20

3.5K 226 6
                                    

Riyyan mengangkat kening bila seorang lelaki memaut bahu Najmina dengan selamba. Gaya Danish playboy habis.

Najmina be like 'haa' bila Danish jadi lain macam. Aura playboy kuat sangat. Najmina pandang Riyyan kekok. 'Haih... Mesti Riyyan salah faham,' fikir Najmina.

Riyyan mula rasa geram. 'Lelaki ni nak mainkan Mina?,' soal fikiran Riyyan dengan hati yang tidak puas.

"Tak ada orang lain ke boleh jadi mangsa?," tanya Riyyan dengan tenang.

"Kenapa Mina?," tanyanya lagi.

Danish tersenyum sinis. 'Mina?,'

"Suka hati aku. Isteri aku. Mangsa pun mangsa lah. Apa kaitan dengan kau? Kau siapa? Kawan isteri aku ke?," tanya Danish. Mencabar.

Riyyan terkedu. Baru Riyyan perasan yang Najmina tidak menepis pautan Danish di bahunya. Dia menarik nafas panjang. Cuba bertenang. Auch... Kecewanya hati ini.

"Kita dah lama lost contact. Ni nombor saya. Jangan lupa chat tau," kata Riyyan seraya menghulur sekeping kad kecil.

Najmina menyambut. "Haa okay," balas Najmina.

Riyyan hendak bersuara lagi namun dia terpandang sesuatu. Kotak yang dipegang Danish buat mata dia terbuntang.

"Saya pergi dulu," selepas meminta diri, Riyyan terus beredar dari situ.

Danish menyimpan senyuman sengetnya yang terukir.

Najmina berpaling ke sebelah. "Awak macam nak cari gaduh je?," komen Najmina.

"Ya. Memang pun," balas Danish selamba.

Najmina hanya menggeleng kecil. "Kawan lama je,"

"Yang suka awak," sambung Danish.

"Apa yang awak beli?," tanya Najmina cuba tukar topik.

Danish terkaku dengan soalan itu. Kotak di tangannya di sorok di belakang badan.

"Tak ada benda sangat pun," dalih Danish. Telinganya memerah.

"Tak nak letak dalam bakul?," tanya Najmina.

Danish hanya menggeleng.

"Okay. Saya nak cari semua barang dalam senarai," kata Najmina.

Danish seperti nak cakap sesuatu namun teragak-agak.

"Hm?," soal Najmina hairan.

"Saya nak bayar barang saya jap. Awak beli sendiri boleh? Saya bagi kad," tanya Danish.

Najmina menggeleng. "Tak apa. Saya ada bawa duit. Awak pergilah," kata Najmina.

"Saya tunggu di cafe depan sana tu. Lepas awak siap, awak datang kat situ. Lepas tu, kita makan dulu sebelum balik," pesan Danish.

"Okay," balas Najmina.



~~~

Di apartment mereka...

Najmina sedang menonton cerita hantu. Danish keluar dari biliknya. Dia menuju ke ruang tamu dan mengambil duduk di sebelah Najmina.

"Awk tengok apa?," tanya Danish. Skrin televisyen dipandang. 'Benda yang tak seram sangat ni?,' komen Danish bosan.

Najmina pun tenang sahaja bersandar di sofa.

"Cerita hantu," jawab Najmina.

Danish hanya meng-ohh.

"Uhm... Sayang...," panggil Danish.

Tangan Najmina dicapai dan dia satukan tangan mereka.

"Awak chat ke mamat supermarket tu?," tanya Danish.

The Fall TheoryWhere stories live. Discover now