[ON-GOING] 50 Days Before Lea...

By SuamikuKacakGila27

36.2K 5.3K 628

Seorang Jungkook yang terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Dan seorang Min Young yang terlalu meme... More

✨Prologue✨
✨Bab 1✨
✨Bab 2✨
✨Bab 3✨
✨Bab 4✨
✨Bab 5✨
✨Bab 6✨
✨Bab 7✨
✨Bab 8✨
✨Bab 9✨
✨Bab 10✨
✨Bab 11✨
✨Bab 12✨
✨Bab 13✨
✨Bab 14✨
✨Bab 15✨
✨Bab 16✨
✨Bab 17✨
✨Bab 19✨
✨Bab 20✨
✨Bab 21✨
✨Bab 22✨
✨Bab 23✨
✨Bab 24✨
✨Bab 25✨
✨Bab 26✨
✨Bab 27✨
✨Bab 28✨
✨Bab 29✨
✨Bab 30✨
✨Bab 31✨
✨Bab 32✨
✨Bab 33✨
✨Bab 34✨
✨Bab 35✨
✨Bab 36✨
✨Bab 37✨
✨Bab 38✨
✨Bab 39✨
✨Bab 40✨
✨Bab 41✨
✨Bab 42✨
✨Bab 43✨
✨Bab 44✨
✨Bab 45✨
✨Bab 46✨
✨Bab 47✨
✨Bab 48✨
✨Bab 49✨
✨Bab 50✨
✨Bab 51✨
✨Bab 52✨
✨Bab 53✨
✨Bab 54✨
✨Bab 55✨
✨ Bab 56 ✨

✨Bab 18✨

566 91 10
By SuamikuKacakGila27

Min Young hanya duduk berdiam sahaja hari ini. Tidak bertegur langsung dengan Jungkook. Siap sahaja kerjanya tadi, Jungkook pulang ke rumah selepas seminggu menghilang. Min Young masih peduli tetapi dia ego. Dia tidak mahu kelihatan terlalu terhegeh-hegeh walaupun yang sebenarnya dia memang begitu.

Tadi Jungkook naik ke atas tetapi sudah beberapa jam berlalu, lelaki itu tidak juga turun. Min Young mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menutup televisyen itu. Kaki melangkah ke tangga dan didaki satu per satu. Lambat-lambat.. tiada semangat. Entah ke mana semangatnya selama ini pergi. Rasa cepat berputus asa.

Daun pintu bilik ditolak memandangkan ianya regang. Selepas itu, mata Min Young memandang susuk tubuh Jungkook sedang berdiri menghadap cermin pintu balkoni. Memandang ke arah luar.

Atas katil penuh dengan pakaian. Ada bagasi juga di atas katil itu. Mata Min Young ralit memandang sehingga tanpa sedar, sebak menghurung dirinya.

Ke mana suaminya ingin pergi?

"Sayang.." teguran lembut itu tidak memberikan Jungkook apa-apa respon. Lelaki itu hanya diam berdiri. Tanpa kata atau suara. Senyap.

Min Young mengetap gigi. Dia menolak daun pintu dengan lebih luas. Tubuhnya dibolos masuk ke dalam yang sedari tadi hanya di luar garis jenang pintu sahaja.

"Awak nak pergi mana kemas baju ni?" Soal Min Young. Jungkook yang masih dalam posisi yang sama itu menarik nafas panjang dan dihembus dengan keras dan berat. Dia tiada jawapan. Hanya diam sahaja.

"Kenapa kemas baju? Nak pergi mana? Nak lari dari saya? Hmm?" Soalan tetap dilontarkan walau tiada jawapan. Jungkook pejamkan matanya. Rapat. Telinga cuba untuk menerima segala apa yang ditanya oleh si isteri meski hati sebenarnya sudah tidak dapat menahan lagi.

Min Young terasa sebak secara tiba-tiba. Jelas sekali Jungkook tidak mengendahkannya. Apa yang ditanya langsung tidak dijawab walau menggumam sekalipun. Lama mereka berdua senyap. Min Young mengemas katil yang berselerak. Baju-baju Jungkook disimpan semula di dalam almari, bagasi diturunkan dan diletakkan di atas lantai.

"Kita asyik bergaduh. Awak dah berubah. Dah tak sama macam dulu. Dah pandai berahsia, dah pandai diam. Kenapa?" Soalan itu berjaya meragut ketenangan hati Jungkook. 

"Saya buat salah apa, hmm?"  Nada suara Min Young tenggelam timbul bertanya. Mula datang rasa sedih.

"Tak salah." Jawab Jungkook.

"Habis tu? Kenapa awak jadi macam ni? Sebulan, Jungkook. Awak berubah tiba-tiba. Saya benci kita macam ni." Air mata dan esak tangis isterinya kini terluah tanpa dipinta. Jungkook berdiri menghadap pintu balkoni yang cerah, membelakangkan Min Young yang sudah pun duduk di birai katil. Tangisan wanita itu berlagu, menandakan kesedihannya berada di hujung rasa.

"Saya buat semua ni demi abang saya." Ujar Jungkook setelah sekian lama dia menyimpan rahsia dan suara. Matanya memandang luar, merenung langit yang mendung seperti galau di hati. Ingin sahaja dia berpaling dan memeluk si isteri. Tetapi bimbang jika hati berubah lagi. Maka dia diam dan tahan diri.

"Apa yang awak buat? Untuk apa?" Min Young masih lagi bertanya tanda ingin tahu. Jungkook telan liur yang terasa pahit dan pejamkan mata serapat yang boleh.

Duhai hati, kuatlah untuk cinta yang satu itu.

"Awak tak perlu tahu."

"Bagitahu saya, Jungkook! Apa yang awak sorokkan daripada saya sebenarnya?!" Suara Min Young naik seoktaf, Jungkook tidak mampu bertahan lagi. Lantas tubuhnya dipusingkan, dihayun langkah ke arah Min Young yang duduk di birai katil dan bahu isterinya itu dicengkam kuat.

"Jungkook!" Jeritan Min Young memecah sunyi kerana terkejut.

"Nak tahu? Hmm? Nak tahu sangat, kan?" Ada air mata mula terhasil ditubir, Jungkook berlawan dengan perasaan sendiri. Tidak mahu dia menyakiti si isteri walau seinci pun tetapi kerana terpaksa dia perlu juga memberitahu rahsia yang sudah lama disimpan rapi. Rahsia yang kononnya tidak diketahui oleh Min Young.

"Saya dah angkat sumpah untuk jadi rakyat Korea Utara. Saya nak jalankan tugas saya dekat sana dan kita perlu bercerai 50 hari dari sekarang."

Kedua-duanya diam tanpa kata. Cengkaman pada bahu Min Young kian longgar, air mukanya berubah. Jungkook melutut dan menunduk, menempel pipi pada riba isterinya.

"Tapi kenapa sayang..." suara Min Young kedengaran lemah dan tidak berdaya.

"Untuk abang saya. Saya nak balas semula atas kematian dia."

"Dan tinggalkan saya?" Soalan itu, Jungkook pejam mata. Sudah dapat diagak, pasti hatinya mula meragui dan tidak yakin dengan diri sendiri. Lambat. Semuanya sudah terlambat.

"Kita ada masa 50 hari sebelum saya pergi."

"Takkan pernah cukup, Jungkook." Min Young kembali teresak. Kali ini lebih kuat. Jungkook tarik nafas panjang, mencari kekuatan yang bersisa. Dia perlu tunaikan janji dengan diri sendiri dan dia perlu menabur janji demi merelakan si isteri atas pemergiannya nanti.

Kepala diangkat, tangan Min Young pantas dicapai. Digenggam erat, dipandang lama wajah sedih wanita ini. Bibirnya tersenyum nipis sahaja. Dia tidak tahu sama ada dia akan kembali, tetapi untuk memberi ketenangan kepada isteri, dia sanggup digelar pengkhianat janji.

"Saya janji, saya balik sini semula. Cuma saya minta sikit masa. Nanti saya datang dekat awak. Saya janji."

"Tapi awak suruh kita bercerai."

"Itu syaratnya untuk saya ke sana. Kalau tidak, awak kena angkat sumpah sekali. Awak tak boleh."

"Saya nak ikut."

Jungkook tetap menggeleng. Bibir diketap rapat dan kuat. Tidak akan sesekali dia membiarkan isterinya ikut bersama. Dia tidak mahu Min Young melihat perkara yang tidak sepatutnya dilihat ketika di sana.

"Tak boleh."

Min Young masih menangis. Cuma kali ini jelas sekali sudah letih dan berputus asa. Tangan yang dipegang Jungkook ditarik lemah. Dia bangun dan tanpa kata terus melangkah pergi dari bilik ini.

Daun pintu dirapatkan, lantas air mata yang mengalir tadi diseka dengan belakang tangan. Bibir menguntum senyuman sebelum tertawa sinis.

"50 hari? Takkan cukup untuk aku seksa kau sampai mati."

Continue Reading

You'll Also Like

520 55 11
Mengisahkan hidup Ali sangat gelap. Walaupun ibu Ali berteraskan tekno ialah Aliya memarahi anaknya yang selalu tidak dengar cakap keluarganya sendir...
34.2K 1K 72
Act, RR ni first book..penulisan pun macam mabuk je😌 nanti lepas habis book Harris Zayder baru edit balik okey 😄 ...
1.3M 96.5K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
129K 6.4K 50
Mengisahkan tntg seorang ejen MATA yg bernama Ali. Dia merupakan seorang ejen yg sgt lemah. Wlubagaimanapun spnjg Ali berkhidmat dgn MATA, dia byk me...