Mafia's Girl ©

By cikmotor

636K 41K 2.5K

[COMPLETE]✓ MAFIA | ACTION Nurra Danisa Lee Puteri tunggal dalam keluarga. Sangat di sayangi oleh abang dan a... More

PROLOG
BAB | 1
BAB | 2
BAB | 3
BAB | 4
BAB | 5
BAB | 6
BAB | 7
BAB | 8
BAB | 9
BAB | 10
BAB | 11
BAB | 12
BAB | 13
BAB | 14
BAB | 15
BAB | 16
BAB | 17
BAB | 18
BAB | 19
BAB | 20
BAB | 21
BAB | 22
BAB | 23
BAB | 24
BAB | 25
BAB | 26
BAB | 27
BAB | 29
BAB | 30
BAB | 31
BAB | 32
BAB | 33
BAB | 34
BAB | 35
BAB | 36
BAB | 37
BAB | 38
BAB | 39
BAB | 40
BAB | 41
BAB | 42
BAB | 43
BAB | 44
BAB | 45
BAB | 46
BAB | 47
BAB | 48
BAB | 49
BAB | 50
EPILOG
SPECIAL | CHAPTER
EBOOK FLASH SALES⚡ | 12/12

BAB | 28

7.9K 586 24
By cikmotor

Bab 8.

"Wahhh.."serentak mereka semua dikejutkan dengan permandangan indah dan cantik itu.

Mereka terpegun melihat perkarangan rumah mewah milik keluarga Nasrul Haziq. Sudah seperti istana sahaja rumah sahabat mereka itu. Lagipun tidak hairan kerana ayahnya seorang tentera yang berpangkat besar dan tinggi.

Ketua dalam ketenteraan.

"Ini ke rumah keluarga kau Nas?"soal Farha kagum.

Rumah keluarganya pun tidak seperti itu. Biasa sahaja.

"Yes.."balas pendek Nasrul.

Automatik pintu pagar besi rumah keluarganya itu terbuka luas. Keretanya masuk ke dalam garaj. Usai sahaja lelaki itu mematikan enjin keretanya. Mereka semua turun dari perut kereta. Mereka disapa oleh salah seorang pengawal dihadapan muka pintu.

"Selamat datang Tuan Muda.."tegur hormat pengawal itu.

Nasrul hanya membalas bersahaja.

"Ayah saya dekat mana?"soalnya.

"Tuan Besar ada dekat dalam Tuan Muda.."jawab pengawal tersebut.

"Tak apa lah kami masuk dulu.."pamitnya.

Pengawal itu menurut perintah dan membongkokkan sedikit badannya memberi laluan kepada mereka semua. Rumah itu seperti kelihatan sunyi sahaja. Ke mana semua orang pergi? Selalunya ramai pengawal peribadi ayahnya. Adakahnya mereka dipecat?

Angin ayahnya itu pelik juga.

Masuk sahaja ke dalam rumah keluarga Nasrul mereka dikejutkan lagi dengan hiasan di dalam rumah itu. Rumah tersebut di hiasi dengan cat berwarna putih keemasaan ala ala Inggeris gitu! Nampak mewah dan sungguh elegen.

Mulut Aireen sudah terngaga luas.

"Tutup mulut kau Aireen.."bisik Nurra Danisa ditepi telinganya.

Sebenarnya dia tidak hairan melihat kemewahan orang lain. Tanpa mereka sedari Nurra Danisa jauh lebih mewah dan kaya dari Nasrul Haziq. Cuma dia dan keluarganya hidup secara bersederhana.

Tidak begitu menunjuk. Rumah datuknya di Itali lagi serba mewah ibarat sebuah istana. Gadis itu tersengih kecil. Terkesima agaknya melihat rumah mewah itu. Dia dan keluarganya hanya ada sebuah rumah kayu yang sudah buruk.

Tetapi dia tetap bahagia.

Bersyukur apa adanya.

"Mana ayah kau? tak nampak pun dari tadi? Rumah keluarga kau pun sunyi je.."Anas pula bersuara.

Dia memandang sekeliling.

Sunyi sepi.

"Biasanya ayah aku ada je berehat dekat ruangan hadapan sana. Kalau tak ada mungkin ayah aku berehat dekat atas dalam bilik.."Nasrul berkata sambil wajah di arah sedikit ke satu ruang yang tidak jauh dari mereka.

Mereka turut berpaling memandang ruangan tersebut.

Nampak luas.

Di ruang itu terdapat almari bacaan dan disediakan dengan tv berskrin yang cukup besar. Terdapat beberapa sofa mewah berbentuk segi empat di ruangan tersebut. Sebuah meja kaca dan salah satu sudut menempatkan gambar ayahnya di sebuah almari berukiran kayu.

Gambar-gambar ayahnya berpakaian seragam dalam pelbagai acara ketenteraan.

"Habis tu pembantu rumah kau tak ada ke Haziq?"soal Zikri pula.

"Ada mak cik Asma.."jawabnya ringkas.

"Tapi waktu macam ni dia dah balik. Ayah aku tak perlukan pembantu rumah tetap.."jelasnya lagi.

"Maksud kau?"bingung pula mereka.

"Maksud aku mak cik Asma tu buat kerja-kerja ringan je dalam rumah ni. Contoh memasak dan kemas bilik aku dah ayah aku. Aku pun tak tahu sangat sebab aku dah lama tak tinggal dengan ayah aku.."terangnya.

"Aku kan ada rumah sendiri ayah aku yang belikan jadi aku duduk situ lah. Senang aku nak pergi sekolah.."ujarnya.

Mereka mengangguk faham.

"Tapi sebenarnya mak cik Asma tu pengasuh aku sejak aku kecil lagi. Sebab tu ayah aku percaya dia kerja dengan ayah aku.."Nasrul turut menjelaskan kepada mereka.

Nasrul pun sedikit hairan melihat rumah keluarganya yang sepi itu. Selalunya waktu sebegini ayahnya berada di ruang rehat sambil ditemani oleh doktor peribadi lelaki tua itu.

Sejak ayahnya itu jatuh sakit tubuh tuanya juga menjadi lemah. Mujur diusia sebegitu dia hanya berkerja di dalam pejabat. Tetapi tidak mencacatkan perkhidmatannya sebagai ketua tentera yang ditakuti kerana kuasanya.

Namun, apa yang menghairankan Nasrul sepanjang dia hidup 17 tahun dia langsung tidak mengenali siapa ibunya. Dia dibesarkan oleh seorang pengasuh sejak dari kecil lagi. Apabila ditanya kepada ayahnya soal ibu kandungnya.

Lelaki tua itu berkata bahawa ibu kandungnya sudah lama meninggal dunia sejak dia dilahirkan lagi. Tetapi remaja lelaki itu sendiri ragu jika ibu kandungnya sudah meninggal kenapa ayahnya tidak pernah membawa dia ke pusara ibunya.

Selain itu, mengapa dirumah mereka tiada satupun terdapat gambar ibu kandungnya? Adakah dia benar-benar anak lelaki itu atau dia merupakan anak angkat sahaja? Sejak dulu lagi dia malas hendak memikirkan mengenai hal itu.

Oleh sebab itu dia abaikan sahaja.

Walaupun kadang-kala terdetik dihatinya untuk bertanya kepada ayahnya itu dengan lebih lanjut lagi tetapi dia diamkan sahaja. Mungkin juga disebabkan dari kecil lagi dia tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu menyebabkan dia terbiasa dengan keadaan itu.

"Well!."

"Well!.."

"Anak aku dah balik.."kedengaran satu suara bergema diruangan tersebut.

Mereka semua berpaling ke belakang.

Kelibat seseorang sedang tersenyum sinis memandang mereka. Lelaki itu turun dari tangga tingkat atas dengan lagak gayanya yang angkuh. Turut bersamanya seorang lelaki berpakaian seragam putih.

Lebih tepat lagi seorang doktor, Nasrul memandang pelik.

Bukan ayahnya sakit ke?

Apa yang berlaku ni?

Dia sendiri bingung.

"Ayah.."sapanya.

"Buu.. kaa.. nnn.. aa..yahh.. saa.. kitt.. ke?"soal si anak tergagap.

"Bila masa aku sakit budak?"Lelaki tua itu masih lagi berdiri dianak tangga sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Lelaki berpakaian seragam putih disebelahnya itu turut tersenyum sinis.

"Apa maksud ayah ni?"berkerut dahi Nasrul Haziq menyoal.

Tidak pernah ayahnya menjadi seperti ini.

"Untuk pengetahuan kau, aku tidak pernah sakit. Aku sihat je.."senyumnya kelihatan jahat sekali.

"Pengawal!"

"Tangkap mereka semua ni.."arahnya dengan bengis.

Tidak lama selepas itu muncul lebih 20 orang pengawal berpakaian serba hitam mengepung mereka. Masing-masing mempunyai senjata api seperti pistol ditangan mereka. Amir dan sahabat-sahabat baiknya semua sudah mula cuak dan terlihat takut.

"Pastikan mereka jangan terlepas sama sekali.."kata lelaki tua itu.

"Kalau tidak kau orang semua akan terima padahnya."

"Apa semua ni ayah! kenapa Arul kena tangkap dengan kawan-kawan Arul pula?"marah anak lelakinya.

Sahabat-sahabat baiknya gelabah dan ke empat-empat gadis remaja itu sudah seperti hendak menangis. Mereka tidak boleh melarikan diri kerana sudah dikepung oleh anak-anak pengawal lelaki tua itu.

Nurra Danisa memegang kemas lengan Amir yang berlapik baju kemeja panjang milik lelaki itu. Jelas dia kelihatan takut dan bibirnya dikemam. Wajah lelaki itu direnung. Anas tahu sekarang mereka dalam situasi yang bahaya.

Apatah lagi, melihat wajah sahabat-sahabat baiknya yang perempuan Nurra Danisa, Aireen, Wadya dan Farha. Ke semua mereka begitu terkejut dan menggigil hebat. Umair dan Zikir cuba untuk menenangkan mereka.

"Kau nak tahu kenapa? Huh?"soal lelaki tua itu begitu sinis.

"Sebab kau tu bukan anak aku bodoh! kau tu cuma kambing hitam aku je!"

"Hahahaha.."gelaknya kuat.

"Kau tu anak pungkut! tak sedar diri.."ujarnya dengan begitu sombong dan angguh sekali.

Nasrul Haziq terkesima!

Mengapa?

Nasrul seakan tidak percaya dengan apa yang lelaki tua itu cuba sampaikan.

"Aku kutip dan besarkan kau pun sebab misi aku. Aku tak tahu kau ni anak siapa. Entah-entah anak haram. Anak pelacur!"tuduh ayahnya.

HAHAHAHAHAHA..

Semakin kuat lelaki tua itu ketawa.

Zup!

Bagaikan pisau menikam hati remaja lelaki itu.

Pedih!

Sakit!

Mereka semua yang ada disitu turut terkejut tidak menyangka lelaki tua itu berkata sesuatu yang sangat menyakitkan. Mengguris hati dan perasaan Nasrul Haziq.

"Aku tak pernah berkahwin.."beritahu lelaki tua itu lagi.

Nasrul Haziq mengetap rahangnya.

Dia benar-benar kecewa dan tidak menyangka selama ini dia hidup dalam penipuan. Penipuan yang bukan hanya sedikit. Tetapi besar. Lagi-lagi dia sudah membawa sahabat-sahabat baiknya yang lansung tidak bersalah itu masuk ke dalam masalahnya.

"Kenapa ayah buat Arul macam ni? apa salah Arul?"bentaknya kuat.

Jelas terpancar diwajahnya kekecewaan terhadap lelaki tua itu. Lelaki yang dia sangkakan ayah kandungnya sendiri.

"Sebab duit.."senyum megah lelaki tua tersebut.

Nasrul merenung tajam ayah paslunya itu. Sakit hatinya mendengar ayat tersebut.

"Aku nak hidup mewah dan kaya raya.."bibirnya tersungging jahat.

Lelaki tua itu ketawa terbahak-bahak bagai orang gila bergema satu ruang tersebut.

"Bawa mereka semua dan kurung sekali!"Lelaki tua tersebut mengarahkan anak-anak pengawalnya.

"Lepas lah!"

"Lepas!"

Mereka berkeras minta dilepaskan.

Namun tidak diendahkan.

Re-edit 2023.

15 Februari 2021
10. 13pm

Continue Reading

You'll Also Like

1M 45.5K 86
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐫𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Berkorban harta, perhatian dan mas...
544K 14.7K 53
❝𝑩𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒓𝒓𝒊𝒔.❞ "Tengku Adam Harris!Lepaskan saya!"-ketus Sarah "In your dream!Aku takkan pernah lepaskan kau...
946K 51K 64
"dah pandai naik tu, pandai-pandai lah turun" - Tuan syafwan Hamilton "pakcik! sedangkan kucing pun kadang-kadang pandai naik tak pandai turun apata...
23.2K 324 16
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial