"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."
Arin menarik nafas dalam dengan mata yang terpejam.Udara segar dan tiupan angin yang lembut menampar kulitnya itu sangat menyenangkan gadis tersebut.
"Puan, seronok pula dekat sini kan?"
Arin menoleh kebelakang.Black yang sedang duduk menyandar di bangku kayu itu dipandang.
"Haah, tak tahu pula saya yang kawasan perumahan ni ada tempat best macam ni..Kalau tahu, memang setiap hari saya pergi sini.."ceria Arin membalas.Senyum manisnya tidak pernah lekang.
Black mengangguk laju.
"Ya, puan..Saya selalu juga nampak taman ni..Tapi tulah, wajah saya ni tak benarkan.."ujar Black dengan riak sedih.
Arin mengerutkan dahi.Wajah? Tak benarkan?
"Kenapa? Tak maksud saya, kenapa dengan wajah awak?"
Black melepaskan keluhan berat.Wajah isteri majikannya itu dipandang dengan ekspresi minta kasihan..
"Entah lah puan..Saya memang sejak lahir macam ni.Kalau nak kemana - mana mesti fikir beribu kali lagi..Kalau tak fikir, memang habislah saya.."
Arin mulai mendekati lelaki itu.Kasihan pula hidup orang kanan suaminya itu.
"Kenapa, Black? Okay je muka awak."
Black mengangguk.
"Itu lah yang orang selalu nampak..Muka saya nampak biasa je, tapi sebenarnya.."
Arin menanti.Ada apa sebenarnya dengan wajah lelaki asal Thailand itu?
Sekali lagi keluhan meniti dibibir Black.
"Tapi sebenarnya, muka saya ni bukan sekadar biasa je..Tapi terlalu kacak..Saya takut sangat - sangat kalau orang yang nampak wajah saya ni terkena serangan jantung..Ataupun, termimpi - mimpi.Tak ke susah tu?"
Arin tercengang.Riak wajahnya sudah berubah.Ni manusia ke apa?
Berangan dia bukan main!
"Puan sedih kan lepas dengar cerita saya? Tak pe, saya dah biasa lalui semua tu..Sampai mommy dengan daddy saya pun dah nak buang saya..Sebab apa? Apa lagi? Sebab terlalu kacak lah!"yakin Black menuturkan semua kata - kata itu.
Arin mengeluh sebelum menjauhi lelaki itu.Tidak lah terlalu jauh, tapi cukuplah untuk menjauhi lelaki yang terlalu kacak itu..
Ni nasib Mark pergi beli barang dapur, kalau lelaki tu turut ada kat sini, memang pening lah dia..
Tak, sekarang ni pun dia dah pening..
"Puan, saya pergi kereta dulu tau? Saya nak ambil kunci kereta..Lupa pula cabut tadi.."kata Black sebelum berlari menuju ketempat dimana Audi A8 nya diparkir.
Arin menggeleng.
"Kunci kereta pun boleh lupa.."
Langkah gadis itu dibawa ke bangku yang diduduki oleh Black tadi.Duduk dilabuhkan keatasnya.Badan disandarkan ke kepala bangku kayu tersebut.
Kanak - kanak yang sibuk bermain di gelongsor hadapannya itu diperhati.Senyum terukir.
Andai saja dia dapat mengukir senyuman manis sebegitu waktu kecil.Pasti itu akan menjadi kenangan indahnya..
"dov'è quel chip?"(dimana cip itu?)
Arin laju menoleh kesebelah.Wajah lelaki yang memakai mask hitam pada wajahnya itu dipandang dengan penuh terkejut.Mata Arin membulat besar bila ada benda tajam yang mencucuk sedikit bahagian kulit pinggangnya.
Mata dibawa kebawah.Pisau rambo yang dihala kekawasan pinggangnya dipandang.Nafas gadis itu tersekat.
"Aw-wak siapa?"tergagap - gagap Arin bertanya.Peluh dingin mulai membasahi dahinya.Sesiapa saja yang berada dalam keadaan itu pasti akan mengalami perkara yang sama!
"dov'è quel chip"soal lelaki itu sekali lagi.
Arin menggeleng laju.
"Sa-saya tak fa-faham lah!"
Black! Cepatlah balik!
Lelaki itu mendengus.Pisau rambo tersebut didekatkan kepinggang gadis itu lagi.
"Where is that chip?"
Arin mengerutkan dahi.Cip? Cip apa?
"Wh-what chip?"
"Your husband's chip."
Kerutan didahi Arin bertambah.Suami? Adrian ke?
"Adrian?"
Lelaki itu mengangguk sekali.Mata tajam merenung wajah isteri Adrian itu.Kalau ada Adrian disitu, memang matilah dia..
"Tell me now..And then you're safe."
Arin berfikir.Tubuhnya menggeletar takut.Dia tidak tahu apa - apa tentang itu! Cip? Cip apa?!
"I-I do-dont know."
Dengusan lelaki itu kedengaran lagi.
"You better tell me now."pisau itu didekatkan lagi kepinggang Arin.
Kini, kesakitan itu sudah mulai terasa.Arin sudah ingin menangis.Sumpah, dia tidak tahu apa - apa tentang cip semua tu..
'Awak, tolong saya..'
"Hoi!"
Arin dan lelaki itu serentak menoleh kearah Black yang sudah berlari menghampiri mereka itu.
"Black! Tolong saya!"
Lelaki bermask hitam itu terus menarik tubuh Arin mendekatinya sebelum tangan kanannya dilingkarkan keleher gadis tersebut.Pisau rambo itu pula sudah diletakkan dekat dengan kulit leher Arin.
"Kau nak buat apa tu bodoh?! Matilah aku kalau macam ni.."jerit Black kuat.Pandangan dari orang lain yang turut ada di taman itu sudah tidak dihiraukan lagi.
Ni kalau tuan Adrian tahu, memang last lah dia hidup hari ni!
"Give me that chip, Black."
Black mengerutkan dahi.
"Aikk, macam mana kau kenal aku? Eh, how do you know me, huh?!"soal Black sambil kakinya perlahan - lahan mendekati mereka.
Arin pula hanya diam ketakutan.Silap sedikit, pisau tajam itu pasti akan menyentuh kulit lehernya.Mata gadis itu terpejam rapat.
"You're Black..Black Eye's Assassin."siapa saja yang tidak tahu lelaki itu.Orang kepercayaan Adrian yang sangat mahir dalam bidang assassin.
Dalam dunia mafia, gelaran The Black Assassin itu sangat terkenal kerana kepintaran yang dimiliki oleh lelaki asal Thailand tersebut.Semua strategi pihak lawan pasti akan diketahui oleh Black!
Black bangga seketika.Cukup terkenal juga kan dirinya? Tapi rasa bangganya itu hanya sekejap.Wajah pucat lesi puannya itu sempat dikerling.
'Okay Black, kau mesti selamatkan isteri tuan kau tu kalau nak balik Thailand lagi tahun depan..'
"That chip is not with me, dude."kata Black selamba.Kini jaraknya dengan lelaki dan Arin itu sudah tidak jauh.
Lelaki itu mengeratkan rangkulannya pada leher Arin.Pisau rambo itu juga semakin dekat dengan kulit gadis tersebut.
"Just give me, and his wife is safe."
Black mencebik.Acah kuat lah pula lelaki ni!
"You better don't hurt her..You know Black Eyes right? Our leader especially."kata Black dengan senyuman sinis.Dalam otaknya sudah merancang satu plan.
"Just give me that chip!"sabar lelaki itu sudah semakin berkurangan.Apatahlagi bila melihat Black yang sudah hampir dengannya itu.Rasa takut mulai menyapa.
Black hanya diam.Mata tajam merenung mata hijau lelaki itu.Patutlah bukan main cakap English bagai..Rupanya bukan orang Malaysia!
"Black.."panggil Arin perlahan.Dia tidak rela berada dalam rangkulan lelaki asing itu lama - lama.
Black memandang Arin sebelum kepala diangguk.
Satu..
Dua..
Tiga..
Pak!
Terlepas pisau rambo itu dari tangan lelaki tersebut sebaik menerima sepakan tiba - tiba dari Black.Rangkulan lelaki itu serta merta terlerai.Arin terus berlari menuju kebelakang Black.Tidak mahu ditangkap oleh lelaki itu lagi.
Black tersengih.Nasib saja kakinya panjang.Kalau pendek, memang tak dapat lah dia buat adegan aksi tadi..
✪✪
Adrian tajam merenung wajah Dato' Farid yang berucap diatas pentas itu.Postur badannya masih tegak diatas kerusi itu meskipun sudah tiga jam berlalu sejak dia duduk disitu.
"Terima kasih diucapkan atas ucapan hebat daripada Dato' Farid itu tadi.."
Bunyi tepukan tangan bergema disegenap dewan itu.Adrian turut melakukan perkara yang sama.
"Kini, saya menjemput ketua arkitek tahun lalu dan juga calon ketua arkitek pada tahun ini untuk menyampaikan ucapannya..Dipersilakan, Encik Nash Adrian, selaku CEO Ace Holdings."
Tepukan tangan bergema lagi.Kini untuk mempersilakan Adrian untuk naik keatas pentas.
Adrian berdiri dari duduknya.Kot hitam yang kemas tersarung ditubuhnya itu dirapikan.Kaki panjang lelaki itu terus dibawa mendekati pentas.Semua pasang mata yang melihat kearahnya itu langsung tidak mengurangkan aura karismanya.
"Tuan!"
Langkah Adrian terhenti.Carlos yang berlari anak menghampirinya itu dipandang pelik.Kenapa?
Semua pasang mata yang ada didalam dewan mewah itu turut terarah kearah Carlos.Masing - masing memasang riak ingin tahu.
"What's the matter?"
Carlos mendekatkan mulutnya ketelinga Adrian.Ada sesuatu yang penting ingin diberitahu kepada tuannya itu.
"Black dengan puan Arin kena serang tadi.."
Mata Adrian membesar.Wajahnya serta - merta merah.Buku lima dikepal kuat.
Ini mesti kerja lelaki yang mengirimnya pesanan semalam! Shit!
"Jom pulang."Adrian sudah tidak peduli, yang penting sekarang ialah keselamatan isterinya.Langkahnya laju dibawa turun dari pentas.
"Tapi tuan.."Carlos rasa bersalah.Aduh, kenapa lah dia bagitahu sekarang?!
"Encik Adrian! Encik nak kemana tu?"
Adrian memandang wajah pengacara majlis itu.Entah siapa pun, dia tidak kenal!
"Proceed..Aku ada urusan penting."kata Adrian mendatar.
"Tapi, ini pun penting.."kata Dato' Farid pula.
Adrian memandang Dato' Farid dengan pandangan yang tajam.Hujung bibirnya ternaik keatas.Penting?
"Sorry, Nothing is more important than her."balas Adrian sebelum berlalu pergi dari situ.Kenapa? Nak komen buruk tentang syarikat dia? You better step away.
Carlos sempat membongkokkan badannya kearah Dato' Farid sebelum mengejar langkah Adrian.Kalau lelaki itu sudah beri keputusan, memang tiada siapa yang boleh ubah.
Kecuali, Arin Mikaela.
Happy holiday everyone hehe<3
To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️