17

3.2K 231 11
                                    

Api dapur yang menyala itu berlaga dengan permukaan periuk. Najmina memasukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar ke dalam minyak yang sudah panas itu.

Kemudian kepingan dada ayam yang dihiris nipis itu dimasukkan. Rempah yang sudah disalut pada kepingan daging ayam itu menaikkan semerbak bau enak di ruangan dapur itu. Najmina tersenyum kecil.

"Sayang nak masak apa ni?," suara Danish berbisik perlahan kedengaran.

Najmina terkejut kecil. "Danish," tegur Najmina geram. Dekat dapur pun nak menyendeng macam ni. Najmina hanya menggeleng kecil namun tersenyum. Dia dah nak sorok tapi Danish sempat tangkap.

"Oo... Awak suka eh gelaran tu. Okay cun! Saya panggil awak macam tu eh lepas ni?," tanya Danish teruja.

Najmina menggeleng cuma. Kepingan dada ayam di dalam periuk itu diterbalikkan. Dia biarkan sahaja Danish yang berdiri rapat di belakangnya itu.

"Awak nak... saya tolong apa-apa?," tanya Danish dengan nada romantis.

"Awak boleh tolong ke tepi," balas Najmina mengusik.

Danish hanya Danish. Dia buat tak tahu. Danish tersenyum manis untuk Najmina.

"Kenapa awak tiba-tiba nak masak makan malam ni?," tanya Danish.

Najmina tersenyum dan berpusing ke belakang. Dia hanya biarkan Danish mengepungnya. Kedua-dua belah tangan Danish berpaut pada bucu kabinet dapur dibelakang Najmina.

"Sebab saya nak berterima kasih," jawab Najmina.

"Ohh ya ke?," soal Danish lagi.

Najmina mengangguk dengan senyuman. "Awak dah jadi hero saya untuk kali ketiga," kata Najmina.

Danish tersenyum. "Saya akan tetap jadi hero awak untuk kali seterusnya," balas Danish.

Najmina memandang mata coklat cair Danish. "Terima kasih,"

Pandangan Najmina dibalas Danish. Mereka memandang satu sama lain dengan pandangan hangat. Lama.

"Sama-sama," balas Danish sebelum memutuskan pandangan mereka. Jantung dia berdegup kencang. Danish rasa teruk apa yang Najmina dah buat pada dia. Dia jatuh. Dia jatuh teruk.

Najmina berdehem halus dan berpusing supaya tidak menghadap Danish. Dia cuba fokus pada masakannya.

Lepas ni dia nak rebus mi. Kemudian buat sos spagetti. Najmina baru tahu tadi yang Danish suka spagetti carbonara daripada bolognesse. Cendawan butang, lobak merah dan daun sup sudah dicincang halus. Tunggu hendak dimasukkan dalam sos kuah sahaja.





~~~

Hidangan di atas meja makan kelihatan menyelerakan. Najmina tersenyum lebar melihat habis kerjanya. Dah lama dia tak masuk dapur... Nampaknya dia belum lagi sepenuhnya kekok.

Cuma ada lah dua tiga benda lucu yang dia buat. Macam bawang melompat sewaktu hendak dipotong. Periuk terjatuh. Senduk terpelanting. Haih... Najmina bila di dapur boleh tahan haru biru.

Danish yang menyaksikan semua itu pula nampak seronok benar melihat Najmina yang sedang bersungguh-sungguh itu melakukan perbuatan lucu. Najmina hanya mampu menahan geram bila Danish seperti mengejeknya apabila mengatakan dirinya nampak sangat comel ketika di dapur. Najmina tak percaya yang Danish bercakap benar. Dia nampak macam orang tak betul adalah!

Tapi siap juga makan malam mereka hari ini. Najmina berjaya dengan seratus peratus. Rasa masakannya juga sedap.

"My wife is so wife material," puji Danish.

The Fall TheoryWhere stories live. Discover now