NADINE SOFEA

By sayamelur

236K 19.9K 1.5K

COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang... More

2 - NADINE SOFEA
3 - NADINE SOFEA
4 - NADINE SOFEA
5 - NADINE SOFEA
6 - NADINE SOFEA
7 - NADINE SOFEA
8 - NADINE SOFEA
9 - NADINE SOFEA
10 - NADINE SOFEA
11 - NADINE SOFEA
12 - NADINE SOFEA
13 - NADINE SOFEA
14 - NADINE SOFEA
15 - NADINE SOFEA
16 - NADINE SOFEA
17 - NADINE SOFEA
18 - NADINE SOFEA
19 - NADINE SOFEA
20 - NADINE SOFEA
21 - NADINE SOFEA
22 - NADINE SOFEA
23 - NADINE SOFEA
24 - NADINE SOFEA
25 - NADINE SOFEA
26 - NADINE SOFEA
27 - NADINE SOFEA
28 - NADINE SOFEA
29 - NADINE SOFEA
30 - NADINE SOFEA
31 - NADINE SOFEA
32 - NADINE SOFEA
33 - NADINE SOFEA
34 - NADINE SOFEA
35 - NADINE SOFEA
36 - NADINE SOFEA
37 - NADINE SOFEA
38 - NADINE SOFEA
39 - NADINE SOFEA
40 - NADINE SOFEA
41 - NADINE SOFEA
42 - NADINE SOFEA
43 - NADINE SOFEA
44 - NADINE SOFEA
45 - NADINE SOFEA
46 - NADINE SOFEA
47 - NADINE SOFEA
48 - NADINE SOFEA
49 - NADINE SOFEA
50 - NADINE SOFEA

1 - NADINE SOFEA

13.2K 366 14
By sayamelur

"Nadine!"

Encik Adlee menjerit dari aras bawah. Pinggang dicekak sambil kepala mendongak ke atas menunggu kelibat anak gadis cantiknya itu muncul.

"Nadine! Dah siap ke tu? Cepat lah sikit. Harlem dah tunggu Nadine ni, nak." jerit Encik Adlee nyaring.

Sempat mata menjeling ke arah Harlem yang sepertinya gelisah. Rambut yang rapi tadi sudah kelihatan sedikit kusut kerana dari tadi kepala itu asyik di garu. Jam di pegelangan tangan juga entah berapa kali ditilik.

Melihat keadaan Harlem sebegitu rupa membuatkan Encik Adlee menjadi serba salah pula.

Si Nadine ni pun satu. Entah apa yang dia buat di dalam biliknya. Hampir satu jam Harlem menunggu tapi wajah cantik anak gadisnya itu belum muncul-muncul lagi.

"Nadine!" sekali lagi Encik Adlee menjerit.

"Uncle Adlee." Harlem berdiri lalu mendekati Encik Adlee.

"Harlem naik atas lah panggil si Nadine tu. Kitaorang dah lambat sangat ni, uncle." wajah Harlem kelihatan gelisah.

Encik Adlee diam seketika. Mata memerhati anak muda tampan itu atas bawah. Berat rasa hatinya mahu membenarkan lelaki itu masuk ke dalam bilik Nadine.

"Uncle, please." Harlem mencantum kedua belah tapak tangan tanda merayu.

Encik Adlee mendengus lemah. Lambat kepala mengangguk.

Harlem mengukir senyuman lebar.

"Thank you, uncle." Harlem terus membuka langkah menjejak kaki pada anak tangga.

"Tapi..." kaki Harlem tiba-tiba mati. Badan dipusing menghadap Encik Adlee semula.

Kening Harlem di angkat tinggi.

"Kamu jangan buat benda pelik-pelik pula nanti. Uncle ni lama tak pukul orang." ugut Encik Adlee halus.

Harlem ketawa kecil. Haih, ingat apa lah tadi.

"Iya lah, uncle. Uncle ni pun. Macam tak kenal Harlem pula. Okay lah, Harlem naik atas dulu. Sekejap saja. Uncle jangan risau okay?" pamitnya lalu meneruskan langkah naik ke atas.

Risau Encik Adlee itu langsung tak bertempat. Lagipun dia nak buat apa dekat Nadine tu? Dia dengan Nadine sudah berkawan dari kecil kut. Nak pandang si Nadine tu pun Harlem langsung tak bernafsu.

Kaki Harlem pantas menuju ke bilik tidur Nadine. Setiap selok belok rumah ini Harlem sudah arif benar. Rumah Nadine seakan rumah kedua buat Harlem. Begitu juga rumah Harlem. Nadine selamba keluar masuk rumah agam milik keluarganya sehinggakan ayah dan mama Harlem tidak terkejut apabila terserempak dengan Nadine di dalam rumah mereka.

Pintu diketuk kuat sebaik saja tiba.

"Nadine! Mana kau? Kita dah lambat ni. Nadine!" besar suara Harlem.

Masih belum ada respons. Harlem mula geram.

Memang nak kena perempuan ni. Harlem mendengus.

"Nadine-"

"Harlem." baru saja pintu hendak diketuk semula, wajah Nadine terpacul di muka pintu.

"Kau buat apa lama sangat dalam tu? Satu jam aku tunggu kau. Armani dah call aku, tanya bila kita nak gerak. Kau macam tak tahu mulut kawan baik kau tu membebel." marah Harlem.

"Sekejap, Harlem. Saya nak cari cincin saya. A-awak masuk dulu. Sekejap tau." Nadine kembali berlari ke meja soleknya dan menyelongkar semula laci serta bakul-bakul kecil di atas meja.

Harlem menggeleng kepala sambil membuntuti Nadine dari belakang.

"Cincin apa pula ni, Nadine?" Harlem bercekak pinggang memerhati Nadine ke hulur hilir tunduk berdiri membongkok, tegak mencari cincin yang disebutnya tadi.

"Ala, cincin yang awak hadiahkan untuk saya tahun lepas. Cincin tu hilang. Saya tak ingat saya letak mana. Sebelum ni saya selalu letak dalam kotak kecil ni. Tiba-tiba hari ini tak ada pula." Nadine menunjukkan kotak kecil warna merah jambu pastel kepada Harlem.

What the f-

Mulut Harlem ternganga sedikit.

Jadi, dia buang masa selama satu jam di bawah tadi hanya disebabkan Nadine mencari sebentuk cincin itu saja?

Ya Tuhan, Nadine!

Harlem mengetap bibir geram.

"Dah, tak payah cari. Kita gerak sekarang." lengan Nadine ditarik.

"Sekejaplah, Harlem. Saya nak cari cincin tu dulu." Nadine mengeraskan tubuh mematikan tindakan Harlem.

"Lepas kita balik nanti kau sambung cari cincin tu. Kau nak dengar mulut Armani tu bising ke kalau dia tahu kau belum sampai lagi? Nanti aku pula yang dipersalahkan sebab lambat bawa kau pergi sana." marah Harlem lagi.

"Tapi Harlem-"

"Stop. Simpan kau punya tapi tu. Kalau cincin tu betul-betul hilang, nanti aku belikan yang baru. Jom, gerak. Lambat dah ni, Nadine." lengan Nadine kembali diraih lalu mengheret gadis itu keluar dari bilik.

Nadine akhirnya terpaksa mengalah walaupun hati masih sedih dengan kehilangan cincin itu. Macam mana lah cincin itu boleh hilang sedangkan selama ini dia jaga dan simpan sebaik mungkin.

Dia sangat sayangkan cincin itu. Nadine sayang semua barang pemberian dari Harlem. Siap dia buat kotak khusus lagi hanya untuk menyimpan semua hadiah dan barang yang pernah diberikan oleh Harlem kepadanya.

"Ha, turun pun anak ayah." tegur Encik Adlee apabila menyedari Harlem muncul semula bersama Nadine. Surat khabar yang di baca tadi diletakkan di atas meja kecil.

"Uncle, kitaorang gerak dulu ya." Harlem mendekati Encik Adlee dan menyalami tangan orang tua itu.

Nadine yang hanya diam membisu juga turun menyalami tangan ayahnya. Encik Adlee sempat hairan melihat perubahan sikap Nadine petang itu namun dia diamkan saja.

Barangkali bergaduh dengan Harlem lah tu.

"Jangan balik lambat. Bawa Vespa kamu hati-hati, Harlem." pesan Encik Adlee.

Baik, uncle." sahut Harlem sambil mempercepatkan langkahnya mengheret Nadine keluar dari rumah.

"Sini kepala kau." Harlem mengenakan helmet warna merah jambu pastel pada kepala Nadine.

Matanya terpandangkan wajah Nadine yang masih monyok. Satu decitan halus kedengaran di bibir Harlem.

"Sudah-sudah lah tu, Nadine. Cincin saja kut yang hilang tu. Bukan duit 10 juta." dahi bersih Nadine diketuk dengan jari.

Nadine diam lagi. Hanya matanya saja bertindak menjeling Harlem tajam.

Cincin itu lebih berharga dari duit 10 juta. Harlem tak faham dan tak akan pernah faham!

"Naik cepat." Harlem mula membonceng Vespa biru kesayangannya. Enjin segera dihidupkan.

"Nadine?" wajah rajuk Nadine dipandang. Gadis itu masih berpeluk tubuh bersama bibirnya yang muncung sedepa.

Apa lah si Nadine ni? Hanya disebabkan cincin pun nak berdrama.

"Aku tinggal juga ni karang. Nak jalan kaki? Depan tu banyak anjing. Biar padan muka tu kena kejar dengan anjing nanti." ugut Harlem pula.

Nadine menghentak kaki sebelah tanda protes lalu bergerak membonceng di belakang Harlem.

Harlem menyembunyikan senyuman. Tahu takut bila dengar perkataan anjing.

"Pegang kuat-kuat. Kau tu dah lah ringan. Kalau kau jatuh pun aku tak sedar pula nanti." beritahu Harlem.

"Bisinglah awak ni. Ha, cepat lah jalan." Nadine akhirnya bersuara kerana terlalu rimas mendengar Harlem asyik berleter dari tadi.

"Senyumlah sikit. Janganlah tambahkan lagi kehodohan kau dengan muka monyok macam tu." usik Harlem menahan tawa. Lengan gadis comel itu disiku.

Dia dapat melihat wajah Nadine semakin berkerut melalui cermin sisi Vespa.

Muka Nadine kalau marah memang lawak dan comel.

"Tak payah sibuk dengan muka orang lah!" bahu Harlem dipukul kuat.

"Ouch!" Harlem mengadu nyaring.

"Muka awak tu bukannya handsome sangat pun sampai nak hina saya. Cepatlah jalan. Kata tadi dah lambat. Macam dia pula yang nak sambut birthday hari ni." bebel Nadine.

Harlem ketawa lagi.

"Baiklah, Nardine Sardine. Kita gerak sekarang."

"HARLEM!!!"

Sampai hati cakap kita sardine tau!

Makin nyaring tawa Harlem.

* * * * *

Sebaik saja tiba di rumah Armani, Harlem terus memarkir Vespa kesayangan di dalam garaj. Pergerakan Harlem yang tergopoh-gapah turun dari Vespa menghairankan Nadine.

"Eh, Harlem. Helmet ni nak letak mana?" soal Nadine setelah melihat Harlem melangkah pantas keluar dari garaj.

"Simpan dalam bilik Armani. Jangan hilangkan. Balik nanti tunggu aku. Tak payah sibuk-sibuk nak tumpang orang lain." pesan Harlem sebelum kelibatnya lesap dari garaj tersebut.

Nadine menggeleng kepala.

Pelik betul perangai Harlem hari ini. Salah makan barangkali.

Nadine pantas menanggalkan helmet dari kepalanya. Sempat wajah ditilik pada cermin Vespa Harlem untuk membetulkan rambut hitam ikalnya yang sedikit kusut.

Kaki melangkah keluar dari garaj untuk menuju ke pintu masuk utama rumah milik keluarga Armani.

Ramai tetamu yang rata-ratanya adalah rakan sekelas mereka sudah tiba di sana. Nadine sempat bertukar senyuman dan bertegur sapa sebelum mendapatkan Armani di dalam biliknya di tingkat atas.

"Yang ini tak lawa. Yang ini pula aku dah pakai tahun lepas. Takkan nak pakai lagi. Argh, stres lah macam ni!"

Suara Armani jelas kedengaran dari dalam. Nadine mengeleng kepala sambil tersenyum.

Kalau dalam dunia ini, orang stres sebab tak ada duit, Armani pula stres sebab tak ada baju nak di pakai.

"Hi guys!"Nadine membuka pintu.

Serentak Armani dan Leanna memandang Nadine yang tersengih di muka pintu.

Tahulah tu dia salah sebab datang lambat.

"Ni sorang lagi. Kau kenapa lambat, Nadine? Ni mesti Harlem lupa ambil kau kan?" marah Armani bercekak pinggang.

"Taklah. Mana ada. Saya ada hal sikit tadi." sengih Nadine lagi. Kaki terus menapak mendekati Leanna di atas katil.

"Kau datang awal pun tak guna, Nad kalau setakat nak tengok Armani ni berpuluh kali tukar baju. Itu tak kena ini tak kena. Dia tanya pendapat kita lepastu bila aku bagitahu pendapat aku dia tak suka pula." jeling Leanna memerhati Armani yang sibuk membelek tubuh pada cermin.

Jelas kelihatan wajah Leanna seakan bosan dan keletihan. Melihat Armani asyik bertukar baju serta mendengar bebelan gadis seksi itu seakan satu hukuman berat buat Leanna.

Armani membalas jelingan Leanna sambil menjelir lidah.

"Baju tu pun cantik apa?" tegur Nadine memandang dress warna mauve paras lutut yang tersarung pada batang tubuh Armani.

Ah, lagipun sahabat baiknya ini pakai apa pun memang lawa. Nadine memang sokong cita-cita Armani yang mahu menjadi model suatu hari nanti.

"Nadine, no! Kau tahu baru tiga hari yang lepas aku nampak pelajar baru kelas aku tu pakai baju yang sama macam ni. Menyesal pula aku beli!" bebel Armani geram.

Dress tersebut terus ditanggalkan di hadapan Nadine dan Leanna. Kedua sahabatnya itu hanya mampu menggelengkan kepala.

Cerewet Armani memang infiniti. Tiada siapa boleh lawan.

"Susah sangat kau bogel macam ni lah, Armani! Penat tau aku tunggu kau dari tadi. Jom, kita turun sekarang. Aku rasa so far dekat pekan kita ni belum ada lagi yang sambut hari jadi dengan berbogel macam kau ni. Ha jom." balas Leanna pantas berdiri menarik lengan Armani.

Sabar Leanna sudah capai tahap maksima.

"Ish, kau ni! Yalah. Kejap. Aku tukar baju lain." tangan Leanna di tepis kasar lalu masuk semula ke dalam bilik wardrobe.

Nadine ketawa kecil.

"Macam tu ajar dia." Leanna geleng kepala dan duduk semula.

Beberapa minit kemudian, Armani muncul semula dengan pakaian off shoulder dress warna pink pastel mengikut bentuk tubuh seksinya.

"You look sweet and sexy, bestie!" puji Nadine teruja.

"I know, baby." Armani dengan bangga memperagakan baju dan tubuh dihadapan dua orang sahabat baiknya.

"Puas hati dengan penampilan kau?" soal Leanna mencelah.

"Puas, Leanna Noa. Jom kita turun!" tangan Nadine dan Leanna diraih lalu mereka berjalan beriringan keluar dari bilik tidurnya.

Langkah Armani tiba-tiba terhenti usai saja mereka tiba halaman rumah.

"Kau kenapa ni? Jomlah. Semua orang tengah tunggu kau tu." Leanna hairan.

"Kenapa perempuan tu ada di sini? Bila masa aku jemput dia?" jelas kedengaran suara Armani menahan marah.

Serentak kepala Nadine dan Leanna mengekori arah pandangan mata Armani.

Nadine angkat kening tinggi. Hatinya terasa dicucuk-cucuk dengan sesuatu.

Cemburu kah dia?

Armani dan Leanna mengalihkan pandangan melihat Nadine. Setelah itu, mereka saling berpandangan.

"Sumpah, Nadine. Aku tak jemput dia pun." beritahu Armani sungguh-sungguh.

Nadine pantas melarikan pandangannya dari melihat Harlem bersama Lilia sedang berbual mesra di hujung sana. Senyum paksa di ukir pada bibirnya.

"Saya okay saja lah. Kenapa awak sampai nak bersumpah-sumpah pula ni?" tawa halus pula kedengaran.

Armani menggulingkan mata ke atas.

"Lakonan kau sekarang sangat kayu, Nadine. Kau boleh tipu diri sendiri. Tapi kau tak boleh tipu aku dengan Lea." balas Armani lagi.

Leanna di sebelah mengangguk setuju.

"Sampai bila kau nak pendam, Nadine? Dulu lagi aku dah nasihatkan dekat kau. Luahkan perasaan kau tu dekat Harlem. Kita jadi perempuan ni kena agresif sikit. Lagi-lagi kena pula dekat lelaki lembab nak baca perasaan perempuan macam Tengku Harlem kesayangan kau tu." Armani mengecilkan mata memerhati Harlem dan Lilia.

Menyampah!

"Si Lilia budak baru tu pun satu hal. Bila masa pula aku jemput dia? Tak malu. Ni mesti Harlem punya kerja ni. Memandai ajak dia." Armani mendecit sinis.

"Kita jangan cakap fasal benda ni dulu, boleh? Today is your day, Armani. Jangan lah nak rosakkan hari awak disebabkan saya." bahu Armani dipeluk. Senyuman masih terukir di bibir.

Armani dan Leanna saling berpandangan lagi. Serentak kepala di geleng.

Pandai saja nak menjawab!

"Armani! Buat apa lagi di situ? Mari sini cepat. Kawan-kawan Armani dah tunggu ni." kedengaran suara mama Armani memanggil.

"Okay, ma!"

"Jom." mereka bertiga kembali membuka langkah.

Nadine sempat membuang pandangannya ke arah Harlem dan Lilia sekali lagi.

Wajah bahagia Harlem menghadirkan senyuman pahit di bibir.

Jadi, itulah sebabnya kenapa Harlem begitu tergesa-gesa mahu datang ke sini.

Kerana Lilia.






So you guys dah kenal Harlem kan? Kenal tak siapa uncle Harlem? Ala yang you guys selalu kutuk-kutuk tu? 🤭

Continue Reading

You'll Also Like

7K 612 61
Meryam Ieirish X Zayn Qaiser 3 tahun mereka terpisah. Awalnya terpisah untuk melarikan diri dari lelaki yang menghancurkan dirinya. Namun takdir pert...
1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
1M 50K 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang men...
55.6K 1.8K 50
Helena Arissa Dato' Harris, seorang gadis seksi dan manja. Walau berpendidikan tinggi, dia tidak mahu bekerja. Hidupnya hanya berseronok dan memikat...