8

3.3K 240 2
                                    

"Mempersilakan Encik Fakrul dari JTC Holdings untuk berucap!," laung pengacara majlis dengan bersemangat.

Encik Fakrul bangun dari kerusinya. Najmina dah mengeluh bila sedar yang bosnya itu terlupa untuk pakai tali leher. Najmina menoleh ke sebelah.

"Najwan, pinjam tali leher," gumam Najmina.

Najwan sedikit terpinga namun dia hanya menurut. Tali lehernya dicabut. Najmina terus mengambilnya dan berdiri. Encik Fakrul ditahan sebelum sempat lelaki itu beredar dari meja mereka ini.

"Bos,"

Encik Fakrul tersenyum tanda terima kasih bila tersedar apa yang dia lupa. Dia mengambil tali leher yang diberikan itu dan memakainya. Dia terus melangkah ke pentas dengan langkah berkarisma.

Encik Fakrul ni boleh tahan berupa tapi perangai yang clumsy dan pelupa tu je masalah. Najmina menarik nafas lega dan kembali mengambil duduk.








~~~

Siapa kata dia akan seronok dalam majlis ini?

Okay. Fine. Najmina tarik balik kata-kata dan semangatnya sebelum datang tadi.

Perempuan yang baru saja melanggarnya tadi mengaduh sakit. Najmina menarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Habis gaunnya basah dengan air yang tertumpah dari gelas perempuan itu.

"Hey you!,"

Najmina mengangkat pandangan. Mood dia dah ke laut bila bajunya sudah kotor. Tak lah kotor tapi basah dengan air manis! Nak aje dia maki perempuan tu tapi nasib baik Najmina ni jenis penyabar dan tak suka cari pasal.

"Kenapa ni?," sapa seseorang.

Najmina menoleh ke belakang bila perempuan yang bersalah itu tersenyum gedik dengan kehadiran suara lelaki tersebut.

'Haa Danish?,'

Najmina hanya senyap. Danish memandang Najmina dan perempuan itu bersilih ganti. Kemudian dia faham apa yang jadi.

"Awak okay?," tanya Danish.

Najmina ukir senyuman kelat. "Okay je," dia mengumam perlahan. Tak jujur.

Najmina rasa nak nangis. Dah lah dia asyik ke hulu ke hilir uruskan hal majlis ni bagi pihak bos dia lepas tu kena hadap perempuan yang tak reti minta maaf dan tak beradap macam ni. Lepas tu, gaun kesayangan dia tercemar pula tu! Sekarang ni dia tak tahu nak buat apa. Malu!

Dia belum boleh balik tapi takkan lah dia nak ke hulu ke hilir dengan gaun yang basah  di permukaan bahu hingga ke lengan? Ni semua salah perempuan yang terpelecok itu tadi. Dah pendek pendek je lah. Ni nak nampak tinggi dengan cara pakai kasut tumit tinggi yang berinci-inci dah kenapa? Baju pula ketat semacam kan nak bergerak pun susah.

Sakit hati betul lah! Najmina menahan perasaan sambil tayang muka tenang.

Tiba-tiba bahunya terasa memberat. Najmina memandang ke tepi. Danish tersenyum lembut lalu membaluti kot hitam miliknya ke Najmina. Kesan air tumpah itu sudah tidak kelihatan. Tiba-tiba Najmina nampak Danish seperti bercahaya. Mungkin lampu dewan ini saja mahu meyerlahkan lagi figura sempurna Danish. Senyuman memujuk yang terukir di bibir Danish betul-betul magis. Sekelip mata semua kemarahan dan rasa nak nangis Najmina hilang.

Srtt...

"Sorry, Najmina. Date I hari ni bermasalah sikit," ucap Danish dengan rasa bersalah yang jelas. Dia betul-betul rasa bersalah sekarang ni. Kesian Najmina.

Najmina hanya mampu terkedu. Tak tahu nak menjerit terima kasih atau menjerit marah. Danish buat dia rasa bercampur baur. Antara terharu dan bengang. Date Danish rupanya! Sia-sia je jantung dia berdegup laju tadi.

Perempuan tak guna itu tadi bersuara tak puas hati.

"Danish, you tak kisah pun pasal I! I hampir jatuh tau!," adunya.

Danish mengangguk cuma. "Ya ya,"

Najmina malas nak saksikan sketsa mereka jadi dia beredar dulu dan pergi uruskan hal lain. Banyak lagi urusan yang dia kena selesaikan. Semua tetamu yang datang perlu diberikan kad atur cara majlis lagi. Fyuhh... Memenatkan!

Danish menghadap perempuan bernama Auni itu.

"You tumpahkan air pada gaun dia. Tapi you tak sempat jatuh pun. And where is your apologise? Lagipun salah you sebab tak dapat imbangkan badan. Look at your heels. Bahaya tau tak. Dah lah. You duduk elok-elok kat sana, okay?," pujuk Danish lembut.

"Danish, you membebel ke ni? Ish I tak naklah duduk diam je macam orang bodoh," bentak perempuan itu tak puas hati.

Danish menarik senyuman hambar. "Then you jatuhlah macam orang bodoh kat semua tempat. Tengah-tengah orang lagi bagus," balas Danish sinis.

Dia dah malas nak layan. Dia bawa perempuan ni pun sebab saja je tak ada pasangan. Kalau dia tahu macam ni... Mati hidup balik pun dia sanggup nampak lonely seorang diri di majlis ini.

Sekarang ni Danish harap sangat Najmina tak terasa hati atau marahkan dia. Hurm... Danish melilau memandang sekeliling. Mana Najmina ya? Dia rasa macam kena minta maaf sekali lagi.





The Fall TheoryWhere stories live. Discover now