LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART

By easyizzy

4.2M 250K 43.2K

[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan... More

pengenalan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 2 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 8 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚đ•Ĩ 𝕔𝕙𝕒đ•Ĩ [ first ]
bab 9 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 10 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 11 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 12 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 13 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
đ•ŋ𝖍𝖎𝖓𝖌'𝖘 𝖛𝖎𝖘𝖚𝖆𝖑
bab 14 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 16 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 18 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 20 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 22 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 23 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 25 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 26 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 28 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 30 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 31 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 32 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 33 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚đ•Ĩ 𝕔𝕙𝕒đ•Ĩ [ second ]
bab 34 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 35 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 36 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 37 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 38 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 39 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 40 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 41 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 43 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 44 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 45 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 47 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 48 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 49 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 51 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 52 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 53 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 56 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 57 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 59 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 60 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
author's
special ramadhan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

bab 54 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

43.5K 3K 127
By easyizzy

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin melabuhkan duduk diatas sofa ruang tamu itu dengan tangan kanan yang sibuk menekapkan telefon ke telinganya.Manakala tangan kirinya memegang pinggan yang berisi buah - buahan dengan penuh hati - hati.

"Kandungan kamu macam mana, Arin? Sihat? Kamu ada apa - apa alahan teruk tak?"soal Puan Zainab dihujung talian.

Arin tersenyum sambil tangannya menyuap potongan buah epal itu kedalam mulutnya.Sejak dia beritahu khabar mengandungnya pada Puan Zainab tempoh hari, wanita itu tidak pernah jemu bertanyakan khabarnya setiap hari melalui telefon.Setiap hari, pasti saja ibunya itu akan menghubungi nya ataupun Adrian.

"Alhamdulillah, buat masa ni Arin okay je..Cuma tu lah, kadang - kadang tu ada juga Arin muntah.."beritahu Arin dengan mulut yang penuh dengan buah itu.

Sedap pula bila suaminya yang sediakan. Nak hari - hari lah kalau macam ni!

"Bagus lah kalau macam..Senang sikit hati ibu kat sini..Kamu memang tak nak ibu datang situ ke? Tapi kalau ibu pergi situ, terpaksalah ibu angkut budak - budak ni sekali..Tiada siapa yang nak jaga diorang kat sini.Semua masih kecil - kecil.."ujar Puan Zainab dengan nada penuh kerisauannya.Rada bersalah pula dia bila tidak dapat menemani anak gadisnya itu diawal kandungannya.

Sudahlah gadis itu baru pertama kali berhadapan dengan keadaan seperti itu.Kalau dia ada, boleh juga dia bantu - bantu Arin disana.Walaupun dia tidak pernah berpeluang untuk mengandung, tapi dia tetap tahu pantang larangnya.

"Tak pe lah, ibu..Nanti kalau korang pergi sini, adik - adik macam mana nak pergi sekolah? Lagipun buat susah korang je perlu pergi sini sebab nak jaga Arin je.."tolak Arin.Sebenarnya dia mahu juga jika keluarganya itu bermalam di rumah besar itu.Sekurang - kurangnya ada juga temannya berbual bila empat orang lelaki itu pergi kerja.

Tapi apa kan daya..

Dia juga perlu bertimbang rasa dengan hal pendidikan adiknya.Siapa saja yang tidak mahu keluarganya berjaya kan?

Terdengar satu keluhan berat dari Puan Zainab disana.Kasihan pula anaknya itu.

"Maaf lah, Arin..Insha Allah, kalau adik - adik kamu cuti, kami datang situ..Lagi pun Adrian ada juga suruh kami datang kesitu, tolong tengok - tengokkan kamu."

Arin mengangguk.Dalam masa yang sama hatinya sudah mekar dengan bunga.Adrian memang tidak pernah akan lupa tentang dirinya.Hati isteri mana saja yang tidak cair kalau begitu?

"Arin faham ibu..Nanti bagitahu je Arin kalau korang nak pergi sini..Boleh Arin suruh Adrian jemput korang..Kurang sikit kos pengangkutan awam tu.."pesan Arin.Teruja pula dia bila keluarganya itu akan datang menjenguk mereka.

Ni kalau Black dengan Mark tahu, pasti dua tu terlebih teruja.Maklumlah, rindu sangat kata mereka!

"Insha Allah..Oh ya, ibu ada nak beritahu Arin sesuatu ni..Awal pagi tadi ada lelaki ni datang sini.."

Bang!

Bang!

Bang!

Arin terkejut mendengar bunyi kuat yang serupa bunyi tembakan itu.Dada nya berdebar hebat.Dengan perlahan, langkahnya dibawa kearah tingkap.

"Arin, bunyi apa tu?"tanya Puan Zainab dengan nada penuh kerisauan bila dia dapat menangkap satu bunyi yang agak kuat daripada Arin.Hati tuanya serta - merta tidak sedap.

Bang!

Bang!

Bang!

Arin membulatkan matanya sebaik melihat pengawal - pengawal Adrian yang sudah terbaring kaku diatas lantai itu.Diluar rumah juga, terdapat beberapa lelaki berseragam hitam yang lengkap dengan senjata api masing - masing.

"I-ibu.."terketar - ketar suara Arin memanggil puan Zainab.Tangannya sudah naik menyentuh perutnya.

"Ya Allah, Arin! Bunyi apa tu, nak?"

Arin sudah tidak tahu mahu buat apa.Matanya hanya melihat kelibat lelaki - lelaki itu yang sudah mahu masuk kedalam rumah.Peluh dingin mulai membasahi kawasan dahinya.

Bum!

Telefon itu terjatuh dari pegangan Arin.Dia sudah terduduk diatas lantai kerana terlalu takut.Kini sekumpulan lelaki itu sudahpun mengepung dirinya.

"Arin! Siapa tu? Jawab, Arin!"

Arin mengundurkan dirinya kebelakang bila salah satu lelaki yang ada disitu mulai mendekatinya.Tangan masih setia mengusap perut.Walau apa pun yang terjadi, kandungannya tetap perlu dijaga.

"Where is that chip?"soal lelaki itu.

Arin menggeleng kepala laju.Seperti tempoh hari, dia masih belum tahu apa - apa tentang cip yang mereka mahukan itu.Adrian tidak pernah memberitahu nya berkaitan dengan cip tersebut!

"I-I don't know about that!"

Lelaki itu tersenyum sinis.Satu isyarat diberikan kepada orang bawahannya untuk menangkap gadis itu.

"Catch her."

Lelaki - lelaki lain laju saja menghampiri Arin.Tubuh gadis itu didirikan secara paksa.Kedua tangan Arin juga sudah pun diikat menggunakan cable tie.

"Ibu! Tolong Arin- umph!"terputus ayat Arin bila mulutnya ditekup dengan satu kain yang basah dengan sesuatu itu.

"Shut up bitch."

Pandangan Arin mulai gelap.Badannya juga sudah terkulai lemah.Bau kuat itu membuatkan dirinya hilang kesedaran.

"Arin! Ya Allah, apa dah jadi dekat situ? Jangan buat ibu risau, nak!"suara risau puan Zainab itu sempat ditangkap oleh Arin sebelum dia pengsan.Pengsan di pegangan lelaki - lelaki asing tersebut.

"Go, before Black Eyes know!"

✪✪

"Sepanjang bulan ni, syarikat telah mendapatkan keuntungan sebanyak 45%, tuan.Dan semua keuntungan tu company kita terima daripada projek hotel dekat Sarawak hari tu.."jelas Carlos sambil merujuk maklumat yang terpapar pada skrin komputer ribanya.

Adrian mengangguk sekali.

"Okay, kalau macam tu, naikkan gaji semua pekerja bulan ni sebanyak 3%."

Semua pekerja yang ada disitu sedikit terpana.Wajah Adrian dipandang dengan riak terkejut.Mereka tidak salah dengar kan? Naik gaji? Black dan Mark yang turut ada disitu sudah terjegil.Serius ah?

"Baik, tuan."patuh Carlos.Sempat mata nya menangkap wajah Black dan Mark yang tadinya mengantuk sudahpun segar tiba - tiba.Dalam hatinya mencebik.

'Mata duitan!'

"Terima kasih, tuan."ucap semua pekerja dengan serentak.Senyuman manis mulai terlukis pada wajah masing - masing.Dua orang yang duduk paling belakang itu pun tidak terkecuali dari mengucapkan terima kasih kepada Adrian.

Alah, siapa lagi kalau bukan Black dengan Mark kan? Memang itu lah tempat mereka kalau meeting.Senang sikit kalau nak tidur..

Ucapan terima kasih tersebut hanya di balas dengan anggukan.Wajah Adrian tidak tercalit satu senyuman langsung.

"Carlos, proceed."arah Adrian.Kedua tangannya sudah naik memeluk tubuh.

Carlos mengangguk sekali sebelum mata dibawa keskrin komputer ribanya.Info penting yang ingin disampaikan dicari lagi.

"Bul-"

Telefon Adrian yang berada diatas meja itu bergetar.Lantas semua pasang mata terarah ke benda alah tersebut.

Adrian mencapai telefon itu sebelum nama si pemanggil dilihat.Kerutan di dahinya serta merta terukir.

Ibu?

Panggilan itu disambut sebelum Adrian bangun dari duduknya.Satu isyarat agar Carlos menyambung penerangannya di berikan.Langkah diatur keluar dari ruangan tersebut.

"Hello, ibu?"

"Adrian!"

Suara Puan Zainab yang sudah panik itu menyapa pendengarannya.

"Kenapa, ibu?"soal Adrian, masih tenang.

"Ad, kamu dekat mana ni?"soalan Adrian dibalas dengan soalan.

Adrian mengerutkan dahi.

"Ad dekat pejabat ni.Ada apa ibu?"

"Ya Allah, jadi Arin seorang je ke kat rumah?"soal Puan Zainab lagi.Suaranya sudah terketar - ketar tanda ingin menangis.

"Haah, kenapa ibu?"rasa tidak sedap hati yang bertandang dalam dirinya sejak pagi tadi, datang semula.Adrian juga sudah mulai tidak keruan bila puan Zainab bertanyakan soal Arin dengan nada yang begitu kerisauan.

"Ibu tak tahu, Ad.Tadi, ibu ada hubungi Arin..Tak lama lepas tu, ibu dengar ada bunyi kuat macam tembakan."beritahu Puan Zainab berdasarkan apa yang dia dengar melalui taliannya bersama Arin.

Mata Adrian membesar.Tembakan? Degupan jantungnya mulai lari daripada biasa.Tangan lelaki itu juga sudah menggeletar sedikit.

"Okay, ibu..Ad pulang sekarang."kata Adrian sebelum memutuskan talian.Dia sudah tidak keruan.Kaki panjangnya laju saja diatur untuk pergi dari situ.

Ting!

Adrian berhenti melangkah.Punat on di tepi telefon itu ditekan.Satu mesej dari nombor asing tertera pada ruangan notifikasinya.

Laju kunci telefon dibuka sebelum mesej itu dibuka.

Unknown number
Come with that chip, if you want your wife and you family back.

Adrian mendengus kasar.Matanya sudah penuh dengan amarah.Nampaknya isteri dan keluarganya sudah menjadi tawanan orang - orang yang menginginkan cip itu!

"Ergh, shit!"

Bilik mesyuarat itu dimasuki semula.Jika tadi dia memasang riak dingin, maka kali ini dia sudahpun memasang riak ingin membunuh orang.Kelibat orang - orang kanannya dicari.

"Carlos, Black, Mark, come with me."arah Adrian sebelum dia berlari pergi untuk meninggalkan kawasan itu.Dia sudah tidak boleh berlengah lagi.Keadaan keluarganya berada dihujung tanduk.

Carlos, Black dan Mark sempat berpandangan antara satu sama lain sebelum berlari keluar dari bilik.Nampaknya ada sesuatu yang buruk terjadi!

Pekerja lain hanya mampu diam melihat tingkah majikan mereka dan ketiga lelaki itu.Wajah masing - masing terpasang riak kehairanan.

Apa yang sudah terjadi?
















Haa, ape teww?

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️



Continue Reading

You'll Also Like

33.5K 3.6K 30
+ terima kasih sebab jadi isteri saya. I love you until my last breathe. Ikuti kisah suami isteri iaitu Kim Taehyung dan Park Hana. > First Fanfic >...
276K 18K 43
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
623K 24.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...