18

53 2 0
                                    

Zafrel melihat ke arah tangannya , kejadian 2 minggu lepas masih segar di ingatannya. Keluhan berat dilepaskan dia selalu sahaja begini kalau dia marahkan Aulia mesti dia rasa serba salah tak berpenghujung. Mukanya diraup kasar dia rasa serba salah sangat-sangat. Sudah 2 minggu Aulia tidak ke istana Tengku Adam.

" Hish, apa macam tu? Kenapa buat muka macamtu? Tak sihat?" ucap Mia sambil meletakkan iced americano di hadapan Zafrel. Zafrel terus melepaskan keluhan lagi.

"Mia, haritu Zaf tampar Lia" selamba dia mengaku.

"What?!" tempik Mia. Dia terus menunduk apabila semua orang yang berada di cafe itu melihat ke arahnya. Zafrel pula hanya mengangguk, dia tak menafikan perbuatannya.

"Betul lah tu, Lia tu hah. Maghrib maghrib datang rumah macam kena sampuk dengan syaitan lepastu buat macam- macam dekat mama. Mau tak menyirap darah ni" ucapnya.

"Ya Allah Zaf, perlu ke sampai naik tangan? Zaf ni kenapa kalau bertindak tu bukan macam dulu tau tak? Bertindak melulu lepastu mula lah menyesal tak tentu arah. Zaf, tak salah kita ni nak jadi yang terbaik untuk mak kita tapi kita jangan bodoh. Kalau seorang ibu tu sesat, tak ada masalah kalau kita tak ikut apa dia cakap. Fikir Zaf, bukak mata hati Zaf, kita kenal Lia macam mana. Dia sejenis yang layan kita macam mana kita layan dia. Fikir Zaf fikir" ucap Mia.

"Fikir apanya Mia. Look, Lia tu dah lain sangat sekarang dia tinggalkan kita 20 tahun. Dia lain sangat, Zaf tak tahu apa masalah dia dengan Mama. Mama baik lah, dia tak nampak lagi ke? Apa dia nak Mama buat untuk pikat hati dia? Hish, Lia tak pernah appreciate mama" keluhnya.

"Macam ni lah Zaf, secara logik. Kita bercakap melalui fakta. Dalam dunia ni yang sempurna tu Allah. Manusia ni tak ada yang sempurna, manusia ni banyak kelemahan dan yang membuatkan manusia nampak sempurna kerana aib dia Allah jaga. Kalau di mata Zaf, Cik Maria tu sempurna cuba Zaf check balik. Bukan apa, Mia takut mata Zaf tu terlindung oleh sesuatu yang tak kasat mata" tenang Mia berceloteh. Zafrel berkerut.

" Jangan mengarutlah! Mama tu baiklah , dia tak akan—"

"Hush! Bosan! Bosan! Tak payah puji dia depan Mia, telinga ni menanah dengar nama dia. Anyway, this weekend kita pergi hiking nak tak? Kita ajak lah Lia, Zaf boleh lah tanya Lia apa yang tak kena dengan dia . Kan senang daripada Zaf tak habis-habis tuduh dia macam-macam" ucap Mia lalu mulutnya mengunyah brownies.

"Cuba fikir kenapa Zaf okay je kalau Mia cakap macam- macam pasal Cik Maria tapi kalau Lia terus Zaf sentap macam orang kena rasuk. Dah banyak clue Zaf, Zaf je yang buat-buat tak nampak, Zaf nafikan kebenaran" sembur Mia lagi, dah kalau kasi dia bercakap memang tak akan ada penghujung lah jawabnya.

"Hiking kat mana?" balas Zafrel menukar topik.

"Dekat villa family kita lah! Mia dah tanya Tok Papa, Tok papa cakap okay , tak ada masalah kalau nak pergi dah ajak dia haritu , dia cakap dia banyak kerja, tak larat dah nak hiking, sakit urat" ucap Mia dengan senyuman. Zafrel juga tersenyum dan mengangguk.

Setelah selesai meluangkan masa bersama Mia, Zafrel terus pulang ke rumah.Langkahnya diatur masuk ke dalam istana milik Tengku Adam. Kalau ikutkan Zafrel ada rumah sendiri tapi Puan Maria yang memaksanya tinggal bersama memandangkan Tengku Amir turut tinggal di situ.

"Eih! Tak nak tak nak!" suara seorang gadis menarik minat Zafrel. Dia seperti sudah cam dengan suara itu. Kakinya terus melangkah ke arah ruang tamu.

"Aulia, jangan macam tu" tegur Tengku Adam.

"Apa ni? Jangan macam mana? Hello Dato Isaac, I ni baru 25 tahun dan u tu dah 52 tahun. Sebaya dengan Baba I lah , Baba I pun lagi muda dari u. I tak nak lah dekat u, kalau I kahwin dengan u geli lah! Rasa macam tidur dengan atok- atok tau tak? Memangnya kalau I kahwin dengan u apa je I dapat? Bini u dah 2 kan?" sembur Aulia.

"Aulia, jangan lah cakap macamtu . Umur tu sekadar angka yang tak penting. Saya masih kuat, kacak dan yang pasti saya boleh tunaikan apa yang Aulia nak" ucapnya.

"Ahhhh!!! Tak suka lah! Nak muntah tau tak?! Eishh! Dato ni dah kenapa pandang I macam tu?! I geli! Tak nak lah I cakap hampir 10000 kali dah ni!" ucap Aulia sambil badan gadis itu seperti ulat beluncas.

"Apa yang tak suka apa yang tak nak ni huh?" tegur Zafrel.

"Ni Dato Isaac nak—"

"Zaf! Zaf tengok lah orang tua tu! Gigi tu dua batang je yang original yang lain fake! Dia nak masuk minang Lia, ish tak hingin lah! Kalau meminang untuk anak ke cucu ke boleh jugak nak kompromi tapi untuk diri sendiri. Geli lah! Lia tak nak lah kahwin dengan dia!"bisik Aulia pada Zafrel namun suaranya memenuhi ruang tamu itu.

Tengku Adam menepuk dahinya, Dato Isaac sudah tahan malu. Lancang sekali mulut Aulia. Zafrel melihat ke arah Dato Isaac lalu dia tertawa. Pingang Aulia ditarik dan dia terus memeluk Aulia. Aulia merangkul pingang Zafrel.

"Dato, adik sepupu saya ni mulut lepas tau. Menakutkan sangat, saya ni bukan apa takut Dato menangis kalau terus menerus duduk kat situ. Tak ada siapa pun yang akan kahwin dengan Dato dan saya tak izinkan Lia jadi bini Dato. Dato jangan lah buat hal, takut patah pingang tu bila isteri-isteri Dato tahu pasal ni. Umur macam Dato ni, dah patutnya pergi masjid bukan mengorat anak dara" sembur Zafrel. Aulia tertawa tanpa henti.

"Kamu berdua ni kan, apa nak jadi hah?" marah Tengku Adam. Aulia tertawa dan dia terus mengambil handbag miliknya dan kunci kereta. Tangan Tengku Adam dikucup dan dahinya juga dikucup. Aulia melihat ke arah Zafrel dengan senyuman.

"Balik dulu, bye Dato" ucap Aulia lalu dia mengenyitkan mata pada Dato Isaac dan langkahnya diatur dengan tenang bunyi kasut tumit tinggi Aulia dah buat dia terliur masakan kalau boleh duduk bersama gadis cantik itu. Pengsan terus agaknya. Walaupun Aulia cakap macam-macam dia tak akan berputus asa, nak dapat yang macam Aulia memang susah tapi tak bermakna dia mengalah.

"Saya tak akan mengalah, saya akan buat Aulia jadi isteri saya. Mula-mula memang lah taknak. Lama-lama bila dah jatuh cinta baru dia tahu macam mana" ucap Dato Isaac.

"Tok papa, ingat eh Zaf tak izinkan Lia kahwin dengan orang macam ni. Aulia boleh cari lelaki yang lebih baik dari dia. Sama jugak macam Mia, Zaf tak nak Tok Papa kenenkan adik-adik Zaf eh. Diaorang dah besar biar diaorang yang cari suami sendiri" ucap Zafrel tenang dan dia terus berlalu pergi. Tengku Adam mengelengkan kepalanya.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now