↭ Fifty Two

1.1K 90 170
                                    





The light is coming to give back , everything the darkness stole.

____________________

Identiti mayat rentung dalam kemalangan nahas di Lebuhraya Persekutuan malam tadi telah dikenal pasti . May-

Pap !

Dicampak terus remote TV di atas meja. Fed up dengar jawapan yang sama dari pihak siasatan . Sakit hati pun ada. Kalau dialah yang diberi tanggungjawab tersebut , siasatan tentang anaknya boleh selesai hari ini. Dia meraup muka dan mengeluh berat.

" Karl. Cuba bawak bertenang. Sabar. "

" Aku penat Qaz. Hari-hari hadap TV semata-mata nak tahu perkembangan anak aku , Qaz. Kau tak ada dekat tempat aku , senanglah kau cakap . "

" Sabar Karl. Aku faham dengan keadaan kau sekarang Karl. Berat kau nak terima apa yang berlaku sekarang ni. Tapi kau kena ingat , setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada sebab-sebab tertentu yang kita sendiri tak tahu. "

Qaz yang berada di sisi tidak henti-henti memberi semangat. Bahu Karl ditepuk-tepuk. Dia juga sedih dengan berita yang menimpa anak perempuan sahabatnya.

Dua kejadian berlaku malam tadi betul-betul menyentapkan hati mereka. Dan sekarang mereka semua berada di hospital menunggu keputusan doktor tentang keadaan Irfan.

Hana tidak dia cadangkan untuk turut serta . Bimbang dengan keadaannya yang sedang mengandung. Jadi , dia ditemani Eirna di rumah bersama Dellia Jasmien.

Anak- anak mereka yang berdiri di depan pintu wad milik Irfan , Qaz pantau dari jauh. Hanya dapat melihat keadaan Irfan dari tingkap sahaja.

" Aisha satu-satunya anak aku. Kau fahamkan bagaimana situasi aku sekarang. Tanpa anak aku , aku lost. Aku hilang segala-galanya . Kenapa Allah uji aku sebegini rupa , Qaz ? "

Pap ! Bahu Karl ditepuk kuat. Kadang-kadang bengang juga Qaz dengan pemikiran Karl yang ini . Apa yang keluar dari mulut dia , kesemuanya tidak terjangka . Otak tercicir agaknya waktu bercakap tu .

" Kang kalau aku cakap kau bodoh kau marah. Kau ada aku. Kau ada kita orang. Paling penting , kau ada Allah. Allah uji umatnya sebab dia sayang. Sebab dia nak tengok umatnya ni kembali ke tak pada dia. Ini tidak , masa susah dan masa sakit sahaja ingat dia. Waktu senang , leka dengan dunia. "

Karl kemam bibir saat mendengar ceramah percuma yang disampaikan Qaz. Rasa nak nangis pun ada. Macam kena marah dengan mak-mak. Haih entah kenapa , sejak-sejak ini , hati dia menjadi hati tisu lagi-lagi kena beleter .

" Aku jahil. Allah terima ke solat aku. Doa aku ? Taubat aku ? "

" Aku pun sama , Karl. Aku pun tak sempurna juga. Manusia tetap ada melakukan kesilapan. Tapi Karl jahat manapun kita , sembahyang. Sebab sembahyang tu tiang agama. Dari situ , kita dapat perbaiki diri kita jadi lebih baik. "

Jeda.

" Aku terbaca satu hadis ni yang bermaksud Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya ; Riwayat al- Bukhari ( 2661 ). Nak lagi jelas , apa yang aku faham dari sini ialah seseorang yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah SWT akan menerima taubatnya . Faham , Karl ? "

" Faham. "

Dan selepas itu suasana menjadi hening.

Qaz yang sememangnya menumpu perhatian kepada Karl mula terasa diperhatikan. Mata Qaz bertembung dengan sepasang mata lelaki tua di hadapan kerusi mereka dan berbalas senyuman. Raut wajah yang bersih buatkan Qaz leka memandang.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now