[ON-GOING] 50 Days Before Lea...

By SuamikuKacakGila27

36.2K 5.3K 628

Seorang Jungkook yang terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Dan seorang Min Young yang terlalu meme... More

✨Prologue✨
✨Bab 1✨
✨Bab 2✨
✨Bab 3✨
✨Bab 4✨
✨Bab 5✨
✨Bab 6✨
✨Bab 7✨
✨Bab 8✨
✨Bab 9✨
✨Bab 10✨
✨Bab 11✨
✨Bab 12✨
✨Bab 13✨
✨Bab 14✨
✨Bab 15✨
✨Bab 16✨
✨Bab 17✨
✨Bab 18✨
✨Bab 19✨
✨Bab 20✨
✨Bab 21✨
✨Bab 22✨
✨Bab 23✨
✨Bab 24✨
✨Bab 25✨
✨Bab 27✨
✨Bab 28✨
✨Bab 29✨
✨Bab 30✨
✨Bab 31✨
✨Bab 32✨
✨Bab 33✨
✨Bab 34✨
✨Bab 35✨
✨Bab 36✨
✨Bab 37✨
✨Bab 38✨
✨Bab 39✨
✨Bab 40✨
✨Bab 41✨
✨Bab 42✨
✨Bab 43✨
✨Bab 44✨
✨Bab 45✨
✨Bab 46✨
✨Bab 47✨
✨Bab 48✨
✨Bab 49✨
✨Bab 50✨
✨Bab 51✨
✨Bab 52✨
✨Bab 53✨
✨Bab 54✨
✨Bab 55✨
✨ Bab 56 ✨

✨Bab 26✨

688 95 17
By SuamikuKacakGila27

Segala perancangannya hancur begitu sahaja akibat desakan hati supaya berhenti. Beria dia mahu menyeksa Jungkook kononnya, mahu membalas dendam. Tetapi gagal. Dia tidak dapat menahan rasa sakit yang begitu lama ditanggung oleh dirinya disebabkan Jungkook walaupun lelaki itu cukup hebat membuat dirinya hilang arah.

Entah kenapa, Min Young rasa dirinya berubah. Rasa sayang untuk Jungkook berkurang sekelip mata. Rasa cinta, apatah lagi. Dia sedar diri kerana jika Jungkook tahu ada rahsia yang lebih besar disimpan, pasti lelaki itu akan menggila. Silap hari bulan, dia akan dibunuh kejam.

Min Young langsung tidak kisah dia dibunuh sekalipun. Sekurang-kurangnya dia sempat meluahkan rasa hati yang satu itu. Rasa sedih dan kecewanya terhadap Jungkook.

Tubuhnya terbaring di atas bangku kayu yang berada di hadapan rumahnya. Rumah di Pulau Tiara. Pulau keturunan keluarga dan kini jatuh di tangannya. Ada rumah banglo mewah yang sedang diduduki sekarang ini dan beberapa kilometer lagi ada kawasan pelancongan. Pulau Tiara bukanlah tempat untuk dia melarikan diri sahaja. Tempat ini juga merupakan tempat yang boleh dikunjungi oleh orang awam. Cuma.. ada ruang privasi sahaja.

Min Young pejamkan mata. Terasa ingin lelapkan mata namun apabila terasa dirinya didekati oleh seseorang, pasti Min Young buka mata dan terus bangun dari baringnya.

"Kenapa bangun? Tidur jelah." Jungkook tanpa dipelawa terus melabuhkan punggung di atas bangku panjang itu. Dirinya masih dihurung rasa serba salah. Dia mahu menebus kembali segala kesalahannya tetapi dia tidak tahu caranya.

"Kenapa keluar?" soal Min Young, dingin. Wajah Jungkook sikit pun dia tak pandang.

"Sunyi. Tak ada sesiapa dekat dalam." Kata Jungkook. Dia cuba untuk mencapai tangan Min Young diriba tetapi pantas juga tangan itu bergalih. Jungkook ketap bibir.

"Tahu pula sunyi." Bibir Min Young tersungging senyunan sinis. Matanya memandang bentangan laut yang luas.

"Saya separuh mati kesunyian. Tak ada pula awak fikir." Ujar Min Young lagi. Jungkook menarik nafas panjang. Cuba kuatkan hatinya yang betul-betul serba salah ini. Duduk dibetulkan supaya menghadap sisi tubuh Min Young yang langsung tidak memandangnya. Begitu ketara perubahan itu.

"Saya minta maaf, sayang. Saya tahu memang salah saya. Semuanya salah saya."

Mendengarkan pengakuan itu, Min Young berpaling. Air mata gugur lagi. Senyuman sinis muncul lagi.

"Dah terlambat." Min Young bangun dan ingin beredar. Tetapo pantas sekali lengannya diraih Jungkook. Min Young tidak menolak dan tidak membantah. Dia hanya diam.

"Bagi saya peluang untuk berubah?"

"Untuk apa? Hmm?"

"Untuk kita."

Tubuh Min Young mula menghadap Jungkook yang sedang duduk di atas bangku itu. Sungguh, dia seperti mahu menampar wajah suaminya ini. Rasa marahnya begity membuak.

"Saya dah kata semuanya dah terlambat. Untuk apa lagi nak berubah? Tak payahlah, Jungkook. Orang yang dah mati pun awak sibuk nak pertahankan hak. Hak apa lagi, saya pun tak tahu. Saya yang sepatutnya awak peduli, tapi tak pernah sekalipun saya rasa awak ambil berat pasal saya. Tapi abang awak yang dah memang takdir dia mati dekat Korea Utara, awak sibuk nak pergi ke sana juga semata nak balas dendam. Ada awak fikir isteri awak yang masih perlukan awak ni? Hmm?"

Terdiam Jungkook. Dirinya terus ditembak dengan panahan kata Min Young sehingga tiada ruang dia hendak mencelah. Setiap inci sudut hatinya dipanah hebat. Semakin lama, semakin sakit.

"Sebelum kita kahwin lagi awak banyak lebihkan keluarga awak dari saya. Saya tak kisah pun sebenarnya waktu tu. Awak ada keluarga. Tapi sampai satu tahap, awak pentingkan diri, pentingkan orang lain berbanding saya, awak tinggalkan saya walaupun saya dah minta tolong masa tu.. saya rasa sabar saya dah tak setebal dulu. Sumpah, demi tuhan, saya masih ingat sampai sekarang, Jungkook. Saya masih ingat awak tinggalkan saya macam tu je. Saya tengah bertarung nyawa dalam tandas nak selamatkan anak kita. Tapi awak..."

Min Young tarik nafas panjang. Air matanya berjurai laju tanpa henti. Sungguh dirinya kecewa. Dadah yang diambil, tekanan perasaan yang dialami semua itu kerana Jungkook. Kerana suaminya sendiri.

Tangan naik menyeka pipi yang lencun. Esakan halus kedengaran. Liur ditelan kelat. Bibirnya bergetar namun ada senyuman sinis terbit di hujung.

"Awak tahu tak kenapa keluarga awak semua tinggalkan awak sorang-sorang?" soalan Min Young tiada jawapan. Jungkook diam kaku. Min Young mendekati rapat suaminya tanpa menyentuh, dia berbisik.

"Sebab isteri awak yang lenyapkan semua keluarga awak. Isteri awak yang awak tak pernah ambil peduli ni yang bunuh semua orang yang awak sayang semata-mata untuk buat awak bagi perhatian dekat isteri awak seorang je. Kejam isteri awak kan?"

Jungkook benar-benar tersentak mendengar pengakuan besar itu. Matanya terbuntang luas, mulut sedikit terlopong dengan nafas terkejut dan tidak percayanya. Mata Min Young dipandang tajam. Bibir itu mulai bergetar saat dirinya tersedar bahawa dirinya masih berpijak pada bumi yang nyata.

"Apa yang awak buat ni, Min Young?" Jungkook menanya dalam nada suara dengar tak dengar. Min Young tersenyum sinis. Air matanya semakin lebat.

"Awak lupa ke saya pernah cakap, saya sanggup lenyapkan sesiapa pun dekat dunia ni kalau dia menganggu bahagia saya. Punca awak jadi macam ni sebab keluarga awak. Jadi saya ambil nyawa mereka..." Min Young jengket kaki, dekatkan bibir pada telinga Jungkook dan menyambung ayat.

"... sebagai galang ganti."

Kepala Jungkook tergeleng tanda tidak percaya. Dia tidak percaya isterinya begini. Min Young jauhkan semula kedudukan mereka. Senyuman sinis masih ada. Masih segar.

"Keluarga awak tak pernah sukakan saya. Punca mama awak jatuh dalam bilik air sebab dia yang ego. Saya sanggup temankan dia walaupun masa tu sakit gugur saya masih rasa. Tapi dia?" Min Young mendengus kasar. Tangan memeluk tubuh.

"Dia jatuh, lepas tu dia salahkan saya. Apa tu?"

Jungkook diam. Min Young sambung lagi.

"Taehyung pula tak pernah restu hubungan kita. Macam-macam benda dia minta tolong awak walaupun roh saya dah hampir keluar dari jasad." Ujar Min Young lagi. Dia belum puas. Dia belum rasa cukup menyeksa perasaan Jungkook yang bercelaru. Bingung dengan semua perkara yang berlaku.

"Papa awak pula tak habis-habis fitnah saya tak sukakan keluarga awak. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Saya ni macam dekat telapak kaki dia je." Wanita itu berhenti seketika. Menarik nafas untuk bertenang. Tangisan juga reda. Yang ada sekarang cuma rasa dendam di hati.

"Tapi sekarang, semua orang-orang toksik tu dah tak ada. Dah mati. Dah pergi jauh dari kita. Awak pula yang tak boleh terima kenyataan... sampai sanggup angkat sumpah. Nak jadi hero kononnya. Sanggup tinggalkan isteri sendiri yang masih hidup. Yang masih perlukan awak. Tapi orang yang dah mati tu yang awak sibukkan. Hebat, Jungkook. Awaklah lelaki paling hebat dekat dunia ni. Tapi sayang, hebat awak tak gunakan otak."

Berdesing telinga Jungkook dibuatnya. Dia sudah tidak dapat menanggung berat beban salah di bahu sendiri. Memang dia mengaku salahnya. Salahnya memang besar. Tapi pengakuan Min Young sangat menggugat hati.

"Awak bunuh.. semua ahli keluarga saya?" Soal Jungkook semula. Melihat isterinya mengangguk tanpa ragu, Jungkook terduduk. Termenung dengan rasa yang betul-betul tidak percaya. Kehilangan ahli keluarganya adalah kerana isterinya sendiri. Tuhan, kuatkan hatiku yang rapuh.

"Termasuk, Taehyung?"

Min Young mengangguk lagi. Dia memandang ke bentangan luas pantai yang berombak tenang.

"Yoongi dah lama bencikan keluarga awak. Dia tak sukakan awak. Selama ni dia berpura-pura je. Dia tu.. dua muka. Saya gunakan dia untuk bantu saya. Dia orang kuat sempadan Selatan-Utara. Family dia orang besar dekat sana. Saya gunakan semua tu untuk balas dendam dekat awak." Kata Min Young lagi. Jungkook tiada kata apa-apa. Hendak menangis pun macam tiada guna. Hidupnya berantakan. Seorang demi seorang terbuka belangnya.

"Kenapa hidup aku macam ni..." Taehyung meraup tangan pada muka. Min Young menjeling. Pergelangan tangan suaminya merah dan berbirat kerana bergari tadi.

"Sekarang, awak dah tahu semuanya. Pasal saya, pasal punca ahli keluarga awak mati. Jadi, saya dah ambil keputusan, 50 hari mulai hari ini, saya nak bercerai dengan awak. Kita buat haluan kita sendiri." Kata Min Young sebelum dia mengatur langka untuk pergi. Jungkook terpana sesaat sebelum dia bangun dan mengejar.

"Min Young! Sekejap.."

Min Young berhenti berjalan. Tubuhnya tidak semena-mena dipeluk dari belakang. Terasa tangan sasa Jungkook melingkari pinggangnya yang kecil. Min Young pejamkan mata, rapat. Cuba kuatkan hati yang memang lemah jika berdua dengan Jungkook. Dia masih cinta cuma dia rasa tidak layak. Itu sahaja.

"50 hari takkan pernah cukup untuk kita. Please? Saya tak nak kita berpisah." Kata Jungkook. Mata Min Young kabur. Sebak.

"Saya dah bunuh keluarga kesayangan awak, Jungkook. Hilang akal ke?"

"Awak cinta hati saya sampai mati."

Min Young diam. Tangannya menolak tangan Jungkook yang memeluk pinggangnya. Mudah pelukan itu terlerai.

"Tapi hati saya dah penat kecewa. Saya nak bebas dari awak. Tolong hormat keputusan saya." Min Young ingin melangkah lagi tetapi sekali lagi dia ditahan. Pinggangnya dirangkul lagi. Lebih ketat dari biasa.

"Bagi saya peluang, sayang. Please." Jungkook merayu. Tidak sanggup rasanya hendak melepaskan isterinya. Entah kenapa, kesalahan Min Young sangat besar. Namun cepat sahaja hati memaafkan walaupun dia tahu punca dia kehilangan bahagianya itu dari isterinya sendiri.

Min Young keras hati mendengar rayuan Jungkook. Hatinya kosong tiada rasa. Sikit itu mungkin ada tapi ditutup rapi dengan ego.

"Lepaskan saya."

"Sayang..."

"Lepaskan atau saya benci awak sampai saya mati?" Keras suara Min Young dan serentak itu terasa pinggangnya dilepaskan dengan perlahan. Tubuh terus terasa ringan selepas itu. Min Young segera mengatur langkah ke rumah banglo besar dan meninggalkan Jungkook yang masih lagi dalam posisi yang sama.

Jungkook kemam bibir sebelum dia terduduk melutut atas pasir pantai yang mampat itu. Air matanya gugur.

Mama..

Papa..

Taehyung..

Insan-insan itu telah menyakiti isterinya sehingga Min Young menjadi begini. Sungguh, dia tidak menyangka dan tidak tahu ingin menyalahkan siapa. Kepala Jungkook runsing. Terasa letih dan penat dengan kejadian yang menimpa dirinya tiba-tiba.

Min Young... maafkan saya.

*****

Sesiapa ada buat cover fanfic? Kalau ada, pm kay. Thank you 😘

Continue Reading

You'll Also Like

17.9K 2.5K 48
[Babymonster story #1] la.fam-i-lle la/ˈfam(ə)lē/ -a group of all the descendants of the common parents living together as a unit. *** Perihal sekisa...
615K 37.4K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
260K 23.1K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
113K 2.2K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...