7

3.3K 248 7
                                    

Najmina menyanyi kecil sambil menyidai baju. Hari ni hari minggu dan walaupun dia jarang cuti di hari Sabtu macam ni... Tapi hari ni dia bertuah sebab dapat cuti macam orang lain. Yeay to Najmina!

Bila free je lah dia sempat buat kerja rumah walaupun hanya membasuh dan menyidai baju yang tak sampai sebakul.

Selain dari tu, tak ada kerja yang boleh dia buat. Setiap tiga hari akan ada pembantu rumah yang bersihkan dan buat apa yang patut. Lagipun penghuni rumah ni kedua-dua nya sibuk. Jarang ada di rumah jadi datang mana nya nak kotor atau berselerak, kan? Hanya habuk sikit-sikit je lah.

Najmina menyanyi kecil sambil tersenyum suka. Seronoknya bila tak kena pergi kerja...

"Najmina?," suara seseorang kedengaran.

Najmina terkaku. Eh? Ohh... lupa ada penghuni lain selain dari dirinya dalam rumah ini. Nampaknya Danish baru bangun tidur dengan singlet hitam nya dan seluar pendek. Dia keluar dari pintu bilik tidurnya. Rambut lelaki itu sedikit tak terurus.

"Awak sidai baju ke?,"

"Hm... Haah?," jawab Najmina tidak pasti. Ya ke dia tengah sidai baju? Najmina pandang tangannya sendiri. Kemudian mengangguk. Yup. Dia tengah sidai baju.

Penyangkut baju di balkoni apartment ini dipandang. Haah. Ya. Haish... Jangan lah tegur tiba-tiba. Terus blur nanti si Najmina ni. Lepas tu mulalah kekok bila rasa bodoh sangat.

'Awak lapar ke?'

'Err... Sarapan pagi ni--,'

'Biasa kita breakfast kat luar so tak tahu bila cuti macam ma--,'

'Awak baru bangun tidur kan mesti awak lapar. Saya boleh pergi beli--,'

'Awak breakfast kat luar ke macam ma--,'

Kekok. Kekok. Tak sesuai. Tak sesuai. Pelik. Macam pelik. Akhirnya Najmina pilih untuk tak cakap apa-apa. Hmm... Haih.

Danish menuju ke dapur. Najmina tak tahu nak buat apa. Patut ke dia teruskan sahaja sidaian dia? Mak, dia tak tahu!

Danish membuka peti sejuk. Kosong. Dia mengeluh. Kabinet dapur pula dibuka. Stok Nescafe pun dah habis. Cereal pun tak ada. Danish mengeliat kecil.

"Arghh malasnya nak keluar," gumam Danish.






~~~

Najmina keluar dari biliknya.

Danish yang sedang melepak di sofa ruang tamu mengangkat pandangan.

Danish terkedu. Dan tergamam melihat gadis itu cantik berhias. Najmina memakai gaun berwarna ungu lembut yang agak labuh dan berlengan panjang. Potongan gaun ini sungguh sempurna dipadankan dengan bentuk badannya. Gaun itu tidak ketat namun tidak juga longgar. Cantik. Manik-manik yang berbentuk bunga-bunga kecil menghiasi hujung gaun dan pergelangan baju. Tudung yang dipakainya pula berwarna baby pink. Harmoni dipadankan dengan gaun tersebut. Purse handbag pula dipegang sahaja.

"Syarikat saya ada majlis. Jadi... Er...," Najmina mula serba tak kena bila Danish memandangnya begitu.

Kenapa? Tudung dia senget ke? Najmina ingin membetulkan awning tudungnya bila Danish masih tak henti-henti merenungnya.

"Bidadari?,"

Pftt... Najmina tersenyum lucu. Lalu menggeleng kepala. Terus dia jatuhkan semula tangannya ke sisi. Danish ni pandai mengusik. Habis pipinya memerah.

Danish berdehem kecil dan tersengih. Nak tutup reaksi tergamam dia tadi yang memalukan. Macam tak pernah nampak perempuan cantik! Playboy apakah macam ni. Memalukan betul imej dia.

"Charity ball yang hari tu kan?," tanya Danish.

Majlis itu telah bertangguh. Selepas berbulan-bulan dari tarikh asal, baru hari ni majlis besar-besaran itu akan diadakan. Mood Najmina hari ini baik sebab dia dapat menikmati malam di majlis yang meriah dan bermanfaat. Jadi dia tersenyum.

"Haah. Awak tak pergi?," tanya Najmina. Tertanya-tanya.

Hari tu Danish kena pergi luar negara atas sebab kerja waktu tarikh lama majlis ini ditetapkan. Sekarang boleh lah kan?

"Saya tengah tunggu suit saya sampai,"

"Ohh,"

Najmina mula bersiap hendak keluar.

"Saya ada sediakan kasut untuk awak. Cubalah tengok padan ke tak?," laung Danish dari ruang tamu.

Najmina tersengih lebar bila dia lihat ada sepasang kasut tumit tinggi yang berkilau di dalam rak kasut itu. Sepasang kasut yang kelihatan ala-ala kasut kaca Cinderella itu dicapai.

"Terima kasih, Danish!," ucap Najmina sepenuh hati.

Dia menyarungkan kasut tersebut. Perfect. Kasut yang umpama dicipta untuk dia.

Najmina berdiri tegak. Cuba menyelesakan diri dengan kasut itu. 'Wahh... Selesanya,' komen Najmina teruja.

Kemudian dia membuka pintu rumah dan keluar dengan langkah bersemangat dan elegan. Yalahkan dah bersiap macam puteri mestilah kena jaga gaya pergerakan. Najmina tersenyum lebar.

"JTC Holdings Charity Ball... I am coming!,"






The Fall TheoryWhere stories live. Discover now