16-I Love You, Daniel

Start from the beginning
                                    

Dia mengangguk.

"Tunggu jap, nak mandi".

"Saya tunggu kat dapur, nak sarapan".

Aku mengambil tuala ku yang tersangkut di tepi tingkap itu dan laju menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap-siap.

...

Aku turun ke dapur dan melihat Daniel yang sedang menuju ke singki untuk membasuh tangannya. Barangkali, sudah siap bersarapan.

Salah satu kerusi yang ada di meja makan itu, aku tarik.

"Makanlah dulu".

"Takpela, nanti lewat".

"Hm, okay".

Dia okay tak ni?
Kenapa dingin je?

...

Keretanya diberhentikan di hadapan sebuah tanah perkuburan yang agak luas.

Aku memerhatikan kawasan sekeliling.

Sunyinya...

Kawasan ini terlihat sunyi. Takde kenderaan yang lalu pon. Mungkin ni adalah kawasan perkuburan lama.

Aku turun daripada kereta itu dan mengikut langkah kaki Daniel menuju ke salah satu kubur yang ada di situ.

"Duduklah".

Aku menyapu-nyapu sedikit batu (tempat duduk) yang ada di situ dengan tangan ku dan duduk menghadapa sebuah kubur yang agak kecil.

Aku membaca nama yang tertulis di batu nisan kubur tersebut.

Intan Syafiqa

Macam pernah dengar...

"Assalamualaikum, adik abang, Intan. Dah lama abang tak datang sini. Maklumlah, sibuk dengan sekolah ngan nak urus company papa lagi".

Oh, adik Daniel.
Haah la, ni mesti kubur adik yang ada kat dalam  gambar haritu. Gambar yang frame dia ada tulis, Intan Syafiqa  dekat hujung dia.

"Harini abang datang. Abang bawak kakak ipar kau dik. Cantik kan, dia? Nama dia Bunga. Kalau kau ada sekarang, mesti kau happy".

Dia menundukkan wajahnya melihat tanah dan...

dia menangis.

Badannya terhenjut-henjut akibat tangisannya itu.

"Awak, tak elok lah nangis macam ni. Kita sedekahkan Al-Fatihah, okay?". Aku menggosok bahagian belakang badannya. Mencuba untuk menenangkannya.

Kami kemudiannya, membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah dan menyiram kubur kecil itu.

Sesaat kemudian, hujan turun membasahi bumi. Habis basah kuyup aku dan Daniel.

Dia berlari kecil meninggalkan aku dan masuk ke dalam keretanya.

He's not okay.

Aku yang sudah basah bermandikan air hujan itu berlari ke arah kereta itu. Namun, langkah ku terhenti dan aku terjatuh kerana tersepak sisa batu di situ.

Aku melihat lutut ku yang sudah berdarah itu.
Tiba-tiba kepala ku terasa pening dan pandangan menjadi gelap. Perkara terakhir yang aku nampak dalam kesamaran mata ku itu adalah figura Daniel yang berlari ke arah ku.

...

Tut...
Tut...
Tut...

Aku bangun daripada pembaringan ku dan memegang kepala ku.

Asal sakit ni?

Aku mendapati diri ku sudah berada di dalam sebuah bilik yang berdinding serba putih.

Figura yang sedang membaringkan kepalanya ke katil ku itu, aku lihat. Mukanya tampak penat. Baju melayu putihnya  masih lagi tidak bertukar.

Saya tahu saya dah susahkan awak, Daniel. Saya mintak maaf.

Aku mengusap-usap kepalanya membuatkan dia terjaga daripada tidurnya.

"Dah bangun?".

"Erm, baru je. Sorry sebab buat awak terbangun".

"You know how much i worried about you? Awak tak sihat ke? Kenapa tak cakap? Saya risau tau". Dia memeluk ku.

"Daniel-, i can't breath".

Cepat-cepat dia melepaskan pelukannya.

"Sorry".

"Kenapa tak balik rumah, tukar baju dulu?".

"Tak sempat. Dari semalam saya tunggu awak".

"Semalam? Berapa hari saya tak sedar?".

"24 hours. 1 day".

SEHARI?
LAMA GILER!

"Kenapa tak balik, Daniel? Kenapa tak tukar baju?Nanti awak sakit".

"Takpe. Asalkan awak okay". He caress my cheek.

Why do you treat me like this?
You make me fall in love with you deeper.

"Bila boleh balik?".

"Petang ni dah boleh dah. Doktor cakap, awak demam panas semalam".

"Oh".

"Nak makan tak?".

Aku menggeleng.

"Alah, kenapa? Makanlah. Saya pergi beli makanan, okay?".

"Daniel...".

Aku menarik tangannya.

"Pergi lah balik. Rehat. Nanti petang, datang lah ambik saya. Awak penat, saya tahu. Saya tahu, Daniel. Awak balik dulu, okay?". I softened my eyes for him.

"Takpe ni? Awak okay duduk sorang-sorang?". Aku mengangguk lemah.

"Kalau macam tu, saya balik sekejap tau. Nanti saya datang balik. Tunggu tau, sekejap je ni".

"Okay, Daniel".

"Bye".

Aku melambaikan tangan ku ke arahnya dan dia keluar lalu menutup pintu wad itu.

Thank you, Daniel.
Thats the reason why i really love you.
You...

You have a soft side for me...

[BOOK 1] BUNGA DAHLIA ||©Where stories live. Discover now