Bab 4

1.2K 89 8
                                    

Fail dibelek sesekali mata itu fokus baca setiap isi kandungan dalam kertas kerjanya. Fail disusun di atas meja. Lehernya diusap beberapa kali.

" Time ni lah kau nak dahaga bagai." Aryan merungut.

Berat terasa nak angkat punggung bangun. Walaupun begitu, dirajinkan juga Aryan mengangkat tubuhnya.

Tekak terasa kering buat Aryan mengangkat kakinya turun tangga ke tingkat bawah menuju ke ruang dapur.

Gelas dicapai. Peti sejuk dibuka. Air Fresh Orange dituang masuk ke dalam gelasnya. Air diteguk beberapa kali usai mengambil tempat duduk di atas kerusi. Dikerling sekilas Mama yang baru masuk ke ruang dapur.

" Aryan, Mama nak cakap dengan Aryan sekejap boleh?" Datin Sharifah melabuhkan duduk di atas kerusi makan.

Aryan mengangguk kecil. Gelas yang dia guna dibasuh dan disimpan pada rak pengering. Kerusi ditarik bersebelahan Mamanya itu. Muka serius Mama ditatap dalam. Sepertinya ada benda yang tidak kena dengan Mamanya...

" Kenapa Ma?" Kedua keningnya diangkat memberi isyarat 'kenapa?'

Datin Sharifah menghembus nafas lembut. Kedua tangan anak lelakinya itu dicapai dan digenggam erat sambil mata menatap ke dalam anak mata warna koko milik Aryan.

" Sampai bila Aryan nak berlakon macam ni?"

Tidak semena genggaman tangan Mamanya itu terlerai gara-gara soalan yang di ajui itu. Beku muka Aryan tanpa apa-apa perasaan. Tak faham Datin Sharifah akan anak lelakinya yang satu ini. Aduhai...

" Apa maksud Mama?" Beku suara Aryan.

Sama sekali tiada perasaan untuk bercakap tentang semua ini. Rasa mood hilang begitu saja apabila soalan ini ditanya, tak tahu kenapa?

" Sampai bila Aryan nak berlakon macam ni?"

" Sampai bila-bila." Laju Aryan memberi jawapan.

Datin Sharifah mengeluh berat. Entah pujukan apa lagi yang patut dia berikan pada Aryan supaya berhentikan semua lakonan ini. Aryan terlalu degil!

" Sampai bila Aryan nak Yana anggap Aryan seorang lelaki yang manja, gedik dan macam budak-budak sebegini? Aryan tak malu ke?"

Aryan menaikkan kedua keningnya. Mahu tergelak akan perkataan malu itu. Aryan tak rasa dia ada perasaan malu. Macam mana nak malu kalau dia sendiri bunuh orang tanpa malu?

" Aryan buat sebab dia." Hanya itu jawapan diberi Aryan.

Datin Sharifah terdiam seribu bahasa. Muka Aryan terlakar sebuah kelukaan walaupun hanya mempamerkan muka beku itu saja. Terluka sangatkah Aryan sehingga begini sekali dia lakukan?

" Aryan... Mama rasa-"

" No... Aryan tak akan cari perempuan lain. Aryan nak dia je." Tidak semena kata Datin Sharifah dipotong Aryan.

Datin Sharifah menghembus nafas lembut. Mahu dihalang akan hubungan mereka berdua, tapi melihatkan Aryan yang begitu tergila-gilakan Yana buat Datin Sharifah sedar.

Dia tidak perlu campur tangan dalam hidup Aryan tapi disebabkan rasa kasihan, Datin Sharifah cuba jugak nasihat.

Mana tahu nasihatnya dapat diambil Aryan, tapi lain pula jadinya apabila Aryan menepis segala pujukannya. Tak mahu dengar langsung akan luahannya.

Sedih dan sebak Datin Sharifah rasai bila Aryan sanggup buat semua ini demi gadis pujaan hatinya. Haih... Mengapa hati begitu mencintai? Mengapa tidak dilepaskan saja bebas agar ia dapat bertemu dengan yang lain?

" Ma, Aryan nak naik atas dulu eh?"

Hilang lamunan Datin Sharifah bila Aryan sudah bersuara. Terbang begitu saja tanpa memberi apa-apa isyarat awal daripada lelaki itu.

Tangan Aryan dipegang erat bagai tak nak lepas. Aryan yang baru nak bangun terbantut. Kerutan pada dahi menampak sebelum punggungnya dilabuh duduk semula.

" Kenapa?"

Datin Sharifah mengigit perlahan bibir. Mahu diluahkan rasa hatinya tapi takut juga andai Aryan masih dengan keputusan yang sama.

" Mama nak Aryan tahu yang Mama sayangkan Aryan."

Aryan mengangguk dengan kerutan menampak pada dahi. Mama nak dia balas Aryan sayang Mama jugak ke? Ke macam mana?

" Okay... Then?"

Datin Sharifah jeling tajam Aryan. Boleh pulak dia kata sebegitu. Terasa sindir tapi Datin Sharifah tahu yang Aryan tak maksudkan apa-apa.

" Mama akui yang Mama tak sanggup tengok anak lelaki Mama berlakon sampai begini sekali."

Untuk sekali lagi, Aryan mendiamkan diri tapi kali ini mengambil masa yang lama. Mungkin tengah fikir akan apa yang dikatakan Datin Sharifah.

" I'm okay Ma." Ayat itu saja yang mampu Aryan hamparkan. Untuk berkata lebih memang dia tak mampu.

" Can you understand me Aryan? Boleh tak faham yang Mama sayangkan Aryan. Mama tak nak Aryan jadi macam dulu lagi. Mama tak sanggup. Aryan tolong jangan buat Mama macam ni... Mama tak kuat andai Aryan jadi macam dulu balik." luah Datin Sharifah penuh sebak.

Terdiam dan terkelu Aryan akan luahan Mamanya itu. Muka cantik milik Mamanya ditatap lama. Ada sinar kesedihan di sebalik mata itu bagai merisaukannya. Risau terjadi akan perkara lama.

" Aryan janji... Tak akan terjadi lagi hal yang lepas. I just want her... Just that."

Perlahan-lahan tangan yang dipegang Datin Sharifah dirungkai. Hanya mata menatap sayu kepergian Aryan yang sudah jauh naik ke tingkat atas.

" Kenapa Aryan terlalu buta dengan cinta? Sehingga tidak lelah hati itu mencintai. Setianya Aryan dalam bercinta Ya Allah..." gumam Datin Sharifah perlahan. Sedih dan sayu tak dapat Datin Sharifah hilangkan.

Yana yang baru masuk ke ruang dapur buat Datin Sharifah telan air liur kasar. Pucat lesi mukanya saat ini. Takut andai kebenaran yang dia bualkan dengan Aryan didengari Yana.

Yana sudah naik pelik bila muka Datin Sharifah nampak terkejut sangat. Dia hantu ke sampai terkejut sebegitu? Sampai pucat muka.

" Aunty... Aunty okay?" Yana buat simbol okay pada Datin Sharifah.

Datin Sharifah mengangguk laju sebagai jawapan. Setia anak mata itu melihat akan Yana yang sedang mengambil air kosong. Gelabah Datin Sharifah bila Yana mengambil tempat di sebelahnya. Nasib baik sempat dikawal gelabahnya itu. Andai tidak, pasti Yana curiga akan perwatakannya yang pelik hari ini.

" Aunty, kenapa Yana rasa macam Aunty lain eh hari ini? Ada apa-apa berlaku ke?"

" Erm... Ta-tak ada. Semuanya okay. Alah Yana je tu yang fikir bukan-bukan." nafi Datin Sharifah.

Datin Sharifah berpura-pura gelak untuk menutup akan rasa gelisah dan berdebarnya. Mahu saja melarikan diri tapi apa pulak yang akan Yana fikir kalau dia awal-awal lagi sudah lari. Kan?

" Kenapa Aryan nampak lain tadi? Aryan macam marahkan sesuatu? Aryan okay ke Aunty?" soal Yana ingin tahu.

" Aik? Yana tak dengar kami berdua berborak tadi?" duga Datin Sharifah.

Terpapar kelegaan pada raut wajah Datin Sharifah. Bersyukur bila perbualan dia dengan si Aryan tidak didengari Yana. Andai tidak, pasti Aryan akan berubah jadi macam dulu balik. Alhamdulilah Ya Allah...

" Aryan okay. Mungkin dia stress kerja." jawab Datin Sharifah mudah.

Yana mengangguk. Dikerling sekilas Datin Sharifah. Curiga pada perwatakan Datin Sharifah sepertinya ada sembunyikan sesuatu darinya. Tapi apa ya?

His Secret Side ( Published Under Fajar Pakeer ) Where stories live. Discover now