16

184 36 2
                                    


"jaehyun ada kembar?"

aku mengangguk. hwayoung masih scroll profile instagram milik daehyun. susah betul nak percaya.

"so aku nak tanya. jaehyun dengan daehyun, mana satu lagi baik?"

aku memandang hwayoung lama. dia ni serius lah? dah kenapa tiba-tiba tanya.

"bagi aku, daehyun lebih baik. perangai dia pun soft. aku suka!"

tiba-tiba hwayoung duduk di hadapan aku. mukanya bertukar menjadi serius.

aik? aku ada salah cakap ke?

"dah tu? kau putus jelah dengan jaehyun, couple dengan daehyun. kau kata kau lebih suka perangai daehyun. so why not?" terang hwayoung selamba. aku sudah bercekak pinggang.

"amboi, cakap main lepas je. sama je macam doyoung. aku ni dah 3 tahun dengan jaehyun tau. takkan nak putus sebab daehyun je? merepek."

"jadi kau sayang nak minta putus dekat jaehyun sebab hubungan korang dah lama je?"

aku menggelengkan kepala. aku membetulkan posisi duduk sebelum memberi penjelasan panjang lebar kepada hwayoung.

"bukan sebab aku sayang berapa lama kami dah bersama, tapi aku lebih sayangkan hubungan antara aku dengan jaehyun.

seburuk apapun jaehyun di mata orang, sebanyak mana pun dia abaikan aku, seteruk manapun dia layan aku, aku tetap sayang dia. dia tetap jung jaehyun yang aku kenal. aku tak nak sia-siakan hubungan aku sebab benda remeh je. 

memanglah korang nampak yang benda jaehyun buat dekat aku tu keterlaluan, tapi bagi aku tak. itu masih hal yang kecil bagi aku. aku tak perlu besarkan masalah yang kecil. aku akan pergi bila dia dah betul-betul mati rasa terhadap aku. kau, hwayoung. jaga relationship antara kau dengan abang aku. aku nak kau jadi akak ipar aku bila dah besar nanti, tau tau! HAHAHAHAHA"

kami berdua gelak selepas mendengar ayat terakhir aku.

egoistic, jaehyun.Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum