Bab 6

1.1K 79 13
                                    

Aryan peluk tubuh. Tangannya pada stereng dilepaskan dan dibawa ke tubuh. Memeluk tubuh dengan muka rajuknya buat Yana mendengus geram. Pelipisnya diurut perlahan. Sabar Yana...

" Orang tak nak drive." tegas Aryan.

Yana meraup kasar mukanya bila mata lelaki itu sudah berkaca seperti nak menangis. Walaupun muka kacak itu tika ini berpaling ke luar tingkap. Tapi masih jugak Yana nampak mata itu sudah tak lama nak menangis.

" Ayan... Jangan macam ni. Bukan tadi cakap nak dating ke?" pujuk Yana sehabis mungkin tapi sayang...

" Orang tak nak...tak nak dating and tak nak drive. Kita bermalam dekat sini je." Suara lelaki itu kedengaran begitu serius seperti begitu memaksudkannya.

Aryan menundukkan kepalanya ke bawah. Sedih bila Yana bercakap kasar dengannya sedangkan dia hanya risaukan Yana. Salah ke? Sayang tau!

Yana meliarkan matanya sekeliling. Kawasan pun sudah penuh dengan hutan di kiri dan kanan buat Yana takut. Ada berdua dengan Aryan tetap juga menimbulkan rasa gelisah dalam hatinya. Takut kalau tiba-tiba ada pencegah maksiat datang ke, kan?

" Ayan... Kita dating tau. Jom. Yana dah lapar ni." Yana cuba memujuk untuk sekali lagi.

" Yana lapar ke?"

Kepala lelaki itu panggung pada Yana. Tadinya yang menunduk kini sudah naik ke atas. Comel muka itu pandang risau ke arahnya sekali pakej dengan muncung itik.

" Iya... Yana lapar. Ayan nak tengok ke Yana kelaparan? Kalau Yana sakit macam mana?" Pakej memujuk diteruskan lagi.

Aryan menggeleng lemah. Jari itu bermain diantara satu sama lain pada paha. Sesekali Aryan pandang Yana dengan pandangan serba salah.

" Orang tak nak Yana kelaparan. Orang risaukan Yana. Orang tak nak Yana sakit." Lelaki itu mengumam perlahan tapi masih bisa didengari Yana.

" Kalau tak nak Yana lapar...kita pergi makan eh? Jom." Ajak Yana ceria.

Pelipisnya digaru. Masih lelaki itu tidak makan dengan pujukkannya. Kepala itu menunduk saja dari tadi. Benar-benar terasa dengan kekasaran dia tadi agaknya.

" Janji tak marah orang dah?" pinta Aryan manja. Siap pakej dengan mata berkacanya.

Yana paksa ukir senyuman. Dianggukan kepalanya sedikit. Aryan laju mengesat airmatanya dengan belakang telapak tangan. Yana sudah menjeling geram. Ish! Manja tak bertempat!

" Jangan jeling orang macam tu. Orang tak suka. Nanti orang menangis tau."

" Hmm... Yelah!" Pasrah Yana menjawab.

Aryan tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Aryan memandu laju kereta menuju ke restoran mewah yang sememangnya sudah ditempah khas untuk Yana. Tak sabar untuk dia makan bersama Yana. Pasti sweet kan?

Dalam beberapa minit, kereta Aryan sudah terparking di depan restoran mewah. Yana tak berkelip melihat restoran itu. Manakan tidak, restoran mahal dibawa Aryan untuknya.

" Kita dekat mana ni?" Berkerut dahi Yana melihat restoran mewah di depan matanya saat ini. Pasti mahal makanan di sini kan?

" Babe Damansara Heights."

Kejung Yana dengar nama restoran yang termahal di Malaysia. Mahu saja dia pengsan saat ini. Memang impiannya mahu makan makanan mewah sebegini tapi...ia terlalu mahal!

" Aryan...kita makan dekat lain jelah. Nampak macam mahal je makan dekat sini. Yana tak suka mahal-mahal. Membazir je."

" Bagi orang, takde yang membazir untuk Yana."

His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer ) Where stories live. Discover now