๐’๐“๐‘๐€๐๐†๐„ ๐–๐ˆ๐…๐„

Galing kay utieyab

234K 15.2K 2.4K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 3 ) ๐Ÿ†BEST MYSTERY BOOK AWARD ๐Ÿ†TOP 2 BEST GOLD AWARD ๐Ÿ†TOP 2 MYST... Higit pa

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
45
46
47
Tamat
New storyโค๏ธ
โค๏ธโœจ
SPECIAL CHAPTER 1

44

4.5K 262 11
Galing kay utieyab

Arline termenung sendiri memikirkan nasib ibunya yang berada dalam genggamnnya musuh Syaril. Airmatanya mengalir setitik demi setitik. Hatinya diselubungi perasaan risau.

Syaril pula sedang berkumpul dengan rakan dan anak buahnya untuk membuat persediaan menyerang kumpulan fei.

"Ibu, tunggu kami datang selamat ibu eh." ujar sendiri dengan senyuman hambar. 'Mereka' memandang Arline dengan perasaan kasihan.

"Tuan."

Arline mengahlikan pandangannya kearah 'mereka'. Dia menanti butir bicara yang akan dikatakan kepadanya.

"Nana sudah mula bertindak."

Arline tersenyum sinis. Akhirnya, gadis itu sudah mengeluarkan belangnya. Dia yakin yang Eryna akan terkejut apabila mengetahui hal yang sebenar.

"Mulakan kerja korang. Salah seorang menyamar menjadi aku dan pergi ke rumah sewa milik Eryna." Arah Arline berkata.

"Baik, tuan."

'Mereka' terus lesap dengan sekelip mata. Arline tersenyum sendiri. Tak lama lagi rahsia akan terbongkar dan dia pasti Eryna akan menyesal.

'Suprise, Eryna.'





Bunyi loceng milik rumahnya berbunyi. Eryna melangkah menuju kearah pintu untuk melihat siapa yang datang.

Pintu rumah dibuka, terlihat susuk Arline di hadapan rumahnya. Eryna dengan wajah yang malas memandangnya.

"Kau nak apa?"

"Takde apa, just nak bagitahu yang kawan kau, Nana sudah mulai bertindak." kata Arline palsu kepadanya.

"Apa kau merepek ni?" bengang Eryna. Tajam anak matanya melihat Arline.

"Itu je aku nak beritahu kau. Kalau kau tak percaya, kau boleh pergi ke bilik Nana. Dia sekarang sedang berbual dengan seseorang." kata Arline palsu kepadanya.

Eryna berasa pelik dan jantungnya sudah berdegup dengan kencang. Dia terus meninggalkan Arline dan menuju ke bilik Nana.

Kakinya berhenti dihadapan pintu bilik Nana apabila dia mendengar suara gadis itu sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Aku tahulah kerja aku macam mana. Kau tak perlu risau. Lagipun, Eryna itu bodoh sebab percayakan aku berbanding adik dia. Tak sangka dia lebih percayakan aku daripada adik kandung sendiri." kata Nana lalu tergelak.

Eryna terkejut sehingga badannya terkaku. Airmatanya hampir sahaja jatuh membasahi pipi namun dia tahan dan terus mendengar perbualan Nana.

"Kalaulah dia tahu yang aku bunuh mummy dia dan bukannya Elyna, apa reaksi dia? Mesti dia terkejut kan? Hahaha." katanya lagi membuatkan Eryna menangis tanpa suara.

Jadi, selama ini dia sudah salah tanggapan. Dia hampir sahaja membunuh adik kandungnya sendiri dan mempercayai Nana yang jelas musuh dalam selimut.

'Ya Allah, selama ini aku sudah salah sangka dengan adikku sendiri.' desis hati Eryna.

Dulu, kehidupan Eryna dan Elyna elok sahaja dan bahagia. Dan waktu Elyna, Eryna dan Nana keluar bersama arwah mummynya, mereka gembira sahaja.

Sehinggalah, waktu hendak pulang ke rumah, Eryna terlebih dahulu pergi untuk mengambil keretanya dan membiarkan adik kembarnya bersama dengan arwah mummynya dan Nana.

Ketika itu, Nana sudah memulakan rancangannya dengan membunuh arwah mummynya dengan tangannya sendiri dan turut mencederkan dirinya sendiri. Elyna terkejut melihat tindakan gila dari Nana dan terus menolak tubuh Nana darinya.

Elyna yang menjadi mangsa keadaan waktu itu. Pisau yang digunakan untuk membunuh arwah mummnya ditarik keluar dari perut oleh Elyna.

Dan kebetulan waktu itu, Eryna sudah sampai dan terkejut dengan apa yang dia lihat. Eryna terus meluru dan menuduh yang adik kembarnya adalah pembunuh kepada arwah mummynya.

Semenjak kejadian itu, hubungan pasangan kembar tersebut semakin renggang. Dan, Eryna sering menggangap buruk terhadap adik kembarnya.

Sebab dia membenci daddynya adalah kerana lelaki itu sering membela Elyna dan mempercayai adik kembarnya berbanding dia.

Eryna berubah 100%. Dulu, sifatnya sangat penyayang dan baik hati seperti Elyna. Namun, disebabkan kejadian itu dia berubah menjadi jahat dan liar.

"Okey. Kau jangan risau. Aku akan pastikan keluarga mereka akan musnah. Puas hati aku sebab dapat balas dendam. Jika bukan sebab perempuan tak guna tu khawin dengan daddy Eryna. Pasti ibu aku masih hidup lagi. Tapi, disebabkan dia, ibu aku bunuh diri sebab ditinggalkan oleh suaminya." dendam Nana dengan perasaan marah.

Eryna sekali lagi terkejut. Dia tidak salah dengar ke? Selama ini, daddy dia pernah menjadi suami kepada ibu Nana.

Patutlah selama ini, Nana bersungguh-sungguh membuat rancangan untuk membunuh adik kembarnya dan sering memburukkan nama Elyna. Semua sebab ingin mengaburi matanya dan mempercayai kata-katanya.

"Eryna biar aku je uruskan. Tentang adik kembar dia, aku nak kau uruskan. Dia sedang bersama dengan Karl. Lelaki itu sangat bijak." kata Nana lagi. Eryna terus menuruni anak tangga dan mengambil segala barang penting dan kunci keretanya.

Enjin dihidupkan dan bergerak menuju ke rumah keluarganya. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia menyesal kerana mempercayai Nana berbanding adik kembarnya sendiri.

Betullah kata orang. Manusia hanya melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga tanpa ada asal-usul periksa.

"Maafkan kakak, adik. Maafkan kakak." ucapnya berkali-kali. Dia harus menyelamatkan adiknya. Dia takkan biarkan Nana berjaya dalam rancangannya lagi.

Kelajuan kereta ditingkatkan dengan kelajuan maksimum. Telefon bimbit diambil untuk menghubungi adiknya dan memberitahu hal tersebut. Namum, nasib tidak menyebelahinya tika itu.

Pin! Pin!

Bam!!

"Arghhh!!!"

Kereta mewah milik Eryna terbalik. Tubuh Eryna sudah penuh dengan lumuran darah. Fikirannya melayang waktu hubungannya dengan Elyna rapat.

Flashback

"Akak!" jerit Elyna dengan airmata yang berlinangan.

"Ye, sayang. Kenapa adik nangis?" soal Eryna dengan risau. Tubuh adiknya dirapatkan ke tubuhnya.

"Kaki adik sakit." adu Elyna manja. Dia memang sangat manja dengan kakak kembarnya. Apa-apa sahaja masalah, dia mesti beritahu kepada kakak kembarnya.

"Kenapa boleh sakit? Terseliuh ke?" prihatin Eryna dan melihat kaki adiknya. Elyna menggangukkan kepalanya.

"Jangan nangis eh? Cepat naik belakang akak. Adik tak boleh jalan sebab kaki tu terseliuh nanti makin jadi teruk." risau Eryna kepada adik kembarnya yang menangis.

"Adik tak berat ke?" soal Elyna rasa bersalah. Eryna tersenyum manis. Cantik dan jika dibandingkan dia lebih cantik berbanding adik kembarnya.

"Akak kan kuat. Setakat berat adik, akak mampu lagi. Cepat, naik!" Arahnya lalu Elyna meletakkan tangannya pada leher Eryna.

"Nak makan aiskrim tak?" soal Eryna.

"Nak!"

"Okey! Let's go!" kata Eryna lalu berlari. Mereka berdua gelak bersama dan sangat bahagia waktu itu.

****************

"Adik, akak ada belikan adik sepasang baju yang sama dengan akak." ujarnya.

"Wah, cantiklah akak. Pandai akak pilih." puji Elyna dengan senyuman bahagia.

"Mestilah, nanti adik pakai tau. Baru kita dua nampak sweet." kata Eryna.

"Okey! Love you."

"Love you too,"

End flashback

Eryna menangis tanpa henti. Orang ramai sedang berkumpul di tempat kejadian untuk menolong dirinya.

Fikirannya melayang lagi waktu dia dan Nana merancang untuk membunuh Elyna. Kejadian waktu mereka mengupah orang untuk melanggar Elyna.

Flashback

Eryna tidak senang duduk. Dia tidak sanggup membunuh adiknya. Dia ingin menghalang, namun Nana menghalangnya.

"Aku nak selamatkan adik aku." kata Eryna namun dihalang oleh Nana.

"Beb! Mana boleh ubah rancangan kita! Lagipun, kau sendiri cakap kau bencikan dia kan? Buat apa nak selamatkan adik kau? Kena ingat dia yang bunuh mummy kamu sendiri beb!" hasut Nana.

"Tapi---"

"Takde tapi, beb. Biarkan je adik kau mati. Dia memang layak beb!"

Eryna terdiam seribu bahasa. Dia keliru. Dia sayangkan adik walaupun dia benci. Mulut sahaja dia kata benci tetapi di sudut hatinya, dia sangat sayangkan gadis itu.

Waktu dia menjerit kemarahan itu kerana rancangan mereka gagal. Sebenarnya, dia cuma berlakon marah sahaja. Supaya Nana tidak mengesyaki apa-apa. Tapi, jauh disudut hatinya. Dia bersyukur kerana gadis itu selamat.

Walaupun dia selalu kata benci bila berjumpa dengan adiknya. Tetapi, bila dia bersendirian dia akan menangis merindukan hubungan mereka berdua.

Orang tak tahu apa yang ada dihatinya. Dia menyuruh Syikin menjauh kerana dia cemburu adik kembarnya rapat dengan Syikin. Orang hanya nampak dia jahat. Namun, orang tak tahu. Nana sudah banyak kali membuat rancangan untuk membunuh Elyna. Tetapi, dia tangguh dengan pelbagai alasan.

End flashback

"Adik, akak minta maaf. Akak minta maaf sayang. Akak sayang adik, sayang sangat. Akak tak sanggup hilang adik. Akak bodoh selama ini. Maafkan adik ye sayang." katanya dengan perlahan sambil mengukirkan senyuman hambar. Nafasnya sudah tersekat-sekat.

Dia tersenyum hambar. Waktu pertunangan adiknya. Dia ada datang ke majlis tersebut tetapi secara sembunyi. Dia gembira kerana gadis itu bahagia.

"Selamat tinggal adik. Adik, daddy. Maafkan Eryn. Ampuni semua dosa Eryn. Eryn sayangkan kamu berdua." katanya dan menutup mata.

"Cik, kami akan selamatkan cik. Cik kena bertahan." kata salah seorang lelaki.








Arline memandang kearah 'mereka'. Dia tersenyum puas kerana akhirnya gadis itu sudah mengetahui hal yang sebenar.

Dia sejak dulu lagi tahu yang Nana adalah punca hubungan pasangan kembar itu menjadi renggang. Cuma, dia biarkan sahaja. Dia ingin lihat sejauh manakah kebodohan Eryna mempercayai musuhnya sendiri.

Tapi, kali itu Eryna harus tahu segalanya. Dia tidak mahu lagi hubungan kembar itu semakin teruk. Dan, Nana pun sudah menunjukkan belangnya. Jadi, tidak salah dia membongkar rahsia kerana dia buat tepat pada waktunya.

"Nana, dendam kau takkan berikan kau faedah. Kau sendiri yang cari maut." ujar Arline lalu tergelak jahat.

Dia keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan Syaril. Dia ingin memberitahu satu lagi rahsia kepada lelaki tersebut.

"Awak." serunya. Kesemua mata memandang kearah mereka termasuk Syaril. Dia tersenyum manis kearah mereka.

"Yes, dear. Mari sini." kata Syaril lembut. Rakannya yang lain sudah tersenyum dalam hati. Sikap lelaki itu bila bersama Arline sangat berbeza.

"Kenapa?" soal Syaril sambil menggengam tangan Arline. Manakala, gadis itu sudah menahan malunya dilihat oleh ramai orang.

"Erk, line nak beritahu sesuatu." ujar Arline dengan sengihan.

"Apa dia?"

"Sebenarnya, Nana kawan Eryna tu adalah ahli dari kumpulan fei. Dia juga yang bunuh arwah ibu, Eryna. Dia berdendam dengan mereka sebab ibunya bunuh diri sebab ditinggalkan oleh bekas suaminya, iaitu ayah kepada Eryna. Dan sekarang, mereka memulakan rancangan untuk membunuh keluarga tersebut," terang Arline tanpa ada silap. Semua memandangnya tanpa berkelip.

Gadis itu guna apa? Sikapnya memang sangat pelik. Dari mana dia tahu semua? Itu yang membuatkan mereka pelik. Kecuali, Syaril dan anak buahnya kerana sudah tahu tentang keistimewaan gadis itu.

"Karl, kau pergi rumah tunang kau. Bawa separuh anak buah ikut kau. Tolong bawa mereka semua kesini." Arah Syaril serius. Karl menganggukkan kepalanya dan melangkah pergi.

"Ikin nak ikut!" kata Syikin dan mengejar langkah abangnya. Syaril hanya membiarkan sahaja kerana dia sudah sedia maklum yan Syikin tidak boleh berenggang dengan abangnya.

Mereka yang lain meneruskan lagi perbincangan mereka dan Syaril pula sama sekali tidak melepaskan genggamannya.



Done update lagi🌸
#macambiasa
#votedankomen

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

512K 20.5K 39
แด‹แด€ส€สแด€ แด˜แด‡ส€แด›แด€แดแด€ ssส€สœแด…แด‡แด‡ ๐‘ป๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’– ๐‘ธ๐’‚๐’š๐’” ๐‘ฌ๐’Š๐’“๐’ ร— ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’š๐’”๐’”๐’‚ ๐‘ซ๐’Š๐’๐’…๐’‚ "ryssa sukakan abang" - ๐๐ฎ๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฒ๐ฌ๐ฌ๐š ๐ƒ...
207K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
290K 11K 61
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? K...
115K 5.9K 50
Start : 15 May 2020 End : 25 February 2021 Hani Adlyn. Gadis kecil yang zaman remaja nya tidak seindah orang lain. Pada umur 17 tahun, banyak benda...