Avyren [βœ”οΈ]

By Fii_Aurora

35.5K 2.4K 475

[𝓒𝓲𝔁𝓽𝓱 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂] Avyana seorang gadis yang sangat popular di sekolahnya. Boleh dikatakan hampir satu s... More

Due [2]
Tre [3]
Quattro [4]
Cinque [5]
Sei [6]
Sette [7]
Otto [8]
Nove [9]
Dieci [10]
Undici [11]
Dodici [12]
Tredici [13]
Quattordici [14]
Quindici [15]
Sedici [16]
Diciassette [17]
Diciotto [18]
Diciannove [19]
Venti [20]
Ventuno [21]
Ventidue [22]
VentitrΓ© [23]
Ventiquattro [24]
Venticinque [25]
Ventisei [26]
Ventisette [27]
Ventiotto [28]
Ventinove [29]
Trenta [30]
Trentuno[31]
Trentdue [32]
Trentatre[33]
Trenta Quattro[34]
Trentacinque[35]
Trentasei[36]
Trentasette[37]
Trentotto[38]
Trentanove[39]
Quaranta [40]
Quarantuno[41]
Quarantadue[42]
Quarantatre[43]
Quarantaquattro[44]
Quarantacinque[45]
Quarantasei[46]
Quarantasette[47]
Quarantotto[48]
Quarantanove [49]
Cinquanta [50]
Cinquantuno [51]
Cinquantadue [52]
Cinquantatre [53]
Cinquantaquattro [54]
Cinquantacinque [55]
Cinquantasei [56]
Cinquanta sette [57]
Cinquantotto [58]
Cinquantanove [59]
Sessanta [60]
Sessantuno [61]
Sessantadue [62]
Sessantatre [63]
Sessantaquattro [64]
Sessantacinque [65]
Sessantasei [66]
Sessantasette [67]
Sessantotto [68]
Sessantanove [69]
Settanta [70]
Settantuno [71] Finale

Uno [1]

2.5K 99 27
By Fii_Aurora

"Babe, are you sure your dad tak marah kita balik lambat ni?". Tanya Elisya melurut rambutnya yang panjang diikat ke sisi.

"Chill lah.. papa I tak akan perasan punya I keluar"jawab aku selamba.

"Ye lah tu.. Ni, Hang boleh jalan cepat sikit dak. Aku rasa tak sedap hati ni"kata Kaira si gadis berambut pendek paras bahu.

"Ish! I tengah jalan lah ni."aku berdecit. Mana tak geram bila dua ekor tu duk himpit aku. Apa yang nak ditakutkan pun tak tahu.

Kami bertiga berjalan beriringan menuju ke kawasan perumahan dimana kami tinggal. Dalam pada kami berjalan, tiba-tiba aku, Elisya dan Kaira terdengar bunyi tapak kaki dari arah belakang. Terus langkah kami terhenti.

"Babe bunyi apa tu. I takut.."kata Elisya memeluk lengan aku.

"Shh.. hang ni. Jangan lah tegoq. Mak aku cakap kalau dengaq bunyi pelik malam-malam tok sah tegoq". Marah Kaira yang juga seorang penakut juga.

"Ish! Karut lah you ni". Aku memberanikan diri untuk berpaling. Sejurus sahaja aku memandang kebelakang. Terus aku terkaku. Aku kembali menoleh ke hadapan. Jantung aku berdetak dengan laju.

'Siapa diorang tu'bisik hati aku.

"Oi! Hang ni pasai pa?"Kaira bertanya sebaik sahaja melihat raut wajah aku berubah cuak.

"Girl. When i say run, you guys run fastly. Don't look back"kata ku.

"Kenapa?".

Tak!

Kedengaran bunyi tapak kasut selangkah kehadapan. Aku menelan liurku kesat. Jantung aku dah tak boleh duduk diam. Sekali lagi aku mendengar bunyi tapak kasut menghampiri.

"Run!!"teriak aku.

Sepantas kilat kami bertiga mula melarikan diri. Pagar perumahan aku tak adalah jauh sangat. Lebih kurang seratus meter lagi dihadapan. Aku, Elisya dan kaira memecut laju. Sesekali aku menoleh kebelakang. Kelihatan beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali mengejar dari belakang. Wajah mereka dilitupi dengan topeng putih. Menyeramkan.

Entah macam mana aku boleh pula tersadung batu. Tersungkur aku diatas jalan. Elisya dan Kaira sudah jauh dihadapan tanpa memandang ke belakang.

"Well, well. Nampaknya kita dapat makanan baru"kata salah seorang lelaki berbaju hitam dan bertopeng putih menghampiri

Aku lekas bangun. Kaki ku hayun untuk pergi dari situ. Tetapi malangnya, lelaki itu pantas menarik tangan aku. Tangan aku rentap agar dilepaskan tetapi gagal. Kudrat lelaki itu lebih kuat dari aku yang kecil lagi kerdil ni.

"Fulamak!! Cantik.. makanan baru.."ujar seorang lagi lelaki yang datang menghampiri.

Membulat mata aku apabila tiga orang lagi lelaki datang menghampiri. Aku cuak. Tak tahu nak buat apa. Kalau aku jerit, bukan ada yang dengar. Call papa? Mati aku nanti.

"Let me go!"Teriak ku meronta agar melepaskan tangan aku.

"Uish! Ganas perempuan ni. Lagi aku suka"kata lelaki yang lain.

"Bawak dia masuk van"arah lelaki terakhir berkemeja hitam serta bertopeng putih.

Hah?! Van? Diorang nak bawa aku pergi mana ni.

Tubuh kecil aku didorong mendekati van hitam yang baru sahaja tiba. Aku meronta dengan disulangi teriakkan meminta tolong. Kedua tangan aku yang di pegang kemas oleh lelaki itu ku tarik kembali.

"Let me go!!! Somebody!! Help me!!"teriak ku.

Tubuh aku didorong ke dalam van hitam. Aku menunjal pemijak kaki agar tubuh aku tidak terdorong ke dalam.

Dang!

Tiba-tiba van itu bergegar. Lelaki itu berhenti menolak aku. Aku turut terhenti meronta. Lelaki yang ada didalam van termasuk pemandu keluar dari perut van.

"Hello"sapa satu suara dari atas bumbung van. Aku mendongak. Kelihatan seorang lelaki bercangkung di atas bumbung van dengan berpakaian hoodie hitam menutupi kepala, mask hitam menutupi mulut dan hidung dan glove finggerless tersarung ditangan.

Lelaki itu merapatkan jari telunjuk dan jari tengah lalu dibawa ke sisi dahi melambai. Dia mengubah posisi cangkungnya ke posisi duduk. Sebelah kaki tergantung dan sebelah kaki ditongkat.

"So, korang buat kerja apa ya? Malam-malam macam ni?"tanya lelaki itu.

"Oi! Kau siapa!"bentak lelaki yang memegang tangan aku.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Sekarang, kau bagi perempuan tu dekat aku. Kalau korang tak nak sakitlah"tutur lelaki itu seperti bergurau.

"Kalau kau nak perempuan ni, kau turun sini ambil!".

"Woaw.. hahahaha. Aku bukan nak berlagak. Tapi, kalau aku turun, kau akan mati"lelaki itu tersenyum sinis disebalik mask hitam.

Lelaki itu menoleh ke arah aku. Aku merenung anak matanya dalam. Tidak lama. Hanya seketika sebelum dia kembali memandang sekumpulan lelaki yang menangkap aku.

"Kau nak perempuan ni sangat kan!"salah seorang lelaki bertopeng putih menarik aku merapatinya. Tubuh kecik aku dipeluknya lalu dia menghidu leher aku yang berbaluti tudung. Aku memejam mata ketakutan.

"As you wish"lelaki di atas bumbung itu mengjungkitkan kedua bahunya.

Dia berdiri diatas bumbung van tanpa rasa takut. Lantas dia melompat turun sambil sebelah tangan memegang atap van dan kakinya dihayun menendang beberapa orang dihadapannya.

Tersungkur empat lelaki itu diatas jalan. Terbeliak mata aku melihat keempat lelaki tadi terkulai diatas jalan tar. Terus k.o beb. Power gila mamat ni.

Lelaki yang memegang aku sedikit berundur. Aku dapat menangkap wajahnya mula kecut. Aku memandang lelaki tadi. Dia bergayut memegang atap van lalu menghayun tubuhnya melayang mendarat dihadapan aku.

"You will never run"kata lelaki
Dihadapan aku dengan suara dalam. Matanya tajam menikam lelaki disebelah aku.

Setapak lelaki dihadapan melangkah, setapak aku dan lelaki disebelah mengundur. Dengan kecutnya, lelaki yang memegang aku terus menolak aku ke arah lelaki berhoodie itu dan terus memecut lari lintang pukang.

Aku terdorong ke arah lelaki itu pantas lelaki itu menyambut aku. Aku mendongak memandangnya tanpa kata. Entahlah, mungkin masih lagi dalam situasi terkejut.

Tanpa berbicara, lelaki itu terus pergi menghilangkan diri meninggalkan aku sendiri disitu. Melihat sedikit pergerakan dari lelaki tadi, aku segera melarikan diri. Takut pula kena tangkap lagi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku menyusup masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Takut kalau papa aku terjaga. Aku berjengket ke arah tangga. Selangkah aku memijak anak tangga, lampu ruang tamu terpasang. Aku memusingkan badan aku. Terlihat papa sudah bercekak pinggang menghadap aku.

"Where have you been adik?".

"Am.. adik.. adik.."jawab ku gagap. Apa alasan aku nak bagi ni. Nak cakap study, aku bawa sling bag je. Aduh..

"Adik tahu tak dah pukul berapa sekarang ni?".

"Em.. pukul 2 pa. Papa tak tahu tengok jam ke? Ke.. papa rabun ni.."sempat pula aku bergurau.

"Menjawab!"Keras suara papa kali ini. Aku terus terdiam mati senyum. Kepala menunduk memandang lantai.

"Apa nak jadi dengan adik ni. Keluar malam, balik pagi. Tak macam anak dara langsung. Tak cukup ke papa bagi kebebasan selama ni? Kalau kena culik ke, apa ke. Siapa yang susah? Papa ada seorang je anak perempuan tapi itu pun susah nak membela..."

'Aduh.. dah start dah.. tazkirah papa ni haih.. tapi, lama juga aku tak dengar papa bertazkirah macam ni. Pagi ni boleh meletop pula.'tutur hati aku.

"Adik! Adik dengar tak apa papa cakap ni?". Aku tersentak. Laju kepala aku angguk.

"This is last warning ya Adik. After this, if i got you balik lambat lagi. You will get the punishment".

"Okay pa. Adik naik dulu ya. Penat. Esok nak sekolah. Night pa!!"aku melangkah menaiki anak tangga.

Sesampai di anak tangga terakhir, aku menoleh ke kanan. Terlihat abang-abang aku duk bertenggek di pagar beranda. Aku berdehem. Mereka memandnag aku dengan sengihan. Laju mereka lari memasuki bilik masing-masing.

Aku melangkah masuk ke bilik yang tertulis princess Avy dihadapan pintu. Tersergamlah ruangan bilik aku yang cukup luas dan besar. Semuanya hasil kerja abang-abang aku. Rugilah kalau ada abang engineer, arkitek dan interior tapi tak gunakan. Betul tak?.

Aku menapakkan kaki ke arah katil. Badan aku hempas diatas katil secara tiarap. Akhirnya aku dapat jumpa katil. Aku menggolekkan badan aku memandang chandelier. Kejadian tadi kembali terlintas di dalam kotak fikiran aku. Bayangan lelaki yang menyelamatkan aku, mula bermain difikiran.

"Siapa lelaki tu? Dan sekumpulan lelaki tadi tu siapa?"soal ku sendiri dengan dahi yang berkerut.




Bersambung...
Hai, selamat datang ke cerita Avyren. Apa pendapat korang tentang permulaan cerita ni. Komen tau. Jangan lupa tekan star. Supaya Fii semangat untuk tulis lagi.

Amore❤️‍🔥

Continue Reading

You'll Also Like

8.6K 506 36
Seorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua h...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
114K 5.5K 53
TYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu...
347K 7.9K 53
Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia membawa diri ke bandar politan untuk memulakan hidup baharu dengan kerjaya baharu. Namun lain pula yang t...