Avyren [✔️]

Bởi Fii_Aurora

35.2K 2.4K 475

[𝓢𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... Xem Thêm

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
Ventitré [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Quattordici [14]

604 51 6
Bởi Fii_Aurora

"Kau memang tak sah kalau tak cedera setiap kali pergi bertugas"omel Harraz membalut lengan Avyren yang terluka.

"Alah kau ni. Kerja macam kita ni memang akan berdepan dengan keadaan macam ni. Setiap kali kita pergi misi, maut memang akan ada hujung tanduk je"kata Avyren.

"Kau ambik cuti jelah bro. Tak lama lagi kau nak kahwin. Takut kesian dekat tunang kau. Tak sempat nikah kau dah k.o".

Pap!

Laju tangan Avyren menghempuk kepala Harraz. Harraz mengaduh dengan tangan menggosok kepalanya.

"Kau doakan aku mati ke?"angin Avyren.

"Tak.. aku tak doakan. Aku cuma cakap je. Kau ni pun..kata kental. Takkan benda macam tu pun nak sentap".

"Setiap tutur kata adalah doa"Avyren bangkit dari duduknya. Kaki mengorak langkah pergi.

"Satu lagi. Jodoh ajal maut semua ditangan tuhan. Aku buat kerja ni bukan suka-suka. Dan aku tahu Allah ada. Selamat atau tak, itu terserah kepada-Nya. Yang penting aku usaha"sambung Avyren lagi tanpa menoleh. Kakinya dihayun pergi.

"Oi! Aku tak Aamiin pun lah"sahut Harraz. Dia mengeluh berat. Sukar ditebak angin kawannya itu. Selalu sahaja dingin. Mungkin terbawa dengan tugas yang perlu dipikul.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku berjalan beriringan bersama Elisha dan Kaira sambil mengjinjing beg yang berisi bola bowling dan peralatan bermain bowling. Dibelakang aku diekori oleh tiga jejaka. Turut menjinjing beg ditangan masing-masing.

Kami ke lorong yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kami mengambil tempat duduk dan bersiap sedia untuk perlawanan.

Tidak lama kemudian, cikgu Mahmud datang dengan membawa kertas kehadiran.

"Arif Azfar?"panggil Cikgu mahmud.

"Saya cikgu"jawab Arif. Cikgu menanda kehadiran nama yang dipanggil.

"Yunus".

"Saya". Yunus menjawab seraya meletakkan bola bowlingnya ditempat bola.

"Daren Lutfi".

"Ada"jawab Daren mengemaskan sarung tangan bowlingnya.

"Elisha, Kaira, Avyana"serentak Cikgu Mahmud memanggil nama aku dan kawan-kawan aku.

"Here"jawab kami bertiga serentak.

"Okay. Cikgu nak selesaikan beberapa urusan sekejap. Kamu semua boleh warm up dulu"ujar cikgu Mahmud dan terus berlalu.

Seusai cikgu pergi, aku, Elisha dan Kaira memulakan pemanasan. Kami menghadap sesama sendiri sambil membuat regangan supaya tidaklah berlaku kekejangan otot sewaktu berlawan nanti.

"Tangan kanan dulu tau"ujar ku meregangkan tangan ke hadapan.

"One, two, three, four.."

Sewaktu aku membuat pemanasan, aku dapat melihat melalui ekor mata ku; terdapat beberapa orang pelajar lelaki sekolah lain memandang ke arah kami. Aku tidak mengendahkan dan melanjutkan pemanasan.

Tidak disangka, tiga orang lelaki yang berada di lorong sebelah datang menegur.

"Hai awak. Yang tudung biru tu. Boleh berkenalan tak?"tanya salah seorang dari mereka.

Aku menjeling. Yelah.. siapa lagi yang pakai tudung antara kami bertiga kalau bukan aku.

"Sombonglah awak ni. Awak single ke taken"soal lelaki itu lagi.

Sontak, Daren dan Arif berdiri menghadap tiga lelaki itu dengan renungan tajam diberikan. Terus kecut wajah tiga orang lelaki itu.

"Taken"jawab Daren dan Arif serentak dengan nada dingin.

Mahu tergelak aku dibuatnya apabila dua jejaka itu berkata serentak. Hohoho.. my Daren protect me.

"Sso.. sorry. Erm..bye"tiga orang lelaki itu terus cabut lari.

"Vy, caring juga Daren dekat you. So protective"usik Elisha berbisik.

"Yah.. i know he will protect me"balas ku tersenyum sumbing.

"Aku ghasakan, Daren ni dah suka dekat hanglah. Tapi tak boleh. Hang dah ada tunang"bisik Kaira.

"Pergi mampuslah I punya tunang tu. I just nak Daren tu jadi suami I. NOT EMEIR"pantas aku menekup mulut apabila suara aku terkuat menyatakan ayat terakhir.

Sepasang sorotan mata mengerling aku, Elisha dan Kaira melalui hujung mata.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Nafas aku tarik dalam. Bola bowling ku pegang erat. Mengingat akan mata sekolah lawan sudah menghampiri membuatkan aku bertambah gementar. Kaki ku menapak kehadapan dan bola di tangan aku hayun.

Sontak pergelangan tangan aku merasakan satu denyutan yang sangat menyerikan. Tidak semena-mena bola ditangan aku terlepas menghasilkan bunyi yang kuat apabila bola terhempas diatas lorong bowling. Bola itu bergolek masuk ke dalam longkang.

Aku menapak ke tempat duduk sambil memegang pergelangan tangan. Pelipis aku berkerut menahan denyutan yang teramat menyakitkan.

"Vy, hang okay dak?"tanya Kaira cemas.

"Tak okay. I rasa tangan I terkehel lah"tutur ku menahan sakit.

Mendengar akan itu serentak Arif dan Daren datang menghampiri aku.

"Awak okay? Sakit tak?"tanya Arif.

"You dah nampakkan muka Vy tu macam mana. Mestilah sakit huh!"balas Elisha geram dengan soalan Arif. Arif terus diam tak berkutik.

"Meh sini aku tengok"pinta Daren melutut dihadapan aku.

Teragak-agak aku mahu menghulurkan tangan aku. Daren menyambut. Pergelangan tangan aku digerakkan olehnya. Berdesit aku menahan sakit.

"Au.. sakit..".

"Tahan sikit. Kau salah lontar bola ni. Itu yang terkehel"kata Daren mengerling aku.

"Macam mana? Kamu still boleh main lagi ke?"tanya cikgu Mahmud. Aku mengangguk perlahan tetapi Daren pantas memintas.

"Avyana perlu rehat. Kalau dia teruskan main tangan dia akan makin bengkak"kata Daren senada seraya bangun menghadap Cikgu Mahmud.

"Tapi.. I boleh mainlah. Kalau I tak main team kita akan kalah"bantah aku.

"Kau jangan degil boleh tak? Kalau makin teruk nanti siapa yang susah?. Kau lebih fikirkan game ni dari keadaan kau sendiri?"marah Daren. Terus senyap aku. Baru pertama kali aku melihat Daren mengambil berat tentang aku. Apa betul dia mencintai aku. Tapi, aku sudah bertunang. Apa kata Emeir kalau dia tahu aku suka dekat lelaki lain.

"It okay Avyana. Anggap saja kita tak ada rezeki untuk menang. We will try next season. I want you to rest. Cikgu akan bagitahu urusetia"kata cikgu Mahmud.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Perlawanan berakhir dengan sekolah aku mendapat tempat kedua. Aku sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Kalau tangan aku tak terkehel, sudah pasti sekolah kami menyandang juara. Selesai sahaja perlawanan tadi, aku perlu dikejarkan ke hospital untuk membuat rawatan lanjut.

Aku menapak keluar dari bangunan hospital dengan tangan kanan aku berbalut dengan bandage. Elisha dan Kaira setia menemani aku.

"Jom aku hantar lau balik"ujar Daren menjinjing beg aku.

"Tak apa abang Daren, kita orang boleh hantar Vy balik"kata Elisha.

"Tak. Kau orang boleh balik. Avyana tanggungjawab aku. Abang dia dah suruh aku tengokkan dia"kata Daren dingin.

Melopong Elisha dan Kaira. Kedua mereka memandang aku menunggu penjelasan dari aku.

"Apa? Dia kawan Uda lah"balas ku. Cengih.

"Ow.. i thought you and him couple"sangka Elisha tersengih.

"Nonsense. She already engage"kata Daren.

"So, why if i engage? I dont like my fience. Actually, i don't really know him. I nak kahwin dengan you! No matter what!"Tekan aku. Entah kenapa aku berasa marah apabila orang lain menyebut tentang pertunangan aku. Aku tak suka.

"I can't love you!"tengking Daren. Terus aku tersentak diam. Nafas aku naik turun menahan amarah. Mata aku memerah.

"Why?! Tell me why?! I do anything for you. But you never give me a chance to love you!".

"Enough! For the last time, aku akan cakap dengan terang dekat kau. I can't love you"tegas Daren. Kakinya mula menapak mendahului.

"You don't know me so well"sambung Daren tanpa menoleh. Dia meneruskan langkahnya ke garaj yang menempatkan motornya.

Sorotan mata aku yang merah sekadar menghantar figura Daren pergi. Tanpa aku sedari, air jernih hangat mula membasahi pipi aku. Hati aku sakit. Bagaikan dicucuk belati yang tajam. Pantas aku menghapus air mata ku. Nafas ku tarik dalam dan ku hembus berat. Elisha dan Kaira mendekat. Mereka cuba untuk menenangkan aku.

Kami menapak ke kereta dan bergerak pulang. Tidak betah aku untuk terus berlama. Aku perlu pulang untuk menenangkan fikiran aku.
Walau seberapa banyak Daren menolak, aku tetap akan berusaha untuk menawan hatinya. Itu tekad ku.





Bersambung...

Wow! Nampaknya cerita sudah semakin hangat. Siapakah Emeir? Kenapa Daren tidak boleh mencintai Avyana? Adakah terdapat rahsia disebalik dirinya? Nantikan di chapter selanjutnya.

Amore❤️‍🔥

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

98.2K 5.1K 70
BOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , b...
78.4K 3.2K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...
324K 14.9K 78
Karya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari kelu...
ZAR Bởi tihatti

Lãng mạn

305K 19.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...