Avyren [βœ”οΈ]

Galing kay Fii_Aurora

35.6K 2.4K 475

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... Higit pa

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Quindici [15]

625 48 6
Galing kay Fii_Aurora

Sepulangnya aku ke rumah, aku hanya mengurung diri didalam bilik. Bila ditanya oleh abang-abang aku, aku akan jawab yang aku okay. Aku cuma nak berehat.

Aku tertiarap diatas katil memegang tisu ditangan. Air jernih masih lagi mengalir dari celahan mata. Terasa sakit kali ini sukar untuk aku gambarkan. Aku melihat cincin di jari aku. Mahu saja aku menanggalkan cincin itu dan aku baling keluar. Tapi, hati aku tidak kuat untuk melakukan itu.

"Mama, adik sedih.. adik nak mama. Kenapa dia tak nak dekat adik. Teruk sangat ke adik ni. Sobs sobs"hingus yang ingin keluar aku hembus menggunakan tisu lalu aku campak ke dalam tong sampah.

Lama kelamaan, mata aku mula layu oleh kerana terlalu menangis membuatkan aku mula mengantuk. Akhirnya mata aku terpejam. Aku dibawa oleh arus lena yang membadai aku ke dunia mimpi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Fail coklat di hempas diatas meja. Raut bengis terpancar di laman wajah Tuan Erjaz.

"Macam mana kau buat kerja? Kau cakap kau akan tangkap penyangak tu! Mana? Kau tengok! Sekarang dia hilang entah kemana! Sekarang dia hantar gambar anak aku, untuk ugutan! Apani?!"hambur Tuan Erjaz dengan amarahnya.

"Maaf kan saya Tuan. Kumpulan saya akan sedaya upaya untuk memberkas Layth. Pasal anak Tuan, tuan jangan risau. Semua dibawah jagaan saya. Saya akan lindungi dia melebihi nyawa saya sendiri"tutur Avyren.

Tuan Erjaz melabuhkan duduknya. Dia cuba mengawal amarahnya. Kerisaukan akan keselamatan anaknya amat membimbangkannya.

"Maafkan Uncle. Uncle terlebih emosi. Banyak yang Uncle tengah fikirkan"kata Tuan Erjaz. Nada suaranya mula mengendur.

"Tak apa Tuan. Saya faham. Tuan risau akan keselamatan anak Tuan".

"Tak usah ber-Tuan dengan saya. Tidak lama lagi kamu akan menjadi ahli keluarga juga"kata Tuaz Erjaz melakar senyum.

"Tak apa Tuan. Sekarang saya masih lagi sedang bertugas. Sekarang Tuan ialah majikan saya. Saya perlu hormat Tuan sebagai majikan"kata Avyren.

Avyren menapak keluar dari bangunan Legasi Kayangan. Kaki mengatur langkah ke motorsikalnya. Sebaiknya dia melangkah menaiki motor, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Poket seluar diseluk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello, ada apa kau call aku ni?".

"Cik Avyana keluar rumah"tutur suara dari corong telefon yang kedengaran agak cemas.

"Hah?! Hacker mana?"tanya Avyren.

"Hacker ada tugas lain katanya. Dia suruh aku gantikan dia. Bila aku sampai je aku tengok kereta dia dah tak ada".

"Kau cari dia dekat sekitar situ. Aku on the way"talian terus dimatikan. Helmet disarungkan dikepala. Enjin motor dihidupkan dan terus meluncur laju.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku keluar dari perut kereta sambil membawa buku dan beg galas. Tujuan aku keluar pun, aku nak pergi perpustakaan. Aku dah janji dengan Elisha dan Kaira untuk study sama-sama. Sebab tak lama lagi dah nak exam.

Aku menapak ke bangunan perpustakaan awak. Suasana hari itu agak lengang. Mungkin masih pagi. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar lalu mendail nombor Kaira.

"Hello, weh! You guys dekat mana?"tanya aku.

"Kita orang dah nak sampai ni. Baru masuk pagar"kata Kaira.

"Okay. I wait here". Talian dimatikan.

Aku menekan icon whatsapp untuk memberi tahu papa akan keberadaan aku. Kalau tak bagitahu nanti risau pula. Tiba-tiba sepasang tangan menekup mulut aku dengan satu kain kecil. Buku dan telefon ditangan aku terlepas. Aku meronta untuk melepaskan diri. Lama-kelamaan, pandangan aku kabur dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.


Elisha memandu ke tempat letak kereta sambil matanya mencari kelibat kereta kontot aku. Dari kejauhan mereka sudah nampak akan susuk aku yang sedang berdiri berhampiran kereta.

"Ha.. tu pun Vy"kata Kaira.

"Mesti dia dah lama tunggukan. Habihlah lagu ni. Pasti dia bletiaq sat gi"omel Kaira.

"Eh? Siapa tu?"soal Elisha yang ternampak akan kehadiran figura serba hitam dari belakang aku.

Drastik Elisha menekan break apabila melihat aku ditekup oleh lelaki itu. Membulat mata mereka berdua terkejut. Nafas mereka berombak laju. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kk.. kaira, yu.. you call aa.. abang dia sekarang"terketar Elisha menutur kata. Takut bercampur cemas.

Kelam kabut Kaira mencari telefon bimbitnya. Apabila telefonnya sudah dijumpai, segera dia menelefon abang aku.

"Hello abang Anaz"sahut Kaira cemas.

"Ya, kenapa ni?"jawab Anaz dari corong telefon.

"Vy, kena culik!".

"Hah?!"terkejut Anaz langsung talian terputus.

"Weh.. putuih. Macam mana ni. Kita report polis mau? Aku risau ni"kata Kaira cemas.

"Mana boleh report polis. Belum 24 jam. You ni..".

"Habis tu nak buat apa? Takkan kita nak duk saja lagu ni. Kalau apa-apa jadi dekat Vy macam mana?"gelabah Kaira.

"Okay. Jom kita pergi rumah Vy". Lantas Elisha menekan pedal mintak dan terus menuju ke rumah aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Elisha dan Kaira duduk termanggu di sofa. Masing-masing kerisauan. Imbasan kejadian penculikan Avyana berlegar difikiran mereka. Masing-masing diam tanpa tutur bicara.

Kedengaran pintu rumah ditolak dari luar. Serentak mereka menoleh. Kelihatan figura seornag lelaki berhoodie hitam dan mask yang melitupi bahagian hidung dan mulut. Tersentak figura itu apabila melihat Elisha dan Kaira yang turut berada disitu. Dia mengatur langkah menghampiri Tuan Erjaz.

"Macam mana? Kau jumpa tak anak aku?"tanya Tuan Erjaz.

"Saya jumpa buku dan telefon bimbit cik Avyana di tempat terakhir dia dilihat"jelas figura itu sambil meletakkan buku dan telefon milik Avyana.

"Kamu berdua nampak siapa yang culik anak uncle?"tanya Tuan Erjaz kepada Elisha dan Kaira.

Mereka berdua tersentak. Mata yang sebelumnya tertumpu pada figura lelaki itu beralih pada Tuan Erjaz.

"Kita orang nampak seorang lelaki yang pakai semua hitam. Lepas tu dia pakai topeng muka putih. Dia tekup mulut Vy and terus bawa Vy pergi"jelas Elisha.

"Geng topeng putih"kata figura lelaki tadi. Serentak semua memandang figura itu.

"Geng topeng putih?"tanya Hanif kembali.

"Ya, geng topeng putih. Mereka adalah penjenayah yang amat dikehendaki. Mereka melakukan jenayah penyeludupan dadah, senjata api, pemerdagangan wanita dan pemalsuan wang"jelas figura itu.

"Geng bertopeng putih juga dibawah kendalian Layth. Penyangak yang sama mahu merampas Legasi Kayangan"Tambah figura itu lagi.

"Habis tu apa kita nak buat sekarang ni?"Naem bersuara.

Suasana menjadi hening seketika. Deringan telefon bimbit milik Tuan Erjaz berdering memecah kesunyian. Tuan Erjaz mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan tertera nombor yang tidak dikenali pada skrin telefon. Tuan Erjaz menjawab lalu telefon dibawa ke telinga.

"Hello"sahut Tuan Erjaz.

"Hello Erjaz. Lama betul aku tak dengar khabar berita dari kau"kata seseorang melalui corong telefon.

"Layth. Kau nak apa hah!"marah Tuan Erjaz.

"Hacker, aku nak kau trace telefon Tuan Erjaz". Kata figura itu dengan nada perlahan melalui earbudnya. Figura itu memberi isyarat kepada Tuan Erjaz agar membuka pembesar suara.

"Buat-buat tanya pula. Aku nak Legasi Kayangan. Kalau kau tak nak bagi.. anak perempuan kau, aku akan jual. HAHAHAHAHA". Terus talian dimatikan oleh Layth.

Mendengar akan itu, anak mata figura itu terus berubah bengis. Tangannya di genggam sehingga kukunya mencucuk telapak tangan.

"Hacker kau dah dapat lokasi?"tanya Avyren seraya jarinya menyentuh earbud.

"Sudah. Aku dah hantar location dekat kau".

Pantas Avyren menapak keluar tanpa menunggu arahan dari Tuan Erjaz. Helmet fullface disarungkan. Terus enjin motor dihidupkan dan motor kawasakinya laju meluncuri jalan raya.

Elisha dan Kaira masih lagi bengung dengan kehadiran Avyren yang mereka tidak tahu siapakan lelaki itu dengan keluarga Avyana.

"Uncle, siapa tu?"tanya Elisha.

"Itu Avyren. Penjaga keluarga Uncle. Kalau uncle nak jelaskan sekarang memang panjang. Buat masa sekarang itu sahaja yang kamu berdua perlu tahu"kata Tuan Erjaz.

Elisha dan Kaira sekadar mengangguk faham. Mereka tidak mahu bertanya lebih lagi. Cukuplah hanya itu. Kerana masalah keluarga Tian Erjaz tidak perlulah untuk mereka ambil tahu.




Bersambung...

Alamak? Avyana kena culik, dapatkah Avyren menemui Avyana? Kenapa Layth nak Legasi Kayangan? Apa motif dia? Stay tune.

P/s: sorry if cerita ni makin lama makin membosankan.

Amore❤️‍🔥

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

931K 30.2K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
38.1K 1.9K 50
❗[ CLICHE ] [ CRINGE ] [ STORYLINE MERAPU ] ❗ [ COMPLETE ] Setiap pasangan yang bercinta sudah semestinya memiliki memori yang terindah dalam hid...
447K 704 12
Penjara Cinta Tuan Hayyan ©️ 2022 Status: Completed Hayyan Qarizh I Nur Warda Bermula dari satu perjanjian telah mengikat Warda ke dalam 'penjara cin...
1.1M 32.9K 81
kerana cinta, Thea sanggup bernikah dengan kekasih hati Tengku Fariz walau pernikahan harus dirahsiakan. atas sebab perbezaan darjat. disangkanya ci...