LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART

easyizzy द्वारा

4.2M 250K 43.2K

[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan... अधिक

pengenalan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 1 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 2 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 3 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 4 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 6 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 7 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 8 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ first ]
bab 9 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 10 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 12 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 13 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
𝕿𝖍𝖎𝖓𝖌'𝖘 𝖛𝖎𝖘𝖚𝖆𝖑
bab 14 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 16 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 18 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 20 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 22 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 23 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 25 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 26 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 27 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 28 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 30 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 31 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 32 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 33 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
ℂ𝕙𝕚𝕥 𝕔𝕙𝕒𝕥 [ second ]
bab 34 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 35 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 36 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 37 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 38 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 39 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 40 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 41 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 42 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 43 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 44 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 45 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 46 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 47 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 48 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 49 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 51 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 52 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 53 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 54 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 56 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 57 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 59 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
bab 60 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡
author's
special ramadhan | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

bab 11 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

70.3K 4.2K 506
easyizzy द्वारा

"Don't say you're weak, if you're actually mine, sweetheart."

Arin duduk termenung di meja makan itu.Kini, hanya dia seorang saja yang ada didalam rumah tersebut.Semua pengawal peribadi milik Adrian hanya berjaga diluar rumah.Tiada seseorang pun yang dibenarkan masuk.

"Tak sangka aku dah kahwin kan?"

Jujur, dirinya masih belum dapat menerima semua itu.Semua yang terjadi pada malam itu sangat pantas.Dalam sekelip mata, statusnya berubah.

Namun dia cuba untuk ikhlaskan segalanya.Dia yakin, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Mata diliarkan kesegenap ruangan yang luas itu.Susunan perabot mewah diperhati satu persatu.Semua benda yang ada didalam rumah itu sungguh menarik perhatiannya.Apatahlagi, lampu chandelier berwarna emas yang tergantung di siling ruang tamu tersebut.

"Ni kalau jual, jadi jutawan!"bisiknya perlahan sebelum bibirnya mengoyak senyuman lucu.Boleh pula dia fikir nak jual harta benda orang!

Kring!

Arin menoleh kearah punca bunyi tersebut.Telefon rumah yang sedang berbunyi minta diangkat tersebut dipandang dengan dahi berkerut.

Kring!

Dengan lambat, meja yang menempatkan telefon itu dihampiri.Benda itu sempat direnung lagi sebelum gagang telefon itu diambil.

Benda alah itu ditekapkan ketelinga.

Nasib saja dia tahu cara untuk menggunakan alat teknologi tersebut.Ni kalau telefon bimbit, memang tak terjawablah oleh dia.Yalah, dia tidak pernah mempunyai benda canggih sebegitu.Lainlah kalau telefon rumah, sebab dekat rumah yatim pun ada tersedia.Jadi dia sudah maklum dengan fungsi telefon itu.

"Hello?"

Tiada sahutan.Dahi gadis itu berkerut sekali lagi.Ada ke tak de ni?

"Hello? Assalamualaikum?"

Tetap tiada sahutan.Baru saja Arin ingin memutuskan talian, satu suara dihujung talian menghentikannya.

"Hello anak ibu?"

Serta merta kedua mata Arin berkaca.Dia kenal suara itu.Wajahnya mulai merah menahan sebak.

"Assalamualaikum Arin..Ibu ni."beritahu Puan Zainab.Risau anaknya itu tidak mengecam suara miliknya.

Arin masih terdiam.Air matanya sudah menitik.Ya, dia rindu suara itu.

"Waalaikumussalam ibu."lembut Arin membalas.Senyuman manis terukir.

"Kakak!"suara budak - budak itu sekali lagi membuatkan Arin kembali sebak.

"Haa nasib nombor betul..Sebab ni lah nombor yang Ad bagi waktu kamu nak pulang haritu..Arin sihat?"

Arin mengemam bibirnya.Tidak dia sangka Adrian berbuat sedemikian.Ingatkan dah tak boleh berhubung dengan ibu!

"Arin sihat, ibu dengan adik - adik pula?"

✪✪

"Tuan, kita nak buat apa kat sini ni?"

Adrian tidak menghiraukan pertanyaan Black yang berada dibelakangnya itu malah dia terus masuk kedalam bangunan Habib Jewels tersebut.

"Selamat datang, encik."sapa pekerja wanita itu sebaik melihat kelibat Adrian.Badan dibongkokkan buat Black juga.

Adrian mengangguk sebelum menuju kebahagian dalam lagi.Black pula menghadiahkan senyuman buat pekerja wanita tadi.Apa? Senyum kan rezeki!

Eh, sedekah.

"Ada apa - apa yang boleh saya bantu?"

Adrian diam sambil matanya memerhati setiap cincin dan rantai yang berada didalam almari kaca itu.Pertanyaan pekerja lelaki itu dibalas dengan anggukan kecil.

"Give me the latest one."

Pekerja lelaki itu mengangguk sebelum berlalu pergi dari situ.Black menghampiri tuannya.Tetiba je orang tua ni nak beli cincin!

"Tuan nak beli untuk siapa ni?"soal Black pelik.Siap memasang muka bingung lagi.

Adrian menjeling.

"Takkan lah aku nak bagi kau pula!"

Black mencebik dalam diam.Tak pe, dia suka surprised!

Pekerja tadi kembali semula dengan beberapa jenis cincin yang nampak ekslusif.Rambang mata Black dibuatnya!

Tiba - tiba rasa nak beli cincin!

"Tuan, ni antara rekaan terbaru kami."

Mata Adrian menilik semua cincin itu.Cincin dengan rekaan simple yang bertatahkan berlian biru itu menarik perhatiannya.Cincin tersebut diambil.

Sedang dia menilik cincin itu, bayang Arin menjengah ruang fikirannya.Senyumnya terukir serta merta.

Black memandang pelik kearah Adrian.

'Gila ke apa tuan ni?'

"Untuk buah hati ke encik?"soal pekerja itu yang melihat senyuman Adrian.Tanpa sedar, senyumannya turut terukir.

Adrian memandang pekerja itu sebelum mengangguk sekali.Wajah dibekukan semula.Dia berdehem perlahan.

"I'll take this."

Pekerja itu mengangguk bersama senyuman.Alhamdulillah, rezeki!Dia lantas menuju kekaunter untuk menyediakan barang pelanggannya itu.

"Tuan, tuan dah kahwin tau!"bisik Black ditepi kepala Adrian.Isterinya menunggu dirumah, boleh pula lelaki beku ni beli cincin untuk buah hati!

Adrian memandang wajah Black pelik.

"Jadi?"

Black menggeleng.Ini lah lelaki, cepat sangat lupa kalau pasal single taken ni!

"Jadi tuan beli cincin untuk buah hati ini dah kenapa? Bagus kalau tuan belikan puan Arin cincin!"penuh perasaan sekali Black berkata.Seolah - olah, dia yang sedang dicurangi!

Pap!

"Aduh!"belakangnya cuba diusap.Sakit setelah ditampar kuat oleh Adrian.

Adrian merapikan kotnya.

"Otak tu lain kali guna sikit."pesan Adrian.

Baru saja Black ingin membalas, pekerja tadi sudah kembali dengan plastik ditangannya.Huh, nasib!

Ceh, macam kau berani Black?

Huluran pekerja itu disambut sebelum kad kreditnya diberikan kepada lelaki itu.Pekerja itu sekali lagi berlalu pergi untuk membuat pembayaran Adrian tersebut.

Adrian sudah tersenyum senget.Dalam mindanya, sudah terbayang cincin itu tersarung dijari manis Arin.Mesti cantik!

Black hanya diam dengan wajah cemberutnya.Tangan masih setia mengusap belakangnya.

✪✪

Adrian menolak pintu utama itu perlahan - lahan.Kalau boleh dia tidak mahu Arin tahu kepulangannya.Plastik ditangannya digenggam erat.

Briefcase dan kotnya dilempar ke sofa sebelum langkahnya diteruskan sehingga kedapur.Tubuh Arin yang sibuk melakukan sesuatu disinki itu dipandang.Senyuman terukir hingga menampakkan susunan gigi putihnya.

Dengan terjengket sedikit, lelaki itu menghampiri Arin yang membelakanginya itu.Dekat saja, tubuh itu terus dipeluk erat.Dagu direhatkan diatas bahu gadis tersebut.

"Aduh!"tangannya diangkat laju apabila terhiris pisau sebentar tadi.Darah yang mengalir dari jarinya itu dilihat.

Adrian lantas meleraikan pelukan.Tubuh isterinya itu dipusingkan menghadapnya.Jari terluka gadis itu dibelek laju.

"Sayang, I'm sorry."ucap Adrian dengan rasa bersalahnya.Tubuh genit itu didudukkan keatas kerusi sebelum dia berlari menuju ke salah satu kabinet.Plastik yang tertera tulisan Habib Jewels itu diletakkan berdekatan Arin.

Arin hanya diam memerhati setiap tingkah Adrian.Bukan besar sangat pun lukanya itu, cuma dia terjerit sedikit tadi sebab terkejut.

Adrian menghampiri Arin semula dengan first aid kit berada dalam pegangannya.Tangan gadis itu ditarik lembut sebelum dicuci.

"I'm so sorry.."ucap Adrian lagi.Kalau lah dia tak kejutkan Arin tadi mesti tak jadi semua ni.

Arin tersenyum melihat wajah bersalah lelaki itu.Adrian yang masih sibuk membersihkan lukanya itu diperhati.

Setelah selesai membalut jari Arin dengan plaster, kedua tangan gadis itu diambilnya.Kekura tangan gadis itu dikucup perlahan.

"I'm so sorry, sayang."

Arin menggeleng.Memang sudah takdir, nak macam mana lagi kan?

"Saya okay je lah."

Adrian tersenyum senang apabila mendengar suara lembut itu.Nasib saja hanya jari yang luka tadi.Kalau tertikam kat perut ke macam mana? Memang dia takkan maafkan dirinya sendiri.

"Sakit tak?"

Arin menggeleng.Jari yang sudah kemas dibalut dengan waterproof plaster itu dipandang.Kemas!

Adrian mengangguk.Plastik yang tidak jauh dari mereka itu lantas dicapai sebelum isinya dikeluarkan.Sekotak baldu berwarna hitam sudahpun berada dalam tangannya.Diatas benda itu, jelas tertulis perkataan habib.

Arin hanya diam memerhati Adrian yang sudahpun membuka kotak baldu itu.Cincin yang bertatahkan berlian biru itu menyapa retina matanya.Cantik!

Adrian mengeluarkan cincin itu sebelum wajah Arin dipandang.Matanya merenung jauh kedalam mata gadis itu.

"Memandangkan, waktu kahwin aku tak pakaikan kau cincin, so this is yours."

Sejak tadi pagi lagi dia sudah berfikir untuk membeli sebentuk cincin buat isterinya itu.Tanda yang gadis itu ialah miliknya yang sah.

Arin terkesima.Dia tidak menyangka semua itu.Cincin itu terlalu mahal untuk dihadiahkan kepadanya.

"Mahal sangat cincin ni awak."

Adrian senyum.Satu lagi sifat Arin yang baru diketahuinya ialah, gadis itu tidak suka dihadiahkan dengan hadiah mahal.

Omg, she is so cute tho!

Tangan kanan gadis itu diambil.Cincin tersebut lantas disarungkan kejari manis gadis itu.

Perfect!

"Saya tak boleh terima cincin ni."

Baru saja Arin ingin menanggalkan cincin itu semula, lantas ditahan Adrian.Tangan gadis itu digenggam erat.

"Jangan pernah tanggalkan selagi aku masih jadi suami kau..Faham, sweetheart?"

Arin melepaskan keluhan.Dia bukan apa, cuma sejak kecil lagi dirinya tidak pernah mendapat sebarang hadiah yang begitu mahal.Bila sudah dapat, lain pula perasaannya.

"Faham tak tu?"

Arin mengangguk perlahan.Lelaki itu kalau dia sudah tetapkan memang tak boleh ubah langsung.Dan dia sebagai isteri haruslah mentaati setiap kata - kata suaminya itu.

Dalam hatinya turut berbunga.Suka melihat jarinya yang kelihatan berseri dengan cincin tersebut.Dia maksudkan,

Perempuan mana je yang tak suka hadiah kan? Mahal pula tu!




















To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️









पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
82.5K 8.1K 43
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
1.1M 39.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...