Avyren [✔️]

Od Fii_Aurora

35.5K 2.4K 475

[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... Více

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
Ventitré [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Diciotto [18]

655 51 8
Od Fii_Aurora

"Adik tak nak kahwin". Tuntas ku.

"Kenapa tak nak kahwin pula? Dik, majlis adik tinggal 2 hari je lagi"kata angah.

"Adik tak cintakan Emeir! Adik nak kahwin dengan Daren!"bentak ku.

Terus semua mati kata. Dengan cara apa lagi yang harus mereka gunakan agar aku meneruskan perkahwinan itu. Sejak kebelakangan ini, aku sering menyatakan bahawa aku tidak mahu teruskan perkahwinan ni. Aku merasakan yang ungkapan aku itu hanya sia-sia.

Pernah aku didatangi oleh aunty Umira untuk memujuk aku agar meneruskan perkahwinan ini.

"Vy, cuba vy cerita dekat ibu. Kenapa Vy tak nak kahwin dengan Emeir. Emeir ada buat salah dekat Vy ke?"tanya Puan Umira dengan penuh lembut.

"Banyak yang salah. First, Emeir tak pernah datang jumpa Vy. Cuma sekadar whatsapp dan call itu pun jarang. Second, i do not love him. Third, i just want to marry Daren"tuntas aku.

Puan Umira mengeluh berat. Mendengar kata putus aku membuatnya sukar untuk menutur kata.

"Amboi.. cantiknya bakal pengantin ni.."tegur satu suara memasuki bilik aku dan terus menyedarkan aku dari lamunan.

Aku mengerling orang itu sekilas. Aku merenung laman wajah aku yang sudah cantik dihiasi solekan tipis melalui pantulan cermin. Tiada sebaris senyum yang mampu aku ukir.

"Vy, senyumlah sikit. Duk monyok tang tu tak dak seri tau. Sat gi hang nak nikah. Tak maulah monyok lagu ni"pujuk Kaira. Aku memalingkan badan aku menghadap Kaira dan Elisha yang duduk di atas katil.

"Dah kena paksa kahwin. You ingat I ada masa lah nak senyum?"cemuh ku.

"Alaa.. tak apalah.. kahwin dengan Emeir pun okay apa"Elisha mendekat memujuk aku.

"Mana ada okay!"terkejut Elisha dengan suara aku yang tiba-tiba meninggi. Aku bangun dari kerusi meja solek dan melabuhkan duduk aku kembali di hujung katil.

"I tak nak kahwin.."renget ku.

Elisha dan Kaira sudah tergaru kepala. Mereka sudah buntu. Keras betul hati seketul Avyana Estella ni. Susah untuk dipujuk.

Ketukkan pintu dari luar menarik perhatian kami bertiga. Daun pintu bilik aku dikuak dari luar. Terpancul figura cik Yah di hadapan pintu.

"Adik, meh turun. Pengantin laki sapa doh tu."kata cik Yah melangkah masuk.

Aku hanya menayang raut monyok. Senyuman paksa aku ukir dan kembali mati.

"Lah.. bakpo monyok ni.. tokseylah gini.. Yana key nok nikoh hari ni. Doh.. jangey sedih gini. Dok comey anok sedaro cik Yah".

"Cik yah.. orey toksey nikoh dengey dio tu. Orey dok suko"renget ku cemberut. Aku ni ada banyak mix tau. Haa.. jangan buat main.

"Ish.. bakpo royak gitu. Dok baik. Yana.. denga sini cik yah nok kecek sikit"cik yah melabuhkan duduknya disebelah aku.

"Yana keno terimo takdir hok tuhey tetapkan. Kalu jauh mano Yana lari, kalu doh tertulis diyo tu jodoh Yana. Jupo jugok. Doh, toksey nangih gini. Jom Lisha, Kaira, pimpin Yana turun. Kang sakuk kain tanggo tu payoh pulok"tutur Cik Yah panjang lebar. Elisha dan Kaira yang tidak faham sepatah pun yang cik Yah katakan hanya mengangguk sahaja.

"You berdua ni angguk-angguk. Faham ke apa yang cik Yah cakap?"Soal ku.

"Fahamlah sikit-sikit. Tapi, sakuk tu binatang apa?"tanya Elisha. Meletus tawa aku mendengarnya.

"Ish! Janganlah gelak"cemberut Elisha.

"Sakuk tu maksudnya, tersangkutlah. Cik Yah suruh you berdua pegangkan kain I. Takut nanti tersangkut. Susah pula". Jelas aku. Tak semena-mena aku menjadi traslator tak berbayar.

"Oo.. jom-jom. Sat gi cik Yah hang naik. Bletiaq pulak". Kaira menarik tangan aku yang masih duduk. Bunga tangan dihulur. Kami melangakh keluar dari bilik menuju ke ruang tamu dimana akad nikah aku berlangsung.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Terlihat rombongan lelaki sudah berada di ruang tamu. Mata aku terskru pada figura yang membelakangi aku duduk menghadap tok kadi. Aku menapak ke arah pelamin. Semua mata melekat pada aku.

"Pengantin lelaki bolehlah tengok pengantin perempuan dulu. Ini ke pengantin perempuan yang kamu nak kahwini"ujar tok kadi.

Sejurus sahaja pengantin lelaki berpaling memandang aku, aku terkedu. Mata aku berkelip-kelip tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Elisha dan Kaira turut terkedu. Sempat pengantin lelaki menarik senyum dan kembali menghadap tok kadi.

'Betul ke apa yang aku tengok ni. Aku tak rabunkan? Itu dia ke?'soal hati kecil aku.

"Baiklah boleh kita mulakan?"tanya tok kadi.

"Boleh-boleh tok. Kami dah lama menunggu ni". Selamba badak sahaja Azrai berkata. Terus belakang kepalanya di hempuk oleh Naem dengan jegilan biji mata. Azrai tersengih seperti kerang busuk.

Tangan pengantin lelaki dan tok kadi bertaut. Hati aku mula merasakan debaran dan gementar. Perasaan gembira tidak dapat aku gambarkan. Mahu saja aku melompat keriangan. Aku mengawal tingkah aku dengan menayangkan riak biasa. Seperti tiada apa yang berlaku.

"Tuan Daren Emeir bin Tuan Fuad"sebut tok kadi.

"Saya"jawab si pengantin lelaki.

"Aku nikah akan dikau dan aku kahwin akan dikau dengan Tuan Avyana Estella binti Tuan Erjaz dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit. Tunai.."tangan pengantin lelaki digoncangkan.

"Aku terima nikahnya Tuan Avyana Estella binti Tuan Erjaz dengan mas kahwin yang tersebut itu".

"Sah?"tanya tok kadi kepada daksi yang ada disitu.

"Sah"

"Sah"

"Sah".

"Alhamdulillah".

Dengan sekali lafaz sahaja aku sudah rasmi digelar isteri kepada Tuan Daren Emeir. Lelaki yang aku kejar akhirnya menjadi suami aku. Tanpa diduga setitis air mata aku mengalir. Bukan air mata sedih, tetapi air mata kegembiraan. Aku sangat berterima kasih kepada Allah yang telah memakbulkan doa aku untuk mendapatkan Daren. Saat itu, aku rasa yang akulah manusia yang paling gembira.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku keluar dari bilik mandi siap mengenakan pakaian tidur berupa dress mini satin. Tak adalah sexy sangat. Bau wangian mandian semerbak satu bilik. Aku melangkah ke meja solek. Rambut yang basah aku keringkan menggunakan pengering rambut. Setelah itu aku menyemburkan sedikit wangian di bahagian leher dan badan. Tektik nak memikat suamilah katakan.

Aku menapak ke katil. Punggung aku labuhkan dan masuk ke dalam selimut. Aku menyandarkan belakang badan aku pada kepala katil. Jam dinding aku kerling.

"Mana Daren ni? Dia memang tak nak masuk bilik ke? Dah pukul berapa dah ni. Berborak apa yang lama sangat"cemuh aku geram.

Aku mengambil novel yang ada diatas meja sisi dan aku menyambung bacaan aku yang tertunggak sekian lamanya. Eh? Sejak bila aku suka baca buku? Ha.. sejak aku terjatuh hati pada Tuan Daren Emeir.




Jam menunjukkan pukul 12 malam. Daren mengatur langkah naik ke bilik. Boleh tahan lama juga dia berborak dengan abang-abang iparnya.

Sesampainya di hadapan pintu bilik, daun pintu di tolak. Dia sedikit terkesima melihat hiasan dalaman bilik isterinya cantik dan tersusun walaupun kesemuanya berwarna merah jambu. Pintu bilik ditutup perlahan. Dia menapak ke katil. Terlihat aku sudah lena dibuai mimpi sambil memegang buku.

Bibirnya merekah senyum. Dia menghampiri aku lalu menarik buku dari pegangan aku dan diletakkan diatas meja sisi. Ketika itu, dia tercium bau wangian yang aku pakai. Terus terhenti tingkahnya. Jantungnya mula bergejolak. Jejarinya menyelak rambut yang menutupi wajah aku. Laman wajah aku ditatap lama. Makin lama wajahnya semakin mendekati wajah aku.

"Astaghfirullah halazim.."Daren mengucap terus dia menjarakkan dirinya dari aku.

Dia melangkah naik ke katil dan terus menarik selimut membaluti tubuhnya. Badan di palingkan membelakangi aku. Daren memejamkan matanya serapat yang mungkin.

Beberapa ketika kemudian, kelopak matanya kembali terbuka. Dia membetulkan posisi tidurnya kepada terlentang. Wangian mandian aku yang sudah menguasai bilik mengganggu dirinya.

"Daren.. kau sabar. Hish! Budak ni pun satu. Dia pergi pakai wangi-wangi tu kenapa? Nak goda aku ke apa? Cobaan.. cobaan.."kata Daren sendiri yang mula tidak senang duduk.

Dengan kekuatan iman yang masih tersisa, akhirnya Daren terlena. Sungguh tidak tenteram Daren pada malam itu. Tambahan pula ini adalah pertama kalinya dia bersama seorang perempuan didalam satu bilik. Terus gugup dia dibuatnya.



Bersambung...

Wah.. satu lagi rahsia sudah terbongkar. Nampaknya Emeir dan Daren juga merupakan orang yang sama. Tapi? Macam mana perjalanan kehidupan rumah tangga mereka? Stay tune.

Amore❤️‍🔥

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

85.7K 2.8K 58
[ Heart Break Series | Vol 1 ] Sekuntum bunga yang menjadi rebutan tiga ekor kumbang. Satu, Ivan --- ❝ I'm your husband and you're going to admit th...
114K 5.5K 53
TYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu...
1.1M 32.9K 81
kerana cinta, Thea sanggup bernikah dengan kekasih hati Tengku Fariz walau pernikahan harus dirahsiakan. atas sebab perbezaan darjat. disangkanya ci...
Mrs. Rayyan Od aishh

Nezařaditelné

8.6K 506 36
Seorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua h...