Mafia's Girl ©

By cikmotor

636K 41K 2.5K

[COMPLETE]✓ MAFIA | ACTION Nurra Danisa Lee Puteri tunggal dalam keluarga. Sangat di sayangi oleh abang dan a... More

PROLOG
BAB | 1
BAB | 2
BAB | 3
BAB | 4
BAB | 5
BAB | 6
BAB | 7
BAB | 8
BAB | 9
BAB | 10
BAB | 11
BAB | 12
BAB | 13
BAB | 14
BAB | 15
BAB | 16
BAB | 17
BAB | 18
BAB | 19
BAB | 20
BAB | 21
BAB | 22
BAB | 23
BAB | 24
BAB | 25
BAB | 26
BAB | 27
BAB | 28
BAB | 29
BAB | 30
BAB | 31
BAB | 33
BAB | 34
BAB | 35
BAB | 36
BAB | 37
BAB | 38
BAB | 39
BAB | 40
BAB | 41
BAB | 42
BAB | 43
BAB | 44
BAB | 45
BAB | 46
BAB | 47
BAB | 48
BAB | 49
BAB | 50
EPILOG
SPECIAL | CHAPTER
EBOOK FLASH SALES⚡ | 12/12

BAB | 32

8.2K 656 54
By cikmotor

"Kau memang gila! jantan tak guna!"pekik Nurra Danisa Lee.

Dia sudah tidak takut lagi untuk bersuara lantang. Mungkin dulu dia lemah dan tidak mampu untuk melawan. Tetapi tidak untuk kali ini. Dia akan pertahankan maruah dan harga dirinya. Walaupun nyawanya menjadi taruhan.

Begitu sakit dikepala dia menyengat tetapi dia tetap gagahkan diri untuk menentang lelaki iblis itu. Lelaki tersebut tidak wajar untuk dimaafkan. Terlalu banyak kejahatan dan dosa yang dia lakukan. Lelaki itu patut dihukum dan dimasukkan ke dalam penjara.

Panas hati Nurra Danisa mengingati peristiwa pahit itu.

"Kau bunuh kawan-kawan aku, kau seksa mereka dengan sangat kejam!"marah gadis tersebut.

Wajahnya berubah sedikit bengang.

"Wowww.."

"Tak sangka kau dah ingat balik kejadian tu?"Freddy tersungging jahat.

"Senang kerja aku.."semakin melebar senyuman lelaki tersebut.

Sangat menyeramkan.

Nurra Danisa yang mendengarnya pun perlahan-lahan mengesot ke belakang. Dia sudah tiada tempat hendak melarikan diri kerana keadaan dia yang semakin lemah akibat penyiksaan fizikal dari lelaki tersebut. Dia terdampar diatas lantai.

Gadis itu rasa bersalah dan sungguh berdosa apabila auratnya terdedah. Tiada lagi tudung sarung yang menutupi rambut dan kepalanya akibat perbuatan Freddy yang langsung tidak menghormatinya sebagai seorang muslim.

Lelaki itu kisah apa?

Dia seorang atheis dan tidak menganuti sebarang agama. Dia tidak mempercayai Tuhan.

Psiko!

Freddy semakin menggila apabila dia cuba untuk meleraikan tali pinggang diseluarnya. Pandangan matanya sangat tajam dan nafsunya mengganas apalagi melihat gadis yang dia gilakan begitu menggoda dimata lelakinya. Sudah lama dia mahukan tubuh itu.

"Kaa.. auuu.. nakk.. buatt.. apaa.. hahh?"suara Nurra Danisa tergetar-getar melihat perbuatan tidak elok lelaki itu.

"Aku nak rasa tubuh kau perempua, aku dah lama idamkan tubuh kau..."Freddy menjilat bibirnya sendiri.

Pelbagai fikiran kotor yang dia bayangkan saat ini. Mahu berduaan dan berasmara dengan gadis tersebut. Dia seorang lelaki gila seks sebenarnya. Sejak kecil lagi dia sudah terdedah dengan perbuatan jijik dan kotor itu. Hidupnya yang sosial dan penuh dengan maksiat.

"Lepaskan aku lah!"marahnya.

"Lets fun sayang.."Freddy mendekati gadis itu sedikit demi sedikit.

"Pergi! Pergi!"pekik Nurra Danisa kasar.

Dia memejam matanya tidak mahu melihat perlakuan tidak senonoh lelaki tersebut. Freddy semakin hampir kepadanya dengan sengihan nakal dan sangat jahat. Dia sudah tidak peduli apa pun yang berlaku dia harus melampiaskan nafsu batinnya itu.

Dasar iblis kau Freddy!

Tubuh langsing Nurra Danisa begitu menggiurkan dia. Walaupun gadis itu memakai pakaian cukup sopan. Tetapi pandangan mata Freddy yang tajam dapat menembusi pakaian gadis tersebut dan membayangkan bermacam-macam fikiran.

Namun, belum sempat Freddy melucutkan pakaian dan seluarnya kedengaran pintu bilik diketuk bertalu-talu. Bunyi ketukan tersebut membingkitkan telinganya. Dia mendengus kegeraman apabila ruang mereka diganggu. Cepat-cepat dia menarik seluarnya semula.

Dasar mengganggu orang nak berbuat maksiat aje!

Carutnya di dalam hati.

Padan muka kau Freddy!

Malaikat datang selamatkan gadis itu.

Pintu bilik dibuka kasar.

"Hah! Kau nak apa?"ucapnya agak bengang.

Orang kanannya itu teragak-agak untuk bersuara. Jika dia tersalah cakap mahu mengamuk lelaki itu dibuatnya. Dia pula yang mendapat habuan dimarahi. Tetapi dia pekakan telinga sahaja. Sebenarnya dia kasihan melihat gadis di dalam bilik tersebut.

"Tuan! markas kita dekat barat kena serang.."beritahu Martin.

"What!"membulat matanya mendengar berita tersebut.

Again?

Kena serang?

Siapa lagi yang memperdajjalkan dia ini?

"Orang-orang kita ramai yang cedera Tuan.."Martin berkata dan sedikit menunduk.

Takut jika lelaki itu menggila.

"Fuck!"carut Freddy.

Penumbuknya dia hala ke dinding pintu menyebabkan bunyi pintu tersebut berlaga dengan penumbuknya yang kuat. Darahnya mendidih panas mendengar khabar berita tersebut. Wajahnya berubah tengang sekali.

Urat-urat hijau diwajahnya naik sehingga ke kepala. Nurra Danisa sudah menikus ketakutan dihujung katil besi bilik tersebut dengan tubuh lemah. Darah di dahinya sehingga kering terlalu kejam lelaki itu mendera fizikalnya.

"Kau jaga perempuan tu, aku nak pergi tengok markas  aku.."arahnya.

"Baik Tuan.."oatuh Martin.

Freddy terus meninggalkan bilik tersebut serta-merta. Siapa yang membelot dalam kumpulan dia pula? Jika dibandingkan dengan markas disebelah timur itu markas di sebelah barat lagi kuat pertahanan mereka. Pelbagai aset yang dia ada dimarkas tersebut.

Siapa dalang disebalik perbuatan khianat itu?

Jika dia menemui orang tersebut dia akan bunuh dan siat-siat orang itu tanpa belas kasihan. Siapa pun musuhnya Freddy tidak akan biarkan hidup. Sehingga ke lubang cacing dia akan buru. Dia akan tamatkan riwayat mereka serta-merta.

Tetapi adakah dia berjaya menjejaki orang tersebut?

Agak misteri musuhnya itu.

Setelah kepergian Tuan mereka Martin segera masuk ke dalam bilik gadis tersebut. Pintu bilik ditutup rapat takut nanti orang suruhan Freddy yang lain mendengar perbualan mereka. Mereka akan mengesyaki perbuatan Martin tersebut.

Dia kasihan melihat nasib Nurra Danisa diperlakukan seperti binatang. Sebenarnya dia mempunyai rancangan untuk menyelamatkan gadis tersebut. Semenjak tiga hari dia diarahkan untuk menjaga gadis tersebut. Dia tahu gadis itu seorang yang baik.

Melihat keadaan gadis itu luka teruk dan terdapat kesan darah kering diatas dahinya membuatkan Martin semakin bertambah kasihan melihatnya. Apa salah gadis tersebut sampai diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh Freddy mempunyai hati yang busuk!

"Cik.."seru Martin perlahan.

"Tolongg.. tolong selamatkan saya.."pinta gadis itu lemah.

Dia sudah tidak mampu hendak bersuara atau berkata apa-apa. Kepalanya sakit dan pula tubuhnya agak lemah. Dia bertahan disebabkan dia tidak ingin kelihatan patah semangat dan menyerah diri begitu sahaja. Dia kuat kerana keluarganya. Mama dan babanya.

Abang dan adik kembarnya serta keluarga dia yang lain.

Mereka adalah kekuatan dan semangat dia untuk terus bertahan.

Cukup dahulu dia lemah dan tidak dapat menyelamatkan sahabat-sahabat baikya dari sifat kekejaman Freddy. Mendera mental dan fizikal serta membunuh. Sekiranya masa dapat diputar kembali ingin sahaja dia membunuh Freddy itu hidup-hidup.

Martin mencapai tudung sarung Nurra Danisa yang terdampar diatas lantai itu dan dihulurkan kepada gadis tersebut. Walaupun dia bukan seorang yang muslim tetapi dia masih ada perasaan menghormati gadis tersebut.

Dia tahu gadis itu seorang yang suci hatinya.

"Aku tolong kau keluar dari sini, kita kena cepat sebelum Freddy kenakan kau dengan lebih teruk.."kata Martin.

Dia membantu tubuh gadis itu untuk bangkit. Dia juga sedaya upaya menjaga batas diantara keduanya. Martin tahu agama muslim itu bagaimana. Sangat menjaga kesucian agama mereka. Dia tertarik akan itu. Tetapi tidak bagi Freddy. Lelaki itu tidak mengenal Tuhan.

"Awakk.."teragak-agak Nurra Danisa untuk bersuara.

Dia seakan tidak percaya orang kanan Freddy mahu menolongnya keluar dari sangkar neraka lelaki itu. Martin tersenyum nipis kepadanya. Ya! Dia seorang yang jahat tetapi entah mengapa hatinya begitu ingin menyelamatkan nyawa gadis tersebut.

Walaupun dia akan menjadi mangsa kepada Tuannya sendiri. Martin seperti tahu sahaja apa yang ada difikiran gadis tersebut. Sudah tentu gadis itu tertanya-tanya mengapa dia ingin membantu si gadis sedangkan lelaki itu orang yang sangat dipercayai Freddy.

Kalau lelaki itu tahu dia ingin menyelamatkan Nurra Danisa sudah tentu Martin akan tahu apa akibatnya. Nyawa menjadi galang gantinya. Dia akan mati dibunuh. Tetapi Martin membuang jauh-jauh hal tersebut. Tahulah dia mahu buat apa nanti.

Apa yang penting dia harus selamatkan gadis itu dari kekejaman Tuan mereka. Lelaki itu adalah syaitan dan sungguh kejam. Terlalu banyak dosa-dosa yang dia lakukan. Orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa pembunuhan dia.

Martin sudah masak dengan sikap Tuan mereka itu.

Teramat jahil!

"Aku minta maaf aku tak sampai hati tengok Freddy dera kau, aku tahu aku banyak buat dosa, tapi aku dapat rasakan kau orang baik.."jelasnya.

"Aku akan hantar kau dekat keluarga kau, kita ikut lorong belakang."

"Kawasan hadapan rumah ini terlalu bahaya untuk kita keluar dan selamatkan diri kau, jangan risau aku sorang je yang tahu jalan lorong belakang rumah ni."terang Martin lagi.

"Kau percayakan aku.."pinta lelaki berwajah putih bersih itu.

Nurra Danisa mengangguk perlahan.

Gadis itu berserah kepada Tuhan.

Martin membantunya melarikan diri.

Re-edit 2023

16 Mac 2021
12. 43am

Continue Reading

You'll Also Like

170K 8.3K 44
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1.1M 65K 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana bi...
730K 39.1K 49
"Because that evil man.. got a bitch, as a Queen. . . TOLONG BACA BUKU IKUT TURUTAN NOMBOR DKT TAJUK TU TAU
37.2K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...