The Fall Theory

By raz577_

111K 7.2K 181

[Completed] ๐™ธ๐š—๐š๐š›๐š˜๐šž๐š๐šž๐šŒ๐š’๐š—๐š... Danish Lee bin David Lee. The Sweet Playboy. "I know why you fell. B... More

1. Prolog
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28. Tamat
29. Kata Akhir
30. Epilog

11

3.3K 222 4
By raz577_


Najmina cuba mengelak dari percikan air itu.

"Danish! Janganlah," jerit Najmina sambil berlari menjauh Danish.

Danish hanya tergelak. Dia semakin galak meneruskan perbuatannya. Gadis yang cuba menjauhi jejaka itu tersenyum lucu bila dia dikejar. Danish ni memang! Najmina biarkan kain yang dipakainya basah sehingga pangkal peha.

Pantai yang sunyi pada petang itu riuh dengan jeritan bersahut pasangan ini. Mereka bermain di tepi pantai di mana air hanya paras peha. Sanggup Danish menunduk semata-mata untuk mengocakkan air ke arah Najmina.

Angin hanya bertiup sipu-sipu bahasa. Namun mereka berdua rasa terlebih nyaman bila berada di tepi pantai pada petang ini.

Tudung Najmina beralun di tiup angin ketika dia berlari anak. Dia tak nak basah! Danish yang ketawa tak henti-henti itu tidak berhenti mengejarnya.

"Awak! Lari!," jerit Danish saja menakut-nakutkan.

"Kalau saya dapat tangkap, saya campak dalam air! Habislah awak basah!," ugut Danish sambil tergelak.

Najmina mengeluh penat. "Danish!,"

Dia berhenti seketika untuk menarik nafas. Namun bila Danish makin mendekat dia sambung larian.

"Dah lah! Saya stop lari, awak stop kejar eh? Danish Lee!," jerit Najmina cuak bila Danish buat tak dengar je rayuan dia.

Najmina berpaling ke belakang. Kenapa dia rasa dia makin perlahan ni? Asyik sangat pandang ke belakang... Selipar Najmina tercabut.

"Mak!," jerit Najmina kelam kabut.

Danish ada di belakang. Naya je kalau balik dalam keadaan basah lenjun!

Najmina tak tahu nak buat macam mana sampaikan dia cabut sebelah lagi selipar dan... Membaling ke belakang! Danish mengelak dengan mudah lalu tergelak.

"Haish!," jerit Najmina tak puas hati. Dahinya berpeluh. Berkaki ayam pun kaki ayam lah!

Tiba-tiba...

"Auch!," Najmina mengaduh bila kakinya terpijak cengkerang tajam.

Tak sampai seminit, Danish sudah berdiri di sebelahnya dan memegang bahu Najmina. Dari tadi dia berlari perlahan saja je. Kesian dengan Najmina yang tak akan mungkin dapat tandingi kaki panjangnya.

"Awak okay tak ni?," tanya Danish kalut. Dia membengkokkan badan dan mengangkat kaki Najmina tanpa amaran. Najmina yang terkejut itu terus tak seimbang dan hampir terjatuh.

Danish menyambut. Najmina tergamam bila pinggangnya dirangkul Danish. Mereka berpandangan seketika. Kemudian Najmina berdehem kekok dan menjauh. Dia cuba menyimbangkan badannya semula.

"Maaf," gumam Danish.

"Uhm,"

Najmina cuba anggap 'no hal lah'. No hal lah sangat sampai... pipinya bertukar warna.

Bila dia terlupa tentang kakinya. Dia cuba menapak namun sekali lagi dia mengaduh. Nyilu betul!

Kening Danish sedikit bertaut. Risau.

"Pegang bahu saya," arah Danish.

"Ha?," soal Najmina tak faham.

Danish menunduk sekali lagi dan memegang betis Najmina. Kali ni automatik Najmina berpaut pada bahu Danish. Danish tahan senyumannya. Dia kena nampak serius!

Kaki Najmina dibelek.

"Ayok, awak. Teruk ni berdarah," komen Danish dengan nada risau. Habis berpura-pura dah nada dia tu.

Riak wajah Najmina berubah panik. Biar betul? Patutlah sakit semacam.

"Ada cengkerang yang termasuk dalam kaki saya ke?," tanya Najmina dengan nada sebak jika didengari dengan teliti. Dia nak menangis. Kakinya masih berdenyut.

Danish mengangguk serius. Menipu.

"Macam mana ni?," tanya Najmina dengan nada mendayu.

Kesian pula Danish dengar. Danish berdehem kuat. "Nampaknya terpaksalah saya gendong awak sampai kereta," ujar Danish sambil mengeluh. Dalam hati, tersenyum.

Najmina mendepakan tangannya. Danish tahan gelak. 'Comel betul lah dia ni,' detik hati Danish lucu.

"Come hug me, darling,"

Danish tiru gaya Najmina. Najmina yang menjinjit sebelah kakinya itu mencebik. "Danish Lee!,"

Danish tergelak kuat. Dia menggeleng sambil mendukung Najmina. "Jom balik?,"

"Jom...," nada sedih Najmina membalas. Dia belum puas bermain sebenarnya. Bukan selalu dia rasa seronok macam tadi...

Kaki dia pula buat hal. Eh tak. Selipar. No. Kulit kerang tak guna tu! Mood Najmina tak begitu baik sepanjang di dalam kereta. Danish mula rasa bersalah.

"Saya minta maaf, awak," pinta Danish tiba-tiba.

Najmina menoleh pada Danish yang sedang memandu itu.

"Saya tipu. Kaki awak okay je. Cuma berdarah sikit. Tak ada tertusuk kulit cengkerang pun," jujur Danish perlahan.

Najmina buat tak dengar. Dia tak marah ada rasa marah pun terhadap Danish. Eh jap.

"Aik kenapa awak ti--,"

Danish tersenyum senget. "Sebab nak dukung awak lah. Apa lagi?,"

Najmina menaikkan mata hitam ke atas. Najmina tahu Danish suka bagi ayat macam tu untuk buat pipi dia khianati tuan badan.

"Nak tahu kenapa awak jatuh tadi?," tanya Danish serius.

Najmina mengangkat kening namun dia merenung ke luar tingkap kereta.

"Because it's a warning before you fall in love with me," jawab Danish bersahaja.

Cia cia--

"Hish," gumam Najmina. Dia tak nak menoleh ke sebelah kali ini. Warna pipinya harus disorok!

Kenapa jantungnya berdegup kencang sekarang? Dia berdebar ke? Kenapa rasa macam ada rama-rama dalam perutnya yang terbang mengelupur hingga ke peparu?

Danish lah punya pasal ni!





~~~

"Balik dah anak-anak mak?," tanya Puan Kalsom dengan senyuman lebar.

Apabila melihat Najmina yang memeluk lengan Danish, Puan Kalsom cuba menyorok rasa terujanya. Senang betul hati tua nya bila pasangan ini nampak mesra macam ni.

"Kaki Mina luka, mak," adu Najmina. Manja.

Danish hanya menggeleng kecil. Najmina pandai bermanja juga rupanya. Tapi bukan dengan dia. Dengan Puan Kalsom saja.

"Lah... Kesian anak kesayangan mak ni,"

Danish berdehem kecil. "Mak kata Danish anak kesa--,"

"Danish anak lelaki kesayangan mak," potong Puan Kalsom terus. Nada malas melayan. Biasa sangat dengan Danish yang suka mengada ni. Dah beristeri pun manja lagi dengannya.

Najmina tersenyum lucu.

Danish pula hanya menunduk redha bila tak dilayan. Dalam hati, dia tersenyum kecil. Entah kenapa tak ada rasa cemburu. Mungkin sebab dia dah kenal Najmina macam mana. Memang layak dapat kasih sayang lebih dari orang sekeliling.

"Mak letak mana eh minyak gamat? Danish nak sapu kat kaki Mina," tanya Danish.

Puan Kalsom tersenyum suka. "Jap mak ambilkan,"

Puan Kalsom kembali dengan sebotol minyak gamat dan memberikannya kepada Danish.

"Danish masuk bilik dulu ya," Danish pinta diri.

Puan Kalsom mengangguk-angguk. Ingin mereka berdua berdua-duaan secepat mungkin. Danish memimpin Najmina berjalan dengan memeluk bahunya. Mereka masuk ke dalam bilik mereka.

Ya. Memang mereka kena sebilik bila di sini. Memang taklah mereka nak bocorkan rahsia yang mereka tidur berasingan. Mahu Puan Kalsom kejar mereka dengan parang keliling kampung. Kemudian membebel kata mereka buang tabiat. Atau buat kerja yang tak pernah dibuat orang.

Danish dudukkan Najmina di atas katil. Dia melutut di situ dan menyelak sedikit kain Najmina yang basah. Najmina menahan kekok dan rasa tak selesanya. Betisnya tertayang begitu sahaja namun dia tidak mampu berkata apa-apa.

Jari Danish menyentuh tumitnya. Najmina mengaduh kecil. Kemudian Danish menyapukan minyak gamat di kawasan itu.

"Dah siap," kata Danish. Dia bangun berdiri. Senyuman dihadiahkan seperti biasa.

"Saya nak keluar mandi jap," maklum Danish.

Beg pakaian yang tersandar di tepi dinding di tuju. Boxer, t-shirt putih dan seluar track dikeluarkan. Tuala di penyangkut baju dicapai. Kemudian dia keluar dari bilik.

Najmina menghembus nafas lega bila kelibat Danish menghilang. Najmina meletakkan tangan di dada. Jantungnya berdegup kencang. Dia menunduk sedikit untuk melihat kakinya. Serta merta perbuatan Danish yang lembut tadi terbayang. Najmina menggeleng laju. 'Syuhh... Syuhh!,' bayangan itu cuba dihalau.

Danish makin kerap buat jantung dia berdegup kencang. Najmina mula panik. "Nahh," gumamnya cuba menyedapkan hati sendiri.

Playboy memang ada knack untuk buat perempuan rasa macam ni. Najmina harap ni perkara biasa. Mungkin aura Danish yang menaikkan kadar denyutan jantungnya. Aura playboy. Bukan Danish. Ya.






Continue Reading

You'll Also Like

507K 15.1K 75
โš Known As: MY TEARS!โš  SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...
404K 15.6K 63
[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Di...
28K 1.4K 34
Setiap rumah tangga pasti ada ujiannya. "Just like this Dahlia Natasya?"-Zafril Zafril cuba menepis segala fikiran negetif terhadap isterinya. "Apa y...
50.7K 2.2K 14
2 0 2 0 [KARYA 1] T A M A T S H O R T S T O R Y Know as 'Cinta Itu Bukan Untukku' *Ditulis ketika newbie *Abaikan segala typo/grammar Dia Hanyalah S...