LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART

By easyizzy

4.2M 250K 43.2K

[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan... More

pengenalan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 2 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 8 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ first ]
bab 9 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 10 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 11 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 12 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 13 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
𝕿𝖍𝖎𝖓𝖌'𝖘 𝖛𝖎𝖘𝖚𝖆𝖑
bab 14 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 16 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 18 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 20 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 22 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 23 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 25 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 26 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 28 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 30 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 31 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 32 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 33 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ second ]
bab 34 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 35 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 36 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 37 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 38 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 39 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 40 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 41 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 43 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 44 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 45 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 47 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 48 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 51 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 52 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 53 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 54 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 56 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 57 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 59 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 60 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
author's
special ramadhan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

bab 49 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

45.4K 3K 384
By easyizzy

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Bella tersenyum sinis melihat satu tubuh yang termenung kearah pool itu.Puas dia mencari merata tempat, rupanya gadis itu disitu.Bagus, senang sikit nak lepas kan geramnya..

Bella mulai mengatur langkah menuju kearah Arin.Matanya sempat diliarkan kesegenap kawasan itu.Makin senanglah kerjanya bila tiada orang langsung disitu.

"Hai, cik sayang Nash!"

Arin menoleh kebelakang.Kelibat gadis yang telah dimalukan oleh suaminya itu tadi menyapa pandangan.Kalau dia tidak silap nama gadis itu ialah Bella?

"Bella kan?"soal Arin ramah.Kini dia juga sudah maju mendekati gadis itu.Senyum manis dihadiahkan kepada Bella.

Bella mencebik sambil berpeluk tubuh.Tubuh Arin dipandang dari atas sampai bawah.Senyuman penuh sinis langsung tidak lenggang dari wajahnya.

"Kenapa kalau nama aku Bella? Cemburu ke? Apa nama kau tadi lupa aku.."

Arin masih tersenyum.Setakat ayat - ayat macam tu sudah biasa dia hadapi.Muka kekal dimaniskan.

"Arin Mikaela..Panggil Arin je."

Bella membuat muka jelik.Betapa hodoh nya sebaris nama itu menyapa halwa pendengarannya.Bukan setakat hodoh, tapi kuno sekali!

Lainlah kalau namanya!

"Macam mana kau boleh kahwin dengan Nash eh? Kau menyundal dengan dia eh? Yelah, setahu aku Nash tu susah dekat dengan mana - mana perempuan.."ujar Bella dengan mata yang tidak habis - habis menjeling Arin.Benci sangat dia dengan gadis itu tahu tak?!

Arin beristighfar dalam hati.Dalam masa yang sama dia juga turut menahan rasa sakit yang bertandang dikepalanya.Mata nya sudah tidak dapat melihat dengan jelas.

"Saya tak buat semua tu, Bella.."

Bella mendengus kasar.Langkah diatur lagi sehingga jarak antara mereka sudah berkurang.Pipi Arin dicengkam kuat.

"Kau boleh tak jangan acah - acah tak bersalah? Aku bengang lah tengok muka hodoh kau ni! Kau tahu tak? Kau kahwin dengan Nash dah rosakkan impian aku tahu tak?! Haih, bodoh!"wajah Arin di tolak kasar.

Arin yang sudah lemah dengan pening dikepalanya itu tidak dapat bertahan dengan tolakan Bella tersebut.Badannya sudahpun tersenbam dilantai.

"Aduh.."Arin meringis kesakitan sambil mengusap belakang badannya.Sakit yang dia rasakan pada saat itu terlalu sakit sehinggakan dia sukar untuk berdiri.

Bella berpeluk tubuh dengan muka yang tidak bersalah langsung.Langsung tiada niat ingin membantu gadis itu.

Dia nak tolong? Memang taklah!

"Ya Allah.."pelipisnya diurut perlahan bila rasa pening itu semakin menyengat.

"Eleh perempuan ni..Nak lemah - lemah pula..Mati mereputlah kau kat sini, jangan harap ada orang nak tolong!"kata Bella sebelum berlalu pergi dari situ.

Arin cuba menghilangkan rasa sakit dikepalanya.Namun, walau apa pun yang dia lakukan, kepala masih pening.

"Adrian.."itulah sebaris nama yang dapat Arin sebut sebelum jatuh pengsan.Badan nya terbaring diatas lantai tersebut.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat kejadian itu sejak awal lagi.

"Is that her?"

✪✪

Adrian mendekati sekumpulan manusia yang sibuk menjamah makanan masing - masing itu.Wajahnya terpasang riak penuh risau.

"Nampak Arin tak?"tanpa berbasa - basi lagi, Adrian terus menyoal.Wajah semua orang yang ada disitu dipandang satu persatu.

Sudah hampir 30 minit Arin tidak berada disisinya.Mulanya, gadis itu hanya ingin bersiar - siar seketika.Jadi, dia yang kasihan dengan gadis itu terus saja membenarkan tanpa berfikir banyak.

Tapi masalahnya, sampai sekarang dia masih belum lihat kelibat isterinya itu! Bukankah 30 minit itu sudah terlalu lama? Dia sudah cukup rindu untuk melihat wajah cantik itu!

"Puan? Tak de dengan tuan ke?"soal Black dengan makanan yang penuh didalam mulut.Makanan free jangan dibazir.Itu namanya menolak rezeki!

Adrian mengeluh berat.Kepala Black laju saja ditolak menggunakan jari telunjuk.

"Kau ni dengan bodoh memang twin ke apa? Kalau aku tanya tu, maksudnya dia tak de lah ada dengan aku..Hisy!"dia sudah lah serabut memikirkan si isteri, Black lagi pula tak habis - habis sinarkan kebodohannya.

Ni bukan stupid contest okay?..

"Haah juga kan.."tersengih Black sambil menggaru tepi kepalanya.Kenapalah dia dengan bodoh ni tak boleh berpisah langsung? Buat malu dirinya saja!

"Dekat tandas tak de ke tuan?"soal Mark pula.Yelah, perempuan dengan tandas sudah seperti kawan baik.Kalau boleh, setiap masa nak singgah.Singgah bukan sebab apa, tapi nak bercermin!

Adrian menggeleng kepala.Dia sudah pergi ketandas tadi, namun bayang Arin masih tidak kelihatan.

"Puan nak pergi mana sebenarnya tuan?"

Adrian memandang Carlos.

"Dia kata, nak pergi bersiar - siar tadi.Tapi masalah dia, aku tak tahu dia bersiar tu kat mana.."hujung ayat Adrian diselangi dengan keluhan.Risau sungguh dia dengan keadaan isterinya itu.

Carlos mengangguk - anggukkan kepala.

"Nash dah cari semua tempat ke?"

"Haah, dekat dalam rumah dah?"

Kini Adrian memandang kearah mama dan kakaknya itu.Kerutan didahinya masih belum beransur.

"Dah, semua tempat Nash dah cari."balas Adrian seraya meraup rambutnya kasar kebelakang.Hatinya terasa tidak sedap!

"Mak su hilang? Pak su, cepatlah cari Mak su..Manatahu Mak su sesat, mesti Mak su sedih.."ujar Karl dengan riak penuh risaunya.Dia yang kecil pun dapat rasakan kerisauan yang melanda Adrian.

Kepala Karl diusap Adrian.

"Ya, Pak su tengah cari lah ni.."

"TOLONG!"

jeritan dari seseorang yang berhampiran dengan pool itu berjaya menarik perhatian semua orang.Termasuk Adrian dan keluarganya.

"TOLONG ADA ORANG PENGSAN!"

Dada Adrian serta merta berdebar.Entah kenapa dia mulai tidak sedap hati sebaik mendengar kata - kata orang itu.Dia terus berlari laju menuju kesana.

Sebaik tiba disana, satu kujur badan yang terbaring diatas lantai itu menyapa pandangannya.Matanya membulat besar bila kenal dengan pakaian orang tersebut.

"Sayang!"tubuh itu segera dihampiri dengan larian laju.Dia sudah tidak kisah pendapat dan pandangan orang terhadap dirinya.Apa yang dia tahu pada masa itu ialah, Arin, Arin, Arin dah hanya Arin.

Tubuh lemah itu dibawa kepelukan.Pipi Arin ditepuk - tepuk perlahan untuk menyedarkan gadis itu semula.

"Sayang, kenapa ni sayang?"bergetar suara Adrian menyoal.Namun tiada sebarang jawapan dia terima.

Black, Mark, Carlos, Datin Anna, Nasha dan Karl yang baru tiba disitu turut terkejut.Mereka semua terus mendekati Adrian.

Manakala Dato' Nazri yang turut ada disitu hanya tersenyum sinis.Tiada apa yang dia rasakan selain kepuasan.Walau pun bukan dia yang buat, tapi dia tetap rasakan kemenangan berpihak padanya.

"Sayang, wake up sayang.."kata Adrian dengan nada yang sudah merayu itu.

"Nash, lebih baik kamu hantar Arin ke hospital cepat..Mama takut jadi lebih teruk."nasihat Datin Anna yang sudah berkaca matanya itu.Kasihan betul dia dengan menantunya itu.Tidak bersalah tapi sentiasa dihinggap oleh kemalangan.

Adrian memejamkan matanya.Nafas yang sudah tidak teratur cuba diatur semula.Dahi Arin dikucup kejap.

"Sayang, jangan tinggalkan aku."

Semua orang yang ada disitu tersentuh dengan kata - kata Adrian.Dapat mereka lihat yang lelaki itu sangat mencintai isterinya.

"Carlos, sediakan kereta aku. Now!"kini Adrian sudah mencempung tubuh kecil isterinya itu.

Carlos mengangguk sebelum dia berlari menuju keluar rumah.Tidak mahu terima sebarang sesalan kerana lambat sedikit.

"Pak su, jaga Mak su baik - baik..Nanti Karl datang, okay?"pesan Karl dengan air matanya yang sudah menitis.

Adrian menoleh kearah anak buahnya itu.Senyuman cuba diberikan kepada budak tersebut.Kepala diangguk sekali.

"I'll try, Karl."balas Adrian sebelum berlalu pergi dari situ.Semua orang yang menghalang laluannya terus dilanggar.

Bella yang memerhati dari jauh sudah mencebik.Benci betul dia melihat Adrian yang tidak putus - putus merisaukan Arin itu.

"Satu plan aku dah rosak gara - gara perempuan tak guna tu!"
















Boleh bagi review sikit tak tntg TDS ni? Ala, nak tahu juga best ke tak hehe<3

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️



Continue Reading

You'll Also Like

259K 17K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
490K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
5.5M 300K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
815 55 35
Sekadar puisi dan celoteh yang menemani hati Meluah rasa melalui kata