"don't say you're weak when you're actually mine, sweetheart."
Adrian berdiri dihadapan almari kaca itu.Tali - tali leher yang tersusun kemas di dalam ruangan itu dipandang.Otaknya berfikir seketika.Tali leher mana yang dia akan pakai pada hari itu.
Tok! Tok! Tok!
"Come in."laung Adrian tanpa mengangkat kepalanya.Tali leher berwarna biru gelap dicapai sebelum langkahnya diatur menuju ke hadapan cermin besar yang ada di closet room peribadinya itu.
"Tuan,"
"how is it there?"soal Adrian sambil tangannya lincah mengikat tali leher itu.Wajah Carlos yang berada dibelakang tubuhnya dikerling sekejap menerusi cermin.
"Bekalan Beretta 92 yang tuan pesan tiga hari lalu dah sampai.Tapi.."Carlos menggantungkan ayatnya.Berkira - kira ingin memberitahu hal sebenar kepada jejaka dihadapannya itu.Hal yang pastinya akan merosakkan mood Adrian.
Kening Adrian terangkat sebelah.
"Continue."
Carlos memejamkan matanya sekejap.Nafas dalam ditarik sebelum dihembus perlahan.Kini Adrian sudah berpusing menghadapnya.Cukup menambahkan tekanan yang ada.
"Hanya separuh yang sampai-"
"So you want to tell me that the other half was stolen? Is that right?"potong Adrian dengan senyuman sinisnya.Matanya memanah tajam ke anak buahnya yang sudah menundukkan kepala itu.Dinding pipinya ditolak dari dalam.Cuba mengawal amarahnya.
Carlos mengangguk sekali.
Adrian menarik nafas.Namun yang keluar sudah berganti menjadi keluhan berat.Kini langkah jejaka tersebut sudah diatur menuju ke meja kaca yang menempatkan koleksi jam tangan miliknya itu.Perfecto Black Leather kesayangannya diambil sebelum dililitkan ke pergelangan tangan kanannya.Tipikal orang kidal!
"Bagitahu semua orang, malam ni aku nak jumpa.Lambat aku bunuh."ringkas dan padat pesanan itu meluncur keluar dari mulut Adrian.Minyak wangi Hugo Boss yang menjadi wangian kegemarannya itu disembur ke leher dan juga pergelangan tangan.
"Baik, tuan."patuh Carlos sebelum meminta izin untuk keluar dari ruangan majikannya itu.Pernafasannya yang sedikit tersekat tadi kini sudah dapat diatur semula.
Adrian memandang pantulan dirinya pada cermin yang besar itu.Hujung bibirnya perlahan - lahan naik.
"Hell for you, boy!"
✪✪
Arin hanya diam sambil menguis - nguis nasi goreng yang ada dipinggannya itu.Seleranya langsung tiada pada masa itu.Perbualan budak - budak lain yang turut bersarapan disitu langsung tidak diendahkannya.
Puan Zainab yang perasan dengan tingkah gadis itu lantas mendekatinya.Bahu Arin diusap perlahan.Cukup menyedarkan gadis itu dari dunianya sendiri.
Arin menoleh ketepi.Wajah wanita yang sudah membesarkannya dari kecil itu menyapa retina matanya.
"Ibu.."
Puan Zainab tersenyum.Kerusi disebelah gadis itu ditarik sebelum punggungnya dilabuh disitu.
"Kenapa? Arin ada masalah ke?"
Arin melepaskan keluhan kecil.Tidak dia sangka yang wanita itu perasan dengan riaknya.
"Eh tak baik tau mengeluh.Hilang rezeki tu nanti.."tegur Puan Zainab sambil kepala Arin diusap penuh kasih.Anak yang sudah dibesarkan sejak kecil lagi.Walaupun anak - anak yang ada disitu bukanlah anak kandungnya, namun dia tetap sayang mereka.Lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri.
Arin tersenyum sedikit.Tubuh Puan Zainab lantas ditarik kedalam rangkulannya.
"Ibu, boleh tak kalau Arin kerja?"soal Arin berhati - hati.
Puan Zainab mengerutkan dahi.Wajah polos Arin dicari.
"Kenapa tiba - tiba nak kerja ni?"
Arin meleraikan pelukan itu.Kedua tangan Puan Zainab dicapai sebelum digenggam erat.
"Sejak kecil, Arin nak sangat bantu ibu beli barangan rumah anak yatim ni.Tapi waktu tu ibu kata Arin masih sekolah, tak boleh kerja lagi.Tapi sekarang Arin dah besar.Sekolah pun dah habis.Jadi, boleh lah Arin nak kerja.."
Puan Zainab diam.Hatinya cukup tersentuh dengan niat baik gadis dihadapannya itu.
"Tapi Arin nak kerja mana, sayang?"lembut Puan Zainab bertanya.
Arin tersenyum.Nampaknya hati ibunya itu sudah lembut sedikit.
"Emm..Arin kerja kat warung Pak Mail ke? Kedai runcit Mak Piah pun boleh!"
Puan Zainab menunduk.
"Ibu? Ibu kenapa?"
Puan Zainab mengangkat kepalanya kembali.
"Arin tahu kan macam mana layanan orang kat kampung ni dengan Arin?"
Arin mengeluh.Tipu lah dia tidak fikirkan hal itu.Dia tahu yang dirinya sangat dibenci oleh orang kampung itu.Dia tahu yang orang kampung itu jijik dengannya hanya kerana dia anak luar nikah.Namun, demi keperluan anak - anak yatim yang senasib dengannya itu, dia kuatkan juga hati.Kata - kata negatif dibuang jauh dari mindanya.
Yang penting, dia perlu memberikan keselesaan kepada keluarganya itu.Lagipun, Hanya dia harapan Puan Zainab untuk bekerja kerana kanak - kanak yang lain masih bersekolag dan masih kecil.Oleh itu, dia perlu bekerja keras!
"Arin tahu.Cuma, Arin tetap nak tolong ibu besarkan mereka ni."Matanya diliarkan ke seluruh ruangan yang penuh dengan kanak - kanak itu.Senyumannya terukir.
Puan Zainab mengusap pipi gadis itu.
"Ibu tak nak anak ibu sedih.."
Dia faham sangat dengan orang kampungnya itu.Walaupun umur Arin sudah menginjak ke 23 tahun, namun masih banyak yang membenci gadis itu.Padahal Arin langsung tidak pernah menyinggung perasaan mereka.
Arin tersenyum lebar.
"Arin okay je lah ibu..Jadi, Arin boleh kerja ke ni ibu?"muka comelnya ditayangkan.Cuba untuk mengambil hati wanita dihadapannya itu.Mana lah tahu kan?heheh!
Puan Zainab tersenyum.Kepala diangguk perlahan walaupun hatinya sangat berat untuk mengizinkan gadis itu untuk berkerja.
"Boleh, tapi jangan ambil kerja yang berat - berat tau? Awak tu perempuan. Tak bagus buat kerja berat - berat."
Arin tersengih lebar.Suka dengan balasan ibunya itu.Lantas tubuh tua itu dipeluk sekali lagi.
"Terima kasih, ibu.Ye, Arin janji yang Arin takkan ambil kerja yang berat - berat.Sayang ibu!"ucap Arin ikhlas.
Puan Zainab tersenyum lagi.Tubuh gadis itu dipeluk erat.Rasa kasihnya dialirkan melalui pelukan itu.Dahi licin gadis itu turut dikucup.
"Kakak, ibu.. Kenapa ni? Ada berita baik ke?"soal Alya, budak perempuan yang baru berumur lima tahun itu.Tubuh Arin dipanjat sebelum duduknya dilabuhkan keatas riba gadis itu.
Peluka Arin dan Puan Zainab terlerai dek Alya yang berada ditengah - tengah mereka itu.
"Sibuk je Alya nak tahu.Mana boleh tahu, ini rahsia ibu dengan kakak je.Alya tak boleh tahu..Bluek!"usik Arin sebelum mencubit pipi tembam budak itu dengan penuh geram.Eee comel betul!
Alya mencebik.Manakala Puan Zainab hanya menggeleng melihat telatah anak - anak gadisnya itu.
"Rahsia lah sangat.Benci kakak!Cepat suap Alya makan!"
Arin tergelak.Begitu juga dengan Puan Zainab.Geli hati melihat tingkah comel Alya itu.
Tidak lama kemudian beberapa budak turut mendekati Arin dan Puan Zainab.Masing - masing minta suap!
"Amboi korang nii!"
To be continued..
Comment ✅
Vote ✅
Thanks ❤️❤️❤️