[ON-GOING] 50 Days Before Lea...

By SuamikuKacakGila27

36.1K 5.3K 628

Seorang Jungkook yang terlupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Dan seorang Min Young yang terlalu meme... More

✨Prologue✨
✨Bab 2✨
✨Bab 3✨
✨Bab 4✨
✨Bab 5✨
✨Bab 6✨
✨Bab 7✨
✨Bab 8✨
✨Bab 9✨
✨Bab 10✨
✨Bab 11✨
✨Bab 12✨
✨Bab 13✨
✨Bab 14✨
✨Bab 15✨
✨Bab 16✨
✨Bab 17✨
✨Bab 18✨
✨Bab 19✨
✨Bab 20✨
✨Bab 21✨
✨Bab 22✨
✨Bab 23✨
✨Bab 24✨
✨Bab 25✨
✨Bab 26✨
✨Bab 27✨
✨Bab 28✨
✨Bab 29✨
✨Bab 30✨
✨Bab 31✨
✨Bab 32✨
✨Bab 33✨
✨Bab 34✨
✨Bab 35✨
✨Bab 36✨
✨Bab 37✨
✨Bab 38✨
✨Bab 39✨
✨Bab 40✨
✨Bab 41✨
✨Bab 42✨
✨Bab 43✨
✨Bab 44✨
✨Bab 45✨
✨Bab 46✨
✨Bab 47✨
✨Bab 48✨
✨Bab 49✨
✨Bab 50✨
✨Bab 51✨
✨Bab 52✨
✨Bab 53✨
✨Bab 54✨
✨Bab 55✨
✨ Bab 56 ✨

✨Bab 1✨

1.2K 167 3
By SuamikuKacakGila27

Jungkook berdiri tegak memandang kabinet bertutup kaca di hadapannya. Kelopak matanya bertakung air mata tatkala memandang gambar mendiang abang tirinya, Kim Taehyung. Abang yang sudah dianggap seperti abang kandung sendiri. Walaupun berlainan ibu, tetapi hati Jungkook tetap dekat dengan Taehyung. Meski kini jasad sudah terpisah dari roh, bayang tidak lagi muncul di bumi, Jungkook tetap setia menanti di sisi.

Mutiara jernih tanpa disedari mengalir mengikut bentuk wajah. Esakan perlahan kedengaran, kepala Jungkook tertunduk. Hatinya benar-benar sayu. Teringatkan punca kematian Taehyung yang sepatutnya mendapat pembelaan. Tetapi entah kenapa, kes pembunuhan itu ditutup begitu sahaja.

Taehyung seorang askar Korea Selatan dan ditugaskan ke Korea Utara untuk program latihan selama 6 bulan di sana bagi kenaikkan pangkat. Pada awalnya keputusan Taehyung tidak dipersetujui olehnya dan ahli keluarga yang lain. Tetapi setelah dipujuk oleh Taehyung berulang kali, mereka terpaksa merelakan lelaki itu pergi. Seperti sudah dapat dijangkakan bahaya dan risiko yang menimpa, untuk bulan yang pertama sahaja mereka sudah mendapat tahu bahawa Taehyung mengalami keretakan pada bahu kanan. Alasan terjatuh semasa latihan, tetapi kebenarannya dibelasah oleh ahli tentera Korea Utara.

Rahsia demi rahsia tersimpan lama, terpendam dipekung dada tanpa diluahkan kepada sesiapa, akhirnya dua bulan pemergian Taehyung ke Korea Utara berakhir tragedi yang tidak dapat dilupakan oleh Jungkook sekeluarga.

Abangnya itu ditemui mati dalam keadaan tubuhnya diikat dan dikelar beberapa kali. Tulang rusuknya patah, hempedu pecah dan buah pinggang rosak. Hancur hati menerima berita yang tidak disangka-sangka itu. Namun kini sudah seminggu berlalu. Kes ditutup tanpa pembelaan. Jungkook pasti, ada sesuatu yang tidak kena dengan kes kematian melibatkan abangnya ini.

"Sayang..." sentuhan pada belakang tubuhnya terasa. Jungkook masih menunduk dan menangis. Tetapi sebaik sahaja dia merasakan ada susuk tubuh lain rapat dengannya, Jungkook lantas merangkul erat.

"Min Young..." nama wanita itu disebut. Isterinya. Tulang belakangnya. Kekuatannya.

"Ya. Saya ada." Tubuh yang sedikit rendah memaksa Min Young untuk berjengket untuk membalas rangkulan erat Jungkook. Wajah suaminya berada di bahu, dia memeluk kepala itu sambil mengusap perlahan. Hatinya sayu mendengar esakan yang berlagu. Setiap kali mereka berdua ke sini, pasti Jungkook akan menangis walaupun pemergian abang ipar tirinya itu sudah pun berlalu seminggu.

"Sabar, sayang."

"Taehyung..." nama itu tidak henti meniti di bibir Jungkook. Air mata masih lagi mengalir namun esakannya sedikit perlahan dari tadi. Kepala diangkat, tubuh ditegakkan semula. Tangan Min Young ringan mengusap wajah itu, mengusir air mata yang mencelakan wajah si suami.

"Better now?" Soal Min Young sambil tersenyum. Jungkook memandangnya lama dan angguk kecil sahaja. Tangan mereka bersatu, kembali menghalakan tubuh memandang gambar Taehyung yang berada di dalam kabinet kaca. Ada juga bunga di dalam itu. Jam tangan yang sudah putus, pakaian yang kemas terlipat dengan kesan darah kering dan beberapa lagi barangan peribadi yang dipakai ketika hari terakhir ada di dalam itu. Semuanya ada. Lengkap tanpa kurang satu pun.

"Saya rindu abang saya." Suara Jungkook yang serak basah memecah sunyi ruangan yang seakan-akan rumah ini. Min Young menoleh dan mendongak. Belakang tubuh Jungkook diusap lembut.

"Nanti kita jumpa dia juga." Itu saja yang mampu Min Young katakan. Pujukan yang mungkin berkesan, mungkin juga tidak. Asalkan dapat mengusir secebis dua rasa sakit itu cukuplah.

Setelah lama dan puas berada tempat kenangan ini, Jungkook dan Min Young beransur pulang. Biasanya jika mereka selesai melawat Taehyung sini, mereka akan singgah untuk makan dahulu. Kemudian, barulah mereka pulang ke rumah.

Continue Reading

You'll Also Like

28.6K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
40.6K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
399K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
179K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...