Tutur Dua Pena(Intro)

27 3 0
                                    

Sedang ku tangisi aibnya dosa, kau sanjungi ku bak muslimah ulung. Walhal tersembunyi air mataku, membisukan sesalanku; aku yang dirantai dalam jatuh bangun roda kehidupanku, selindungi nanah dosa kerana kasih-Nya.

Kadangkala aku tertanya, adakah ini tanda rahmatMu atau penghinaan dari-Mu, ya Allah?

Walau kadang aku terjerat keliru, mengatur langkah memilih laluan untuk kembali kepada diriku dulu.
Engkau selalu mengatakan bicaraku dicermin agama, tutur pena aku tampak agama, pakaian aku diselimuti agama, perbuatan aku dibayangi agama, bahkan hela nafas seolah sempurnanya agama. Hingga engkau lupa bahawa aku manusia, pendosa yang lekanya tanpa lelah.

Walaupun lafaz taubat dan iqrar syahadah disangka sempurna, namun istidraj bukanlah mainan kata atau mungkin lagendanya coretan dongeng. Hakikatnya terjadi fitnah pada hati dan terjatuh iman tanpa jalan untuk bangkit semula.

Sayu tangisan, meratapi duri yang merobek harapan hati. Tersungkur kembali, merintih dan merayu kasih sang Ilahi. Fitnah dunia merantai tutur hijrah aku.

Ya Rabbi, sang Kekasih yang menghuni hati, ujian ini milikMu. Sakit ini dari Kamu dan derita ini pemberian kasih Kau dalam menguji keimanan kami dari terus tertipu dengan dunia, maka pimpinlah kami. Jangan biarkan kami hanyut dalam bahana nafsu ini.

لا اله الاّ أنت، يا اللّه! صبحانك إني كنت من الظالمين...

'Tiada tuhan melainkan Kau, ya Allah! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong daripada orang yang menzalimi diri..'

-TheS.Shadow-

Kata pena, aku mampu mencoret apa sahaja. Kata pena lagi, aku ini manusia biasa. Tidak mengapa melakukan dosa namun aku perlu merubah diri dan hati menjadi lebih baik.

Pena terus berkata, tak mengapa jika kau sakit dengan luka kehidupan. Kerana dunia ini tempat Allah menguji iman semua hamba Dia. Dan pena melanjutkan kata, Allah akan uji orang yang ingin berubah kerana Dia. Sebab Allah pesan dalam ayat cinta Dia, apabila hati dan jiwa kita dijentik hidayah Dia, Allah takkan tinggal diam.  DisediakanNya hadiah namun dengan cara istimewa, lain dari yang lain. Jadi bila kita diuji dalam hijrah menuju kasih Ilahi, jangan berpaling tadah. Yakin dan terus melangkah dalam laluan agama Allah.

Pena menyusun kata lagi, jika terkadang rasa lelah tak tertahan, mengadu lah pada Allah. Jangan pula habiskan masa mengadu pada makhluk, sebab nanti kita menaruh harapan yang tak sepatutnya ada dan kemudian nanti jatuh kecewa di lain hari.

Pena berkata, segala kelebihan yang kita sebenarnya milik Allah. Jadi jangan sombong dan riak kerana dimurkai Allah maka amalan hanya tinggal sia-sia.

Tutur pena sahabat seagama tuturkan kata, sentiasa muhasabah diri, tajdid niat(perbetulkan niat) dan istiqamah. Cari ilmu yang sahih kerana akhir zaman ini tempat bertaburan fitnah yang merosakkan iman.
Segala usaha mampu mengundang fitnah dari segala arah.

Kata pena masa lalu, kenal sejuta tahun tetap juga hanya Allah yang mengenali diri kita yang sebenar. Maka lupakan segala kata lisan yang menjerat langkah hijrah dari pulang pada pangkuan Allah.

Kata pena hati yang terkesan dengan lembaran dalil cinta Rabbi, hidup ini sendirian. Ujian yang merupakan lumrah kehidupan, dan kadang hadir dari arah yang tak disangka. Kata pena minda yang tersimpan kata-kata cinta Yang Malik, sabar dengan ujian cinta Allah walau mungkin diujiNya untuk kecewa dengan darah daging sendiri.

-NMWriter-

Edited on September 20, 2023

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Edited on September 20, 2023

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puisi Dua Pena (Editing)Where stories live. Discover now