Namun, bila diingatkan semula , rasanya dahulu dia pernah terbuka diari Encik Daylan . Di situ tercoret nama dan muka mereka berdua .

Tidak silaplah .

Berkaca-kaca matanya .
Nak buka mulut pun menggigil .

" Kenapa sekarang nak jumpa ? Kenapa ? Dell tahu . Dell ni tak penting pun . Itu sebab papa bagi Dell dekat ayah . "

Encik Darwins menggeleng.
Menidakkan andaian Dellia Jasmien . Tidak benar sama sekali ! Tidak ada sekelumit pun dia mahu buat anaknya begitu.

" Maafkan ayah, Lia sebab baru sekarang nak bagitahu Lia pasal ni. Bukan kami sengaja nak rahsiakan tapi ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh bagitahu Lia sekarang . "

Bibir dikemam .
Dia membisu sejenak untuk memikirkan keputusan yang bakal diputuskanya .

Hari ini hari bahagia dia.
Tidak manis jika ada sengketa di antara mereka. Malah, mereka berdua lebih berusia daripada dia .

Kecewa-kecewa sekalipun , Dellia Jasmien masih ada sikap hormat kepada orang tua.

" Baiklah . Dell tunggu dan Dell maafkan papa dengan ayah . Dell tak nak marah-marah . Siapalah Dell untuk menghukum dua orang ayah Dell ini , bukan ? Janji Dell tahu siapa ayah kandung Dell . Siapa yang jaga Dell . "

Wajah milik Encik Darwins dia tenung lama . Apa yang beza dengan ayah angkatnya eh ? Lama dia perhati di pelusuk muka Encik Darwins. Dan terhenti di suatu tempat.

Di kening tajam Encik Darwins.
Di situ ada parut seperti terkena kaca atau benda tajam.

Manakala ayah angkatnya tiada parut di kening. Mudah sedikit untuk dia mengecam mereka berdua .

" Papa. Dell minta maaf atas kata-kata kasar Dell tadi . Dell tak sengaja. Dell cuma terkejut , tak tahu nak kata apa . Tapi sekarang , Dell boleh terima dengan hati terbuka . Terima kasih papa, ayah sebab berterus terang dengan Dell. " Dellia Jasmien terus berlari mendapatkan Encik Darwins dan Encik Daylan walaupun dalam berbaju kurung .

Kedua-dua mereka dipeluk erat . Seakan-akan tidak mahu lepas lagi.

" Tak apa Dell. Papa faham. Bukan senang nak terima kenyataan yang baru sekarang nak dibongkar. Tapi papa lega. Papa dapat bagitahu Dell tentang perkara sebenar. Kalau tak dari tadi , resah sahaja papa bila nak bagitahu dekat Dell . " Balas Encik Darwins gembira sementelah meleraikan pelukan. Syukur anak kandungnya boleh menerima dia.

Tapi ada satu lagi perkara anaknya belum tahu. Dan sekarang bukan masa yang tepat untuk memberitahu Dellia Jasmien.

Tangan jatuh ke sisi.

Dellia Jasmien menatap Encik Daylan. Entah kenapa dia terasa sebak mengenangkan segala usaha Encik Daylan membesarkannya dengan bersusah-payah .

Dia terhutang budi baik Encik Daylan .

" Ayah. Lia minta maaf kalau selama ayah besarkan Lia , Lia tidak dengar kata ke ? Tinggi suara ke ? Membentak ke? Mungkin sebab itu ayah jauhkan diri daripada Lia , bukan ? Lia minta maaf , ayah . Lia gagal menjadi anak yang baik ." Ucap Dellia Jasmien tulus ikhlas.

Encik Daylan menggeleng .

" Bukan sebab Lia, ayah pergi. Ayah pergi disebabkan abang angkat kamu, Dazrin. Ayah penat dengan perangai dia. Sebab tu ayah lari ke Johor dan kahwin baru . Sebut pasal Dazrin , dia ada dekat rumah ? "

" Tak ada ayah. Dah tiga minggu lebih dia tak balik rumah . Tak tahulah pergi mana ."

" Biarkan dia . Tak balik lagi bagus. " Gumam Encik Daylan sedikit dingin . Dia malas mahu bertembung dengan Dazrin. Suka sangat buat masalah sampai nama baik dia pun terpalit sama .

My Mate , That's Diavolo CriminaleOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz