Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.3K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
✘ Special I ✘
New Books!

Special II

3.2K 159 14
By _louvrees_

"Sampai hati sayang buat abang macam ni!"

Arisya buat tak endah dengan bebelan Fyraz yang tak sudah. Yusuf yang masih belum sepenuhnya lelap dalam pangkuan Arisya mula merengek perlahan gara gara terkejut mendengar suara babanya.

Tengku Yusuf Al-Malik, putera kedua kesayangan Fyraz dan Arisya.

Kata Fyraz, nak cukupkan sampai 25 orang anak dan semuanya mahu diletakkan dengan nama nabi.

Melopong Arisya dibuatnya. Dia ingat kilang pembuatan manusia senang senang boleh minta berapa orang anak agaknya.

Fyraz sudah mengambil tempat, melutut di depan Arisya. Ini, posisi memujuk seorang Fyraz.

"Sayang, pergilah tidurkan Hud dekat depan tu. Abang tidurkan Yusuf. Meh sini, sayang baba..."

Arisya menghalang apabila Fyraz sudah berura ura ingin mengambil Yusuf yang umurnya baru mencecah tiga bulan itu.

"Apa masalahnya? Dulu dulu elok je abang tidurkan Hud?" Arisya menyoal dengan wajah malas.

"Dulu dulu memang la boleh. Tapi sekarang ni, tengok la Hud tu macam mana. Anak kita buas sangat sayang!" Fyraz tak henti henti membebel dengan suara yang ditahan. Sesekali jemarinya sengaja naik mencuit cuit pipi Yusuf.

"Nakal ikut perangai abang la tu."

"Amboi, mengata nampak?"

Arisya diam tak mahu membalas. Karang kalau dia sama naik membebel, silap silap boleh tercetus perang dunia ketiga.

"Sayang, bagi la abang tidurkan Yusuf..." Fyraz masih tidak menunjukkan tanda tanda ingin mengalah.

"Abang merepek apa? Yusuf tak nak berhenti menyusu lagi. Abang nak pujuk dia kalau dia menangis? Abang nak bagi susu apa?"

Fyraz jeling Arisya satu das.

"Eeeee...Yusuf tak malu. Tu baba punya tahu? Gedik je nak menempel dekat tempat favourite..."

Arisya sudah membulat mata.

"Baba!!"

Fyraz yang kelam kabut melindungi kepalanya dari diketuk berpaling ke arah pintu.

"Tak apalah sayang. Hud dah panggil tu. Bye!" laju laju Fyraz berlari keluar dari bilik ingin melarikan diri. Pintu ditutup perlahan tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Arisya tahan diri dari melepaskan jeritan geram.

Dasar gatal.

~~~

Arisya melangkah keluar dari bilik tidur sesudah memastikan Yusuf betul betul lena. Pagi pagi buta macam ni, haus pula tekaknya. Perlahan lahan anak tangga dituruni satu persatu. Gelap. Silap langkah, ada juga yang jatuh tergolek.

Arisya menuju ke ruang tamu, mencari kelibat dua hero kesayangannya apabila matanya menangkap ke arah televisyen yang masih terbuka dengan bunyi yang sederhana perlahan.

Bibirnya menguntum senyum. Terasa indah apabila melihatkan pemandangan seperti ini.

Fyraz dan Hud yang tertidur pulas di atas karpet di lantai dengan keadaan kedua mereka menghadap sesama sendiri. Sebelah tangan Fyraz menjadi alas kepala Hud dan tangan Hud diletakkan di pipi Fyraz.

Sangat jarang bagi Arisya melihat situasi seperti ini. Sejak ada Yusuf pun, Arisya juga yang tidurkan Hud. Hud benar benar liat mahu tidur dengan Fyraz. Setiap kali Fyraz pulang dari kerja, Hud kalau sedang mengantuk pun boleh segar semata mata mahu mengajak babanya main bersama.

Selimut dan bantal Arisya ambil dari bilik tetamu. Tubuh kedua duanya diselimutkan dan kepala Fyraz dialasi dengan bantal.

Remote dicapai dan butang off ditekan. Wajah comel dan tampan milik kedua dua lelaki di hadapannya itu direnung penuh cinta sebelum bibirnya dilabuhkan di pipi Hud dan di dahi Fyraz lebih lama.

'Sleep tight my boys.'

~~~

Lima tahun kemudian...

"Baba, bila nak habis kalau baba mengantuk macam ni?

"Sabar, sayang...sikit je lagi ni."

"Ish, itulah siapa suruh letak nama Hud panjang panjang? Nanti boleh patah tangan Hud tulis nama dekat buku bila dah besar bla bla bla..."

Arisya ketawa kecil apabila melihat muka ayam berak kapur yang ditayang Fyraz gara gara mengantuk dan telinga pula terpaksa ditadah untuk mendengar bebelan Hud.

Dulu Fyraz sendiri yang berjanji untuk menulis nama di buku sekolah Hud. Ha sekarang, hadap la janji tu sendiri. Arisya tak mahu ikut campur.

"Go, baba go!"

"Okay, sikit lagi. Hud cepat sediakan bantal untuk baba!"

Arisya yang duduk meriba Yusuf yang masih dengan botol susu di atas sofa itu sudah ketawa melihat gelagat Hud. Terloncat-loncat memberi sokongan kepada Fyraz bagai seorang cheerleader.

Lahir-lahir dah kamceng betul dengan babanya. Berperang mulut memang selalu, tapi apa apa sekalipun Hud tak pernah membangkang arahan Fyraz.

"Ummi, aumm!" Yusuf sudah teruja sambil menepuk nepuk pipi Arisya apabila melihat haiwan kegemarannya dalam kaca televisyen itu.

"Harimau? Yusuf suka harimau?" Arisya menyoal pada si kecil.

Laju Yusuf mengangguk sambil tersengih menyeringai menampakkan barisan gigi putihnya.

Hud dan Yusuf agak kontra. Yusuf punya manja mungkin tiga kali ganda manja Hud. Mengada ada bak kata Fyraz tapi itu jugalah putera kesayangannya. Tengoklah, dah masuk tadika pun tak mahu berhenti susu botol lagi.

Yusuf punya manja dengan Fyraz sama tahap dengan Hud. Tapi kalau waktu itu Hud yang 'conquer' Fyraz, Yusuf tak berani kacau. Abang long kawasan lah katakan.

Tak apa, Arisya lagi suka bila Yusuf melekat dengan dia. Tak adalah dia rasa seperti dipalau dengan ketiga tiga lelaki itu.

Arisya toleh semula ke arah Fyraz yang sudah terbongkang di atas lantai. Nampak bahagia apabila berjaya menulis nama Hud di buku buku sekolah anaknya itu.

Hud pula masih sibuk menyusun buku buku mengikut jadual kelas untuk hari isnin nanti. Padahal hari ini baru hari Jumaat.

Sudah seminggu bersekolah dan Hud rasa dia makin bersemangat. Bukan apa, tapi dia rasa dia dah jatuh suka dengan seorang budak perempuan kelas sebelah.

Tersengih sengih Hud teringatkan si gadis comel bertudung senget itu ketika hari pertama persekolahan. Insyirah namanya. Susah payah Hud mengintip budak itu selama beberapa hari semata mata ingin melihat tanda namanya sehingga dituduh gatal oleh rakannya apabila tertangkap kantoi.

Fuh, bahaya betul buat kerja ni! Rahsia ni tak boleh diceritakan kepada sesiapa. Bagitau ummi, pasti kena marah. Nak bagitau baba? Mau berguling-guling dia ketawakan anak terunanya yang hensem lagikan macho ni.

Tunggulah dia dah besar sikit nanti dan rambut tidak lagi disikat belah tengah. Hud dah terbayang masa depan. Dia ingat nak melamar Insyirah kalau ada jodoh.

Hihihi.

Arisya hampir terlelap ketika Yusf turun dari ribaannya sebelum mengambil tempat berbaring di sebelah Fyraz. Fyraz yang tersedarkan kehadiran anak keduanya itu tersenyum lalu tubuh si kecil ditepuk perlahan dan entah macam mana, Yusuf sudah menguap tanda mahu tidur.

"Mana boleh Yusuf ambil tempat Hud!"

Arisya sudah pasrah apabila mendengar jeritan Hud. Inilah sebabnya Yusuf kadang kadang takut dengan abangnya.

Hud berlari sebelum menghempaskan tubuh di atas badan Fyraz. Terbatuk batuk lelaki itu mencari nafas apabila dadanya terhimpit.

Arisya dihimpit cemburu sebenarnya melihat gelagat igat beranak yang seronok bergelak ketawa itu. Mood dia memang agak ke laut beberapa hari ini.

Dah tahu kenapa, tapi sengaja tak mahu beritahu Fyraz awal awal.

"Sayang, tak nak join ke?"

Arisya sengih melebar apabila Fyraz mempelawa. Memang itu pun yang ditunggu daripada tadi.

Serta merta, Arisya turun dari sofa ingin menyertai mereka. Sempat Fyraz mendepakan tangannya untuk dijadikan alas kepala Arisya. Arisya mengambil tempat di sebelah Hud.

"Hud nak tidur dulu. Selamat malam ummi, selamat malam baba!" Hud bangun sebentar dan kedua dua belah pipi orang tuanya dikucup sayang sebelum merapatkan diri dengan Arisya. Malam ini mungkin tukar angin, nak bermanja dengan ummi.

Biarlah malam ini mereka tidur di ruang tamu saja. Bukan selalu.

Keadaan bertukar sunyi. Senyap tapi menyenangkan. Yusuf awal awal lagi sudah melelapkan mata.

"Abang?"

"Ya, sayang?"

"Sya sayang abang."

"Abang pun tak sayang Sya."

Arisya cebik bibir mendengar jawapan kerek seorang Fyraz. Ye ye je dia tu.

"We're completed and I'm really happy now."

Fyraz toleh sebentar ke arah Arisya.

"Mana boleh complete, lagi 23 orang tak keluar lagi."

Arisya angkat sebelah tangan sebelum memukul perut Fyraz yang alhamdulillah masih maintain sado. Fyraz hanya tertawa lucu. Sengaja mahu bergurau.

"Sya harap sampai bila bila kita macam ni.

Dan senyum bahagia mereka bersatu.

"Ya, sampai syurga."

~~~

"Sya? Kenapa tak tidur lagi?"

Fyraz yang baru keluar dari tandas itu menyoal sang isteri yang sedang termenung di balkoni luar walhal hari sudah larut malam.

Tubuh kecil Arisya dibawa ke dalam dakapan daripada belakang dan dagu direhatkan di bahu wanita itu sebelum mata dipejam menikmati keselesaan.

"Bila abang mula jatuh cinta dengan Sya?"

Soalan Arisya membuahkan senyuman di bibir Fyraz.

"Long time ago. Entah, mungkin waktu zaman universiti dulu. I don't even know. Abang sendiri tak sedar."

"I've read your sentences in your book before we get married. Semua tu, abang tuju dekat Sya ke?"

Fyraz senyap seketika. Memikirkan buku mana yang Arisya maksudkan.

"Oh, that book. Obviously, yes. Abang banyak termenung lepas aniaya Sya dulu. Abang menyesal, tapi abang taktau how to express my feeling. Masa tu abang masih jauh dari Tuhan. That's why abang tulis semua tu. And then bila Adan sedarkan abang, baru abang tau abang patut mengadu dekat siapa.

Giliran Arisya mengambil alih senyuman itu.

Kejadian lalu cukup untuk menjadikan mereka berdua lebih kuat hari ini.

Detik berjeda sebelum Arisya kembali bersuara memecah sunyi.

"I've got something to tell you, abang." ujarnya sambil pipi Fyraz diusap manja.

"Shoot."

"I'm pregnant. Almost two months." Arisya berbisk lalu tepi kepala Fyraz dikucup.

Tubuh Fyraz di belakang seakan mengeras.

Laju Fyraz membalikkan tubuh Arisya agar menghadapnya. Wajah Arisya yang mula memerah menahan malu itu ditatap lama oleh Fyraz dengan kerutan di dahi.

"Are you serious, sayang?"

Arisya angguk sekali.

"Betul ke ni?"

Arisya angguk lagi.

"Like really, really serious?"

Arisya kali ini tidak menjawab kerana yakin Fyraz sudah percaya apabila wajahnya seakan bercahaya. Nyata terbias raut kegembiraannya.

"Oh my Allah, thank you so much sayang!"

Fyraz sudah terjerit gara gara teruja sebelum tubuh Arisya dicempung serta merta. Bertalu talu ciuman Fyraz hinggap di seluruh wajah Arisya. Arisya hanya ketawa melihat reaksi Fyraz.

Mujur Hud dan Yusuf sudah belajar tidur di bilik berasingan. Tidaklah terganggu tidur mereka dengan suara Fyraz.

Tubuh yang di dalam cempungannya itu dibawa masuk ke dalam bilik dan direbahkan perlahan di atas katil. Sempat pintu balkoni ditutup menggunakan kaki sebelum Fyraz turut naik menindih sedikit tubuh Arsya.

Tawa mereka terlepas dan Fyraz sekali lagi tanpa jemu mengucup dahi Arisya penuh syahdu. Kali ini lebih lama, ingin menyalurkan sepenuh bahagianya.

'Untuk anak baba Muhammad Fayyadh, baba dah bahagia. Sampai bila bila, Fayyadh tetap anak lelaki yang baba takkan lupa. Terima kasih, bahagiakan ummi waktu baba jadi manusia paling pengecut untuk menghadap realiti.'

'Tengku Muhammad Hud Mateen Al-Khaliq. Tengku Yusuf Al-Malik. Dan buah hati baba dan ummi yang bakal lahir nanti, terima kasih kerana hadir sebagai penyeri.'

'Teruntuk kamu, sang bidadari, andai syurga tempat aku berehat satu hari nanti, akan aku pinta semoga hanya kamu penghulunya di sana.'

'Demi Tuhan, hingga sampai suatu masa hikayat ini berlabuh, menunggu saatnya luput ditelan waktu, aku akan tetap mencintai mereka.'

'Selama lamanya...'


















~TAMAT~





Finally after a year, I can breath in peace now ; )

Continue Reading

You'll Also Like

33K 2K 36
( 𝕁𝕠𝕕𝕠𝕙 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
298K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
751K 42K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
503K 17.7K 70
Aku Suria and kembar aku Suri. Aku lebih ceria dan aktif berbeza dari Suri yang pendiam dan pemalu. Kami suka benda yang sama hampir semua benda term...