah izinkan. Nanti, kamu bawa dia datang ke rumah. Abah nak jumpa dengan dia." Balas Fattah dengan senyum terpaksa.

"Yeay!! Terima kasih abah! Your are the best father in the world!" Aulia bersorak gembira kerana ayahnya telah bersetuju untuk kahwinkan dia dengan Daniel.

"Sama-sama....nanti bawa dia datang jumpa abah ye."

"Ok abah! Aulia nak masuk tidur dulu! Goodnight!" Aulia berjalan dengan langkah yang bersemangat dan gembira.

Fattah pula menatap kepergian Aulia. Di sisi lain, dia berasa sedih kerana tidak dapat menunaikan janjinya dekat Alif.

"Allahuakbar. Aku tak boleh bayangkan betapa berdosanya aku sebab tak dapat nak tunaikan janji kat Alif. Ya Allah berdosanya aku...." Fattah meraup wajahnya dengan penuh kekesalan.

Perbualan Aulia dan Fattah tadi didengari oleh Alif.

'Memang....memang perit hati ini untuk aku lepaskan Lia. Tapi, demi kebahagiaan dia aku sanggup berkorban apa sahaja untuk Aulia. Lia, semoga awak bahagia dengan pilihan hati awak.'

Air mata yang sedaya upaya ditahan Alif serta merta menitis. Perasaan dia sekarang tidak dapat digambarkan lagi. Sedih, sedih dan sedih....

Jangan lupa untuk vote dan komen tau

Continue Reading

You'll Also Like

8.4K 183 31
Tuan Iskandar Tiara Farisya mereka dijodohkan oleh ibu mereka pada awalnya Iskandar bersikap dingin pada Tiara tapi lama kelamaan Iskandar cuba unt...
74.7K 6.8K 61
Mystery | Romance ๐€๐ฒ๐ซ๐š ๐— ๐…๐š๐ซ๐ก๐š๐ง "I Accepted Her" โ€ขโ€ขโ€ข AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang dengan kekeliruan masa silam. Satu demi s...
1.5M 49K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
48.8K 1.2K 45
[๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ก๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฒ๐˜†] >๐™ด๐š๐šŽ๐šŠ๐š— ๐™ฝ๐šŠ๐š๐š‘๐š’๐š X ๐™ฝ๐š’๐š—๐š’ ๐™ด๐š›๐š•๐šŽ๐šŽ๐šœ๐šŠ< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...