๐’๐“๐‘๐€๐๐†๐„ ๐–๐ˆ๐…๐„

By utieyab

241K 15.5K 2.4K

( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 3 ) ๐Ÿ†BEST MYSTERY BOOK AWARD ๐Ÿ†TOP 2 BEST GOLD AWARD ๐Ÿ†TOP 2 MYST... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
Tamat
New storyโค๏ธ
โค๏ธโœจ
SPECIAL CHAPTER 1

25

3.7K 267 79
By utieyab

Arline tersedar setelah dia tidak sedarkan diri selama berjam-jam. Mata dibuka secara perlahan-lahan. Fikirannya mengimbas kembali ketika dia jatuh di tangga.

"Haih kau ni pun line cuai sangat. Kan dah jatuh." gumamnya sendiri lalu kepala digelengkan. Pintu biliknya dibuka, matanya terus menatap gerangan yang masuk ke dalam bilik tersebut.

Klak!

Arline terus menundukkan kepalanya bila orang tersebut memandangnya dengan tajam. Tangan digenggam erat. Dia sangat lemah apabila tidak bersama dengan 'mereka'.

"Dah sedar?"

Arline menutup matanya. Dia sangat takut, tangannya pula sudah mengigil habis. Suara orang tersebut seperti marah sahaja. Teringat semula kejadian waktu Puan Kayla sering menderanya tanpa belas kasihan.

Flashback

"Kau dah sedar anak sial?" kata Puan Kayla dengan sinis. Arline pula hanya menundukkan kepalanya.

"Lain kali jangan melawan cakap aku! Anak setan macam kau tak layak dapat kasih sayang aku!" herdik Puan Kayla lalu menunjal kepalanya secara berkali-kali.

"Kau dengar tak setan?"

"D..engar bu," jawab Arline takut-takut. Tangannya sudah menggigil sehabis mungkin. Dia sangat takut tika itu.

"Ni makanan kau." kata Puan Kayla. Belum sempat Arline menyambutnya, Puan Kayla terlebih dahulu menumpahkan makanan tersebut di tubuh Arline.

"Auch!"

"Kau ingat kau layak makan pakai pinggan ke?Makan je macam tu." sinis Puan Kayla berkata. Lalu sekali lagi minuman ditumpahkan pada tubuh Arline.

"Tsk..tsk..ibu..." nangis Arline namun tidak dihiraukan oleh Puan Kayla. Tangisan Arline hanya dibiarkan sahaja.

"Kau nangislah sampai esok. Aku nak keluar." kata Puan Kayla malas lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Sampai hati ibu."

End Flashback.

Bila mengenangkan semua perbuatan Puan Kayla terhadapnya, tidak semena-mena airmatanya mengalir membasahi pipinya. Tangan digenggam erat.

Seketika dia merasa ada tangan yang menggengam erat kedua tangannya. Mata yang tertutup, dia buka secara perlahan-lahan.

"Asal kau nangis?" soal Syaril terhadapnya. Arline tidak menjawab. Dia hanya menangis sahaja. Biar masalah yang dialaminya hanya dia sahaja yang tahu. Dia tidak perlukan belas kasihan dari orang lain.

"Kau janganlah nangis. Muka kau buruk tahu tak." kata Syaril lagi lalu menyeka airmata Arline dengan lembut. Gadis itu menghentikan langkahnya lalu tersenyum hambar.

"Asal kau nangis pelik?" soal Syaril sekali lagi. Arline hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa menjawab soalan itu.

"Kau takut eh aku marah kau?" soalnya lagi. Arline menggangukkan kepalanya secara perlahan-lahan. Syaril mengeluarkan keluhan.

"Memang aku marah sebab kau tak dengar cakap aku. Dan aku marah sebab kau tak hati-hati. Kan kau dah jatuh. Tengok kau dah luka." bebel Syaril kepadanya. Arline terus menundukkan kepalanya.

"Aku tak nak marah kau, tapi kau kena hati-hati lepas ni. Faham tak!" tegas Syaril berkata. Arline hanya mampu menggangukkan sahaja.

"Aku nak kau bersiap dan turun bawah makan." kata Syaril dan sekali lagi Arline menggangukkan kepalanya.

"Good. Aku keluar dulu."

Arline seperti orang bisu. Dia hanya menggangukkan kepala tanpa mengeluarkan suara. Syaril tersenyum segaris melihat wajah takut Arline.

"Turun bawah nanti, Faham! Aku nak dengar suara kau. Mana suara kau?"

"Faham,"

"Bagus. Ingat turun bawah nanti." kata Syaril lalu melangkah keluar. Arline menghembuskan nafasnya.

"Haih, seram pula mamat ni." gumamnya sendiri lalu kepala digelengkan. Dia turun katil secara perlahan-lahan sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.



Eryna memandang tajam wajah adiknya. Wajah tersebut dia sangat benci sampai mati. Dia rasa nak bunuh je.

"Akak, janganlah macam ni." kata Elyna dengan sayu. Eryna berdecit kecil. Dia hanya memekakkan telinganya.

"Kau berambuslah sial!" kasar Eryna berkata tanpa memikirkan perasaan adik kembarnya. Elyna tidak menghiraukan kata-kata kakak kembarnya.

"No! Adik nak kakak macam dulu. Adik nak kakak adik yang sayang adik dulu." sayu Elyna berkata. Eryna tersenyum sinis mendengarnya.

"Itu dulu, DULU! Dah, tepi setan!" kata Eryna lalu menolak tubuh adiknya dengan kasar. Tubuh Elyan terganjak ke tepi apabila ditolak oleh kakak kembarnya.

"AKAK! Adik sayang akak sampai mati!" jerit Elyna dengan airmata yang mengalir membasahi pipinya.

Langkah Eryna terhenti. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis sebelum dia memusingkan badannya.

"Kau kata kau sayang aku?" soal Eryna kepadanya. Laju sahaja Elyna menganggukkan kepalanya.

"Hahahaha. But aku nak kau dengar dan ingat sampai bila-bila yang aku BENCI KAU SAMPAI AKU MATI!" kata Eryna dengan mata yang penuh kebencian.

Elyna menggelengkan kepalanya. Dia berlari anak dan memeluk tubuh kakak kembarnya dengan erat.

"Jangan benci adik. Adik merayu." rayu Elyna dengan kakak kembarnya. Dia menangis teresak-esak.

Eryna hampir sahaja menitiskan airmatanya. Dia memang sayangkan adiknya lebih dari dirinya sendiri. Namun, disebabkan kejadian yang dulu membuatkan dirinya membenci adik kembarnya.

"Kau jangan peluk akulah! Aku jijik!" kata Eryna lalu menolak tubuh Elyna sehingga pelukan tersebut terlerai.

Buk!

"Auch!"

"Kau jangan berani sentuh aku lagi. Aku jijik tahu tak!" herdik Eryna lalu melangkah pergi. Tidak sanggup dia berada disitu. Sakit hatinya melihat adiknya merayu terhadapnya. Namun, dia juga membenci adiknya disebabkan kejadian dulu.

"AKAK!"

Jerit Elyna berkali-kali. Airmatanya merembes laju. Dia sangat sayangkan kakaknya. Kalau waktu boleh diputar kembali, dia pasti semua ini takkan terjadi.

'Akak, adik rindu akak'





Syikin memandang wajah abangnya Karl yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Abangnya menggangap dirinya seperti tidak wujud sahaja.

"Abang!"

Jerit Syikin geram. Wajahnya sudah cemberut habis. Karl memandangnya seketika sebelum kembali menghadap telefon.

"Abang kena tolong adik." kata Syikin seakan merayu. Karl hanya mengganguk sahaja tanpa menjawab.

"Abang sampai hati abang tak layan adik. Biar adik mati je macam ni." kata Syikin lalu berdiri dan berura-ura melangkah keluar.

Karl kelam kabut berdiri dan menahan adiknya untuk pergi. Syikin sudah tersenyum menang. Dia terus mematikan senyumannya lalu memusingkan tubuhnya menghadap abangnya.

"Nak apa?" soalnya mendatar. Dalam hati dia sudah menyimpan senyuman kemenangan. Dia tahu abangnya ingin memujuknya.

"Adik jangan merajuk. Okey, abang tolong adik eh?" pujuk Karl. Syikin berdehem sebelum membuka suara.

"Tak payah!"

"Janganlah merajuk. Abang janji akan tolong adik eh." pujuk Karl tidak berputus asa. Syikin tetap meneruskan lakonannya.

"Ehem. Baiklah macam tu. Rezeki kan. Takkan nak tolak pula."  ujar Syikin mendatar. Walhal dalam hatinya sudah melonjak gembira.

"Macam tu baru adik abang. Jangan merajuk eh?"

"Okey, adik nak keluar dulu." kata Syikin dan melangkah keluar. Setelah berada diluar bilik abangnya, dia terus melompat tanda dia gembira.

"Yes! Esok aku bolehlah jalan dengan akak Lyn." kata Syikin dengan riang. Sebenarnya, dia ingin abangnya untuk menguruskan pertemuannya dengan ahli-ahli mafia yang lain di Amerika. Dia malas nak turun padang.

Dan abangnya setuju. Dan itu membuatkan dirinya berasa sangat gembira. Dengan senyuman yang lebar dia melangkah menuju ke biliknya.

Done update sayang sekalian. Selamat membaca dan jangan lupa komen dan vote eh muahh😚😂❤

Continue Reading

You'll Also Like

289K 43.3K 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina dia...
8.8M 576K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020๐Ÿ†, The top hero2020๐Ÿ†,The best romance2020๐Ÿ†,The top author2020๐Ÿ† AIN SURAYA, dia seorang isteri...
960K 118K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

777K 32.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...