Hikayat Sang Pencinta ✔

By _louvrees_

137K 7.2K 296

Kisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cum... More

✘ Bab 1 ✘
✘ Bab 2 ✘
✘ Bab 3 ✘
✘ Bab 4 ✘
✘ Bab 5 ✘
✘ Bab 6 ✘
✘ Bab 7 ✘
✘ Bab 8 ✘
✘ Bab 9 ✘
✘ Bab 10 ✘
✘ Bab 11 ✘
✘ Bab 12 ✘
✘ Bab 13 ✘
✘ Bab 14 ✘
✘ Bab 15 ✘
✘ Bab 16 ✘
✘ Bab 17 ✘
✘ Bab 18 ✘
✘ Bab 19 ✘
✘ Bab 20 ✘
✘ Bab 21 ✘
✘ Bab 22 ✘
✘ Bab 23 ✘
✘ Bab 24 ✘
✘ Bab 25 ✘
✘ Bab 26 ✘
✘ Bab 27 ✘
✘ Bab 28 ✘
✘ Bab 29 ✘
✘ Bab 30 ✘
✘ Bab 31 ✘
✘ Bab 32 ✘
✘ Bab 33 ✘
✘ Bab 34 ✘
✘ Bab 35 ✘
✘ Bab 36 ✘
✘ Bab 37 ✘
✘ Bab 38 ✘
✘ Bab 39 ✘
✘ Bab 40 ✘
✘ Bab 41 ✘
✘ Bab 42 ✘
NOTICE ALERT
✘ Bab 43 ✘
✘ Bab 44 ✘
✘ Bab 45 ✘
✘ Bab 46 ✘
TEASER
✘ Bab 47 ✘
✘ Bab 48 ✘
✘ Bab 49 ✘
✘ Bab 50 ✘
✘ Bab 51 ✘
✘ Bab 52✘
✘ Bab 53 ✘
✘ Bab 54 ✘
✘ Bab 55 ✘
✘ Bab 56 ✘
✘ Bab 57 ✘
Special II
New Books!

✘ Special I ✘

3.2K 130 8
By _louvrees_

2 tahun kemudian


















"Jangan picit sabun, nanti licin!"

"Main buih!!"

"Hud, baba kata apa tadi?"

"Nanakk!!"

"Okay, dah siap mandi dah anak baba ni!"

Arisya yang masih lena di atas katil itu terpisat pisat membuka mata apabila terdengar suara suara yang begitu riuh dari dalam kamar mandi. Perlahan lahan, Arisya bangun dari pembaringan lalu menukar posisi kepada duduk agar lebih selesa.

Matanya yang masih pedih digosok lalu jam loceng di meja sisi katil dikerling seketika. Sudah jam 5 petang. Awal pula Fyraz pulang hari ini.

"Sabar, sayang...balut dulu, nanti cekci lah!"

"Nanakk!"

Seketika, Arisya tertawa lepas apabila terdengar perbualan dua beranak itu.

"Sayang!"

Sejurus selepas itu, pintu kamar mandi terbuka. Hud terkedek kedek berlari keluar tanpa dibaluti apa apa.

Riang sungguh si anak kecil itu.

Fyraz turut melangkah keluar dari kamar mandi dengan tuala yang dibalut separas pinggang. Rambutnya masih basah dan titisan air mengalir hingga ke rahang dan dagu.

"Mi, Hud mandi wangi dengan baba!" teruja Hud bercerita dengan pelatnya kepada Arisya.

Sejujurnya kalau dilihat, perkembangan Hud lebih cepat berbanding kanak kanak lain. Pada umurnya baru menjejak setahun, Hud sudah boleh menyebut suku kata pendek mahupun panjang. Tingkahnya, Hud suka melihat perlakuan dan percakapan orang di sekelilingnya lalu mudah saja ditiru. Untuk itu, Arisya dan Fyraz risau juga kalau kalau ada pengaruh tak baik yang ditiru oleh Hud.

Dan sekarang, Hud sudah berumur dua tahun. Surah Al Fatihah dan doa doa ringkas pun sudah boleh dihafalnya tanpa gagap walaupun masih pelat.

Kadang kadang bersembang, mengalahkan orang tua.

"Hud pergi ambil pampers, ambil baju. Nanti ummi pakaikan." Arisya memberi arahan sambil menggosok kepala Hud.

Hud yang cepat mengerti, terus saja berlari ke arah almari yang menempatkan baju bajunya.

"Sayang..." Arisya menoleh ketika pemilik suara itu memanggil.

Fyraz tayang senyum sambil menghulurkan sehelai lagi tualanya kepada Arisya.

"Baba pun nak ummi siapkan..." bicaranya sengaja ditutur manja sebelum berlutut di hadapan Arisya yang masih duduk di atas katil.

Arisya tertawa namun diambil juga tuala yang berada di tangan Fyraz sebelum bertindak mengelap rambut suaminya itu. Cukup tertib perbuatannya membuatkan Fyraz tersenyum senang.

"Baba tepi. Mi agi Hud pakai baju!" suara Hud mematikan perlakuan Arisya.

Mata Hud terjegil ke arah Fyraz. Marah la tu kononnya.

"Sibuk je. Pakai la sendiri! Siapa suruh tak nak dengar cakap baba tadi?" Fyraz yang tak mahu mengalah, terus saja membidas kata kata Hud.

"Papa tadi lambat. Hud keluar la tak balut." Hud masih becok bercerita dengan ekspresi wajahnya sekali.

"Yelah, papa kena pakai tuala dulu. Kalau papa tak pakai tuala, nanti ummi tergoda lepastu-aduh, sakit sayang!!" bicara 'kotor' Fyraz terhenti akibat Arisya yang menarik telinganya ingin memberi pengajaran.

"Apa cakap macam tu dengan anak?" Arisya melepaskan telinga Fyraz. Fyraz tertunduk sambil menggosok gosok telinganya yang mula memerah.

Arisya sejak ada anak seorang ni, cubitannya berbisa tak boleh lawan!

Hud mula menggaru garu kepala tanda sedang berfikir.

"Kenapa ummi tergoda kalau baba tak pakai tuala? Mi, tergoda tu apa?"

Mendengarkan pertanyaan Hud, Arisya tepuk dahi sendiri sebelum menjeling tajam ke arah Fyraz yang tayang sengih tak bersalah.

Inilah salah satu contoh pengaruh tak baik. Pengaruh daripada bapak sendiri.

"Tak ada apalah. Dah, Hud meh sini dekat ummi."

Arisya menggamit Hud ke arahnya. Hud tanpa banyak soal akhirnya menurut tanpa bertanya lebih lanjut tentang persoalannya tadi.

"Abang gurau je..." Fyraz menggumam perlahan namun sempat patah katanya ditangkap Arisya.

Fyraz, Fyraz...tingkahnya makin manja dari hari ke hari.

Fyraz sudahnya mengalah juga. Tak berani nak merasa cubitan ketam lagi.

"Kenapa abang tak kejut Sya je tadi? Abang kan penat, baru balik kerja." sambil menyiapkan Hud, Arisya menyoal Fyraz yang sedang menyarung baju di sebelahnya.

"Penat penat abang pun, takkan nak bagi Sya buat semua benda. Sya pun mesti nak rehat kan? Uruskan Hud, tu yang dalam perut tu lagi." ujar Fyraz sambil bibirnya terjuih menunjuk ke arah perut Arisya.

Ya, tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi dan anak kedua mereka bakal lahir melihat dunia.

Arisya tersenyum bahagia mendengar jawapan Fyraz.

"Okay, hensem dah anak ummi ni!" rambut Hud disikat rapi dan pipinya ditempekkan bedak.

"Maceh ummi!" Hud mencium kedua dua belah pipi Arisya sebelum turun dari katil.

Anak patung kesayangannya yang entah bagaimana tercampak jatuh di atas lantai dikutip lalu diheret keluar dari bilik sambil bibirnya menggumam entah menyanyi atau berzikir.

Fyraz naik memanjat katil lalu dilabuhkan kepala ke ribaan Arisya sebaik sahaja bayang Hud tidak kelihatan.

"Abang nak tidur dulu ke? Tak apalah, nanti lagi setengah jam Sya kejutkan." Arisya menyoal apabila Fyraz kekal senyap. Bila dilihat, matanya sudah pun terpejam.

Fyraz yang ternyata masih belum dibuai lena itu semakin merapatkan kepalanya ke perut Arisya sambil sambil dihirup wangian dari tubuh isterinya.

Dia sukakan bau itu. Menandakan kedudukannya dengan Arisya benar benar rapat tanpa jarak hatta satu inci. Dan benar, dia sangat selesa dengan keadaan mereka sekarang.

"Abang?" Arisya memanggil lagi.

"Taknak tidur. Nak manja manja dengan Sya." ujar Fyraz selamba lalu bibirnya dimuncungkan dengan mata yang masih terpejam rapat.

Isyarat minta dicium.

Arisya sembunyi senyum melihat kelakuan Fyraz. Tidak menunggu lama, bibir merahnya mendarat di dahi Fyraz, turun ke pucuk hidungnya lalu dilekap lama ke bibir merah milik lelaki itu.

"Mmuahh!" sengaja Arisya menambah sound effect apabila melepaskan ciuman membuatkan Fyraz hampir saja menggeletis suka.

Dapat kiss kot, siapa tak suka?

Sengaja hidung mancungnya pula digesel gesel lembut dengan perut Arisya yang makin memboyot itu menyebabkan Arisya menahan kegelian walaupun masih dilitupi baju.

"Baby ada nakal nakal tak harini?" Fyraz menyoal Arisya lalu baju sang isteri disingkap ke atas mendedahkan perutnya lalu dicium lembut.

Spontan, dapat Fyraz rasakan tendangan dari dalam.

"Sayang, baby tak suka abang ke? Sampai hati dia tendang abang bila abang cium dia."

Fyraz sudah membuka jurus jurus ke arah ingin merajuk. Bebola matanya dialihkan ke arah Arisya lalu pandangan penuh sedih ditayangkan.

Arisya menggeleng perlahan lalu rambut lebat Fyraz yang terjuntai di dahi dan masih lembap itu dilurut lembut dengan jemarinya.

Siapa yang mengandung sekarang ni? Kenapa Fyraz yang terlebih manja? Situasi dah terbalik ke apa?

"Baby tak sayang baba ke? Hmm?"

Fyraz masih tak jemu. Entah apa yang dibicarakan dengan si anak yang masih berada di dakan perut itu hingga akhirnya terlelap di ribaan Arisya.

Arisya tersenyum melihat Fyraz yang benar benar kelihatan polos dalam tidurnya itu.

Doanya, semoga 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, dan selama lamanya selagi diizinkan Tuhan...

Fyraz Danial, akan tetap menjadi seorang Fyraz yang ada di hadapan matanya kini.

Dahi Fyraz dikucup lembut.

"I love you abang."

Dan tidak lama, mata Arisya juga terkatup rapat dibuai lena.

Tanpa Arisya sedar, Fyraz yang masih di ribaannya itu mengukir senyum.

"I love you too sayang. Today, tomorrow, and always."

~~~

Fyraz menyudahkan bacaan Surah Luqman bersama Arisya. Doa dibaca sebelum mengusap lembut perut isterinya.

Sungguh Fyraz cukup bahagia dengan kehidupannya kini. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

"Abang nak baby girl."

"Sya pun nak baby girl." Arisya memberi respon sebelum mengambil tempat di sebelah Fyraz yang sedang bersandar di hujung katil itu.

Sememangnya mereka berdua tidak mahu membuat pemeriksaan jantina bayi. Sengaja, kerana itu rasa teruja menanti kehadiran si kecil itu lebih dirasai.

Fyraz menarik kepala Arisya agar bersandar penuh di bahunya. Jari jemari milik sang isteri disulam dengan jemarinya.

Seronok Fyraz membelek jari tembam Arisya. Comelnya tak terampun. Rasa nak gigit!

"Sayang?"

"Hmm?"

Fyraz mendekatkan bibirnya dan di tepi telinga Arisya dia berbisik lembut.

"I never thought that today, you'll be here, pregnant with my baby and sitting beside me with that cute face."

Arisya tersenyum mendengar bicara Fyraz. Wajah bahagia Fyraz ditatap dan sebelah tangannya naik menyentuh pipi Fyraz.

"Me too, abang. Tak pernah terfikir mafia sorang ni boleh tunduk dekat Sya." ujarnya dengan nada bergurau dan turut disambut tawa Fyraz.

"Thank Him for bringing love between us."

Arisya angguk tanda membenarkan. Ya, kerana Dia yang menitipkan cinta itu.

"Abang?"

"Ya sayang?"

"Sya nak tanya..."

Fyraz kini memberi fokus pada Arisya.

"Kenapa dulu, sebelum kita kahwin abang tak bagitau langsung yang abang bakal suami Sya? Padahal, bukannya kita tak jumpa dekat pejabat. Buat buat terkejut pulak tu bila Sya cakap Sya dah bertunang. Lepastu, tiba tiba mesej guna saya awak ajak nak kahwin cepat. Terkejut tahu?"

Tawa Fyraz terhambur apabila Arisya yang sudah membebel panjang tentang hal dulu. Tidak semena mena, pipi tembam Arisya dicuit geram sebelum dilepaskan apabila Arisya menjerit panjang.

"Sayang tengok tak gambar profile yang abang guna dekat nombor tu?"

Arisya sudah menggaru pipi yang tidak gatal.

Rasanya...

"Gambar perempuan bersandar dekat bahu lelaki waktu malam kan? Kenapa?" Arisya menjawab pertanyaan Fyraz apabila hal itu kembali diingat.

Fyraz simpul senyum.

"That's us."

"Oh..."

Arisya yang bagaikan baru tersedar, cepat cepat menoleh ke arah Fyraz dengan wajah keliru.

"That's us? Seriously, abang? Gambar masa bila tu? Sya tak tahu pun gambar tu wujud?" bertalu talu pertanyaannya pada Fyraz.

"Sya ingat tak about six years ago, masa tu kita baru balik Berjaya Times Square. Abang hantar Sya balik tapi kita ternampak papa bawak Tania. Sya tak jadi nak masuk and abang bawak Sya lepak tepi tasik."

Terkebil kebil mata Arisya memandang Fyraz sepertinya tidak mengerti atau lebih tepat lagi, tak ingat langsung tentang kejadian itu.

"Masa Sya tidur dekat bahu abang tu la, abang ambil gambar kita. I thought you noticed that."

Arisya yang seakan tidak mempercayai kata kata Fyraz itu mula bangun dari duduk. Agak susah untuk bergerak kerana keadaan perutnya yang besar itu namun dibantu Fyraz. Telefon pintarnya yang berada di atas katil diambil dan Arisya megambil tempat semula di sebelah Fyraz. Aplikasi WhatsApp dibuka dan nombor yang pernah digunakan Fyraz dulu dicari.

Jumpa. Gambar profil ditekan dan serta merta, senyumannya terukir dengan air mata mengalir. Kepala ditoleh mencari wajah Fyraz.

"Hei, nangis kenapa pulak? Abang ada salah cakap ke?" Fyraz ternyata sudah berubah cuak melihat air mata Arisya.

Cepat cepat jemarinya naik menyeka air mata sang isteri.

Ibu mengandung tak boleh stres, tak boleh menangis. Itu prinsip yang dipegang Fyraz. Kerana itu, setiap masa, perasaan Arisya akan dijaga sebaik mungkin. Sebolehnya walau sekecil kecil permintaan Arisya akan ditunaikan selagi mampu.

Usik mengusik itu selalu, tapi Fyraz memang tak berani nak mengusik hingga Arisya menangis.

"Sya dulu hari hari fikir, boleh ke Sya jatuh cinta dengan orang yang Sya tak kenal. Setiap hari risau, boleh ke dia terima kekurangan Sya yang bukan lagi perempuan suci, pernah mengandungkan anak luar nikah. Sya cuba benci lelaki yang dah rosakkan Sya..." bicara Arisya terhenti apabila terlihat wajah Fyraz yang berubah mendung.

Bibirnya diketap rapat. Menyesal atas keterlanjurannya.

"Abang faham. Memang patut pun Sya bencikan abang. Salah abang, tak fikir perasaan Sya masa tu. Salah abang, terlalu ikutkan nafsu sampai Sya yang jadi mangsa." Fyraz yang terlihat kegelisahan Arisya itu cepat cepat menenangkannya.

Sedaya upaya riak wajahnya cuba dikawal.

Kau tak layak nak terasa, Fyraz!

Berkali kali kata itu dibisik keras dalam hati.

"Abang, Sya minta maaf. Ya, Sya mengaku Sya pernah cuba benci abang. Tapi dari dulu, Sya sendiri tak tahu kenapa Sya tak mampu. Demi Allah, Sya maafkan abang tapi cuma waktu abang terlepas cakap waktu kita dekat Spain tu, Sya marah sebab abang tak mengaku dari awal." takut takut Arisya bersuara tanpa langsung mengangkat wajah. Rasa bersalah pada Fyraz walhal dia sendiri sudah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak mengungkit lagi tentang hal dulu.

"Abang tak marah Sya." tutur Fyraz lembut bersama senyuman. Sebuah kucupan turut dihadiahkan lama di tepi kepala Arisya yang masih bersandar di bahunya.

"Hud?" suara Fyraz menegur. Spontan, Arisya turut menoleh ke arah yang dipandang Fyraz.

Di muka pintu bilik mereka, ada Hud yang sepertinya terintai intai dari luar.

"Sini kat baba, sayang." Fyraz menggamit Hud untuk masuk dan tubuh kecil itu dibawa duduk di ribaannya.

"Baba ummi sayang sayang. Hud kakut nak masuk." ujar Hud lalu kedua dua belah tangannya dibawa menutup matanya.

Arisya dan Fyraz sudah saling berpandangan. Sah sah Hud nampak Fyraz mengucup Arisya tadi.

"Dah, baba dengan ummi tak sayang sayang dah. Sekarang ummi nak sayang sayang dengan Hud pulak." Arisya menurunkan tangan Hud lalu pipi anaknya itu digomol geram membuatkan Hud tertawa suka hingga menampakkan barisan giginya.

Buat seketika, ketenangan menyapa keluarga kecil itu.

"Mi, bila didi keluar?" pertanyaan polos dari Hud membuatkan Arisya dan Fyraz tertawa manakala Hud sudah terkebil kebil memandang kedua orang tuanya itu dengan pandangan tidak mengerti.

Alahai, Hud. Adik dipanggil didi.

"Tak lama dah. Nanti adik keluar, boleh main dengan Hud." Hud sudah menjerit keriangan mendengar kata umminya.

"Ceronok! Hud jadi abang!"

Fyraz tayang senyum.

"Hud pun sebenarnya ada abang." berkerut kerut dahi Hud untuk memahami apa yang dimaksudkan Fyraz.

"Abang dekat sini jugak ke baba?" Hud menyoal lalu terus cuba untuk menyingkap baju Arisya, menyangka bahawa abangnya turut ada di situ.

"Abang sekarang dekat syurga." tenang Fyraz menjawab manakala Arisya kekal jadi pemerhati perbualan dua beranak itu.

Sebak bertandang dalam hatinya setiap kali soal Fayyadh dibicarakan.

"Nama abang, Muhammad Fayyadh."

"Amad Ayyad?"

Fyraz sekadar angguk.

"Kalau kita nak jumpa abang, kita kena selalu doa dekat Allah supaya Allah bagi kita masuk syurga sama sama dengan abang. Boleh tak anak baba ni doa macam tu?"

"Boleh!" semangat Hud menjawab sebelum mengangkat tangannya dengan gaya berdoa. Terkumat kamit mulutnya, entah apa yang dibaca.

"Abang..."

Fyraz menoleh, memandang tepat ke wajah sang isteri.

"Terima kasih..."
































Kalau aku rajin aku siapkan lagi satu part sebelum start sekolah














Tapi tak janji

Continue Reading

You'll Also Like

109K 4.8K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
33K 2K 36
( 𝕁𝕠𝕕𝕠𝕙 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
559K 18.9K 59
Siapa kata cinta pandang pertama itu tidak wujud? Hadirnya Aafiyah yang pernah terluka memberikan tekad kepada Zaim Ammar untuk memiliki wanita itu...
332K 12.6K 64
Satu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsi...