Avyren [βœ”οΈ]

By Fii_Aurora

39.7K 2.5K 476

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... More

Uno [1]
Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Cinque [5]

738 53 4
By Fii_Aurora

"Papa.. jangan tinggal adik dengan dia orang ni..". Aku memeluk papa dengan tangisan kepura-puraan.

"Dik, papa pergi satu hari je pun. Bukan pergi satu minggu. Melalak dia tu.. macam papa tinggal dekat sana terus"sakat Alang.

"Papa.. tengok"renget aku.

"Alang"tegur Along tegas. Terus mati sengihan Alang.

"Padan muka"kata ku dengan lidah aku keluarkan.

Alang berura mahu menarik rambut aku tetapi dihalang oleh papa. Terus terhenti tindakan Alang.

"Papa nak kamu berempat tolong tengokkan adik. Kalau jadi apa-apa dekat adik, tengoklah apa papa akan buat"ujar papa keras.

"Baik pa.."jawab keempat-empat abang aku serentak.

"And you princess, no more night hang out. Papa dah bagitahu parent Kaira". Ujar papa lagi. Kali ini dituju kepada aku.

"Siap bos. Hehehe"aku menayangkan sebaris gigi.

"Okaylah. Papa dengan along gerak dulu. Ingat papa pesan"tutur papa. Melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Ingat pa.."jawab kami berlima.

Sebelum mereka berangkat, sempat aku menyalami tangan papa dan along. Along menghulurkan dua keping note seratus kepada aku. Terus aku tersenyum lebar. Aku menapak ke arah empat orang abang aku dengan mengipas wajah aku menggunakan duit itu. Menganjinglah kononnya.

Angah, achik, alang dan uda memandang aku jengkel. Bebola mata digulingkan menyampah. Sebaik sahaja kereta milik papa keluar dari pekarangan rumah, aku terus berlari masuk ke dalam rumah untuk bersiap ke rumah Kaira.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku menuruni anak tangga sambil menggalas beg galas dan beg silang dibahu. Beg aku letakkan diatas sofa ruang tamu. Kaki ku atur ke arah dapur untuk membasahkan tekak aku.

Diruang tamu kelihatan alang sedang bermain video game didalam telefon bimbitnya. Selangkah kaki ku atur ke dapur, suara alang memanggil aku kedengaran. Aku mengeluh berat. Badan aku pusing menghadap alang.

"Nak apa?"tanya aku dengan wajah berkerut.

"Buatkan aku maggi"arah alang.

"Alah.. alang pergilah buat sendiri"rengus ku.

"Kau tolonglah buat kejap. Aku tengah fokus ni. Kalau tak aku report dekat papa"ugut alang.

"Ish! Bencilah. Ihh!!". Aku melangkah ke dapur dengan hentakan kaki.

"Aku dah siap tau nak pergi rumah Kaira. Time nilah dia nak makan maggi. Tadi tak nak makan pula"omel ku sambil tangan mengcapai segala barangan untuk memasak maggi.

Setelah 15 minit menukang didapur, aku membawa maggi alang ke ruang tamu. Mangkuk maggi aku letakkan di atas meja kopi berhampirannya.

"Selamat menjamu selera ya Tuan Mikael Royzie"tutur ku geram.

Alang bangun dari pembaringannya lalu duduk menghadap maggi.

"Wah.. ini baru namanya adik mithali"kata Alang.

Aku sekadar merengus. Bag sandang dan beg silang aku pacai lalu ku galas ke bahu. Alang yang sedang menghirup maggi memandang aku.

"Kau nak pergi mana dengan beg bagai ni?"tanya alang.

"Nak pergi rumah Kaira"jawab ku bersahaja.

"Okay. Bawa kereta elok-elok. Eh! Jangan lupa kirim salam dekat Kaira sekali". Alang tersengih mengangkat kedua keningnya.

"Ha! Kau jangan nak mengada. Aku tak suka kau mengorat kawan aku".

"Alah.. gurau sikit tak boleh"alang menayang sebaris giginya. Mata aku gulingkan dan terus menapak keluar.


Aku memasukkan beg aku ke dalam bonet kereta. Pintu bonet aku tutup. Tiba-tiba muncul seorang malaun tegur aku. Siapa lagi kalau bukan abang aku.

"Kau nak pergi mana ni?"tanya uda. Aku memaling melihat uda. Bajunya sudah lecun dibasahi peluh. Baru balik berjogginglah tu.

"Adik nak pergi rumah Kaira. Kenapa?"soal aku kembali.

"Ow.. okay. Kau jangan buat masalah pula. Aku kenal sangat perangai kau tu dik"pesan uda.

"Iya.. adik tahulah. Adik dah besarlah. Dah 18 tahun pun. Bukannya adik umur 8 tahun".

"Memanglah kau dah besar, tapi.. otak kau ni.. otak budak-budak". Uda menunjal kepala aku.

"Sakitlah.. iya.. adik janji.. adik tak buat masalah lagi"sebelah tangan aku angkat berikrar.

"Good. Dah, bawa kereta elok-elok".

"Iya.."aku memasuki perut kereta. Enjin kereta aku hidupkan dan gear aku masukkan ke R. Kereta aku mengundur. Aku menukar ke gear D. Pedal minyak aku tekan dan kereta aku meluncur keluar dari pekarangan rumah.

Uda hanya menghantar pandangan sehingga kereta milik aku hilang dari pandangannya. Telefon dikeluarkan dari poket seluar track. Satu nombor di dail lalu dibawa ke telinga.

"Hello, ha!Adik aku dah keluar. Okay"talian dimatikan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Siang sudah mula melabuhkan tirainya. Aku yang baru sahaja keluar dari bilik mandi Kaira menghampiri katil dimana Kaira dan Elisha berada.

"Babe, jom keluar"ajak aku sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Tak boleh lah Vy. Mummy and daddy aku dah pesan suruh duk rumah ja" kata Kaira.

"Alah.. mummy dengan daddy you kan pergi dinner. Dah tentu balik lambat. Kita keluar sekejap je. Lepas tu balik lah. I boring tahu tak.."renget ku.

"Erm.. macam mana ni?"tanya Elisha.

"Please.."pujuk ku membuat puppy eyes.

"Yalah-yalah.. janji tak keluaq lama. Kita keluaq sat ja tau. Satgi bukan aku ja yang kena sekali dengan hang berdua kena"kata Kaira.

"Yeay!!"aku dan Elisha bersorak keriangan.



Aku berdiri menghadap cermin sambil membetulkan tudung ku. Aku siap dengan mengenakan sweater berona merah jambu berbelang putih dan berseluar jeans hitam. Dikaki aku pula tersarung stoking.

"Dah siap?"Tanya Elisha.

"Dah"jawab aku mengcapai beg silang diatas katil.

"Jom. Nanti mummy aku balik susah pulak"kata Kaira.

Kami bertiga bergegas keluar. Kunci kereta aku buka. Badan ku bolos ke dalam kereta. Enjin kereta aku hidupkan dan aku terus memandu keluar dari kawasan rumah Kaira.

Dari kejauhan, terlihat sebuah motor kawasaki berwarna hitam sedang memerhati kereta aku keluar dari pagar rumah Kaira. Setelah memastikan kereta aku sudah jauh, dia menutup visor helmet dan enjin motor dihidupkan. Dia bergerak mengikuti jejak kereta aku dari jauh.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Kereta aku letakkan di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah. Melihat keramaian pengunjung di pusat membeli belah itu menaikkan semangat aku. Aku, Elisha dan Kaira keluar dari perut kereta. Kami melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah. Terpancar raut keriangan diwajah kami.

Sedang kami berjalan, langkah aku terhenti apabila melewati satu kedai buku. Aku menoleh ke kanan melihat ke dalam kedai buku itu.

"Vy, kenapa ni?"tanya Elisha.

"Jom ikut I kejap"aku menarik tangan Eisha dan Kaira memasuki kedai buku.

"Babe.. I tak nak masuk sini.."renget Elisha.

"Vy, tak nak lah.."kata Kaira. Aku tidak memperduli kata-kata mereka. Tangan Elisha dan Kaira ku tarik ke bahagian novel english.

Mata aku bergerak melihat tajuk pada setiap kulit buku. Elisha dan Kaira memandang aku hairan. Iyalah.. mahu tak hairan. Aku ni bukan jenis baca buku, tiba-tiba ajak masuk kedai buku.

"Vy, you cari buku apa ni? Tak pernah-pernah you baca buku. Tiba-tiba hari ni datang sini"tanya Elisha.

"Entah! Ka, hang dah kena sampuk dengan Daren. Mampuih. Hang nak jadi nerd macam dia ka?"Kaira bersuara.

Aku memejamkan mata aku dan menarik nafas aku sedalam yang boleh lalu aku hembus perlahan. Aku berpusing menghadap Elisha dan Kaira.

"Shhh!!. Bisinglah korang ni. Pot pet.. pot pet dari tadi. Baik korang tolong I cari buku. Lagi bagus"ujar ku.

"Buku apa yang you cari? Untuk siapa?". Tanya Elisha turut berdiri dihadapan rak buku itu.

"Kalau tak silap I tajuk dia Sherlock Holmes. I nak belikan untuk Daren"tutur ku sambil mencari buku itu.

"What?!!"terperanjat Elisha dan Kaira. Membulat mata mereka melihat aku.

Aku yang bercangkung mendongak memandang dua orang rakan aku itu dengan senyum.






Bersambung...

Ha! Siapa yang perhatikan Avyana tu? Uu~ misi memikat hati Mr. Nerd dah bermula.. berhasil ke? Stay tune.

Amore❤️‍🔥

Continue Reading

You'll Also Like

68.7K 4K 32
Syarikat dan dunia mafia. mampukah Hassanal mengawal kedua-duanya? Perkhawinan yang diaturkan oleh keluarga mempertemukan Hassanal dengan Sofia. Dise...
41.1K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
194K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
18.1K 1.5K 21
"Andwae!! Kenapa aku kena kahwin dengan namja berambut warna-warni tu?!" "Yah! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau? Huh!" β€’ "Kenapa kau tolon...