02

246 38 2
                                    

aku menyepak batu-batu yang berada ditepi jalan raya.

entah kenapa tiba-tiba terdetik nak lalu bahagian taman. rasa macam.. aku perlu. padahal jalan tu jauh sikit dari rumah aku.

"yena noona!"

aku menoleh setelah mendengar suara seseorang. familiar, tapi tak ingat.

"ya, s..aya?" soalku dengan muka yang tertanya-tanya.

lelaki tersebut mencebikkan bibirnya. dia datang mendekat ke arah aku.

"ni sungchan lah, adik jaehyun hyung!"

aku menepuk dahi selepas mendengar namanya. tawa kecil terkeluar dari mulut aku.

"ya tuhan, maaf maaf! noona ni pelupa. tapi kalau pasal abang awak, noona takkan lupa! hehe." aku tersengih selepas menghabiskan ayat aku.

entah, aku terlalu angau akan jaehyun gamaknya? bila sebut namanya, mesti aku akan tersenyum. sekonyol apapun tentang jaehyun, aku akan tetap tersenyum.

"hormatlah orang single ni. ish!"

aku menepuk bahunya beberapa kali. "takpe single. maksudnya tuhan nak jaga awak daripada jaga jodoh orang." kataku bagi menyedapkan hati sungchan.

"tapi how about noona dengan jaehyun hyung? macam mana kalau one day nanti-"

"sungchan ada apa panggil noona tadi?"

tak mahu sakit hati, aku memotong percakapan sungchan. tolong, jangan bahas tentang tu. aku tak kuat. biarlah aku betul-betul ready.

"o-oh. sungchan nampak noona sorang je tadi, so sungchan niat nak temankan noona balik. takpe ke?"

aku mengangguk.

"takpe! lagipun abang awak busy, so tak dapat teman noona." jawabku berserta senyuman dibibir.

"oh, sungchan! lalu bahagian situ tau. noona nak singgah 7Eleven kejap nanti." aku memberi arahan, dan dia hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"kajja!"

egoistic, jaehyun.Onde as histórias ganham vida. Descobre agora