12

3K 223 3
                                    

Danish tersenyum lembut apabila melihat skrin telefonnya. Gambar Najmina yang berlatarkan pantai itu ditangkap semalam. Dia curi-curi tangkap.

Entah kenapa bila melihat Najmina yang sedang menghadap laut sambil menikmati pemandangan itu nampak terlalu indah. Dia terus senyap-senyap snap gambar Najmina dari belakang. Bagus kan?

Pintu bilik dibuka dari luar. Danish terus simpan telefonnya.

"Danish, makan malam," ajak Najmina. Kepalanya menjengah dari sebalik pintu.

"Okay," balas Danish. Dia bangkit dari perbaringan.




"Jiran sebelah dah dapat cucu. Cucu kedua. Semalam anak dia bersalin," kata Puan Kalsom tiba-tiba.

Danish mengangguk. "Ohh. Anak sulung Mak cik Milah tu ke? Yang perempuan tu kan? Bersalin dah. Anak perempuan ke lelaki?," tanya Danish bersahaja.

Najmina makin fokus pada pinggan nasinya bila munculnya topik ini. Dia hanya senyap. Tak nak tersalah cakap apa-apa. Puan Kalsom bukan boleh dijangka.

Najmina jeling Danish disebelahnya. Danish ni faham ke tidak apa yang Puan Kalsom cuba sampaikan? Pura-pura tak faham ke atau memang polos? Najmina tertanya-tanya.

"Mak ni... Umur dah nak dekat enam puluh. Bau-bau cucu pun tak ada. Cucu apa tah lagi!," luah Puan Kalsom.

"Bau-bau cucu? Apa tu, mak?," tanya Danish dengan nada polos.

Puan Kalsom mengeluh. Riak minta simpati tu dah muncul dah...

Najmina menyisip air kosong tanpa cuba bertentang mata dengan puan Kalsom. Misi gagal! Habislah.

"Mina tak teringin nak ada anak?,"

Najmina tersedak! Danish disebelah terus menepuk-nepuk belakang badan Najmina.

"Awak okay tak ni? Nak air?," tanya Danish. Ingin menghulur cawan air.

Najmina menggeleng laju. "Tak apa. Tak apa," jawabnya bila dadanya sudah tidak terasa senak.

Mak aii. Puan Kalsom memang straight betul kali ni. Ni semua salah jiran sebelah kerana menyebabkan Puan Kalsom jadi terpengaruh nak ada cucu juga.

Danish macam tak ada respon dengan isu ini. Dia tenang. Najmina je yang gelabah semacam. Gila tak.

Najmina hanya mampu gelak dan tersengih kekok.

"Mina belum fikir lagi, mak,"

Puan Kalsom mengerutkan dahi. "Umur Mina dah sesuai dah nak jadi ibu. Tahun ni Mina dah dua puluh empat. Danish pula dah dua puluh enam. Cantik sangat dah nak jadi mak bapak budak tu,"

Najmina tak terkata. Dia hanya mampu terdiam. Danish di sebelah pula macam biarkan saja dia berjuang seorang diri untuk melepaskan diri.

"Nanti kalau lewat sangat. Anak bongsu baru berapa tahun, kamu berdua dah berusia. Kan payah macam tu,"  tambah Puan Kalsom lagi.

Najmina terpempan.

"Anak bongsu?,"

Sekali lagi gelak kekok dia terletus. Danish di cuit dari bawah meja. Danish berdehem kecil.

"Sayang, janganlah main sentuh-sentuh. Awak buat apa meraba bawah meja?," tanya Danish dengan polos.

Najmina terjerit kecil. "Ha? Mana ada!," nafi Najmina bersungguh-sungguh.

Puan Kalsom hanya menggeleng lucu.

Danish tersenyum senget dan berbisik di telinga Najmina. "Apa maksud awak sebenarnya? Mana tahu saya tak faham,"

"Tak ada. Tak ada!," balas Najmina sambil beria menggeleng.

Danish tergelak. Suka melihat wajah memerah Najmina bila diusik.



~~~


Lima hari kemudian...

Mereka berdua sudah pulang ke Kuala Lumpur. Hari Isnin ni masing-masing sudah mula bekerja semula.

"Danish, ada orang nak jumpa awak kat luar,"

Najmina mengetuk pintu bilik Danish.

"Awak!," panggil Najmina.

Pintu dibuka. Danish mengerutkan dahi. "Ada orang nak jumpa saya? Kat luar rumah kita?," tanya Danish.

Najmina mengangguk. "Perempuan," maklum Najmina seperti berbisik.

Danish cuba ukir senyuman. Walaupun hambar. Siapa lah yang annoying sangat sampai cari dia sampai di rumah ni? Ex yang mana pula? Macam mana tahu alamat dia? Huh. Danish mengeluh.

Habis rosak pandangan Najmina pada nanti. Itu yang Danish paling risau! Sampai datang rumah kut.

Danish melangkah separuh hati ke pintu rumah. Pintu dibuka dengan wajah malas.

"My son yang dah lama tak tunjukkan batang hidung, mama datang melawat!," sorak perempuan elegan itu dengan nada ceria.

Danish terkedu.

"Mama?,"



The Fall Theoryحيث تعيش القصص. اكتشف الآن