Bab 7

143 13 0
                                    

Skip.

Hari ini adalah hari pertama Aariz kembali  bekerja setelah bercuti selama seminggu. Hazrina yang sibuk melilit shawl di kepala itu ditenung Aariz. Hazrina yang perasan akan tenungan Aariz dari refleksi cermin itu segera memandang Aariz.

"Kenapa?"

"Tolong ikatkan tie ni boleh?"

Pinta Aariz dengan nada yang manja.
Terus Hazrina mendekati Aariz.

"Tunduk sikit, isteri awak ni comel sangat.. Tak sampai"

Lebar senyuman Aariz. Aariz yang mempunyai ketinggian 180cm itu terus menundukkan badannya. Hazrina hanya 155cm, jika dibandingkan dengan Aariz memang melangut jawabnya. Aariz hanya merenung mata Hazrina yang berwarna coklat itu. Pipi Hazrina sudah bertukar merah akibat menahan malu. Aariz yang perasan akan reaksi Hazrina itu mula tertawa.

"You look so cute with that blusher Rina"

Ujar Aariz sambil tawanya masih bersisa. Tangannya diangkat mengulas pipi Hazrina lembut. Hazrina hanya mendiamkan diri sambil mengikat tie.

"Thank you darling"

Ucap Aariz seraya menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Hazrina yang sudah siap mengikat tali lehernya. Terus Hazrina berlari turun ke bawah meninggalkan Aariz sendirian dalam bilik tidur. Tanpa sedar, satu senyuman terukir di bibir Hazrina.

*****
Perpustakaan Negara Malaysia

Mesyuarat pembentangan idea untuk pembukaan cawangan baru library bersama arkitek dari Arkitek AliranCipta Sdn. Bhd diadakan hari ini. Disebabkan pengarah jabatan sedang cuti bersalin, Hazrina sebagai pembantu menggantikan tempat pengarahnya itu. Hazrina & beberapa orang pengarah & staff lain sedang menunggu di bilik mesyuarat. Membuntang mata Hazrina apabila melihat kelibat Aariz yang baru masuk ke bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum semua, introducing you guys the best architect in town, Tengku Aariz Hazran"

Encik Firdaus memulakan sesi pengenalan. Semua yang berada di situ dikenalkan oleh Encik Firdaus. Tiba giliran untuk memperkenalkan Hazrina, Aariz terlebih dahulu memulakan perbualan.

"Nice to meet you, Puan Hazrina Syareena"

"Puan Hazrina??"

Semua staff yang berada di situ memberikan reaksi yang sama kerana Hazrina boleh dikatakan sebagai manusia yang paling berahsia tentang status & apa sahaja cerita mengenai dirinya.

"Yes. Meet my lovely wife, Hazrina Syareena"

Ujar Aariz kepada semua staff di situ. Hazrina terkejut dengan perbuatan Aariz. Namun, tiada secalit rasa marah terhadap Aariz pun kerana akhirnya tiada lagi bebanan yang harus ditanggung kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Aariz. Hazrina lega. Mesyuarat di teruskan seperti biasa kerana sikap Aariz & Hazrina yang profesional itu.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now