ššŽš•š„š‹: šŒš€ š’š–š„š„š“ āœ”ļøŽ

By byayfth_

28.9K 1.4K 19

1 [ COMPLETE ] Manusia kalau sudah suka, memang akan suka sampai tergila-gilakannya lagi lagi perempuan. Tet... More

ā€¢ BAB 1 ā€¢
ā€¢ BAB 2 ā€¢
ā€¢ BAB 3 ā€¢
ā€¢ BAB 4 ā€¢
ā€¢ BAB 5 ā€¢
ā€¢ BAB 6 ā€¢
ā€¢ BAB 7 ā€¢
ā€¢ BAB 8 ā€¢
ā€¢ BAB 9 ā€¢
ā€¢ BAB 10 ā€¢
ā€¢ BAB 11 ā€¢
ā€¢ BAB 12 ā€¢
ā€¢ BAB 13 ā€¢
ā€¢ BAB 14 ā€¢
ā€¢ BAB 15 ā€¢
ā€¢ BAB 16 ā€¢
ā€¢ BAB 17 ā€¢
ā€¢ BAB 18 ā€¢
ā€¢ BAB 19 ā€¢
ā€¢ BAB 20 ā€¢
ā€¢ BAB 21 ā€¢
ā€¢ BAB 22 ā€¢
ā€¢ BAB 23 ā€¢
ā€¢ BAB 24 ā€¢
ā€¢ BAB 25 ā€¢
ā€¢ BAB 26 ā€¢
ā€¢ BAB 27 ā€¢
ā€¢ BAB 28 ā€¢
ā€¢ BAB 29 ā€¢
ā€¢ BAB 30 ā€¢
ā€¢ BAB 31 ā€¢
ā€¢ BAB 32 ā€¢
ā€¢ BAB 33 ā€¢
ā€¢ BAB 35 ā€¢
ā€¢ BAB 36 ā€¢
ā€¢ BAB 37 ā€¢
ā€¢ BAB 38 ā€¢
ā€¢ BAB 39 ā€¢
ā€¢ BAB 40 ā€¢

ā€¢ BAB 34 ā€¢

692 29 0
By byayfth_

      SEBELUM pulang ke Pahang , Danish dan Seyraa berjalan jalan dahulu di pasar tani . Ada banyak makanan tradisional yang terjual di pasar tersebut .

      Seyraa kerja membeli , Danish pula kerja bawak keluar duit dari poket . Takpalah , belanja isteri murah rezeki dia . Setiap gerai Seyraa berhenti . Kalau ada yang minat , dia terus ambil .

       " Kau nak jadi gemuk ke ? Banyak makanan dah ni " Tanya Danish tak puas hati . Dia berdiri betul betul disebelah Seyraa . Memandangkan Seyraa pendek , dia merasakan Danish ni macam raksasa . Sebab kepala Seyraa hanya mencecah dada lelaki itu saja .

        " Bukan lah ! Aku beli untuk ibu , Along , Dahmi , mama , ayah , Yusuf . . " Kata Seyraa .

      " Elleh , bukan kau yang beli . Aku yang beli . Duit siapa yang kena pakai ? " Balas Danish .

      " Yelah , nanti aku ganti lah balik . Aku pun banyak duit tau ! " Kata Seyraa . Dia menjeling Danish .

     Danish mencebik . Berlagak , macam lah duit dia ada banyak . Danish menggeleng kepala . Tian tiba dia teringat akan kes dua malam dua hari lepas . Danish tersengih .

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

       DANISH bercekak pinggang di tepi katil sambil matanya tajam memandang ke arah Seyraa yang sedang baring seronok di atas katil sambil main telefon . Sepatutnya perempuan ni kena mandi , terkena hujan tadi .

     Danish mencebik memandang Seyraa yang masih boleh rilek bila dia hampir nak marah . Jangan sampai dia buat sesuatu yang tak pernah dijangka . Batu tahu siapa yang paling berkuasa dalam keluarga .

     Danish masih ingin berlembut .

   " Seyraa , mandi lah . Demam nanti " Kata Danish . Entah berapa kali dah dia ulang .

   " Tak nak . . hujan air sejuk . . " Balas Seyraa sambil menggoyangkan kaki . Danish menjenguk apa yang Seyraa tengok dekat telefonnya sampai tak nak lepas dari mata langsung .

    " Game tu bokeh berhenti kan ? Pergi mandi dulu kalau tak . ."

    " Kalau tak ? Kau nak rampas telefon aku ? Hah , no no no " Seyraa menjauhkan diri daripada Danish .

    " Tak , yang penting sekarang pergi mandi . Faham tak ? Isteri kena dengar cakap suami , kalau tak dengar ber , do , sa ?  Tak takut ke ? " Kata Danish .

    Seyraa merengek sambil menghentak kaki . Kakinya melantun disebabkan tilam yang empuk . Danish menggaru kepala . Dia maka nak berlembut . Dia terus mendukung Seyraa dan dibawa masuk ke dalam bilik air .

    " Aaaaaa !! Mama ! "

     ----------------

    Seyraa keluar daripada bilik air dengan tuala dua lapis . Satu untuk dia berkemban dan satu lagi dia menutup bahu . Dia terus duduk di atas katil .

     Sambil termenung jauh , Seyraa berasa marah sangat Danish . Kesucian dia dah hilang .  . . Seyraa rasa seperti nak menangis. 

    Kau tu dah jadi isteri dia Seyraa , buat apa nak merengek kesucian hilang pulak ? Otak membangkang sepenuhnya .

    Tapi aku malu . . Hati masih menangis .

    Danish keluar daripada bilik air sambil membawa tuala kecil . Tuala kecil dia mengelap rambut Seyraa yang basah .

    " Sejuk ke ? " Tanya Danish .

    Seyraa diam . Dia berpaling ke arah lain.  Danish senyum kecil .

    " Okay . Aku mintak maaf , aku tak patut buat macam tu " Danish memegang bahu Seyraa . Dia menarik wajah Seyraa lembut tiba tiba perempuan itu menangis . Danish gelabah .

    " Jangan ah nangis . Sorry la "

    " Kau ni , ee aku . Aku malu tau " Seyraa menunduk . Lelaki itu mengusap rambut Seyraa yang masih basah .

    " Buat apa nak malu , kita kan dah halal "

    Danish mengangkat muka Seyraa . Hidung perempuan itu merah sebab menangis . Mata dah bengkak sebab banyak sangat menangis .

     " Kita kan dah halal , so kita boleh buat sesuka hati je tau . Boleh buat lebih lagi "

   " Eeee !! Taknak dengar , taknak dengar ! "  Seyraa menutup telinga . Danish ketawa . Matanya mula fokus memandu .

    " Manjanya isteri aku ni , menangis macam baby " Kata Danish kemudian ketawa terbahak bahak .

    Seyraa menumbuk bahu Danish dengan geram . Dia boleh gelak pulak . Eee apa pasal lah dia pergi kenang malam dua hari lepas tu ? Eee !!

    " Betul tak ? Haa , kalau kau kuat menangis macam ni nanti anak kita pun lahir lahir kuat menangis jugak . Macam ibu dia " Kata Danish lagi .

    Seyraa mencebik .

   " Anak ? Lambat lagi "

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     Mereka sampai di rumah agak lewat kerana berhenti makan malam di pertengahan jalan tadi . Apabila sampai saja di rumah , Seyraa terus masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka .

    Mengantuk sangat . Dia malas nak buat kemas kemas baju dan barang . Apabila dia keluar daripada bilik air , lampu bilik sudah ditutup . Maybe Danish dah tidur . Kesian dia , penat drive .

    Seyraa mengelap mukanya dengan tuala kecil dan . . .

    " Aaaaaa !! "

    Tiba tiba ada orang menarik tangannya .

               ≻────── ⋆✩⋆ ──────≺

     BUNYI siren kecemasan di Jabatan Penyiasatan Jenayah membuatkan seluruh penghuni huru hara . Fikirnya ada kebakaran tetapi bunyi siren tersebut sengaja dipecahkan oleh seseorang .

      Danish serta yang dua orang pembantunya menunggu di bilik pemantauan CCTV . Dengan cara ini mereka boleh mengesyaki siapakah yang cuba menhuru harakan tempat bekerja mereka .

     " Stop ! Stop . " Danish mendekati screen yang memaparkan segala tempat yang dipantau oleh CCTV . Ada seseorang yang menarik perhatiannya .

     " Kebelakang sikit "

     Pengawal keselamatan itu mengulangi video rakaman CCTV tersebut .

     " Dah "

     Danish cuba mengamati susuk tubuh dan gaya pemakaian baju hitam tersebut . Najmy dah masuk penjara , habis ni penjenayah pulak ?

     " Kayla lukis ni " arah Danish . Kayka pembantu Danish melukis susuk tubuh tersebut . Danish menyuruh pengawal tersebut agar mengzoomkan lagi gambar. 

     Danish menyuruh Kayla melukis kerana dengan cara dan gaya penjenayah ini dia dapat mengenal pasti melalui orang di sekeliling . Dia rasa orang tu ada berdekatan dengan mereka tetapi tiada sesiapa yang tahu .

     Mungkin lambat laun nanti ada yang menjadi mangsa ?

     Dia pintu utama Kamal menggaru kepala serabut . Fahmi sedang duduk di lantai sambil memegang tangannya yang berdarah .

    " Dah call ambulan belum ?! " sergah Kamal . Kepala dia cukup serabut dengan semua benda ni .

     Tiba tiba ada orang berpakaian jaket hitam datang menyerang Fahmi dari arah depan . Kamal yakin niat orang tersebut nak tikam perut Fahmi , nasib Fahmi sempat mengelak dan pandai berlawan . Akhirnya terkena jugak sedikit pisau di tangan .

     Danish menuju ke kaunter apabila dilihat melalui CCTV seperti ada masalah yang berlaku .

     " Tuan Kamal , ambulan dalam perjalanan datang ke sini " Maklum seorang perempuan yang berada di kaunter tersebut .

    Kamal mengelap peluh kemudian menuju ke arah Fahmi .

   " Kau boleh bertahan kan ? " Tanya Kamal .

    " Boleh " Balas Fahmi . Tangannya semakin banyak darah yang keluar .

    Kamal nampak Danish terus da mengajak lelaki itu mengejar orang tadi . Rasanya tak jauh sangat , Jabatan risikan dah dapat jejak nombor pendaftaran kereta yang orang berjaket hitam tadi naik .

    Danish mengikat tangan Fahmi dengan kejap bagi mengelakkan pendarahan berlaku dengan banyak . Fahmi bokeh pengsan kalau darah kurang dalam badan .

    " Bertahan " Pesan Danish . Kemudian dia mengikuti Kamal menaiki kereta . Dua penolong mereka yang lain turut mengikuti .

     " Kayla , send gps dekat saya " Kata Danish . Kayla menghantar alamat nombor pendaftaran kereta kepada Danish kemudian terpapar dimana kedudukan kereta yang dinaiki oleh orang yang membuat kecoh tadi .

    " Maybe sempat kalau Abang Kamal . . "

     Kamal terus menekan minyak . Danish memandang ke arah Kamal disebelah . Kemudian tersenyum .

     " Kau ingat aku dah tua tak boleh buat drift ke ? " Tanya Kamal .

     Danish ketawa . Jujur dia katakan , Kamal masih kuat walaupun sudah hampir berusia .

  

Continue Reading

You'll Also Like

137K 13.2K 74
Kalau ada tiket free ke neraka...sesiapa mahu tak bertukar tempat dengan dia? Bukan sebab dia nak mati! Dia cuma nak tahu tempat mana yang lebih sero...
3.5M 307K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
560K 22.9K 53
Fayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang me...
314K 14.3K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...