LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART

By easyizzy

4.2M 250K 43.2K

[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan... More

pengenalan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 2 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 8 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ first ]
bab 9 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 10 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 11 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 12 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 13 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
𝕿𝖍𝖎𝖓𝖌'𝖘 𝖛𝖎𝖘𝖚𝖆𝖑
bab 14 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 16 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 18 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 20 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 22 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 23 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 25 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 26 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 28 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 30 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 31 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 32 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 33 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ second ]
bab 34 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 35 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 36 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 37 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 38 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 39 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 40 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 41 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 43 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 44 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 45 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 47 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 48 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 49 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 51 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 52 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 53 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 54 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 56 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 57 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 59 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 60 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
author's
special ramadhan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

46.5K 2.9K 600
By easyizzy

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu?"soal Tan Sri Azhar.Pinggan yang dihulur oleh Arin disambut cepat.

"Haah, siapa tu?"ternyata bukan Tan Sri Azhar saja yang ingin tahu.Malah semua yang ada disitu turut merasakan perkara yang sama.Siapa pula yang datang di awal pagi sebegini?

"Biar saya tengok."namun baru saja Arin ingin mengatur langkah, Adrian sudah pun menarik lengannya.Wajah suaminya itu dipandang.

"No, sayang..Carlos, tengok siapa tu."

Carlos mengangguk sekali.Dia kemudian nya beredar dari situ.Pintu utama rumah itu dituju.

Tok! Tok! tok!

"Sekejap."

Pintu itu dibuka.Dua figura yang sudah berlutut dihadapan pintu itu menyapa retina mata Carlos.Kerutan lantas terukir pada dahinya.

"Arin maafkan kami Arin!"

"Ya, Arin..Maafkan apa yang kami telah buat selama ini..Kami menyesal sangat - sangat..Tolonglah maafkan kami."

Carlos melepaskan keluhan.Sejak bila pula namanya Arin? Carlos Bernard adalah!

"Arin! Tolong lah Arin! Mak Enah janji takkan buat macam tu lagi.."

"Nia pun, Arin!"

Carlos memejamkan matanya.Kakinya yang dipeluk oleh dua perempuan itu ditarik kuat.Sampai terjatuh kebelakang dua manusia itu.

Kisah pula dia?

"Nama aku Carlos."kata Carlos senada.

Mak Enah dan Nia jelas tercengang.

"Nak jumpa puan Arin eh? Kejap."Carlos terus meninggalkan mereka.Kakinya di atur menuju kemeja makan semula.

"Carlos, siapa tu?"tanya Dato' Nazri yang duduk disebelah Tan Sri Azhar itu.Wajah kawan anak lelakinya itu diperhati.

"Mak Enah? Mak Enah ke nama dia? Dia nak jumpa puan Arin..Anak dia pun ada sekali.."jelas Carlos.Tempat duduknya di duduki semula.Kerjanya sudah habis, jadi boleh lah dia bersarapan.

Arin, Puan Zainab dan Adrian pelik.Mak Enah dan Nia? Buat apa mereka kesini?

"Korang makan lah dulu, Arin nak pergi tengok dulu.."Arin sudah bangun dari duduknya.Semua pasang mata yang menatapnya, dibalas dengan senyuman.

"Sayang, biar biy teman."langkah Arin dikejar.Nasi yang masih berada dalam mulutnya itu dikunyah cepat.

Nak biarkan isterinya pergi seorang diri? Memang bukan Nash Adrian lah tu!

Apatahlagi bila dia tahu orang yang ingin jumpa dengan Arin ialah Mak Enah.

"Eh tak pe, biy makan je dulu.."tolak Arin.Rasa bersalah pula dia kerana telah menganggu masa makan si suami.Dia boleh je pergi sendiri.

Adrian menggeleng.Tangan Arin dicapai sebelum dibawa kedalam genggaman.

"Let me accompany you, sweetheart."

Arin senyum.

Mereka mulai menuju kearah pintu yang sudah dibuka oleh Carlos tadi.Dari jauh lagi, mereka sudah melihat dua kelibat yang berlutut disitu.

"Kenapa datang sini?"laju Adrian berkata dengan wajah bekunya.Wajah sayu dua perempuan itu sempat dikutuk didalam hati.Entah apa lagi lakonan anak beranak ni..

Mak Enah dan Nia tidak menjawab soalan Adrian itu.Namun, tubuh Arin laju didekati.Kaki gadis itu dipeluk.

Sama seperti apa yang mereka buat dengan Carlos tadi.Mak Enah dikaki kiri Arin, manakala Nia dikaki kanannya.

"Arin, Mak Enah menyesal sangat fitnah dan maki - maki Arin selama ni.."ucap Mak Enah dengan tangisannya.Dia sudah tidak kisah apa yang ingin dikatakan oleh gadis itu kepada mereka.Apa yang penting ialah mereka dimaafkan.

"Nia minta maaf..Sebenarnya, yang fitnah korang buat maksiat malam tu ialah Nia..Ampunkan Nia, Arin.."kata Nia pula.Dia juga seperti Mak Enah, sudah mengalirkan air mata deras.

Arin terkejut.Jadi maksudnya, Nia lah yang laporkan mereka ke pejabat Islam malam itu?

Adrian tersenyum sinis.Dia sudah lama tahu sebenarnya.Akhirnya mengaku juga perempuan tak guna itu!

"Apa Nia cakap ni?"

Nia memandang wajah tidak percaya Arin.Tangisannya serta merta makin menjadi - jadi.

"Maaf, Arin..Nia yang laporkan malam tu kepada tok imam..Nia minta maaf sangat - sangat.."

Arin menutup mulutnya.Dia sangkakan selama ini semua itu terjadi hanya satu kebetulan sahaja.Rupanya ada dalang di sebaliknya.Ya Allah, sudah berapa banyak kebenaran dia tahu!

"Kenapa Mak Enah dengan Nia sanggup buat Arin macam ni? Apa salah Arin sampai korang selalu buat benda buruk terhadap Arin? Padahal Arin tak pernah benci kan korang.."air mata Arin jatuh.

Dia sudah tidak kuat.Segala yang terbuku didalam hatinya selama ini diluah terus - terang.

Adrian mengusap belakang Arin.Tidak mahu gadis itu tenggelam dalam emosi sedihnya.Tidak baik untuk gadis itu serta anak mereka.

"Maaf kan kami, Arin..Kami janji takkan buat lagi dah..Kami menyesal buat semua tu..Setiap malam, kami mesti mimpi benda buruk yang sama..Kami dah tak sanggup Arin.."

Sejak beberapa hari yang lalu, mereka anak beranak sering dilanda mimpi buruk.Dan semuanya pasti ada Arin didalam mimpi itu.Sampaikan mereka pernah bermimpi yang Arin akan bunuh mereka dengan cara kejam.

Sebab itulah mereka berdua sanggup datang kerumah besar itu untuk memohon maaf.Mereka sudah tidak sanggup melalui benda yang sama.

Sungguh ngeri!

"Arin dah tak tahu nak cakap apa.."kata Arin sambil mengesat air matanya.Wajah bersalah Mak Enah dan Nia itu dipandang sayu.

"Sayang, are you okay?"risau pula dia jika Arin terbawa - bawa dengan emosinya.

Arin mengangguk.Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

Buk!

"Ya Allah, Nia!"

Arin, Adrian dan Mak Enah terkejut bila Nia tiba - tiba saja jatuh pengsan.Wajah gadis itu juga sudah pucat lesi.

"Biy, cepat hantar Nia ke hospital."kalut Arin menyuruh Adrian.Lengan suaminya itu digoncang - goncang.

"Tolong Nia Arin.."rayu Mak Enah.

Adrian menghela nafas.Menyusahkan pula perempuan ni nak pengsan dekat sini..

"Black, Mark, Carlos! Sediakan kereta aku.."laung Adrian, menjerit.Malaslah dia nak masuk semata - mata nak bagitahu orang kanannya itu.

Bukannya Arin yang pengsan pun.Jadi buat apa dia mahu terlebih risau kan?

✪✪

Bila pintu pemeriksaan itu terbuka, laju saja Mak Enah menyerbu anaknya.Wajah Nia masih pucat seperti tadi.

"Nia, kenapa kamu boleh pengsan ni?"

Nia hanya diam.Wajahnya terpasang riak ketakutan dan bersalah.Kepala langsung tidak diangkat memandang Mak Enah.

Arin dan Adrian hanya melihat dari jauh sedikit.Tidak mahu masuk campur dalam perbualan anak beranak itu.

"Keluarga Dania Batrisyah?"doktor yang baru keluar itu meliarkan pandangan.

"Saya, doktor..Ada apa eh dengan anak saya tadi? Dia kurang air ke?"soal Mak Enah risau.Kini dia sudahpun berdiri tepat didepan doktor lelaki itu.

"Ouh, ibu Dania eh?"

Mak Enah mengangguk.

"Okay, macam ni puan..Kandungan Dania masih sangat lemah, sebab tu lah kesan sampingan seperti pengsan, loya semua tu datang..Tapi jangan risau, sebab semua tu biasa bagi ibu mengandung di awal usia kandungan mereka.."terang doktor itu.

Mak Enah sudah tersentak.Arin dan Adrian juga turut merasakan yang sama.

Nia mengandung?

"Dia mengandung?"Mak Enah sudah panas hati.Dalam masa yang sama, mata nya sudah merah menahan tangis.

Kecewa dengan khabar itu.

"Ya, puan..Puan masih belum tahu?"

Mak Enah menggeleng.Satu senyuman sinis terukir pada wajahnya.Nia dipandang tajam.

"Dah tahu, doktor.."

Doktor itu mengangguk.Walaupun dalam hatinya sudah hairan melihat wajah Mak Enah yang merah itu.Kalau tahu, kenapa marah?

"Okaylah, nanti bolehlah ambil vitamin dekat farmasi ya, puan?"

Mak Enah mengangguk.

"Baik, doktor."lemah suaranya membalas.

Doktor itu sempat tersenyum sebelum beredar dari situ.Meninggalkan Arin, Adrian, Mak Enah dan Nia.

"Mama.."

Mak Enah tidak menghiraukan.Langkah nya diatur untuk pergi kefarmasi.

"Mama, maafkan Nia mama."rayu Nia dengan tangisannya.Dia tahu, mamanya pasti sedang marah terhadap dirinya.

Mak Enah mendengus.Nia yang menarik lengannya itu dipandang tajam.

"Kau jangan sentuh aku boleh tak?! Aku dah banyak kali pesan kan selama ni supaya jaga diri kau tu! Tapi, ini yang kau balas?! Ya, mungkin ini balasan juga untuk aku sebab sudah banyak buat dosa dengan Arin..Tapi perlu ke macam ni, Nia? Kau dah malukan aku tahu tak?!"

Nia menangis kuat.Lengan mamanya itu dipeluk erat.Tidak mahu dia ditinggalkan disitu berseorangan.

"Siapa bapa budak tu?"tegas Mak Enah bertanya.Dia juga sudah menangis.

Nia menelan air liur.

"SIAPA NIA?!"jerkah Mak Enah bila Nia tidak menjawab soalannya.Sumpah, dia akan cari lelaki durjana tersebut!

"Bo-bos Nia."terketar - ketar suara Nia.

Mak Enah tersentak.

"Bukan dia sudah kahwin ke?"

Nia mengangguk perlahan.Memang betul bos nya sudah menikah.Bukan setakat satu, tapi dua..

Pak!

"Dasar kau, Nia! Dengan laki orang pun nak menggatal ke hah?! Ya Allah, kenapa kau uji aku macam ni ya Allah?"

Nia hanya diam.Pipinya yang terasa pijar kerana baru menerima tamparan kuat mamanya itu disentuh.

Bukan dia yang menggatal sebenarnya, tapi bos nya yang memerangkap dirinya.

"Kau nak dia gugur ke apa? Sudahlah dosa berzina, sekarang nak dosa bunuh orang pula?"tegur Adrian apabila Mak Enah ingin menolak tubuh Nia.

Dia bukan mahu tolong, tapi bila lihat wajah tidak tahan Arin dilakukan jua.

Mak Enah mendengus geram.Tangan Nia ditolak dari terus memeluk lengannya.

"Mama, tunggu Nia!"laju Nia berlari untuk mengejar langkah mamanya yang sudah jauh itu.

Arin yang hanya diam memerhati dari tadi, melepaskan keluhan kecil.

"Mesti Mak Enah kecewa kan?"kata Arin perlahan.Dari riak wajah Mak Enah saja, dia sudah tahu yang wanita itu sangat kecewa dengan Nia.

Anak yang dilahir, dan dijaga dari kecil.

Adrian menjongketkan bahu.

"Mungkin lah.."bahu Arin dirangkul dari tepi.Pipi isterinya itu dirangkul dari tepi.

Dia tidak mahu memberikan sebarang komen dalam kes itu.Apa yang dia tahu, semua itu terjadi dengan izin Allah.

Dan mungkin juga balasan buat keluarga itu.Hanya Allah yang tahu.

"Jom lah balik, sayang..Nanti biy suruh pekerja biy hantarkan diorang balik."

















Aaa dah tak lama nak habis huhu 🥺

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
817 55 35
Sekadar puisi dan celoteh yang menemani hati Meluah rasa melalui kata
561K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.2M 55.4K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...