Bab 18

165 12 1
                                    

"Sorry, disebabkan saya abang pula kena tanggung semua ni"

"Hey don't cry sayang.. Abang okay lah... Kan abang ada dengan sayang ni.. It's not your fault sayang.. "

Hazrina sudah mula menangis seperti anak kecil. Cengengnya ya Allah Hazrina ni.

"Sayang abang ni kuat betul menangis.. Macam bukan umur 28 je hahaha"

Sebuah tamparan hinggap di lengan Aariz.

"Tapi kalau tampar abang memang rasa macam sayang umur 28 hahahaha"

Usik Aariz lagi. Hazrina sudah masam mencuka dengan usikan Aariz.

"Tak nak kawan dengan abang. Nak merajuk"

Ucap Hazrina lantas bangun dari kerusi bersebelahan Aariz. Aariz terus menarik Hazrina lalu jatuh ke riba Aariz. Aariz memeluk Hazrina erat & menghadiahkan sebuah ciuman di bibir Hazrina. Lama.

"Sekarang merajuk lagi tak?"

Usik Aariz lagi. Hazrina menutup mukanya, malu.

*****
Rumah

Hazrina yang sedang mengacau mihun goreng itu dipeluk Aariz dari belakang. Aariz melentokkan kepalanya di bahu Hazrina.

"Sedapnye bau.. Sayang masak ape?"

"Mihun goreng favourite abang"

Tidak lama kemudian tekak Hazrina tiba-tiba terasa loya. Dia berlari ke sinki & terus memuntahkan segala isi perutnya. Aariz turut membantu menepuk belakang Hazrina.

"Ok tak ni? Jom pergi klinik"

"Takpe lah, saya penat sangat kot.. Saya naik rehat dulu boleh?"

"Ok jom abang bawa sayang ke bilik. Nanti abang siapkan mihun tu"

Usai Aariz turun ke dapur semula, Hazrina bergegas ke tandas bersama pregnancy test di tangan. Dia juga perasan akan alahan yang dia sedang alami sejak beberapa hari lepas. Jadi dia ingin pastikan sama ada dia mengandung atau tak.

Positive!! Ya Allah syukur alhamdulillah. Tak sabar nak bagitahu Aariz. Hazrina keluar dari tandas bersama pregnancy test tersebut & berlari ke Aariz.

"Abang!!"

Jerit Hazrina sambil menuruni anak tangga.

"Ya sayang"

Aariz cuak.

"Kenapa??"

Hazrina menghulurkan pregnancy test pada Aariz. Aariz terus memeluk Hazrina bersama tangisan di pipi.

"Sayang...
Thank you so much.."

Hazrina menyeka air mata yang mengalir di pipi Aariz. Lalu dia mencubit kedua belah pipi Aariz.

"Comelnye abang nangis.."

Usik Hazrina.

"Nanti kita pergi scan ya sayang.."

Ucap Aariz sambil mengusap perut Hazrina. Tiada kata yang mampu Aariz & Hazrina ungkapkan selain rasa syukur kerana diberi peluang untuk bergelar seorang ibu & ayah kepada zuriat sendiri.

Kembalikan Senyuman ItuWhere stories live. Discover now