7

67 1 0
                                    

Aulia menghirup green tea miliknya tanpa ada perasaan, dia hanya biarkan Mia tertawa seperti orang nak habis nyawa di hadapannya. Tangannya sibuk membelek katalog di atas mejanya. Selepas sahaja setiausaha Raid memberi pendedahan tentang Raid , Aulia terus berlari keluar.

Dia terus menelefon Mia , nasib baik gadis itu bercuti hari ini. Dia segan, selamba badak pula dia boleh buat tak ingat dekat Raid macam tu. Dia juga menceritakan segala pada Mia. Terkekek-kekek Mia tertawa.

"Stop, kalau kau tercekik air liur macam mana?" ucapnya.

"Aku-aku tak boleh! Aku rasa kelakar, orang dah cakap tu kereta Nael tapi nama Raid pula yang muncul. Teruk lah kau ni, umur baru 25 tahun tapi dah nyanyuk. Nasib lah kau ni. Tapi kenapa kau lari ek? Kau tak ada cakap apa-apa yang buruk pun pasal Raid" ulas Mia.

"Saja, aku tak lari aku cuma blah je. Aku dah lewat nak masuk butik" dalihnya. Mia hanya tersenyum,alasan!

"Anyway, aku stay sini. Kejap lagi kita ada lunch date dengan Opa. Opa dah buat reservation" ucap Mia.

"Kau tak cakap kat aku pun. Siapa lagi ada? Ikan paus tu ada ke?" tanya Aulia ingin tahu.

"Tak ada, tapi anak ikan ada. Kau, aku dengan Zaf je" ucap Mia. Aulia mengeluh, kalau Zafrel sorang okay lah sikit tapi kalau Mak dia tu ada memang tak okaylah jawabnya.

Aulia hanya diam, tangan kembali membelek katalog di hadapannya. Tangannya terus mencapai pencil dan dia mula melakarkan kreativitinya di katalog itu. Mia pula masih menghadap majalah di hadapannya.Semuanya ada Aulia. Kalau tak cuti ni mana ada nak goyang kaki masa ni dia mesti akan sibuk meronda hospital untuk memeriksa keadaan pesakitnya. Dia kan doktor.

Beberapa jam kemudian seusai  solat dzuhur di butik mereka berdua terus menuju ke destinasi iaitu restoren untuk lunch bersama Tengku Adam dan Zafrel. Aulia dan Mia terus menuju ke arah Tengku Adam, sesampainya mereka di situ Mia dan Aulia terus bersalaman dengan Tengku Adam . Zafrel hanya berpeluk tubuh melihat ke arah Aulia. Hal gadis itu mencederakan ibunya masih tak selesai. Dia mahu Aulia minta maaf.

Mia menarik huluran tangan Zafrel dan bersalam dengan Zafrel. Aulia hanya diam membatu, dari kecil lagi mereka dah rapat macam adik beradik. Yang tua dihormati yang muda disayangi. Tengku Adam melihat ke arah Aulia.

"Lia tak salam dengan Zaf ke? Haih, dulu kan macam ni biasanya. Sejak bila jadi macam ni?" keluh Tengku Adam.

"Sejak skru kepala Zaf tercabut. Opa, nak makan apa? Kat sini apa je sedap?" ucap Aulia menukar topik.

"Sejak skru kepala aku tercabut? Bukan ke sejak kau dah ubah pegangan hidup kau ke? Lia, aku tak tahu kau under influence apa tapi Cik Maria tu tetap mama aku walaupun bukan dia yang lahirkan aku. Hormat lah dia, Lia" ucap Zafrel. Boleh pula cakap elok-elok. Kalau tak confirm kena maki free je kalau Puan Maria di depan mata.

"Under influence apanya? Kau fikir dia ambik dadah? Ish, dah jangan biar Mia yang start. Order lah, kita kat sini nak makan dengan tenang kan?" ucap Mia pula. Makin lama makin deep perbualan ini. Dia tak bimbang tentang Aulia dia takut Zafrel yang menangis. Kalau lah dia tahu apa yang Mak dia tu buat, tak ada angin pun dia nak panggil Puan Maria 'mama'.

Tanpa banyak cakap mereka terus memesan makanan dan beberapa minit kemudian makanan sampai. Mereka pula hanya berbual kosong sengaja nak mengisi masa lapang. Zafrel pula hanya melihat ke arah Aulia dengan keluhan dia sebenarnya rindukan sepupunya itu tapi perangai Aulia buat dia tak boleh nak kawal dirinya. Gadis itu makin pelik dan berubah secara total.

Aulia tersenyum apabila Tengku Adam menceritakan kisah dia sewaktu kecil dulu. Aulia paling suka kalau Tengku Adam bercerita tentang dia dan ibu bapanya. Banyak benda dia lupa dan kalau boleh nak sentiasa  dikenang namun tak banyak yang dia ingat.

"Assalamualaikum" suara Puan Maria mematikan senyum di bibir Aulia. Puan Maria terus bersalaman dengan Tengku Adam dan Zafrel dan peluk cium Mama kesayangan dia. Mia sekadar bersalaman dan Aulia hanya selamba meneguk jus di hadapannya.

"Lah, Tok Papa ajak mama join jugak ke? Kalau Zaf tau Zaf dah jemput mama" ucap Zafrel.

"Tak apalah Zaf, mama tak join pun lunch korang. Mama terserempak je sebab tu nak tegur. Alang-alang mama bawa Yasmin. Dia baru balik dari Jordan. Min, ingatkan abang Zaf? Zaf ingatkan sepupu kamu, anak uncle Yusuf" ucap Puan Maria.

"Hah? Yasmin Hani? Zaf tak perasan pun ma! Dah 3 tahun tak jumpa. Cantik Min sekarang" puji Zafrel. Yasmin pula mengulum senyuman. Aulia tertawa dia melihat ke arah Yasmin yang berjubah kuning susu dan tudung shawl labuh separas menutupi dada.

"Aulia!" tegur Zafrel. Aulia terus bingkas berdiri dan dia terus mendekati Zafrel. Lengannya diletakkan di atas bahu Zafrel. Mia dah tergeleng-geleng, apa lagi lah sepupu dia nak buat. Mata Aulia melihat ke arah Yasmin yang ingin bersalaman dengan Aulia namun Aulia hanya membatu.

"Kenalkan sepupu Abang Zaf belah papa. Aulia dengan Mia. Ni Tok Papa" ucap Zafrel. Tengku Adam hanya mengangguk apabila Yasmin tertunduk padanya. Mia hanya tersenyum segaris. Cantik budak ni, tudung labuh ni mesti ustazah!

"Abang Zaf eh? Kalau macam tu Abang Zaf, Lia minta diri dulu. Take care Abang Zaf" ucap Aulia lalu dia mengucup pipi Zafrel sekilas lalu dia bersalaman dengan Tok papanya dahi Tengku Adam dikucup dan dia menunjuk ke arah jam tangannya dan berlalu pergi. Dia ada mesyuarat dengan customer sebab tu dia sedikit rushing.

"Haih, apa nak jadi dengan Aulia tu" keluh Puan Maria.

"Aulia tu cantik lah Mak long. Suka Min tengok dia, muka dia tak macam orang melayu pun. Min suka, tu kalau dia menutup aurat makin cantik . Masha Allah" ucap Yasmin lembut. Puan Maria mengangguk.

"Tutup aurat atau tak semua tu urusan dia dan Allah. Kita tak boleh judge orang yang tak tutup aurat ni buruk tingkah lakunya dan orang yang tutup aurat baik. Ada je yang guna agama untuk tutup segala niat busuk mereka" ucap Tengku Adam tenang. Mia tersenyum sendiri sementara Puan Maria dah mula sentap.

RAID'S QUEENWhere stories live. Discover now